Mukadimah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjungi webblog ini.

Tujuan blog ini adalah untuk kita semua berkongsi bermacam-macam maklumat. Artikel-artikel yang dipaparkan diperolehi daripada kiriman email, buku, majalah dan dari blog yang lain. Diharap aktikel-arkitel yang disiarkan dalam blog ini memberi manfaat kepada kita semua.

Jika anda ingin memberi sebarang komen atau pendapat, sila tulis dalam ruangan komen / pesanan yang saya sediakan.

Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat artikel-artikel yang dipaparkan dalam blog ini menyinggung perasaan anda.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( Surah Ali Imran : 104 )

Al-Quran dan Hadith Muslim

Al-Quran
Hadith Muslim

Selasa, Mei 31, 2011

Perbezaan Muhrim dan Mahram

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain. Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.

Sumber: www.halaqah.net

Jumaat, Mei 27, 2011

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 13

Pencemaran #13 Menetapkan Keberkatan Tanpa Dalil

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Maha Berkat (Allah) Tuhan yang di Tangan-Nya terdapat pemerintahan; dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-Mulk 67:01]

Dalam ayat di atas yang lazim dibaca oleh kita semua, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyifatkan dirinya sebagai Tabaraka yang bererti “Maha Berkat” atau “Yang memberi keberkatan”. Sifat ini diulangi oleh Allah Tabaraka wa Ta‘ala dalam beberapa ayat lain seperti Ibrahim 14:54, al-Mukminun 23:12-14, al-Furqan 25:01, 10 dan 61, al-Zukhruf 43:85 dan al-Rahman 55:78.

Keberkatan berasal dari perkataan Arab al-Barakah yang bererti kebaikan, keutamaan dan nikmat yang berkekalan lagi melimpah-limpah. Semua pengertian di atas yang sinonim dengan maksud al-Barakah yang merupakan milik Allah jua. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Di Tangan Engkaulah (Allah) segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [‘Ali Imran 3:26]

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 12

Pencemaran #12: Menjadikan Jamaah Sendiri Sebagai Agama

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. [al-Rum 30:31-32]

Ayat di atas melarang umat Islam daripada keyakinan atau tindakan yang memecah-belahkan agama dan umat sehingga menjadi beberapa golongan. Sebelum melanjutkan penjelasan tentang pecah-belah bagaimana yang dimaksudkan, ingin saya jelaskan terlebih dahulu dua persoalan yang penting berkenaan ayat di atas, iaitu:

Pertama:

Adakah perbicaraan ayat di atas ditujukan kepada orang Islam atau orang musyrikin? Soalan ini dapat dirujuk jawapannya pada permulaan ayat 31, iaitu:

Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan umatmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah serta bertaqwalah kamu kepada-Nya; dan dirikanlah solat; Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah. [al-Rum 30:31]

Dengan merujuk kepada keseluruhan ayat 31 surah al-Rum, dapat difahami bahawa perbicaraan ayat ditujukan kepada umat Islam, iaitu umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam yang rujuk kembali kepada Allah, bertaqwa kepada-Nya dan mendirikan solat kepada-Nya. Maka perkataan “kamu” pada lanjutan ayat “…dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah” merujuk kepada umat Islam dan bukannya orang musyrikin.

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 11

Pencemaran #11: Mencintai Sesuatu Sama Atau Lebih Daripada Allah

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Dan di antara manusia ada yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah): mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih mencintai Allah (berbanding selainnya).[al-Baqarah 2:165]

Ramai yang menganggap cinta adalah urusan kehidupan yang tiada kaitannya dengan agama, lebih-lebih lagi dalam masalah tauhid. Dengan itu segala cinta mereka ditumpukan kepada urusan-urusan yang berkaitan dengan kehidupan, khasnya terhadap harta dan ahli keluarga.

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 10

Pencemaran #10: Mengubah Syari‘at Allah

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari‘atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah? [al-Syura 42:21][57]

Agama yang diizinkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala ialah Islam. Akan tetapi ada sebahagian orang yang mensyari‘atkan agama tersendiri dan tetap menganggapnya sebagai Islam yang diizinkan oleh Allah. Tindakan seperti ini mencemari kemurnian tauhid kerana ia bererti mengangkat sesuatu yang lain sebagai tuhan yang sejajar dengan Allah. Oleh kerana itulah Allah menggelarnya sebagai “sembahan-sembahan”, iaitu apa yang dianggap sebagai tuhan yang disembah selain Allah sehingga berhak melakukan pengubahan syari‘at Islam.

Sekalipun ayat di atas dalam bentuk pertanyaan, ia adalah pertanyaan yang menyangkal (istifham ingkari), menunjukkan larangan atau kesalahan. Pengajaran daripada ayat di atas adalah kita dilarang daripada mengubah syari‘at Allah. Pengubahan boleh berlaku dari sudut iktikad dan/atau amalan dan ia wujud dalam bentuk pengguguran, pengurangan, penambahan dan pengubahsuaian. Lebih lanjut:

· Contoh pengubahsuaian dari sudut iktikad adalah dakwaan aliran Islam Liberal masa kini bahawa semua agama adalah benar. Ini adalah pengubahsuaian terhadap firman Allah:

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. [Ali Imran 3:19]

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 9

Pencemaran #9: Mengharapkan Pengaruh Makhluk Dalam Berdoa

Doa memiliki kedudukan yang amat penting di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia kepada Allah Ta‘ala melainkan doa"

Kerana itulah Allah murka kepada orang yang enggan berdoa kepadanya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

"Sesiapa yang tidak berdoa kepada Allah, maka Allah murka ke atasnya."

Perkara penting yang perlu diketahui adalah, doa juga merupakan salah satu bentuk ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menegaskan:

Doa adalah ibadah. (Kemudian baginda membaca ayat): Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (yakni enggan berdoa) kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. [al-Ghafir 40:60][43]

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 8

Pencemaran #8: Jampi-Jampian Yang Tidak Difahami

Sesuatu yang rapat berkaitan dengan penggunaan tangkal ialah mempercayai jampi-jampian. Dalam perbincangan sebelumnya, kita telah menyentuh perihal menggunakan tangkal yang dijampi dengan ayat al-Qur’an atau zikir-zikir. Dalam perbincangan ini, kita akan menyentuh berkenaan jampi-jampian secara umum.

Terdapat tiga buah hadis yang perlu kita kaji untuk memahami hukum jampi-jampian dalam Islam:

Hadis Pertama:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya jampi-jampian, tangkal dan permainan sihir adalah syirik."

Hadis Kedua:

Auf bin Malik al-Asyja‘iy radhiallahu 'anh berkata: Kami di zaman Jahiliyyah mempraktikkan jampi-jampian. Maka kami bertanya: “Ya Rasulullah, apakah pendapat anda tentang hal ini?” Rasulullah menjawab:

"Tunjukkan kepada aku jampi-jampian kamu. Tidak mengapa dengan jampi-jampian yang di dalamnya tidak mengandungi syirik."

Hadis Ketiga:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Akan memasuki syurga tanpa hisab tujuh puluh ribu daripada kalangan umatku, mereka ialah orang-orang yang tidak meminta jampi-jampian, tidak mempercayai nasib baik atau buruk pada arah penerbangan burung dan kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal."

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 7

Pencemaran #7: Menggunakan Tangkal dan Azimat

Termasuk dalam kemurnian tauhid adalah keyakinan sepenuhnya bahawa tidak ada yang akan dapat membawa manfaat atau menolak mudarat melainkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Firman Allah:

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hamba-Nya (dengan tadbir dan takdir); dan Dialah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam Pengetahuan-Nya. [al-An‘aam 6:17-18]

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:

“Siapakah yang mencipta langit dan bumi ?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka):
“Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahaya-Nya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu ?”

Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepada-Nyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”. [az-Zumar 39:38]

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 6

Pencemaran #6: Mempercayai Sesuatu Sebagai Dapat Membawa Nasib Yang Baik Atau Buruk

Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, wujud kepercayaan bahawa sesuatu benda atau peristiwa dapat mengakibatkan nasib yang baik atau buruk. Salah satu daripadanya ialah apa yang digelar sebagai al-Tathayyur (??????). Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan perkara ini:

Asal permulaan al-Tathayyur adalah orang-orang pada masa jahiliyyah menggunakan burung sebagai sumber pedoman. Apabila salah seorang daripada mereka keluar (dari rumah) untuk sesuatu urusan dan melihat burung terbang ke arah kanan, maka dia merasa optimistik dan meneruskan urusannya. Akan tetapi jika dia melihat burung terbang ke arah kiri, dia merasa pesimistik dan berpatah balik.

Kepercayaan seperti ini ditolak oleh Islam. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Tidak boleh menjangkitkan penyakit, tidak boleh mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung, tidak boleh mempercayai Hama dan tidak boleh (mempercayai kecelakaan) pada bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit Kusta sebagaimana kamu lari dari seekor singa."

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 5

Pencemaran #5: Membaca Horoscopes

Salah satu tindakan yang mencemari kemurnian tauhid yang tidak disedari ramai ialah membaca dan mempercayai Horoscopes. Horoscopes ialah bintang seseorang yang dengan itu dapat diramal kebaikan atau keburukannya. Bintang ini ditentukan berdasarkan tarikh lahir. Sebagai contoh, orang yang lahir antara 21 Mac hingga 19 April memiliki bintang Aries, orang yang lahir antara 20 April hingga 20 Mei memiliki bintang Taurus dan demikianlah seterusnya.

Asal usul horoscopes ialah menggunakan kedudukan bintang, planet dan matahari untuk meramalkan kebaikan atau keburukan. Laman web PageWise, Inc. menerangkan asal usulnya:

Horoscopes and astrology began with the ancient Greeks some thousands of years ago. It began as an effective way to know when to plant and when to harvest their crops. It then evolved into the belief that the position of the sun and the planets also had an effect on a person's life and what future events would happen to them. Some astrologers believed that a horoscope would not predict the future, but would predict possible influences that the planets had on a person's life.

The word "astrology" is a Greek word that means "Science of the Stars." Astrology was used by the Chaldean people as early as 3000 BC. The Chaldeans lived in Babylonia. The people of China became interested and began practicing Astrology in later years. It is said that these people first noticed how the position of the sun influenced the seasons as well as the planting cycles.

Khamis, Mei 26, 2011

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 4

Pencemaran #4: Berjumpa Dengan Bomoh.

Di antara perbuatan yang mencemari kemurnian tauhid ialah berjumpa dengan bomoh, dukun, pawang, penilik nasib atau sesiapa jua yang mendakwa mengetahui ilmu-ilmu ghaib.

Berjumpa dengan orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dapat mencemari kemurnian tauhid kerana pengetahuan tentang ilmu ghaib hanya milik Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Apa yang dimaksudkan dengan ilmu ghaib ialah pengetahuan yang tidak dapat diperolehi melalui deria manusia, seperti khabar yang akan datang, isi hati manusia dan peristiwa yang tersembunyi. Pengetahuan tentang ilmu-ilmu ini hanya dimiliki oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana firman-Nya:

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja. [al-An’aam 6:59]

Katakanlah: “Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” [al-Naml 27:65]

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 3

Pencemaran #3: Menganggap Kesatuan Wujud Antara Allah Dan Makhluk.

Jika sebelum ini kita membicarakan teori yang mengatakan kewujudan semua makhluk adalah hasil evolusi daripada satu sel, maka di sini kita akan bicarakan pula teori yang mengatakan yang wujud hanya Allah sementara kewujudan selain Allah hanyalah prespektif manusia terhadap kewujudan sebenar, iaitu wujud Allah. Fahaman ini dikenali sebagai Wahdah al-Wujud atau kesatuan wujud antara Allah dan makhluk (Oneness of Being).

Fahaman ini berasal daripada agama-agama lain, termasuk pemikiran beberapa ahli falsafah Yunani lama. Lalu ia
diambil oleh beberapa individu Islam dan diislamkan dengan solekan beberapa ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sehingga menjadilah ia “Fahaman versi Islam”.

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 2

Pencemaran #2: Menganggap Makhluk Wujud Melalui Proses Evolusi.

Para pengkaji bukan Islam menganggap makhluk yang wujud masa kini, termasuklah manusia, semuanya terhasil melalui proses evolusi. Semua makhluk asalnya wujud dalam bentuk satu sel, kemudian dalam masa ratusan tahun, ia berevolusi menjadi makhluk-makhluk yang lain sehinggalah kepada apa yang wujud masa kini.

Sayang sekali teori ini juga telah menyelinap masuk dalam pemikiran orang Islam. Banyak sumber yang menerang dan membenarkan teori evolusi sehingga sebahagian umat Islam menganggap ia sebagai penemuan yang muktamad.

Sebenarnya teori evolusi tidak lain adalah teori semata-mata bagi menjustifikasi kebingungan kaum Athies yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan yang Maha Pencipta. Mereka mencari-cari asal usul kewujudan makhluk melalui pemikiran dan fakta sains. Apabila tidak ditemui jawapan yang muktamad, mereka mencipta teori evolusi bagi menyatakan asal usul kewujudan makhluk.

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 1

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Tauhid?

Apabila ditanya tentang maksud kalimah tauhid “La ila ha illaLlah”, yang difahami oleh kebanyakan kita ialah “tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”. Ini adalah benar, namun ruang lingkup tauhid tidaklah terhad dalam konteks sembahan sahaja. Ia adalah lebih luas meliputi apa yang dapat dikatakan sebagai “tiada yang dapat dianggap melakukan kerja-kerja tuhan melainkan Allah” atau “tiada yang mampu berperanan sebagai tuhan melainkan Allah”.

Dimaksudkan dengan “kerja-kerja atau peranan tuhan” ialah sesuatu yang dinilai oleh manusia sebagai kononnya mampu mencipta dari tiada kepada ada, mengurus alam, mengetahui hal ghaib, menetapkan sesuatu kebaikan atau keburukan, mengabulkan doa, memberi pertolongan, menggubal syari‘at dan sebagainya.

Oleh itu apabila kita bersaksi dengan kalimah tauhid “La ila ha illaLlah”, kita sebenarnya bersaksi bahawa tiada Tuhan atau apa-apa jua kecuali Allah yang mencipta dari tiada kepada ada, mengurus alam, mengetahui hal ghaib, menetapkan sesuatu kebaikan atau keburukan, mengabulkan doa, memberi pertolongan, menggubal syari‘at dan sebagainya.

Rabu, Mei 25, 2011

13 Alasan Tipikal Wanita Enggan Menutup Aurat

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
- Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
- Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
- Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

Jumaat, Mei 20, 2011

Ganjaran Bersedekah

Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipat ganda (700 kali) dan ganti, sebagaiman firman-Nya dan sabda Rasulullah SAW, sbb:

Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92): 5-8}

Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2): 261}

Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "Musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Khamis, Mei 19, 2011

Hukum Bermain Catur

1)Harus: Namun Dengan Syarat

Antara yang paling diketengahkan dalam kumpulan ini dari kalangan ulama kontemporari adalah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Beliau juga menyandarkan pendapat HARUS ini kepada beberapa orang sahabat seperti Ibn Abbas, Abu Hurairah, dan tabi'en seperti Said al-Musayyab dan malah Imam al-Baihaqi ada meriwayatkan beberapa ulama terhebat tabien yang turut bermain catur seperti Said ibn Jubair, As-Sya'by dan lain-lain. Imam Al-Ghazzali juga turut tergolong dalam kelompok ini. ( As-Sunan al-kubra, al-bayhaqi, 10/211)

Justeru, Al-Qaradawi dalam fatwanya menyebut:

Menurut pendapat dan ilmu kami bahawa permainan catur itu menurut hukum asalnya adalah mubah(harus), sebab tidak ada dalil yang menunjukkan pengharaman catur, malah selain daripada ia dikira lahwun (lalai) dan hiburan, catur mempunyai nilai positif yang berperanan sebagai merupakan sukan minda dan melatih berfikir.

Antara syarat yang diletakkan oleh Al-Qaradawi :-

· Tidak menangguhkan waktu solat dan kewajiban lain disebabkan keasyikan permainan itu.
· Tidak disertai dengan judi dan pertaruhan.
· Hendaknya pemain dapat menjaga lisannya dari perkataan kotor seperti maki hamun kerana tewas dan sebagainya. ( Al-Halal wal Haram Fil Islam, hlm 273, cet Al-Maktab Al-Islami)

Rabu, Mei 18, 2011

Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Semua Insan

Pada prinsipnya mereka yang terlibat dengan maksiat dan perbuataan berdosa besar telah hilang kewarasaan akal kerana merosakan nama baiknya dan menimbulkan kegelisahaan dalam masyarakat. Perbuatan-perbuatan ini sebenarnya semakin menjauhkan diri seseorang daripada Allah.

Kadangkala dengan hanya satu perbuatan maksiat sahaja boleh menghancurkan nilai kehidupan dan menyebabkan kerugian sepanjang hayat di dunia dan akhirat. Oleh itu, usaha membanteras, memerangi maksiat dan perbuatan berdosa tidak boleh dibuat berdasarkan kes-kes terhad atau oleh agensi tertentu tetapi perlu dibuat secara menyeluruh di seluruh negara selari dengan kehendak syariat Allah.

Selari dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan kebimbangan kita terhadap perkembangan maksiat di negara ini setiap hari, maka amat wajar sekali semua anggota masyarakat berusaha dengan ikhlas memerangi maksiat.

Selasa, Mei 10, 2011

Cubaan Yahudi Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W

Sultan Nuruddin Zangki, seorang Kurdi adalah seorang yang adil,wara' dan bertaqwa sehingga digelar Malikul Adil (Raja yang adil) kerana keadilannya.

Beliau selalu solat tahajjud dan mendoakan kesejahteraan rakyat. Beliau antara orang yang memberi sumbangan yang amat besar dalam peperangan Salib.

Pada satu malam, beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: "Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!" Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.

Mimpi tersebut berulang kembali, lalu beliau menceritakan mimpinya kepada Jamaluddin Al-Mushly, salah seorang menteri yang amat dipercayainya. Jamaluddin mantafsirkan mimpi rajanya bahawa ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah dan Sultan Nuruddin diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.

Info Al-Quran

Tarikh Diturunkan:
17 Ramadhan (Lailatul Qadar)

Tempoh Penurunan:
23 tahun
- 12 tahun 5 bulan 13 hari di Makkah
- 9 tahun 9 bulan 9 hari di Madinah

Ayat Terawal:
Surah Al-'Alaq ayat 1-5 di Gua Hira'

Ayat Terakhir:
Khilaf dikalangan ulama' ada yang mengatakan ayat 3 surah al-Maidah dan ada pula yang mendakwa ayat 281 surah Al-Baqarah.

Bahasa Pengantar:
Bahasa Arab

Jumlah Ayat:
6236 ayat (bukannya 6666 spt yang didakwa oleh majoriti umat)

Bilangan Juzuk: 30
Jumlah Surah: 114
Surah Makkiah: 86
Surah Madaniah: 28

Janji

Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Janji juga dilabelakan dengan beberapa frasa atau gelaran khusus seperti 'janji Melayu' dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan manusia kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Mengapakah terjadinya fonemena ini ?

Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.

Apabila kita merenung kepada janji-janji manusia di dalam al-Quran dan Hadith khususnya golongan kafir atau munafiq, samakah janji mereka dengan janji-janji orang yang beriman ? Kenapakah mereka dihancurkan dan dijanjikan dengan neraka?

Isnin, Mei 09, 2011

Was Was Bisikan Syaitan

1. Daripada Abi Hurairah (ra) katanya, telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Jika salah seorang dari kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya (terasa seperti kentut) lalu ia ragu, apakah keluar atau tidak? Maka janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar suaranya ataupun mencium baunya”. [HR Muslim]

2. Dari Abdullah Bin ‘Amr (ra) bahwasa sesungguhnya Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) melalui Sa’ad yang sedang wudhu’, lalu beliau bersabda: “Jangan berlebih-lebihan”. Sa’ad bertanya: Ya Rasulullah, apakah pada air juga ada berlebih-lebihan (israaf)? Jawab Nabi (sallallahu alaihi wasalam): Betul (ada), walaupun kamu sedang berada di sungai yang sedang mengalir. [HR Imam Ahmad]

3. Dari Ubay Bin Ka’ab (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Sesungguhnya bagi wudhu’ ada syaitan yang dipanggil Walhaan oleh sebab itu takutlah kamu daripada was was air. [HR Tarmidzi]

Mukaddimah:

Syaitan adalah musuh umat manusia untuk selama-lamanya. Berbagai usaha dijalankannya untuk memesongkan manusia dari jalan yang lurus. Malahan tiada satupun perintah Allah SWT kecuali dia pasti berusaha untuk menyelewengkannya, samada agar manusia taqshir (tidak melaksanakannya) ataupun ghuluw (melaksanakannya secara berlebih-lebihan). Jadi manusia yang ghuluw dalam beragama sangat mudah diserang oleh waswas. Dan ketahuilah bahwa waswas itu datangnya daripada syaitan.

Khamis, Mei 05, 2011

2 Dari 3 Hakim Masuk Neraka

“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.” (Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)

Kehakiman adalah institusi yang mulia dan juga penuh dengan risiko. Mulia kerana ia bertujuan mewujudkan ketenteraman dan keadilan di dalam masyarakat. Berisiko sebab di dunia ia akan berhadapan dengan mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusannya, sedangkan di akhirat diancam dengan neraka jika tidak menetapkan keputusan sesuai dengan yang seharusnya.

Rabu, Mei 04, 2011

Toleransi dalam Islam

ISLAM tidak membezakan darjat atau keturunan, miskin atau kaya kerana manusia adalah sama di sisi Tuhan. Yang berbeza ialah amalan dan ibadatnya, bukan pangkat dan harta bendanya.

Islam juga tidak pernah menghalang umatnya menjalin hubungan dengan manusia lain yang berlainan kepercayaan agama.

Di sinilah wujudnya toleransi agama dalam Islam.

Dalam perkara ini Islam memberi garis panduan agar pergaulan dalam masyarakat itu wujud dalam bentuk keluarga besar yang saling membantu dan tahu tanggungjawab masing-masing.

Islam juga memberi panduan bahawa dalam masalah hukum dan yang berkaitan dengan akidah, tidak ada tolak ansur, tetapi dalam pergaulan perlu ada tolak ansur bagi mewujudkan sebuah masyarakat harmoni.

Saling menghormati adalah amalan yang diajarkan Islam dengan tidak mengira suku kaum dan kepercayaan.

Selasa, Mei 03, 2011

Kerana Mimpi Melihat Neraka

Pada zaman Rasulullah saw, jika para sahabat yang mulia bermimpi, biasanya mereka akan mengadu dan menceritakannya kepada baginda Rasulullah. Suatu malam seorang sahabat Nabi yang masih remaja bernama Abdullah bin Umar ra, pergi ke Masjid Nabawi. Dia membaca Al-quran sampai keletihan. Setelah lama membaca al-Quran, dia berasa mengantuk dan ingin tidur.

Seperti biasa, sebelum tidur dia menyucikan diri dengan cara berwuduk, kemudian barulah merebahkan badan kemudian berdoa,

“Bismika Allahumma ahya wa bismika amutu. Ya Allah! Dengan nama-Mu aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati.”

Demikianlah, Rasulullah saw mengajarnya dengan cara tidur yang baik. Sehingga, dalam tidur pun, malaikat masih mencatatnya sebagai seorang yang tidak lalai. Dengan menyucikan diri, roh orang yang tidur akan mendapat hikmah dan siraman doa para malaikat.

Tawakal dan Redha

Tawakal kepada Allah Ta’ala ialah menyerahkan urusan kepadaNya, bergantung kepadaNya dalam semua keadaan, berlepas diri daripada daya upaya sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada daya dan kekuatanNya.

Manakala redha ialah berlapang dada atau menerima segala perkara dengan hati yang ikhlas terhadap sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah. Salah satu takrif redha adalah seperti yang disebutkan oleh Ibnu ‘Athoillah as-Sakandari :

“ Redha ialah hati meyakini qadimnya pilihan Allah Ta’ala terhadap hambaNya iaitu meninggalkan sifat marah ”

Sering kali kita dengar,

“Aku sudah berusaha dan aku bertawakal, tapi kenapa aku tidak dapat apa yang aku minta?”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...