Solat
Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipan
menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama
muslim.
Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah.
Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal,
merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya.
Adapun
yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan
yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.
Sabda Nabi SAW;
الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض
Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit”
Sabda Nabi SAW lagi;
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً
Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit”