Jumaat, Mei 09, 2014

Kenapa Orang Asyik Tegur Aurat Wanita Berbanding Lelaki?


Antara Sebab Kenapa Ramai Lebih Fokus Aurat Wanita Berbanding Aurat Lelaki

1. Islam lebih menekankan aurat perempuan.

Dalil khusus mengenai perempuan lebih banyak ditekankan dalam Al-Quran dan hadis Nabi berbanding
aurat lelaki. Adakah anda ingin menuduh Al-Quran berat sebelah pula? Pendapat empat mazhab mengenai
aurat wanita juga hampir sama iaitu aurat ketika solat. Berbeza dengan aurat lelaki, empat mazhab berbeza
pendapat. Mazhab Syafie dan Hanafi lebih teliti dengan meletakkan dari atas pusat sehingga bawah lutut.
Manakala Mazhab Hambali dan Maliki menetapkan aurat lelaki hanyalah menutup kemaluan sahaja. Dan ada pelbagai lagi khilaf ulama mengenai aurat lelaki.

2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Aurat lelaki cuma dari paras pusat hingga ke bawah lutut. Manakala bagi wanita, auratnya adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, peratusan wanita yang mendedahkan aurat adalah lebih tinggi. Sedangkan wanita yang bertudung pun belum tentu menutup auratnya dengan sempurna. Tidak memakai stokin pun sudah dikira tidak menutup aurat. Itu belum menyentuh bab tabarruj. Ini menunjukkan Islam benar- benar ingin menjaga kesucian wanita dan mengangkat martabat mereka.

3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka.

Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan
anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka. Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak
menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya. Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu
menanggung dosa lelaki. Aurat wanita amat dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang
maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. Mendedahkan
diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan sendiri juga tinggi.

Perbezaan antara Ilmu dan Harta


Saidina Ali Karramallahuwajhah pernah berkata:

ILMU adalah warisan nabi-nabi
HARTA adalah warisan Qarun dan Firaun.
Orang yang BERILMU banyak kawannya.
Orang yang BERHARTA banyak musuhnya
ILMU jika diberikan kepada orang lain ia bertambah.
HARTA jika diberikan kepada orang lain ia akan berkurangan.
Orang yang BERILMU disebut KARIIM (mulia)
Orang yang BERHARTA disebut BAKHIL (kedekut)
HARTA minta dijaga daripada pencuri
ILMU tidak memerlukan penjaga
Orang yang BERHARTA akan dihisab
Orang yang BERILMU mendapat syafaat
HARTA akan rosak dimakan zaman
ILMU tidak akan usang ditelan zaman
HARTA mengeraskan hati
ILMU melembutkan hati
Orang yang BERHARTA mengaku sebagai Tuhan (kerana hartanya)
Orang yang BERILMU mengaku sebagai Hamba.


Sumber: http://mencarijalanbalik.wordpress.com