Allah telah menyediakan untuk hamba Nya yang beriman dalam Syurga, nikmat yang tiada mata pernah melihat, tiada telinga pernah mendengar, tiada siapa pernah terfikir, sehingga tahap orang yang mendapat paling sedikit nikmat dalam Syurga akan ingat yang dia mendapat paling banyak nikmat antara mereka.
Abu Sa`eed al-Khudri, (RA), berkata yang Rasulullah (SAW) bersabda: "Serendah-rendah martabat manusia dalam Syurga akan ada seorang lelaki yang mukanya Allah palingkan dari Neraka ke arah Syurga, dan menunjukan dia satu pokok yang memberikan bayangan. Dia akan berkata, ‘Wahai Tuhan, bawalah aku dekat kepada pokok itu supaya aku boleh berada dalam bayangan itu … Maka dia akan masuk ke rumahnya (di Syurga) dan dua isterinya dari kalangan Al-Hoor Al-`een akan datang dan berkata kepada nya, ‘Pujian kepada Allah yang memberi kamu kehidupan untuk kami dan memberi kami kehidupan untuk kamu.’ Kemudian dia akan berkata, ‘Tiada siapa yang pernah diberikan apa yang aku telah di beri." (Riwayat Muslim)
Merujuk kepada perkara tadi Allah SWT berfirman: " Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (Ar-Rahmaan: 56, 57)
Dalam jawapan beliau kepada soalan tersebut, Sheikh Muhammad S. Al-Munajjid, seorang pengarang dan pensyarah Islam Saudi terkemuka, menyatakan:
“Sebelum kita menjawab soalan tersebut berkenaan kenapa Islam memberikan berita gembira akan perkara-perkara dalam Syurga yang di larang di dunia ini, kita mesti jelaskan yang Allah melarang apa-apa yang Dia mahu di dunia ini kepada makhluk Nya, kerana Dia ialah Pencipta dan Pemilik akan perkara-perkara itu.
Maka, di larang bagi sesiapa yang membantah hukum Allah atas sebab pemikiran singkat dan kefahaman dangkal. Hukum dan keputusan akan perkara itu, sebelum dan selepas, ialah hanya hak Allah, dan tiada siapa boleh mengatasi hukum Nya, semoga Dia Terpuji dan Agung.
Allah melarang beberapa perkara di dunia ini, dan di Akhirat membenarkan perkara itu sebagai balasan kepada mereka yang menjauhi dari perkara itu (seperti arak, memakai sutera bagi lelaki, dan sebagainya). Ini ialah apa Allah akan berikan sebagai ganjaran kepada mereka yang mentaati Nya dan berusaha secara sabar di dunia ini. Allah SWT berfirman : "Bukankah tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (juga).?" (Ar-Rahmaan: 60)
Kita bolehkan jelas semua hal ini dalam ringkasan berikut:
1- Kita tidak semestinya tahu semua sebab kenapa perkara diharamkan. Terdapat beberapa alasan, yang kita tidak tahu. Prinsip asas ialah kita bersetuju dan patuh kepada nas walaupun kita tidak tahu alasannya, kerana penyerahan diri ialah asas Islam, yang berlandaskan ketaatan sepenuhnya kepada Allah SWT.
2- Beberapa sebab larangan mungkin jelas kepada kita, seperti kesan buruk akibat melakukan zina, kecelaruan dalam penentuan ayah si anak, penyebaran penyakit merbahaya dan sebagainya. Apabila Islam melarang perhubungan haram, tujuannya adalah untuk melindungi maruah dan keturunan manusia. Akibat dari zina, hubungan yang mengikat masyarakat luntur dan masyarakat dipenuhi dengan penyakit yang merebak melalui perhubungan seks, menandakan kemurkaan Allah terhadap mereka yang mencabuli sempadan suci Nya dan menghalalkan yang haram.
Ini tidak sama dengan perhubungan lelaki dengan Al-Hoor Al-`een di Syurga kerana kita dapat lihat dalam hal perempuan curang di dunia ini , maruahnya sanggup diserah kepada semua dan dia tiada ketaatan agama atau malu. Dia tidak terikat dengan perhubungan halal dengan seseorang. Jadi lelaki dan perempuan berzina dengan sesiapa yang mereka mahu, dengan tanpa batasan agama atau moral. Tetapi Al-Hoor Al-`een dalam Syurga adalah dikhususkan dan dihadkan kepada suami-suami mereka yang Allah telah beri sebagai ganjaran untuk kesabaran mereka dalam menjauhi dari perkara terlarang dalam dunia ini Allah SWT berfirman: " (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, tersimpan dalam mahligai ." (Ar-Rahmaan: 72)
3- Allah telah mengisytiharkan yang di dalam dunia ini lelaki tidak dibenarkan untuk ada lebih empat isteri pada satu masa, dan
Dia akan merahmati penghuni Syurga dengan apa yang Dia mahukan dari Al-Hoor Al-`een. Jadi tiada percanggahan antara apa yang dilarang di dunia dan di Akhirat, kerana hukum setiapnya adalah berbeza, mengikut apa yang Allah SWT mahu. Jelaslah, Akhirat lebih baik dan lebih kekal dari dunia ini.
4-Larangan-larangan ini mungkin sejenis ujian daripada Allah kepada hamba-hamba Nya untuk melihat sama ada mereka akan mentaati arahan-arahan ini dan meninggalkan perkara yang Dia larang. Ujian itu tidak boleh atas sesuatu yang manusia tiada kecenderungan dan perkara yang mereka tidak suka; ujian itu mesti berkaitan dengan sesuatu dengan sesuatu yang mereka cenderung dan tertarik. Ujian atas lelaki dengan perempuan adalah untuk menghadkan dirinya kepada perkara yang Allah benarkan berkenaan perempuan, menundukkan pandangannya dan mengelakkan mencari keseronokan dalam perkara yang Allah larang. Ia adalah rahmat Allah yang Dia tidak melarang sesuatu yang manusia cenderung tanpa membenarkan satu aspek dari hal berkenaan.
5-Hukum hal-ehwal dunia ini tidak seperti hukum di Akhirat. Arak di akhirat adalah suci, tidak seperti arak didunia ini, yang menyebabkan kehilangan akal, mabuk dan sakit perut. Apa yang Allah sediakan untuk perempuan beriman pada Hari Kebangkitan ialah ganjaran untuk ketaatan mereka tidak seperti zina yang mencabul kehormatan manusia, merosakan keturunan, menyebarkan penyakit dan mendorong kepada penyesalan. Perempuan di Syurga adalah suci dan mulia; mereka tidak akan mati atau tua, tidak seperti perempuan di dunia ini."
Terjemahan daripada: Why the Forbidden Is No more Forbidden in Paradise?
Rabu, November 07, 2007
Adam dan Isteri: dalam al-Qur'an dan Bible
Adam dan isteri dikisahkan di dalam al-Qur'an dan juga Bible. Namun, ceritanya tidak semuanya sama. Perbezaan turut dikesan pada cerita ulama palsu dunia Islam. Cerita mereka didapati condong sedikit kepada Bible, umpamanya kisah bagaimana isteri Adam, iaitu perempuan yang pertama di dunia, dicipta. Nama "Hawa" yang mereka gunakan juga diceduk daripada Bible.
Untuk menunjukkan perbezaan tersebut, di halaman ini, diturunkan petikan ayat-ayat al-Qur'an dan Bible. Hadis Bukhari juga tidak ditinggalkan. Ayat-ayat al-Qur'an dipetik daripada Bacaan sementara ayat-ayat Bible daripada Bible versi bahasa Melayu, bernama ALKITAB, yang diterbitkan oleh Lembaga Alkitab Indonesia, Jakarta (1996). Hadis Bukhari pula disalin daripada CD terbitan Islamic Computing Centre, London (1994).
Bermula dengan cerita ciptaan Adam. Menurut al-Qur'an, Adam dicipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk, dan kemudian Allah menghembuskan Roh-Nya ke dalamnya. Firman-Nya:
"Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, 'Sesungguhnya, Aku mencipta seorang manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk, Apabila Aku telah membentukkannya, dan menghembuskan Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu dengan bersujud kepadanya.'" (15:28-29)
Semua malaikat sujud, kecuali Iblis. Iblis adalah daripada jenis jin (18:50). Jin dicipta daripada api yang membakar (15:27).
Di dalam ALKITAB pula, Adam dikatakan telah dicipta daripada debu tanah. Kemudian tuhan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya. Ayat ALKITAB yang berkenaan berbunyi,
"TUHAN Allah membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup." (Kejadian 2:7)
ALKITAB tidak menceritakan mengenai malaikat-malaikat yang sujud, dan tidak juga menyebut sedikit pun mengenai Iblis.
Isteri Adam disebut buat pertama kali di dalam al-Qur'an dalam ayat yang menyusul peristiwa keengganan Iblis untuk sujud kepada Adam. Contoh, pada ayat-ayat yang diturunkan selepas perenggan yang berikut.
Pengisahan diteruskan - bermula dari perintah Allah ke atas para malaikat supaya sujud kepada Adam hingga ke larangan daripada mendekati sepohon pokok yang dikenakan ke atas Adam dan isterinya. Ketika itu mereka berada di Jannah. (Dialog Allah-Iblis ketika ia enggan sujud kepada Adam tidak terdapat di dalam ayat-ayat di bawah, tetapi boleh dibaca di sini.)
"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam', lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia menjadi antara orang-orang yang tidak percaya (kafir). Dan Kami berkata, 'Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini, supaya kamu tidak menjadi orang-orang yang zalim.'" (2:34-35)
"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam'; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia enggan. Kemudian Kami berkata, 'Wahai Adam, sesungguhnya ini musuh bagi kamu, dan isteri kamu. Maka janganlah ia mengeluarkan kamu berdua dari Taman supaya kamu menjadi sengsara. Sesungguhnya bagi kamu, tidaklah kamu kelaparan di dalamnya, dan tidak juga kamu bertelanjang, Dan tidak juga kamu berasa dahaga di dalamnya, dan tidak juga kepanasan.'" (20:116-119)
Kemudian, syaitan berbisik kepada Adam untuk menghasut supaya dia dan isterinya melanggar larangan daripada Allah itu. Bisikan atau pujukannya berbunyi,
"Kemudian syaitan membisikkan kepadanya, dengan berkata, 'Wahai Adam, bolehkah aku menunjukkan kepada kamu Pokok Yang Berkekalan, dan sebuah kerajaan yang tidak binasa?'" (20:120)
"Berkata (syaitan), 'Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan.' Dan ia bersumpah kepada mereka, 'Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat.'" (7:20-21)
Setelah Adam dan isteri merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata kepada mereka. Lalu mereka menjahit daun-daun Taman pada mereka. Seterusnya mereka dipanggil oleh Allah, dimarahi, dan akhirnya diusir keluar dari Taman. Firman-Nya,
"Maka ia (syaitan) membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka memanggil mereka, 'Tidakkah Aku telah melarang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata?'
Mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi.'
Berkata, 'Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Di bumi tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk satu waktu.'
Berkata, 'Di dalamnya kamu hidup, dan di dalamnya kamu mati, dan darinya kamu akan dikeluarkan.'" (7:22-25)
Allah menerima taubat mereka dan memberi mereka petunjuk. Sebelum mereka meninggalkan Taman, Allah berpesan agar mereka tidak berpaling daripada petunjuk yang Dia turunkan. Firman-Nya,
"Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan menerima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk. Berkata, 'Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain; tetapi jika datang kepada kamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia menjadi sengsara. Tetapi, sesiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami membangkitkan dia buta.'" (20:122-124)
Di dalam ALKITAB (Bible versi bahasa Melayu), setelah Adam dicipta, dia ditempatkan di taman Eden. (Pada ayat-ayat yang diturunkan di halaman ini, nama Adam dan Hawa tidak disebut. Adam disebut sebagai "manusia itu" dan Hawa, "perempuan" atau "isterinya". Nama mereka mula disebut dalam ayat-ayat yang kemudian):
"TUHAN Allah mengambil manusia itu dan menempatkannya dalam taman Eden untuk mengusahakan dan memelihara taman itu." (Kejadian 2:15)
Selepas itu barulah perempuan dicipta iaitu apabila Adam mendapati tiada penolong yang sepadan baginya:
"... tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia. Lalu TUHAN Allah membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN Allah mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging. Dan dari rusuk yang diambil TUHAN Allah dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu.
Lalu berkatalah manusia itu: 'Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki.' Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging. Mereka keduanya telanjang, manusia dan isterinya itu, tetapi mereka tidak merasa malu." (Kejadian 2:20-25)
Justeru, menurut ALKITAB, perempuan dicipta daripada tulang rusuk lelaki. Seperti itulah jua cerita ulama palsu dalam dunia Islam. Akan tetapi, al-Qur'an menyatakan bahawa (semua) manusia dicipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk (15:26), dan selanjutnya menyatakan bahawa mereka dicipta daripada jiwa yang satu. Firman-Nya:
"Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya (jiwa yang satu juga) Dia menciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan;" (4:1)
("Manusia" atau "kamu" dan "pasangannya" - masing-masing dicipta daripada "jiwa (nafs) yang satu".)
Satu lagi perbezaan yang dapat dikesan adalah pada keadaan Adam dan isterinya. ALKITAB menyatakan mereka berada dalam keadaan telanjang, semasa berada di Taman, tetapi al-Qur'an menyatakan sebaliknya (sila lihat 20:116-119 yang sudah diturunkan).
Petikan daripada ALKITAB diteruskan dengan cerita Adam dan isteri digoda. Di dalam al-Qur'an mereka digoda oleh syaitan sementara dalam ALKITAB mereka digoda oleh seekor ular. Perihal siapa yang digoda juga berlainan. Al-Qur'an menyatakan Adam (20:115, dan ayat 20:120 di atas) tetapi ALKITAB menyatakan isterinya yang mula digoda yang tergoda. Begini ceritanya:
"Adapun ular ialah yang paling cerdik dari segala binatang di darat yang dijadikan oleh TUHAN Allah. Ular itu berkata kepada perempuan itu: 'Tentulah Allah berfirman: Semua pohon dalam taman ini jangan kamu makan buahnya, bukan?'
Lalu sahut perempuan itu kepada ular itu: 'Buah pohon-pohonan dalam taman ini boleh kami makan, tetapi tentang buah pohon yang ada di tengah-tengah taman, Allah berfirman: Jangan kamu makan ataupun raba buah itu, nanti kamu mati.'
Tetapi ular itu berkata kepada perempuan itu: 'Sekali-kali kamu tidak akan mati, tetapi Allah mengetahui, bahwa pada waktu kamu memakannya matamu akan terbuka, dan kamu akan menjadi seperti Allah, tahu tentang yang baik dan yang jahat.' Perempuan itu melihat, bahwa buah pohon itu baik untuk dimakan dan sedap kelihatannya, lagipula pohon itu menarik hati karena memberi pengertian. Lalu ia mengambil dari buahnya dan dimakannya dan diberikannya juga kepada suaminya yang bersama-sama dengan dia, dan suaminyapun memakannya. Maka terbukalah mata mereka berdua dan mereka tahu, bahwa mereka telanjang; lalu mereka menyemat daun pokok ara dan membuat cawat." (Kejadian 3:1-7)
Al-Qur'an tidak menyebut "buah" tetapi hanya pokok; tidak menyebut daun pokok ara, tetapi hanya daun-daun Taman.
Setelah memakan buah, dan mata jadi terbuka, datanglah Tuhan yang digambarkan seperti seorang manusia. Lalu Dia berkata-kata kepada ketiga-tiga yang bersalah:
"Ketika mereka mendengar bunyi langkah TUHAN Allah, yang berjalan-jalan dalam taman itu pada waktu hari sejuk, bersembunyilah manusia dan isterinya itu terhadap TUHAN Allah di antara pohon-pohonan dalam taman.
Tetapi TUHAN Allah memanggil manusia itu dan berfirman kepadanya: 'Di manakah engkau?'
Ia menjawab: 'Ketika aku mendengar, bahwa Engkau ada dalam taman ini, aku menjadi takut, karena aku telanjang; sebab itu aku bersembunyi.'
Firman-Nya: 'Siapakah yang memberitahukan kepadamu, bahwa engkau telanjang? Apakah engkau makan dari buah pohon, yang Kularang engkau makan itu?'
Manusia itu menjawab: 'Perempuan yang Kautempatkan di sisiku, dialah yang memberi dari buah pohon itu kepadaku, maka kumakan.'
Kemudian berfirmanlah TUHAN Allah kepada perempuan itu: 'Apakah yang telah kauperbuat ini?'
Jawab perempuan itu: 'Ular itu yang memperdayakan aku, maka kumakan.'
Lalu berfirmanlah TUHAN Allah kepada ular itu: 'Kerana engkau berbuat demikian, terkutuklah engkau di antara segala ternak dan di antara segala binatang hutan; dengan perutmulah engkau akan menjalar dan debu tanahlah akan kaumakan seumur hidupmu. Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya.'
Firman-Nya kepada perempuan itu: 'Susah payahmu waktu mengandung akan Kubuat sangat banyak; dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu; namun engkau akan berahi kepada suamimu dan ia akan berkuasa atasmu.'
Lalu firman-Nya kepada manusia itu: 'Karena engkau mendengarkan perkataan isterimu dan memakan dari buah pohon, yang telah Kuperintahkan kepadamu: Jangan makan dari padanya, maka terkutuklah tanah karena engkau; dengan bersusah payah engkau akan mencari rezekimu dari tanah seumur hidupmu; semak duri dan rumput duri yang akan dihasilkannya bagimu, dan tumbuh-tumbuhan di padang akan menjadi makananmu; dengan berpeluh engkau akan mencari makananmu, sampai engkau kembali lagi menjadi tanah, karena dari situlah engkau diambil; sebab engkau debu dan engkau akan kembali menjadi debu.' (Kejadian 3:8-19)
Kemudian dia diusir dari taman Eden:
"Lalu TUHAN Allah mengusir dia dari taman Eden supaya ia mengusahakan tanah dari mana ia diambil." (Kejadian 3:23)
Perempuan yang dimaksudkan di situ ialah Hawa (nama Hawa tidak disebut di dalam al-Qur'an). Kali pertama nama itu disebut di dalam ALKITAB adalah pada ayat Kejadian 3:20, dan Adam pula, ayat Kejadian 4:25.
Kisah Adam dan Hawa daripada ALKITAB (Bible bahasa Melayu) telah mempengaruhi pemikiran kebanyakan orang Islam. Terutamanya cerita mengenai ciptaan perempuan pertama di dunia yang dikatakan dicipta daripada tulang rusuk lelaki iaitu tulang yang bengkok. Dari situ bermulalah kepercayaan bahawa kaum perempuan sifatnya bengkok, lalu mereka berkedudukan rendah daripada lelaki.
Tentu tidak keterlaluan apabila mengatakan iaitu Imam Bukhari adalah orang Islam yang pertama percaya kepada cerita yang tidak sahih itu. Kerana, antara lima kitab hadis yang terbesar di dunia Islam, hanya kitab beliau yang meriwayatkan mengenai tulang rusuk yang bengkok tersebut. Kitab-kitab lain tidak menyebutnya langsung. Di dalam kitab Bukhari terdapat dua hadis mengenai perkara berkenaan. Kedua-duanya diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Satu daripadanya menyatakan tulang rusuk yang paling bengkok, yang terletak di atas sekali.
Adalah dipercayai bahawa lima kitab yang pertama (termasuk Kejadian) di dalam Bible atau ALKITAB telah ditulis oleh seorang ulama agama bangsa Yahudi bernama Ezra, atau Uzair, seperti yang disebut di dalam al-Qur'an. Dengan itu, dirasakan amat ralat sekali apabila didapati ajaran Yahudi telah menyusup masuk ke dalam kepercayaan orang Islam setelah nama Nabi atau Rasul yang selamanya disanjung digunakan.
Barangkali Imam Bukhari tidak menyedari bahawa cerita daripada ALKITAB yang berkenaan tidak disahihkan oleh al-Qur'an. Ia berlaku mungkin kerana beliau terlepas pandang sebuah ayat yang menunjukkan bahawa al-Qur'an diturunkan sebagai kawalan mutu ke atas kitab-kitab sebelumnya. Ayat tersebut berbunyi,
"Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu." (5:48)
Masanya agak terlewat untuk menghapuskan kepercayaan yang telah disuntik oleh Imam Bukhari ke dalam Islam, mengenai kaum wanita, setelah ia dikecapi oleh golongan lelaki selama lebih seribu tahun. Dan kepercayaan itu diterima pula oleh sesetengah golongan daripada kaum tersebut. Bolehkah sekarang diajak umat Islam untuk mendustakan Bukhari tanpa dihukum sebagai anti-Islam, antihadis, menghina Nabi, atau murtad?

Kesahihan al-Qur'an dan Bible
Wahyu ialah cara utama Allah mengatur alam ini. Terdapat dua aspek berkaitan wahyu. Pertama wahyu itu sendiri dan kedua bukti wahyu itu datang dari Allah. Buktinya datang dalam pelbagai cara. Tetapi, sebelum melihat kepada bukti-buktinya, mari kita secara ringkas berfikir akan wahyu itu dan kenapa wahyu itu penting dalam perancangan alam.
Keperluan asas untuk wahyu adalah untuk menyediakan autoriti moral, untuk memimpin manusia ke arah mencapai matlamat kewujudan, yang merupakan kehendak Allah. Tanpa wahyu, kita mungkin hanya akan menghukum apa yang berguna untuk keadaan kita. Tetapi, tujuan kita dalam penciptaan memerlukan satu autoriti yang lebih besar daripada pertimbangan dunia semata-mata. Apa yang betul? Apa yang salah? Ini ialah soalan-soalan berkaitan dengan ciri utama kewujudan dan hanya boleh dijawab oleh
Sang Pencipta – Allah.
Al-Qur'an menerangkan perkara ini awal-awal lagi. Al-Qur'an bermula dengan bacaan asas solat al-fatihah – pembukaan. Ini satu doa utama kepada Allah untuk petunjuk . Surah seterusnya al-Qur'an mula menjawab doa ini dengan kenyataan berikut:
Kitab(Al Quran) ini tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa
Surah 2 Ayat 2
Apabila merujuk kepada bukti-bukti yang sesuatu kitab sememangnya datang daripada Allah, terdapatbanyak pertimbangan. Pertamanya, kita boleh melihat kepada integriti teks dan fakta sejarah mengenai pengumpulan kitab itu. Ini menjelaskan realiti sejarah kitab itu. Kemudian kita boleh melihat bagaimana apa yang dikatakan menjadi bukti berasal dari kalam Tuhan. Pertamanya mari kita lihat pada bukti sejarah dan ketekalan (consistency) akan dakwaan yang dibuat atas setiap kitab.
Al Qur’an
Berkenaan dengan kesahihan al- Qur’an, kita perhatikan perkara-perkara berikut:
Allah memberitahu Rasulullah dalam al-Quran:
Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya. Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu. Kemudian,sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya.
Surah 75 Ayats 16 - 19
Allah memberi jaminan yang pengumpulan dan penyebaran al- Qur’an adalah terjamin. al- Qur’an dihafal oleh Rasulullah (SAW), yang menerima wahyu ilahi itu, bukan sahaja membaca nya kepada sahabat baginda, tetapi mempelajari nya dengan hafalan. Bahkan, Rasulullah (SAW) mengambil sepenuh usaha untuk memastikan para sahabat juga mempelajari nya dengan hafalan. Rasulullah (SAW)bersabda:
‘Yang terbaik dikalangan kamu (Muslims) ialah mereka yang mempelajari al-Qur'an dan mengajarkannya. ' (Bukhari, VI - No. 546)
Mengikuti arahan Rasulullah (SAW), ramai sahabat baginda mempelajari al-Qur’an dengan menghafal, serta-merta setelah ayat-ayat itu diwahyukan. Imam Suyuti menyebut – dalam Itqan beliau-lebih daripada dua puluh orang yang terkenal yang menghafal wahyu itu. Amalan menghafal al-Qur’an telah amat digalakkan oleh Rasulullah (SAW), bukan sahaja sahabat baginda, tetapi Muslim yang alim kemudiannya juga mengambil berat menghafalnya.
Benar yang al-Qur’an tidak dikumpulkan dalam satu buku semasa masa Rasulullah (SAW); tetapi ayat-ayat itu ditulis dengan cermat dan surah dibaca, bukan hanya semasa solat, tetapi juga pada peristiwa lain. Muslim diajar yang membaca dan mempelajari ayat-ayat al-Qur’an ialah amalan mulia dan mendapat pahala besar. Atas sebab ini, sahabat Rasulullah (SAW) bersungguh-sungguh mempelajari ayat-ayat itu, yang sebahagian besarnya bertanggung- jawab dalam menjaga al-Qur’an dalam hati manusia.
Kisah Omar memeluk Islam amat terkenal. Dalam riwayat Ibn Hisham kita boleh membaca bagaimana Omar meminta adik perempuannya untuk memberikan kepada beliau satu keping al-Qur’an yang tertulis, yang mereka telah baca. Perkara ini ialah bukti amalan menulis ayat-ayat al-Qur’an atas bahan-bahan yang ada sudah dilakukan pada masa awal turun wahyu.
Penulis-penulis riwayat hidup Rasulullah (SAW) dengan jelas mencatatkan yang baginda melantik ramai penulis untuk mencatat wahyu al- Qur’an. Hadith ini membuktikan yang para sahabat telah ada al-Qur’an dalam bentuk bertulis:
‘Daripada Ibn Omar: ... Rasulullah (SAW) bersabda: ‘Jangan dibawa al- Qur'an dengan kamu semasa perjalanan, kerana aku takut ia jatuh ke tangan musuh’’.
(Sahih Muslim & Sahih Bukhari)
Jelaslah yang ini merujuk al-Qur’an dalam bentuk bertulis . Terdapat tiga hadith dalam Sahih Bukhari, memaklumkan kita yang Malaikat Jibril selalu membaca al-Qur'an dengan Rasulullah (SAW) sekali setahun, tetapi dia membacanya dua kali bersama baginda pada tahun baginda meninggal. Ini berlaku apabila Rasulullah (SAW) selalu beriktikaf (beribadah bersendirian) selama sepuluh hari
setiap tahun (dalam bulan Ramadan), tetapi pada tahun baginda meninggal, baginda beriktikaf selama dua puluh hari. (Bukhari)
Jelaslah dengan sebab-sebab tadi yang tiada perbandingan antara al-Qur’an dan Kitab-kitab suci lain, dalam hal merekod dan menyebarkan kepada generasi kemudian. Sedangkan kitab-kitab dalam Perjanjian Lama dan Baru, contohnya, ditulis, diedit dan dikumpulkan dalam jangka panjang, kadang-kala berabad, kandungan al-Qur'an, biar pun wahyu sudah berakhir, masih kekal sama,
sehingga hari ini.
Zaid ibn Thabit ialah ketua penulis, yang selalu mencatatkan wahyu, mengikut arahan Rasulullah (SAW). Selepas zaman Rasulullah (SAW), dalam perang Yamama, sebilangan besar huffaz (mereka yang menghafal al-Qur’an) syahid. Maka Abu Bakar melantik Zaid untuk mengumpulkan semua versi al-Quran yang ada bertulis dan membawa satu salinan utama. Disebabkan beliau ialah ketua penulis Nabi, maka beliau orang yang paling sesuai untuk kerja itu.
Apabila beliau menyempurnakan kerja itu, beliau memberikan koleksi al-Qur’an bertulis kepada Abu Bakar, yang Abu Bakar menyimpan bersamanya sehingga kematiannya. Selepas kematian Abu Bakar, Omar, khalifah kedua, akhirnya memberikannya kepada anaknya Hafsa – seorang daripada isteri nabi – untuk dijaga. Daripada koleksi bahan ini Khalifah Othman menyediakan beberapa salinan dalam bentuk kitab lengkap pertama Al-Qur’an. Beberapa salinan ini masih wujud.
Allah memberi jaminan kepada kita dalam al-Qur’an:
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.
Surah 15 Ayat 9
... sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.
Surah 41 Ayats 41 – 42
Untuk fakta sejarah lebih lanjut mengenai masa wahyu al-Qur'an sila baca ‘Ulum al-Quran - An
Introduction to the Sciences of the Qur'an – oleh Ahmad Von Denffer
Bible
Apabila kita meneliti sejarah Bible, kita dapati kisahnya berlainan sekali. Pertamanya, Bible bukannya satu kitab; tiada orang Kristian yang boleh mendakwanya sebagai satu kitab, yang diwahyukan kepada Tuhan kepada seorang Nabi. Bahkan, mengikut kepada beberapa pendita Kristian, ia ialah “satu kumpulan kitab-kitab”. Ini bermakna yang Bible telas ditulis oleh ramai pengarang pada pelbagai peringkat dalam sejarah. Ini adalah perbezaan utama antara al-Qur’an dan Bible.
Semua Bible dibahagikan kepada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian Lama terdiri daripada kitab-kitab yang ditulis sebelum Nabi Isa al-Masih. Kemudian, Perjanjian Baru terdiri daripada kitab-kitab yang ditulis selepas Nabi Isa al-Masih.
Mengikut kepada Encyclopedia Universalis (Paris, 1974 edition, Vol. A pp. 246- 263: Entri: Bible, yang ditulis oleh J.P. Sandroz, Professor di Dominican Faculties, Saulchoir), Perjanjian Lama muncul sebagai satu kesusasteraan agung bagi orang Yahudi, daripada asalnya hingga kedatangan agama Kristian.
Kandungan kitab itu ditulis, disiapkan dan disemak antara kurun Kesepuluh dan pertama Sebelum Masihi. Kitab itu ialah kumpulan hasil kerja pelbagai panjang dan pelbagai genre yang banyak. Kitab itu ditulis dalam beberapa bahasa, pada tempoh lebih sembilan ratus tahun, berdasarkan tradisi lisan. Banyak hasil kerja itu dibetulkan dan disiapkan, mengikut peristiwa atau keperluan khas, selalunya pada tempoh yang sanggat lama di antara satu sama lain.
Untuk memahami apa yang Perjanjian Lama menggambarkan, penting untuk mengekalkan maklumat ini,yang disahkan dengan tepat kini oleh pakar yang amat layak. ‘Satu wahyu dicampur-aduk dengan kesemua penulisan itu, tetapi semua yang kita ada kini ialah apa yang mereka lihat sesuai untuk ditinggalkan kepada kita. Mereka ini memanipulasikan penulisan itu untuk menggembirakan diri mereka, mengikut kepada keadaan yang mereka berada dan keperluan yang mereka hadapi.’ (The Bible, Qur’an and Modern Science - by Maurice Bucaille.)
Kita juga dapati dalam The Interpreter' s Dictionary Of The Bible:
‘Naskah asal kitab Perjanjian Baru sudah pasti telah lama hilang. Fakta ini tidak sepatutnya menyebabkan kejutan. Pertamanya, kitab itu ditulis di atas papyrus, bahan yang sangat rapuh dan mudah musnah. Keduanya, dan mungkin bahkan lebih penting , naskah asal Perjanjian Baru tidak dilihat sebagai kitab oleh mereka dari masyarakat Kristian awal.’ (George Arthur Buttrick - Ed.: The Interpreter' s Dictionary Of The Bible, Volume 1, p. 599 – under: ‘Text, New Testament').
Perjanjian Baru mengandungi 39 kitab. Empat kitab pertama dikenali sebagai Injil, yang menceritakan kisah Isa. Kitab yang lain ditulis oleh mereka yang dikatakan pengikutnya. Yang paling utama antara mereka ialah St. Paul, yang menulis tiga belas kitab. Yang menghairankan dalam hal itu ialah St. Paul ini, walaupun sezaman dengan Isa, tidak pernah berjumpa beliau, dia bukan dikalangan dua belas orang pengikut yang di pilih oleh Isa sendiri! Akan tetapi, ideanya, bukannya daripada Isa atau sebahagian pengikut beliau, yang telah memberi bentuk utama kepada agama Kristian moden!
Empat penulis Injil ialah Matthew, Mark, Luke dan John. Dikalangan pengikut Isa, kita jumpa semua nama ini kecuali Luke. Paderi-paderi Gereja mengajarkan pengikutnya yang penulis Injil ialah “saksi” kepada perbuatan Isa. Tetapi pengkaji moden menjelaskan yang penulis Injil dan pengikut itu ialah orang yang berbeza. Contohnya, ada pengikut yang bernama Matthew, tetapi Injil Matthew bukannya ditulis oleh Matthew ini ! Injil The King James Version menjelaskan fakta ini, lihat tajuk Injil-injil: Injil mengikut Matthew, Injil mengikut Mark… dan sebagainya, dan bukannya Injil oleh Matthew, Gospel oleh Mark dan sebagainya.
Ajaran Kristian ialah Injil-injil ini, sebagaimana Perjanjian Baru yang lain, adalah “kalam Tuhan”. Mereka berkeras mengatakan yang penulis Injil diilhamkan oleh Tuhan semasa menulis, dan supaya tidak berlaku kesalahan. Jika ini benar, bagaimana boleh mereka menjelaskan percanggahan dikalangan pelbagai Injil akan banyak perkara? Contohnya Matthew dan Luke memberikan dua salasilah Isa yang berbeza. (Lihat Matthew: 1:1-17; dan Luke 3: 23-38). Hanya beberapa nama dalam dua senarai itu sepadan!
Terdapat banyak lagi bukti dalaman dalam kitab Bible, yang membuktikan yang kitab ini tidak terkawal dengan pasti daripada penyelewengan. Tetapi bagi matlamat kita, saya harap maklumat tadi sudah cukup. Sudah jelas, dari fakta di atas, al-Qur’an yang kita ada kini, ialah teks yang sahih. Sedangkan dakwaan keaslian Bible (kedua-dua Perjanjian Lama dan Baru) adalah palsu.
Beralih daripada realiti sejarah kitab-kitab itu, terdapat banyak maklumat mengenai kandungan al-Qur'an. Satu ujian utama terhadap sesuatu kitab yang boleh dijadikan pengukur yang kitab itu kalam Tuhan ialah ketekalan (consistency) kandungannya dan ketekalannya dengan sains sepanjang masa. Dakwaan itu tidak boleh di buat atas Bible dengan sains tetapi dakwaan itu boleh dibuat atas al-Qur'an dan benar.
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.
Surah 4 Ayat 82
Terjemahan daripada: The authenticity of the Qur'an and the Bible

Happy Birthday Nor Ellyana Balqis
3 November 2007 yang lepas, aku dan isteriku telah mengadakan jamuan hari jadi anak kami yang pertama. Jamuan diadakan di rumah kami di Gombak Setia bermula jam 3.00 petang. Ramai juga tetamu yang hadir, kebanyakannya sedara sebelah isteri aku. Kami adakan jamuan high-tea. Menu kami pada hari tu : nasi imput + kuah kacang, roti jala + kari ayam, lemang, mee goreng, bihun goreng, kuih-mueh serta teh tarik dan sirap.
Kepada semua hadirin, kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri jamuan kami. Kepada Sharon and Family, terima kasih banyak-banyak atas pertolongan yang kalian berikan.
Langgan:
Catatan (Atom)