Jumaat, Ogos 12, 2011

Kelebihan Umat Muhammad S.A.W

Ada 5 Kelebihan kita sebagai umat akhir zaman, umat Nabi Muhammad S.A.W.

PERTAMA : Kita adalah sebagai umat akhir zaman.

Allah s.w.t telah memilih kita sebagai umat akhir zaman di mana tiada umat lain yang akan dijadikan oleh ALLAH selepas kita.

Walaupun begitu, pada hari akhirat di padang mahshar kelak, Allah akan menyusun semua umat manusia dari zaman Nabi Adam hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a .w mengikut saf2 dan ALLAH telah memilih umat Nabi Muhammad s.a .w untuk berbaris di saf yang pertama walaupun umat Nabi Adam yang merupakan umat pertama dijadikan oleh ALLAH s.w.t.

Ini menunjukkan betapa kasih dan sayang ALLAH kepada umat Nabi Muhammad s.a.w kerana Allah tidak mahu umat Nabi Muhammad s.a.w berada terlalu lama di Padang Mahsyar.