Isnin, Mac 17, 2008

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah M uhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Kisah Cinta Rahsia Wanita Melayu Murtad

Berikut ialah artikel yang diterjemah dari laman web sebuah gerakan Kristian di Australia menceritakan kehidupan orang-orang Melayu yang murtad di Malaysia.

Wanita Islam yang berkongsi rahsia cinta
Disiarkan pada 28/06/2006
http://www.sydneyanglicans.net/southerncross/articles/muslim_women_who_share_a_secret_love/

Islam, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepada kebebasan seks, yang membentuk realiti harian satu pertiga dunia penganut Anglican. Wanita Melayu yang masuk Kristian terpaksa hidup dalam dua alam. KATRIN ARNHOLZ menemuramah salah seoarang daripada mereka.

Dibawah gambar Kamariah (bukan nama sebenar) pada kad pengenalannya dinyatakan bangsa. Dibawahnya jantina, dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanita
berusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegi dengan senyuman lebar adalah seorang Kristian. Dia datang dari kumpulan bangsa yang terbesar di Malaysia
– iaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsa Melayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurut Kamariah, seorang Melayu adalah Islam menurut definisi. "Seorang Melayu ialah Islam. Noktah," katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengah masyarakat jika mereka masuk Kristian.

Seorang lelaki yang mengisytiharkan secara terbuka keluar Islam ialah pelayar terkenal, Azhar Mansor, pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam tempoh 190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utama layarnya patah di Tanjung Pengharapan (Cape Horn). Walaubagaimanapun dia berjaya sampai ke Kepulauan Faulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang berlaku antara tanjung dan kepulauan tersebut adalah spekulasi. Di internet ramai orang Islam tertanya-tanya samada Mansor – yang tidak lagi menetap di Malaysia – benar-benar keluar dari Islam. Dan banyak juga perbincangan di kalangan orang Kristian. Menurut versi cerita Kamariah, Mansor hampir lemas di laut, diselamatkan oleh ikan lumba-lumba, dan kemudian muncul Jesus.

Lina Joy tidak bermaksud untuk menjadi terkenal apabila dia meminta secara rasmi untuk keluar Islam pada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dari Azlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi Jabatan Pendaftaran Negara menolak untuk membuang perkataan
'Islam' pada kad pengenalannya. Keputusan tersebut, bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan, tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah – mahkamah di Malaysia yang mengawasi umat Islam mematuhi ajaran Islam. Apa yang tidak menyebelahi Lina Joy ialah apabila hakim berkata , ' Memandangkan plaintif seorang Melayu, dia terikat kepada perundangan Islam sehinggalah dia mati'.

Dia telah banyak kali merayu keputusan tersebut, dan rayuannya yang terkini akan didengari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akan ditentukan samada Mahkamah Syariah mempunyai kuasa perundangan terhadap mereka yang ingin keluar dari
Islam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia) menjanjikan kebebasan beragama. "Benar untuk agama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang ingin keluar dari Islam". Kata Kamariah lagi.

Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun adalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gereja antarabangsa. " Ramai orang Melayu Kristian menyembunyikan diri dan berjumpa secara rahsia", menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkan sebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariah akan memulakan perniagaan pengurusan perkahwinan. Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya : ianya termasuk khidmat pra-perkahwinan percuma. Khidmat nasihat perkahwinan tersebut berlandaskan prinsip-prinsip dalam Bible. Kamariah telah mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan – dan ianya telah diluluskan.

Kad pengenalan orang Islam yang keluar Islam menjadi masalah bila mereka hendak berkahwin, kerana menurut hukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orang
Islam yang lain.

"Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitu mengahwini seorang Melayu Kristian lain yang atas kertas masih lagi seorang Islam", menurut wanita muda tadi. "Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orang Islam diatas kertas, dan anak mereka seterusnya, dan kitaran ini tidak akan terhenti. Tetapi jika kita ingin menukar kad pengenalan, ianya tidak akan berlaku tanpa masalah." Mahkamah Syariah boleh membuat
keputusan untuk memenjarakan saya", kata Kamariah. Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untuk berkahwin atau menukar kad pengenalannya, dan dia hidup – seperti kebanyakan yang belum berkahwin di Malaysia – bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Mereka tidak tahu anak mereka seorang Kristian. "Di sini saya harus berhati-hati dengan siapa saya bercakap", menurut Kamariah. "Ada orang Melayu yang toleran tetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akan menghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika mereka tidak melaporkannya, kemudian mereka akan berfikir mereka bersubahat untuk melindungi saya – dan itu adalah tidak baik dalam Islam."

Kamariah masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas dua tahun menjalinkan hubungan dengan seorang Cina Kristian. "Saya sentiasa iri hati, dia mempunyai hubungan dengan Tuhan dia. Tuhan saya adalah jauh, tidak boleh dicapai," katanya lagi. "Doa dia dijawab. Doa saya tidak." Jadi Kamariah pada satu hari menyerahkan dirinya kepada Jesus. Sejak itu banyak telah berubah. Walaupun dia tidak bercakap mengenai Kristian dengan ibu bapanya, dia bersembahyang di rumah. "Tiba-tiba emak saya menanggalkan hiasan ayat Quran daripada dinding dan menggantung gambar bunga", katanya riang. Satu hari, dia berharap, dia tidak perlu lagi menyembunyikan kepercayaannya. "Saya harap
lebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke tengah masyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secara terbuka. Itu akan menjadi satu kejayaan dalam masyarakat kita."

Jawapan yang boleh membawa kepada Syirik

Hidup di kalangan masyarakat majmuk, kebanyakan kita munkin berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.

Bagi masyarakat Cina dan India yang bukan Islam, mereka kerap mempunyai tempat penyembahan masing-masing samada di luar atau di dalam rumah.

Apabila masyarakat Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar rumah, menyebabkan anak-anak kita yang masih kecil munkin akan terlihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita soalan sebegini....

"Orang sebelah rumah buat apa tu?"

Dan secara amnya, kita akan menjawab...

"Dia sedang sembahyang / sembah Tuhan dia"

Nauzubillah, respon tersebut tanpa kita sedari boleh menjatuhkan kepada syirik sebenarnya kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah:-

"Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Bilamana kita memberikan respon seperti di atas "Dia sembah Tuhan dia", kita menggambarkan kepada anak kita bahawa ada tuhan yang lain daripada ALLAH, dan kita memberikan gambaran kepada anak kita bahawa masyarakat Cina mempunyai satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan, dan cara mereka menyembah tuhan-tuhan mereka adalah berlainan daripada cara Islam.

Ini sama sekali bercanggah dengan aqidah dan kalimah "Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" yang selalu kita ucapkan.

Sekiranya respon terhadap soalan sebegini tidak diperbetulkan, maka anak-anak Muslim akan terus keliru dan berlawanan dengan aqidah Islam bahawa "Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Sebaik-baik respon dan penjelasan yang harus diberikan kepada anak yang menyoal ialah...

"Anak ku, perlu difahami bahawa tuhan yang kita sembah dan tuhan yang mereka sembah sebenarnya adalah sama kerana yang wujud hanyalah satu Tuhan sahaja yang berhak disembah iaitu ALLAH, tetapi cara yang disembah oleh mereka itu jelas sesat dan salah dan mereka tidak didatangkan hidayah akan Tuhan pencipta alam yang sebenarnya"

Oleh itu, jangan ambil mudah respon yang diberikan kepada anak kita, kerana respon yang salah boleh merosakkan aqidah dan setidak-tidaknya akan mengelirukan anak kita terhadap konsep ketuhanan yang sebenarnya.

Nine words women use

1.) Fine :
This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

2.) Five Minutes :
If she is getting dressed, this means a half an hour.Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

3.) Nothing :
This is the calm before the storm. This means something,and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually ends in "fine".

4.) Go Ahead :
This is a dare, not permission. Don't Do It!

5.) Loud Sigh :
This is actually a word, but is a non-verbal statementoften misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to #3 for the meaning of nothing.)

6.) That's Okay :
This is one of the most dangerous statements a womancan make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

7.) Thanks :
A woman is thanking you, do not question, or Faint. Just say you're welcome.

8.) Whatever :
Is a women's way of saying F@!K YOU!

9.) Don't worry about it, I got it :
Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to #3.

Bahaya IFC

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka,masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?

...lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim",
katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

10 wasiat Rasulullah kepada putrinya

Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Dan "perkara yang pertama kali ditanyakan kepada seorang wanita pada hari kiamat nanti, adalah mengenai solat lima waktu dan ketaatannya terhadap suami." (HR.Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)

Ada 10 wasiat Rasulullah kepada putrinya Fatimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah. Wasiat tersebut adalah:

1. Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fatimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhoaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Di dalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan keampunan
baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi sirathal-mustaqim dengan selamat.

Istidraj

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan olehAt-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah SAW dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka,
takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul ?Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Kisah Imam Al-Ghazali dengan Murid-muridnya

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai. " (Surah Al-A'raaf, Ayat 179)

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaalik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Hak suami ke atas duit isteri

Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami. Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik, understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan beban kewangan. Dari itu, understanding dari pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga....susah senang sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak suami mesti memenuhi segala kewajipan dia. Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga ke syurga.

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh
mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.

Saya menolak pendapat "ustaz" kursus rumahtangga itu yang berkata duit isteri... isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban kewangan.

1)Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.

2)Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

Muafakatlah,kerana ia membawa berkat.

Sejarah dan Fadilat Ayat Qursi

Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,

Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Perbuatan yang membawa kesusahan

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Penggunaan putik kapas (cotton bud)

SEIRING dengan perkembangan kemajuan negara, masyarakat Malaysia juga semakin mengambil berat dalam soal penjagaan kesihatan dan kebersihan diri.

Limpahan produk di pasaran boleh dikatakan lebih daripada mencukupi. Apa yang menarik perhatian untuk saya kongsi di sini ialah berhubung penggunaan putik kapas (cotton bud) sebagai alat untuk membersihkan telinga.

Berdasarkan pengalaman mengendalikan klinik telinga, hidung dan tekak, masalah pesakit yang datang dengan kurang deria dengar boleh dikatakan ada setiap hari.

Mereka terdiri daripada yang berusia seawal baru lahir sehingga warga emas, punca yang pelbagai juga dikesan menjadi sebab berlakunya masalah ini.

Salah satu punca yang boleh diatasi dan didapati kerap berlaku di kalangan pesakit kurang dengar ialah masalah saluran telinga luar yang tersumbat dengan 'tahi telinga' atau lebih tepat lagi lilin telinga (ear wax) yang telah mampat.

Melalui soal selidik yang dijalankan, majoriti jika tidak kesemua daripada mereka mengakui menggunakan putik kapas secara rutin dan berterusan.

Mereka atau kita juga mungkin beranggapan putik kapas yang digunakan akan dapat membersihkan saluran telinga daripada lilin telinga yang terhasil secara fisiologi.

Di sinilah timbulnya kesilapan. Putik kapas yang digunakan sebenarnya menolak lilin telinga masuk lebih ke dalam dan hanya sedikit yang melekat padanya dan dikeluarkan.

Sedangkan, saluran telinga kita telah dicipta lengkap dengan mekanisme rerambut halus yang berfungsi dalam gerakan ke arah keluar telinga bagi mengeluarkan lilin yang berlebihan.

Penggunaan putik kapas dalam gerakan ke dalam yang melawan arus fisiologi akan menyebabkan kegagalan fungsi normal ini dan seterusnya menyebabkan sedikit demi sedikit lilin telinga akan tertolak semakin ke dalam, termampat ke arah gegendang telinga dan seterusnya mengganggu konduksi bunyi dari punca rangsangan. Keadaan ini disebut gangguan pendengaran jenis konduktif (conductive hearing loss).

Satu lagi masalah yang timbul daripada penggunaan putik kapas ialah ada kemungkinan bahagian kapasnya tertanggal dan tertinggal di dalam saluran telinga. Ini juga akan mengganggu pendengaran. Jika terbiar lama akan mengundang jangkitan kuman pula.

Selaras dengan slogan 'mencegah lebih baik daripada merawat', marilah sama-sama kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri dengan mendalami ilmu yang sahih daripada autoriti yang tepat.

Kita telah dicipta dengan sebaik-baik keadaan dan sifat, justeru menjadi anggungjawab kitalah untuk menjaganya dengan selamat.

- DR. IRFAN MOHAMAD,
Jabatan ORL-HNS (ENT),
Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Akibat tidak menunaikan sembahyang

Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dgn sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dgn azab iaitu Neraka Saqar sebagaimana

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Apakah yg menyebabkan kamu diheret ke Neraka Saqar?
Mereka menjawab, "Kami tidak menunaikan sembahyang"

Sementara itu setengah para ulama membuat andaian berdasarkan hadis-hadis....
Orang2 yang meninggalkan sembahyang fardhu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

1- Sembahyang Subuh - Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Subuh, nescaya Allah akan mencampakkannya kedalam neraka selama 60 tahun

2- Sembahyang Zohor - Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

3- Sembahyang Asar - Barang siapa yang meningalkan sembahyang Asar dengan sengaja dosanya sama seperti meruntukan Ka'abah

4- Sembahyang Maghrib - Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi org2 lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi org2 perempuan

5- Sembahyang Isya' - Barang siapa yang meninggalkan Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal didunia ini (bumi Allah) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah.Segala gerak geri adalah semata2 dalam keadaan berdosa kepada Allah swt.

Perbezaan Restoran India dan Restoran India Muslim (Mamak)

Selaku Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), saya ingin menerangkan di sini tentang kewujudan kekeliruan di antara restoran INDIA dan restoran INDIA MUSLIM (Mamak) di Malaysia.

Seperti yang anda sedia maklum, lewat ini, wujud begitu banyak restoran-restoran INDIA yang menggunakan nama-nama berunsur Islam dan Melayu (Sri Pelita dan lain-lain) untuk mengaburi mata pengguna Islam.

Memang tepat dakwaan yang mengatakan bahawa Restoran Lotus dimiliki oleh orang yang beragama Hindu walaupun makanan yang disajikan saling tak tumpah seperti makanan orang-orang INDIA MUSLIM.

Menurut pengamatan PPIM, restoran-restoran yang dimiliki oleh orang beragama Hindu akan dimulakan setiap pagi dengan upacara memecahkan kelapa dan premisnya akan direnjis-renjiskan dengan air dan sejenis serbuk.

PPIM telah dimaklumkan oleh pengguna-pengguna Islam bahawa air tersebut merupakan air kencing lembu dan serbuk itu pula merupakan najis lembu yang telah dikeringkan. Kadangkala, makanan yang telah siap dihidangkan turut juga direnjiskan dengan air dan serbuk ini. Mungkin untuk membawa keberkatan.

Sebagai pengguna-pengguna Islam yang peka, sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu perniagaan saudara-saudara seagama kita. Bukanlah niat PPIM untuk mewujudkan perasaan benci sesama masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, namun saya berpendapat bahawa motto "Muslim business comes first" haruslah menjadi amalan kita.

Bahaya Telefon Bimbit

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Pesanan Ustaz Dr. Harun Din

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram... ciri-cirinya menyerupai berhala... dan melawatnya juga adalah haram.. "

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang... Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja...
tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata...
"bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..."

dan kata beliau lagi...
" walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita ' redha ' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan...
" Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam... maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.."

Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya...
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM (BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM )!

Tips menjauhkan diri dari SYAITAN

15 pintu SYAITAN dalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 senjata menghalang SYAITAN

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersuci
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki SYAITAN

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Ibubapa Faktor Halatuju Anak-anak

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.



8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Mandi

Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Kisah Benar Dari Penjara Sg. Buluh

Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua.

Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.
Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

HUWALLAH HUALAM,

Lawak Rumahtangga

Sebelum Tido:
6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai ruma,sayang, i belikan murtabak favourite u ye sayang..
6 bulan: trafik jam aah
6 tahun: k..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:
6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu : Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan : Eh...your call...
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka i, pandai u masak.rasa pun sedapppppp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain, eh
6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR2 BOLE,TAK