“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.” (Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)
Kehakiman adalah institusi yang mulia dan juga penuh dengan risiko. Mulia kerana ia bertujuan mewujudkan ketenteraman dan keadilan di dalam masyarakat. Berisiko sebab di dunia ia akan berhadapan dengan mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusannya, sedangkan di akhirat diancam dengan neraka jika tidak menetapkan keputusan sesuai dengan yang seharusnya.