Selasa, November 30, 2010

Jeritan Siksa Kubur

Ada satu kisah yang disebarkan di Nusantara ini oleh beberapa pihak (orang Islam) mengenai seorang saintis Rusia bernama Dr. Azzacove yang telah secara tidak sengaja terakam suara-suara jeritan yang sedang mengalami siksaan jauh di bawah bumi. Beliau diberitakan memperoleh rakaman itu menggunakan 'super-sensitive microphone'. Saya sendiri telahpun mendengar rakaman yang dikatakan itu dan mendapati bahawa bunyinya memanglah agak menyeramkan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh muat-turun 2 rakaman suara jeritan siksa kubur (.mp3) itu melalui pautan berikut:

1) Rakaman Suara Siksa Kubur
http://www.megasutra.com/sounds/jeritanbawahtanah.mp3 (596 kb)
2) Rakaman Suara Siksa Kubur 2
http://www.megasutra.com/sounds/hellscreams.mp3 (2.42 mb)

Kedasyatan Seksaan Kubur

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya."

Rahsia Iblis Laknat

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya.

Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw.

Godaan Iblis Dalam Solat

Dalam Islam sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh mencegah seseorang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Atas alasan ini, iblis dan syaitan itu akan memperhebatkan seseorang itu supaya tidak mendirikan sembahyang atau mendirikan sembahyang tetapi dalam keadaan tidak sempurna, mengganggunya, seperti yang saudara alami. Inilah yang dinamakan ``was was syaitan''.

Apabila seseorang itu berdiri mendirikan sembahyang, iblis sama berdiri, ikut orang itu sembahyang. Ikut rukuk ketika rukuk dan sebagainya. Ketika itu ia akan menyelinap dalam ingatan dan mendatangkan berbagai-bagai gambaran serta ingatan dalam fikiran contohnya diperingatkan kembali kerja-kerja yang belum sempurna, masalah yang sedang dihadapi, gambaran indah yang telah berlaku dan lain-lain lagi.ingatan datang menyelinap itu berlaku ketika sedang bersembahyang kerana sembahyang merupakan faktor utama yang boleh mencegah seseorang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.