Isnin, Januari 16, 2012

Ciri-Ciri Aqidah yang Sah

“Katakanlah (wahai Muhammad) “Hai orang orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak akan mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.Bagi kamu agama kamu.Dan bagiku agamaku”. (Surah al Kafirun ayat 1- 6)

“Sampaikan secara berterus terang akan apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir Musyrik itu”. (Surah al- Hijr ayat 94)

Firman Allah Taala ini adalah menjadi dalil bahawa aqidah yang sahih tidak bertolak ansur dalam menanamkan keimanan dan tauhid ke dalam hati seseorang manusia.dan tidak memperdulikan sebarang usaha daripada orang orang yang tidak bertanggungjawab yang cuba hendak memesongkan aqidah dan keimanan seseorang.

CIRI CIRI AQIDAH YANG SAHIH ITU IALAH:

* Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab kitab Nya, hari akhirat, qadha’ dan qadar yang menjadi rukun iman.
* Aqidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al Sunnah yang menjadi asas agama Islam.
* Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit dan datang dari aqidah yang sahih.
* Amal ibadat yang bukan terbit dari aqidah yang sahih adalah sia sia sahaja, iaitu tidak mendapat apa apa balasan daripada Allah.
* Ciri ciri aqidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada Allah.
* Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan ibadat yang dikerjakan semata mata kerana Allah secara khudhu, rughbah, ruhbah, hunnulillah, tazallul, dan ikhlas.
* Ciri ciri aqidah yang sahih juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah supaya orang orang yang beriman dan Islam tetap di atas dasar tauhid.
* Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang sahih merupakan suatu ketegasan dalam mempertahankan agama Islam dan aqidah sahih itu.
* Rasulullah SAW dengan kekuatan aqidahnya secara berterus terang dan berani menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin yang mengajak Baginda menyembah berhala mereka.
* Aqidah yang sahih adalah aqidah yang berlandaskan “al Quran dan al Sunnah” uang diistilahkan “aqidah ahli al sunnah wal jamaah” iaitu iktikad yang mengikut iktikad Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai.

Sumber: SurauKampung