Rabu, Ogos 03, 2011
Kebenaran dan Keunikan Al Quran
Al-Qur’an yang menjadi petunjuk kepada sekalian makhluk diturunkan pada 17 Ramadhan. Al-Qur’an disamping menjadi petunjuk, ia juga menjadi ‘bayyinat min al-huda’ (penjelasan bagi petunjuk-petunjuk tersebut) serta menjadi ‘Furqan’ (pemisah antara yang benar dan yang salah). Kedatangan Al-Qur’an juga membuktikan risalah yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Bukti kebenaran tersebut dikemukakan dalam tentangan yang sifatnya bertahap sebagaimana di bawah:
1. Menentang sesiapa yang meragukannya dan mencabar sesiapa untuk menyusun semacam Al-Qur’an secara keseluruhan (QS 51: 34).
2. Mencabar sesiapa untuk menyusun sepuluh surah semacam Al-Qur’an (QS 11: 13).
3. Mencabar sesiapa untuk menyusun satu surah sahaja semacam Al-Qur’an (QS 10:33).
4. Mencabar sesiapa untuk menyusun sesuatu seperti atau lebih kurang sama dengan satu surah dari Al-Qur’an (QS 2:30).
Langgan:
Catatan (Atom)