Jumaat, Mac 30, 2012

Di Antara Ketakutan Barat/Yahudi kepada Al Mahdi

Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa,
“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.

Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”

Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-­panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.

Hukuman Gantung Sampai Mati



Sekiranya anda diberi pilihan jika disabitkan hukuman mati! mana satu yang menjadi pilihan anda?. Pilihan pertama, ditembak oleh squad penembak. Kedua, suntikan maut. Ketiga, kerusi elekrik. Keempat, hukuman pancung. Kelima, digantung sampai mati. Diantara hukuman mati ini yang paling primitif adalah hukuman gantung kerana pada masa dahulu, hukuman ini telah dilaksanakan oleh masyarakat di barat. Pilihan penulis adalah hukuman pancung, nampak zalim tetapi inilah yang paling cepat dan tidak menyakitkan.

Dalam Islam, hukuman pancung dianggap zalim oleh pihak barat. Tetapi mati dipancung adalah tidak menyeksakan pesalah. Sekali hayunan sahaja maka terpisahlah kepala dari badan.

Di Malaysia, hukuman gantung sampai mati perlu diubah kepada hukuman pancung kerana kita selalu menyebut Malaysia sebagai negara Islam. Tetapi kita melaksanakan hukuman mati yang dianggapkan primitif oleh pihak barat.

Untuk mengantung seseorang pesalah. Jenis tali, kualiti serta ketahanan tali gantung perlu sesuai dengan saiz badan pesalah. Jika tidak, tali putus pesalah masih hidup nyawa-nyawa ikan. Ini akan menyeksakan.

Sains Sahkan Kewujudan Allah

Manusia berasa amat kagum dengan pencapaian ahli sains. Bermacam penemuan ditemui, dipakai, diperhalusi dan dikecapi, lantas membantu memberi kesejahteraan hidup manusia hari ini.

Pencapaian dan penemuan peralatan hidup tercanggih itu tentulah terhasil daripada akal fikiran, ujian dan keringat para saintis itu sendiri. Tetapi, siapakah para saintis itu?

“Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya” Maksud Surah al- Baqarah (2:31).

Nabi Adam a.s. telah diperlengkapkan dengan ilmu oleh Allah s.w.t., Penciptanya. Dengan demikian keupayaan para saintis menggunakan akal fikirannya adalah kerana ia mewarisi ilmu daripada makhluk manusia pertama yang dicipta oleh Allah s.w.t. itu.