Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah
serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T: “Pada hari ini, Aku
telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku
kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” – Surah
al-Maaidah: 3.Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu
menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah
membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem
pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti
adab masuk ke tandas dan beristinjak.Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya
Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut
hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.
Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah
sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana
inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah
menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana
padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan
muttaqin(orang yang bertakwa).Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita
mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w
sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.
1. Bertakbir
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu
amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika
terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak
hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah
S.W.T:“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya
kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi
petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah
al-Baqarah:185.Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang
perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat
Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:“Mengenai
syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh
kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam
perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula
memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w
Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari,
ms. 32Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan
syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat
solat.
Selasa, Julai 22, 2014
Kesilapan dan Kecuaian Umat Islam pada Bulan Ramadan
Sebahagian kita melakukan kesilapan dalam melaksanakan sesuatu ibadah termasuk ibadah puasa sama ada disebabkan kekeliruan, kekurangan mahupun juga ketiadaan ilmu tentangnya. Oleh sebab itulah sebelum tibanya bulan Ramadan lagi kita digesa supaya membuat persediaan mental dan fizikal bagi menyambut ketibaannya dengan penuh keinsafan serta kegembiraan dan berusaha menunaikan ibadah yang difardukan atas kita itu dengan penuh kesungguhan.
Antara persediaan penting yang perlu dilakukan termasuklah mendapatkan ilmu secukupnya berkaitan dengan bulan Ramadan serta ibadah puasa. Sebagai contoh ialah cara terbaik menyambut Ramadan, hikmah berpuasa dan hukum-hakam ibadah puasa, misalnya perkara-perkara sunat, makruh dan yang mengurangkan pahala serta membatalkan puasa, selain keringanan (rukhsah) yang diberikan kepada individu tertentu untuk tidak menunaikan ibadah puasa serta cara menggantikannya.
Beberapa kekurangan dan kesilapan yang dapat dilihat dalam amalan atau tindakan umat Islam pada bulan Ramadan termasuklah:
1. Tidak meneladani amalan umat Islam terdahulu dalam menyambut ketibaan Ramadan
Jika diamati, sambutan yang diberikan terhadap kedatangan Ramadan amat berbeza antara masyarakat Islam kini dengan umat Islam terdahulu. Ibn Rajab al-Hanbali menyebut daripada Ma`la ibn al-Fadl, “Mereka (golongan salaf) berdoa kepada Allah selama enam bulan supaya mereka ditemukan dengan Ramadan dan berdoa enam bulan lagi (selepas Ramadan) agar Allah menerima amalan mereka.” (Mohamad Noor Mohamad Endut, Ensiklopedia Ramadan, hlm. 82)
2. Menyambut Ramadan tanpa memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
Dr Mani` `Abdul Halim Mahmud mengatakan, “Terdapat tiga perkara penting yang mesti dilakukan oleh umat Islam sebagai persediaan penting sebelum kedatangan bulan penuh kemuliaan, iaitu Ramadan.
Pertama, taubat nasuha daripada sebarang dosa, kedua, berazam dan berjanji untuk tidak mengulangi dosa yang telah dilakukan itu, dan ketiga, berusaha untuk mengetahui hukum-hakam yang berkaitan dengan ibadah puasa agar dapat melaksanakannya dengan sempurna.
Langgan:
Catatan (Atom)