Jumaat, Disember 05, 2008

Senarai Hotel yang Memiliki Sijil Halal


Lembah Kelang & Labuan

LEGEND HOTEL KL
(Metroplex Holdings Sdn Bhd)
Tkt 33, Putra Place Office Tower
100 Jalan Putra
50350 Kuala Lumpur

INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE
(Uitm Hospitality Management Services Sdn Bhd)
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

PNB DARBY PARK EXECUTIVE SUITES, KUALA LUMPUR
10 Jalan Binjai
50450 Kuala Lumpur

LABUAN MARINA CENTRE SDN BHD
No. 1, Jalan Wawasan
87000 W.P. Labuan

SHERATON LABUAN HOTEL
Lot 462,Jalan Merdeka
87029 Labuan

HILTON PETALING JAYA
2 Jalan Barat
46200 Petaling Jaya

HOTEL PUTRA KL
Aras 3
Lot 149 Seksyen 87 Jalan Tun Razak
50050 Kuala Lumpur

THE ROYAL BINTANG KUALA LUMPUR HOTEL (OPTIMA JAYA SDN BHD)
17-21 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

Pulau Pinang

HOTEL SHANGRI-LA PULAU PINANG
10300 Jalan Magazine,
Pulau Pinang
04-2622622

HOTEL GRAND CONTINENTAL68,
Jalan Gurdwara (Brick Klin Road),
10300 Penang
04-2636688

SAFIRA COUNTRY CLUB HOTEL,S.J.
Recreation Cntre Berhad,
2769 Mk. 1, Jalan Todak, `
13700 Bandar Seberang Jaya SPT.
04-3983111

THE BAYVIEW BEACH RESORT PENANG,
339, Jalan Telok Bahang, Batu Ferenggi,
11100 Pulau Pinang
04-8812123

THE CITY BAYVIEW HOTEL,
25A, Farquhar Street,
10200 Pulau Pinang
04-2633161

HOTEL SUNWAY SEBERANG JAYA,
No. 11, Lebuh Tenggiri Dua,
Pusat Bandar Seberang Jaya, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
04-3707788

HOTEL SUNWAY GEORGETOWN PENANG,
No. 33, New Lane,
10400 Pulau Pinang
04-2299988

CITITEL PENANG (CAHAYA UTARA SDN. BHD.)
66, Jalan Penang, Pulau Pinang
04-3701180

THE CROWN JEWEL HOTEL,
Tanjung Bungah,
11200 Pulau Pinang
04-8904111

COPTHORNE ORCHID HOTEL PENANG SDN. BHD.
Tanjung Bungah,
11200Pulau Pinang
04-8903333

BERJAYA GEORGETOWN HOTEL
One Stop Midland Park,
10350 Jalan Burmah, Pulau Pinang
04-2277111

SHERATON PENANG HOTEL,
3, Jalan Larut,
10050 Pulau Pinang
04-2267888

TANJUNG BUNGAH BEACH HOTEL,
505, Jalan Tanjung Bunga,
11200 Pulau Pinang
04-8908808

PENANG PARKROYAL RESORT,
Batu Feringghi Beach,
11000 Pulau Pinang
04-8811133

PEARL ISLAND COUNTRY CLUB BHD.
SEEA PALACE RESTAURANT
No. 8, Persiaran Kelicap,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
04-6427888

FERRINGHI BEACH HOTEL PENANG,
Jalan Low Yat,
11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
04-8905955

EVERGREEN LAUREL HOTEL (PENANG)
53, Persiaran Gurney,
10250 Pulau Pinang
04-2177855

NAZA HOTEL PENANG,
555, Jalan CM Hashim,Tanjung Tokong,
11200 Pulau Pinang
04-8909300

PENANG MUTIARA BEACH RESORT PENANG,
1, Jalan Telok Bahang,
11050 Penang.
04-8868888

VISTANA HOTEL PENANG,
213, Jalan Bukit Gambir, Bukit Jambul
11950 Pulau Pinang
04-6468000

THE CASUARINA BEACH RESORT PENANG MALAYSIA
(Palmco Hotels Sdn. Bhd.)Palmco Holdings Berhad
04-8811711

HOLIDAY INN RESORT PENANG
72, Batu Feringghi,
11100 Pulau Pinang
04-8811601

PEARL VIEW HOTEL,
Jalan Baru, Seberang Perai,
12000 Butterworth, Pulau Pinang

BERLIN HOTEL(KAFE KASIH SAYANG)
4802 Jalan Bagan Luar,Seberang Perai,
12000 Butterworth,Pulau Pinang
04-3321901

HOTEL THE GURNEY RESORT & RESIDENTS PENANG
18,Persiaran Gurney,
10250 Georgetown,Pulau Pinang
04-3707000

HOTEL THE NORTHAM SUITES SDN.BHD.
55,Jalan Sultan Ahmad Shah,
10050 Georgetown Pulau Pinang
04-3701111

VISTANA HOTEL PENANG
28. HOTEL SUMMIT BUKIT MERTAJAM
566,Jalan Arumugam Pillai,
14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang
04-5386666

HOTEL RASA SAYANG RESORT
Batu Feringgi Beach,
11100 Pulalu Pinang
04-8811811

Perak

GARDEN TERRACE COFFEE HOUSE
Casuarina Parkroyal Hotel Ipoh,
No. 18, Jalan Gopeng, Perak
BLUE BAY RESORT SDN. BHD.
Lot 4, Jalan Titi Panjang,
32200 Lumut, Perak

THE LEAD VIEW HOTEL
2479, Taman Samudera, Jalan Lumut,
32040 Manjung, Perak.

DULANG COFFEE HOUSE & GRILLHOTEL EXCELSIOR (M) SDN. BHD.
43, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh, Perak

EXCELSIOR BALLROOMHOTEL EXCELSIOR (M) SDN. BHD
43, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh Perak

PANGKOR HOLIDAY RESORT
Lot 41, Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor, Perak

RESTORAN BUBLESBUKIT MERAH RESORT SDN. BHD.,
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol, Perak

RESTORAN HONG SAN,BUKIT MERAH TESORT SDN. BHD.
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol, Perak

GOLF VIEW TERRACEJALAN BUKIT JANA,
34600 Kamunting, Taiping , Perak

DAMAI COFFEE HOUSEHOTEL DAMAI SDN. BHD.,
Lot 6298, Jalan Taiping,
34200 Parit Buntar, Perak

SILVER BOAT COFFEE HOMETHE SYUEN IPOH,
No. 88, Jalan Sultan Abdul Jalil,
30300 Ipoh, Perak

SEASON COFFEE HOUSETHE SYUEN IPOH,
No. 88, Jalan Sultan Abdul Jalil,30300 Ipoh, Perak
Negeri Sembilan

THE REGENCY HOTEL & RESORT
5th Wiles Jalan Pantai,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus

TANJUNG TUAN PROPERTIES SDN BHD
Batu 5, Jalan Pantai
71050 Port Dickson Negeri Sembilan

Melaka

THE CITY BAYVIEW HOTEL
Jalan Bendahara,
75100 Melaka
06-2839888
Dalam proses pembaharuan sijil

A FAMOSA GOLF RESORT BHD
Jalan Kemus, Simpang Empat
78000 Alor Gajah Melaka
06-5520288
Dalam proses pembaharuan sijil.

THE EMPEROR HOTEL MALACCA
No 123 Jalan Munshi Abdullah, Melaka
06-2840777

REVIERA BAY RESORT
Km 10, Jalan Tanjong Kling
76400 Melaka
06-3151111

CENTURY MAHKOTA HOTEL MELAKA
Jalan Merdeka, 75000 Melaka
06-2812828

HOTEL STRAITS MERIDIANNO 1 JALAN MALINJA,
Taman Malinja
75150 Bukit Baru Melaka
06-2841166

RENAISSANCE MELAKA HOTEL
Jalan Bendahara,
75100 Melaka
06-2848888

HOTEL ORKID MELAKA
138 Jalan Bendahara
75100 Melaka
06-2825555

PUTERI RESORT AYER KEROH
Jalan Puteri Resort
1, 75450 Ayer Keroh Melaka
06-2323333

NAZA HOTEL MELAKA
No 177, Jalan Tun Ali
75300 Melaka
06-2882288

HOTEL EQUATORIAL MELAKA
Bandar Hilir 75000 Melaka
06-2828333

HOTEL SRI COSTA
Jalan Pm 8, Plaza Mahkota Melaka
06-2816666

THE GOLDEN LEGACY HOTEL MELAKA
146, Jalan Hang Tuah
75300 Melaka
06-2816868

Pahang

RAIN FOREST COFFEE HOUSE & JASMINE GARDEN CHINESE RESTAURANT HERITAGE HOTEL
Jalan Gereja, Tanah Rata,
39000 Cameron Highland Pahang Darul Makmur

FERN RESTAURANT HOTEL ROSA PASSADENA
Bandar Baru Brinchang,
39000 Cameron Highland, Pahang Darul Makmur

DE RHU BEACH RESORT
152, Mukim Sg. Karang,
26100 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Sabah

WONG SIONG LOHTANG DINASTY HOTEL
Level B1, B2 To 11 Off
Wisma Sedco Wawasan Plaza,Kota Kinabalu, Sabah

SABAH HOTEL SDN. BHD.
Ming RestaurantKM1 Jalan Utara,
Peti Surat 275,
90703 Sandakan Sabah KM 1, Jalan Utara, Sandakan,Sabah
08-9213299

SABAH HOTEL SDN. BHD.
Plantation Caf�, Sabah Hotel Sdn Bhd.
Km1 Jalan Utara, Peti Surat 275,
90703 Sandakan Sabah.
08-9213299

PROMENADE HOTELChinese Kitchen Restaurant,
No.4 Lorong Api-Api 3, Api- Api Centre
88000 Kota Kinabalu.

PROMENADE HOTEL Promenade Caf�,
No.4, Api-Api 3, Api-Api Centre,
88000 Kota Kinabalu Sabah.

KOTA BELUD HOMESTEADS SDN. BHD.
KOTA BELUD HOTEL SDN. BHD.
Pekan Kota Belud,Kota Belud, Sabah

HOTEL PERKASA TENOM
Yong Kon Fook@Alex Young,
Syarikat Bijak Pesona Sdn Bhd
Peti Surat 22589908 Tenom
08-7735811

HOTEL SANDAKAN Palm Cafe,
4th Avenue, Peti Surat 1509,
90716 Sandakan.
08-9221122

HOTEL PERKASA MT
Restoran Tinompok, Kinabalu W.D.T No.11,
89303 Ranau.
03-8889511

CONUTT COFFEE HOUSE
Kudat Golf & Marina Resort Off Jalan Urusetia,
89057 Kudat.
08-611211

HAYYAT REGENCY KINABALU
Tanjung Ria Restaurant, Jalan Datuk Salleh Sulong ,
88991 Kota Kinabalu Sabah.
08-8-221234

HAYYAT REGENCY KINABALU
Chinese Restaurant, Jalan Datuk Salleh Sulong ,
88991 Kota Kinabalu Sabah
08-8-221234

BERJAYA PALACE HOTEL
Oasis Cafe,No.1 Jalan Tangkai, Karamunsing, Locked Bag
7888992 Kota Kinabalu.
08-211911

BORNEO PARADISE BEACH HOTEL SDN BHD
Km 22.5, Papar-Kota Kinabalu Highway, Kampung Laut Kinarut
88200 Kota Kinabalu Sabah.

KOTA BELUD HOTEL SDN BHD
Pekan Kota Belud Kota BELUD
08-897706208-439399

TANG DYNASTY HOTELLevel
B1,B2 � 11, Off Wisma Sedco, Wawasan Plaza, Kota Kinabalu.
08-263389

KARAMUNGSING HOTEL SDN BHD
Oriental Caf�, Karamunting
Hotel Sdn Bhd, Beverly Hotel Lorong Kemajuan, Kota Kinabalu.
08-258998

HOTEL PERKASA KENINGAU
Top Corner & Full Moon Restaurant Hotel Pekasa Keningau,
Km.2 Jalan Kg Keningau, Peti Surat 129 Keningau
08-7331045

KUBLAI BELMONT MARCO POLO HOTEL
Venice coffee House And Restoran Kublai Belmont Marco Polo Hotel,
Jalan Clinic, Peti Surat 1003, 91008 Tawau.
08-9777988

HOTEL EMAS SDN BHD
Restoran Cacao Palace Hotel Emas Sdn Bhd.
TB2103 Jalan Utara, Tawau.
08-9782000

Kelantan

ORIENTAL CHINESE RESTAURANT ANSAR CITY HOTEL
Jalan Maju15100 Kota Bharu Kelantan
09-7419999

RESTORAN GREENS DAN RESTORAN SEASONS HOTEL GRAND RIVERVIEW
Jalan Post Office Lama15000 Kota Bharu Kelantan
09-7439988

Sumber: www.halal.gov.my

Adab Berjiran dengan Bukan Islam

Menjaga perhubungan sosial dengan jiran tetangga adalah sesuatu yang amat dititik berat oleh Islam sebagaimana menjaga perhubungan persaudaraan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan Ibnu Umar R A yang bermaksud: "Jiran terdiri daripada tiga; Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran seorang Muslim yang ada hubungan kekeluargaan. Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran seorang Muslim. Baginya hak sebagai orang Islam dan hak kejiranan. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran seorang musyrik (hanya mempunyai hak kejiranan)". (Kitab al-Mughni)

Hak kejiranan adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang mendatangkan sakit hati jiran dan melakukan kebajikan kepada mereka. Antaranya menziarahi ketika sakit, mengucap tahniah dan takziah sesuatu perkara yang berlaku terhadap mereka, memaafkan kesilapan, tidak mengintai-intai ke dalam rumah, tidak mencuri dengar perbualan dan menutup rahsia dan keaiban mereka. merendahkan pandangan terhadap ahli keluarga mereka dan mengambil berat terhadap keperluan ahli keluarga mereka jika ketiadaan ketua keluarga di rumah.

Justeru, hak kejiranan orang Islam dan bukan Islam adalah sama seperti bersopan santun, bertatasusila dan bantu-membantu serta bekerjasama kecuali dalam perkara yang bercanggah dengan akidah. syariat dan akhlak sebagai muslim. Contohnya, orang Islam tidak boleh menerima jemputan majlis tari-menari atau majlis berunsur keagamaan jiran bukan Islam.

17 Kesalahan Berkaitan Sembahyang

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.

Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:


# Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.

Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).


# Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : �Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)

Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.

Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).


# Meninggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.� (Surah al-Baqarah, ayat 43).

Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).


# Tidak thuma'ninah dalam solat.

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.


# Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.


# Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk... " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


# Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.


# Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat. Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim).

"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)


# Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.


# Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."


# Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


# Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.


# Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.

Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).


# Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).


# Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.

Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.


# Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


# Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

Salam Aidil Adha


Kepada semua pengunjung blog,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

Selamat menjalankan ibadah korban.