Mukadimah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjungi webblog ini.

Tujuan blog ini adalah untuk kita semua berkongsi bermacam-macam maklumat. Artikel-artikel yang dipaparkan diperolehi daripada kiriman email, buku, majalah dan dari blog yang lain. Diharap aktikel-arkitel yang disiarkan dalam blog ini memberi manfaat kepada kita semua.

Jika anda ingin memberi sebarang komen atau pendapat, sila tulis dalam ruangan komen / pesanan yang saya sediakan.

Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat artikel-artikel yang dipaparkan dalam blog ini menyinggung perasaan anda.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( Surah Ali Imran : 104 )

Al-Quran dan Hadith Muslim

Al-Quran
Hadith Muslim

Selasa, April 15, 2014

Bacaan Kuat Selain Azan


1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Rabu, April 09, 2014

Pendekatan Dakwah Terhadap Bukan Islam (Non-Muslim)


Pendahuluan


Dakwah adalah asas kepada kemunculan agama Islam dan penyebarannya. Tanpa dakwah Islam tidak muncul dan tersebar luas sebagaimana yang ada pada masa ini. Peranan dakwah yang sebegini penting dapat dilihat dengan jelas dalam sejarah kelahiran agama Islam dan perkembangannya. Setelah Rasulullah s.a.w wafat maka tugas dan kewajipan berdakwah dipertanggungjawabkan kepada seluruh umat Islam berdasarkan kepada kedudukan mereka sebagai umat yang terbaik dan paling layak bagi melaksanakan kewajipan tersebut. (Q.3:110).

Defenisi

Dakwah dari sudut etimologi (bahasa), berasal daripada perkataan arab iaitu Da'a, Yad'u, Da'watan, wada'iyatan yang memberi erti menyeru, memanggil, mengajak, mempengaruhi atau melaung. Kata dasar “dakwah” dalam penggunaan bahasa arab menurut kamus munjid al-Tullab (hlm.200) boleh diterima pakai untuk 17 makna yang berlainan.
Manakala dari sudut terminologi (istilah), Dr.Yusuf al-Qardawi mendefinisikan dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan ketetapannya di muka bumi, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah s.w.t sahaja, melepaskan diri daripada segala konkongan yang bukan daripada Allah s.w.t (taghut ) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah s.w.t, menafikan hak ke atas orang yang dinafikan hak oleh Allah s.w.t, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran, dan berjihad pada jalan-Nya.

Menurut Kamus Dewan ( hlm: 244-255)
Suatu kegiatan menyeru dan membimbing (mendidik dan sebagainya) serta menyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari (menghayati) dan mengamalkan ajaran agama (agama Islam).

Menurut Muhamad Ghazali: Dakwah sebagai suatu program yang lengkap, yang semua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia, bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yg menjadi petunjuk mereka.

10 Salah Faham Tentang Islam

1. Islam adalah pengganas?
Ia merupakan tanggapan yang salah terbesar tentang Islam. Ini disebabkan media (Barat) memberikan gambaran yang tidak baik tentang Islam dan bersikap stereotaip.
2. Sejarah yang tidak masuk akal
Sejarawan De Lacey O'Leary mengatakan "Bahawa lagenda tentera Islam yang menyerang dunia dan memaksa tahanan memeluk Islam dengan pedang". Ini menjadi mitos yang paling hebat dalam sejarah barat.

Daripada Buku Berjudul The Sword of Islam
Pada abad pertengahan, tentera Mongol iaitu bangsa daripada Asia Tengah yang menetap di kawasan yang sekarang ini dikenali Mongolia. Namun, pada satu ketika dahulu, empayar Mongol mencecah hampir satu per tiga dunia setelah menakluki sebahagian besar empayar Islam. Walaupun empayar Islam telah ditakluk, agama Islam telah diterima dan diguna pakai dalam kehidupan mereka.

Jumaat, April 04, 2014

Maksud Bacaan Dalam Sembahyang

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...