Isnin, Ogos 17, 2009

Pencemaran Di Dalam Ajaran Islam

AGAMA Islam sudah sempurna dan lengkap. Rasulullah s.a.w. tidak diwafatkan kecuali setelah agama Islam disampaikannya kepada umat dengan lengkap dan tuntas.

Allah berfirman di dalam al Quran: “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu ni’mat-Ku dan telah Kuredai Islam itu menjadi agama bagimu. ” – Surah aI-Maidah, ayat 3.

Sementara itu sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya siapa di antara kamu yang hidup nescaya dia akan melihat banyak perselisihan (yang akan terjadi). Oleh itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah khulafa-ur-rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah dia (sunnah sunnah itu) dengan geraham. Hindarkanlah olehmu mengada-ngada akan perkara baru (dalam urusan agama), tiap-tiap perkara baru adalah bid’ah dan tiap-tiap bid’ah adalah sesat. “- Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Berdasarkan ayat yang terakhir diturunkan dan wasiat Rasulullah s.a.w. menjelang wafatnya di atas dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya:

1. Agama Islam sudah lengkap. Ia tidak perlu ditambah-tambah lagi dengan perkara perkara baru.
2. Segala penambahan baru dalam urusan agama dinamakan bid’ah dan semua bid’ah adalah sesat.
3. Nabi s.a.w. telah membayangkan sejak 1500 tahun yang laIu bahawa kelak akan muncul banyak berbalahan dalam urusan agama.
4. Nabi s.a.w. juga telah memberi panduan bahawa cara yang paling selamat ialah berpegang teguh dengan sunnahnya dan sunnah khulafa-ur rasyidin.

PENCEMARAN AGAMA ISLAM

Telah dikenal pasti dalam sejarah bahawa pencemaran terhadap ajaran Islam bermula sejak ia tersebar di luar Jazirah Arab. Orang-orang Ajam (bukan Arab) yang baru memeluk agama Islam yang mempunyai latar belakang kepercayaan dan amalan serta adat istiadat masing-masing telah secara disadari atau tidak disadari memasukkan banyak unsur-unsur kepercayaan dan adat istiadat mereka ke dalam ajaran Islam.

Ini tidak terkecuali dengan apa yang berlaku di Jazirah Arab sendiri yang masih tebal lagi dengan keyakinan dan amalan jahiliyahnya. Oleh sebab itu barangkali Nabi Muhammad s.a.w. melarang sahabat-sahabatnya yang baru memeluk Islam dariada menziarahi kuburan pada waktu itu.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: ‘Dulu aku melarang kamu daripada menziarahi kubur, ada pun sekarang ziarahilah dia kerana sesungguhnya dia (ziarah kubur) itu mengingatkan kamu kepada akhirat” – Hadis riwayat Imam Muslim.

Berkat kesungguhan Rasulullah s.a.w. membimbing umat Arab ketika itu dengan ajaran Allah yang berteraskan Kitabullah dan Sunnahnya maka dalam masa yang relatif singkat keadaan umat Arab menjadi berubah. Mereka yang pada awalnya dikenal sebagai kaum yang bergelimang dengan syirik dan maksiat, akhirnya menjadi umat yang benar benar mentauhidkan Allah dan membela ajaran-Nya yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.

Islam di Nusantara

Dan tidak kita nafikan bahawa agama Hindu telah bertapak di Kepulauan Nusantara ini sejak lama sebelum kedatangan agama Islam yang di bawa oleh pedagang muslim dan Gujarat atau Hadhramaut. Sambil berdagang mereka menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Dan penyampaian Islam ketika itu sangat sederhana. Untuk memberi kesedaran beragama Islam kepada masyarakat ketika itu para pendakwah telah menggunakan berbagai cara yang dikira munasabah dan menarik. Oleh itu, muncullah ketika itu amalan dakwah melalui gamelan, wayang kulit dan kesenian Iainnya.

Nenek moyang kita pada waktu itu, sama ada mereka condong dengan ajaran Hindu atau berfaham animisma yang meyakini kuasa-kuasa roh, telah menerima ajaran Islam dengan cara yang sangat sederhana pula. Pendedahan Islam ketika itu tidak sama sebagaimana yang kita saksikan pada hari ini. Hal itu memang wajar. Yang penting kita wajib bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan mereka sebagai penyebab sampainya agama Islam ke kawasan Nusantara ini.

Hanya saja di sini kita ingin tekankan bahawa ekoran daripada penyampaian Islam yang sangat sederhana itu telah membuat kebanyakan nenek moyang kita tidak mampu untuk membedakan secara pasti, yang mana ajaran Islam yang sebenarnya dan mana pula ajaran Hindu atau fahaman animisma.

Akidah Kelabu

Islam menyuruh penganutnya agar memiliki akidah yang putih bersih tanpa bercampur syirik sedikit pun, sedangkan akidah Hindu pula adalah akidah yang hitam kerana kekaburan tentang batasan antara akidah Islam dengan akidah Hindu; akhirnya kita memiliki akidah kelabu. Ditinjau dari satu sudut memang tidak hitam akidahnya, tetapi jika ditinjau dari sudut lain memang tidak hitam akidahnya, namun demikian jika ditinjau dan sudut lain pula, juga tidak putih bersih sebagaimana dikehendaki Islam.

Demikianlah akibatnya kalau Islam tidak digali danpada sumbernya yang asal iaitu al-Quran dan Sunnah Rasul. Kalau nenek moyang kita dulu dalam kejahilan tentang selok belok ajaran Islam, kita doakan semoga mereka mendapat kemanafaatan dan ampunan daripada Allah SWT. Kerana kondisi mereka ketika itu jauh berbeda dengan keadaan kita hari ini dari segi pendedahan kepada ilmu-ilmu Islam.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku tingga!kan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh pada kedua duanya; maka sekali-kali kamu tidak akan sesat untuk selama-Iamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku” – Hadis riwayat Ahmad dan lbnu Majah.

Mempelajari al-Quran dan Hadis Rasul pada hari ini jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan zaman silam. Al-Quran telah diterjemahkan dan ditafsirkan dalam bahasa yang kita boleh fahami. Dan hadis Rasulullah s.a.w. juga demikian. Kitab-kitab agama dalam semua selok-beloknya telah ditulis dan diterjemahkan dengan bahasa yang mudah difahami dan mudah pula kita perolehi. Masalahnya, antara mahu atau tidak saja. OIeh itu, jika umat Islam hari ini masih jahil lagi sudah ada dan banyak, maka dalam hal ini tidak siapa yang patut untuk dipersalahkan kecuali diri mereka sendiri.

Islam Agama Ilmu

Islam adalah agama ilmu dan yakin. Islam bukan agama warisan atau sangkaan. Atas dasar ini, maka tidak mustahil kalau sesetengah muallaf (orang yang baru masuk Islam) yang mendalami ilmu-ilmu Islam dan sumbernya yang asal yakni al Quran dan al-Hadis serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian ternyata akan lebih tinggi kualiti keislamannya jika dibandingkan dengan seseorang yang sudah Islam sejak lahir, kalau Islamnya hanya terikat dan terbatas pada apa yang mereka warisi daripada nenek moyang saja walaupun ianya telah berada dalam Islam melebihi 70 tahun.

Kita tidak nafikan bahawa banyak juga tradisi baik yang perlu kita ambil dari warisan nenek moyang. Tetapi yang perlu diingat ialah kita mestilah pastikan bahawa warisan itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Tetapi kalau nyata nyata bertentangan dengan ajaran Islam maka kita tidak ada pilihan lain kecuali menolaknya. lnilah sikap mukmin dan mukminah yang hakiki.

Allah berfirman di dalam al-Quran: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki dan tidak (pula) bagi perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat dengan sesat yang nyata.” – Surah al-Ahzab, ayat: 36.

Ayat di atas dengan tegas menyatakan bahawa mukmin dan mukminat tidak memiliki pilihan lain selain pilihan Allah dan Rasul-Nya. Jika mereka tidak bersikap demikian maka mereka digolongkan dalam kesesatan yang nyata. Dan inilah sebenarnya kandungan dan tuntutan utama daripada Dua Kalimah Syahadat.

Syarat Amal Yang Makbul

Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islamiyah. Syahadat Pertama bukan saja menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas) tetapi juga agar kita memerangi syirik dan Syahadat Kedua pula bukan saja menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. (ittiba’) tetapi juga agar kita memerangi bid’ah.

Dua Kalimah Syahadat yang mengandungi dua unsur yang tersirat iaitu ikhlas dan ittiba’ adalah syarat utama agar amal ibadah kita diterima oleh Allah. Dan inilah rahasianya mengapa dua kalimah syahadat mengatasi semua rukun Islam yang lain. Kerana solat, puasa, zakat dan haji dan ibadah-ibadah lainnya hanya akan diterima oleh Allah jika dilakukan dengan ikhlas dan ittiba sunnah (mengikuti) cara Rasulullah S.a.w.

Syaitan dan Umat Islam

Bendasarkan keterangan di atas jelaslah bahawa ajaran Islam mestilah bertitik tolak daripada tauhid dan ittiba’ Rasul. Tanpa kedua-duanya amalan kita ditolak
dan tidak diterima oleh Allah SWT. Oleh sebab itu, kita tidak perlu hairan mengapa musuh utama kita iaitu syaitan sangat gemar agar umat Islam membuat perkara syirik dan bid’ah. Untuk itu perhatikanlah kandungan ayat dan hadis berikut ini.

Firman Allah di dalam al Quran: “Sekiranya engkau melakukan syirik nescaya hancur musnah amalanmu, dan kelak engkau pasti menjadi orang yang rugi. “- Surah az-Zumar 65.
Dan, sabda Rasulullah saw.: ‘Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami ini yang bukan daripadanya maka dia ditolak (tidak diterima) – Hadis Riwayat Muslim.

Oleh sebab itu, kaifiyat pengajaran Islam yang diwarisi dari zaman silam yang lebih menekankan ibadah, bukan akidah adalah bercanggah dengan kaifiyat dakwah Rasulullah s.a.w. Kita sepatutnya mestilah tekuni dan mantapkan terlebih dahulu Dua Kalimah Syahadat sebelum solat dan ibadah-ibadah lainnya. Dan sememang demikianlah urutan tertib dalam rukun Islam yang lima dan demikian pula tertib dakwah Rasulullah s.a.w.

Sikap Orang Jahiliyah

Umat Islam yang sebenamya akan sentiasa berkata:
“Sami’naa wa atha’naa” (Kami dengar dan kami patuhi) bila berhadapan dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Dan sikap tersebut berbeda dengan sikap orang-orang di zaman jahiliyah. Ini sebagaimana diceritakan oleh Allah SWT. Dalam banyak ayat ayat al-Quran, antaranya:

“Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul” Mereka menjawab: “Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati dari nenek moyang kami mengerjakan nya” Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa apa dan tidak (pula) mendapat hidayah?”- Surah aI-Maidah, ayat 104.

Kisah yang hampir serupa kandungannya boleh juga dilihat pada ayat-ayat berikut: al-A’raaf: 28, Yunus: 78, al-Anbiya’: 53, al Syu’araa: 74, Luqman: 27 dan al Zukhruf: 22.

Atas dasar ini nyatalah bahawa sikap sesetangah umat Islam yang membelakangi ajaran al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. kerana terlalu terikat dengan adat isti’adat nenek moyang sebenarnya adalah sikap orang jahiliyah, bukan sikap muslim yang hakiki yang benar taat kepada Allah dan Rasul Nya.

Warisan Yang Bercanggah

Macam dari ajaran Islam maksudnya, beberapa amaIan atau kepercayaan yang dipandang seperti yang bersumberkan dari Islam padahal sebenarnya jika diteliti dengan cermat ia bukanlah dari ajaran Islam. Dan penyebab utama hal ini boleh terjadi ialah kerana kedangkalan ilmu kita tentang dua sumber ajaran Islam yang utama iaitu al-Quran dan al-Hadis.

Di antara keyakinan dan amalan nenek moyang yang mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan bid’ah yang masih diwarisi oleh sebahagian masyarakat Islam hari ini seperti:

1. Memohon kepada Allah melalui wali-wali tertentu yang telah wafat kononnya agar doanya kekal makbul.
2. Mendatangi kubur-kubur tertentu untuk menunaikan nazar.
3. Meyakini hari Rabu terakhir bulan Safar sebagai hari sial.
4. Meyakini roh orang mati balik ke rumah.
5. Meyakini thayarah iaitu menghubung-kaitkan suatu musibah dengan suatu kejadian seperti kenan dan sebagainya.
6. Kenduri arwah setelah 3 hari atau 7 hari atau 40 hari atau 100 hari atau setahun setelah kematian.
7. Meyakini bomoh mengetahui perkara ghaib.
8. Puja semangat padi dan puja pantai.
9. Acara tepung tawar untuk pengantin.

Ini hanya segelintir daripada sekian banyak adat istiadat yang masih dilakukan oleh masyarakat kita. Mereka mengira itu semua adalah ajaran Islam, tetapi sebenarnya bukan dari ajaran Islam.

Sumber: http://soaljawab.wordpress.com/