Khamis, Mac 13, 2008

Perbezaan Hajjah

Sorang pergi haji 10 hari….

Sorang pergi 2 minggu…

Dan sorang pergi 40 hari…
Sebab tu resultnya lain2….

Teknik Bertengkar Secara Positif

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Makanan dan Khasiatnya

KHASIAT BURUNG MERPATI

Burung merpati jantan:
1- Dapat mengubati penyakit lembik.
2- Dapat mengubati penyakit kebas (serbam).
3- Dapat mengubati penyakit lumpuh.
Jika dimakan burung betina :
Dapat memanjangkan umur dengan izin Allah Taala dan juga bagi menguatkan tenaga batin.

KHASIAT BUAH KURMA (TAMAR)

1- Menguatkan tenaga zahir dan batin, juga boleh melicinkan tekak.
2- Menambahkan kesihatan hati, ianya mengandungi protin yang banyak dan berkhasiat tinggi.
3- Jika dimasak dan dicampurkan dengan susu kambing atau susu lembu asli yang segar dapat mengubati penyakit medu (gastrik).

KHASIAT BERAS

Masakkannya dengan membubuh susu lembu asli. Nasi tersebut boleh menambahkan air mani dan menguningkan warna kulit badan.

KHASIAT MEMAKAN BUAH ANGGUR BASAH

1- Menguatkan hati dan jantung.
2- Menguatkan emosi.
3- Mengubati penyakit batuk.
4- Menguningkan warna kulit.
5- Menghilangkan perasaan marah.
6- Mencairkan lendir dan kahak.
7- Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
8- Menghilangkan bau mulut yang busuk.
9- Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah dihadam.
10-Menghilangka rasa pedih dan sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.

KHASIAT BUAH ZAITUN

1- Melambatkan rambut dari beruban.
2- Melawaskan perut.
3- Melicinkan dan melembutkan kulit, juga mengeluarkan parasit.
4- Minyaknya yang bergaram jika disapukan ke kulit yang terkena api, dapat menghilangkan lecur.

KHASIAT BUAH TIN

1- Jika dimakan buah yang kering (tidak terlalu banyak):
a- Terhindar dari bahan-bahan keracunan.
b- Melicinkan tekak dan dada.
c- Mencucikan hati dan jantung.
d- Membersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus.

2- Jika dimakan buah yang masih basah (segar):
a- Jika dimakan bersama buah pala, sekiranya sebelum terminum / termakan racun pembunuh Insya Allah terselamatlah (jadi tawarlah racun).
b- Menghilangkan penyakit buasir.

3- Jika dimakan seperti biasa, dapat:
a- Mempercepatkan pertumbuhan gigi.
b- menyembuhkan penyakit bengkak telinga.

KHASIAT BUAH BIDARA

Buah yang pertama kali dimakan oleh Nabi Adam Alaihi salam.
1- Boleh menguatkan kecerdasan otak.
2- Melicinkan perjalanan usus-usus.
3- Menghilangkan penyakit kuning.
4- Mencantikkan kulit.
5- Membuka selera makan.
6- Menghilangkan kahak.
7- Menghilangkan penyakit lambat hadam.
- Ianya boleh dimakan sama ada buah yang masih segar atau kering.

KHASIAT BUAH TEMBIKAR DENGAN BUAH KURMA

Ianya dapat meredakan kepanasan dalam badan dan menghadamkan makanan dalam usus.
Caranya: Hendaklah dimakan kedua buah tersebut sebelum memakan makanan lain.

KHASIAT BUAH DELIMA

Buah yang manis :
1- Membaikkan usus-usus dan menguatkannya.
2- Ianya kurang sesuai untuk orang demam.
3- Bila dimakan bersama roti, roti tersebut tidak hancur.
4- Untuk membersihkan bahagian dalam halkum dan sesuai mengubati batuk.

Buah yang masam :
1- Melawaskan kencing.
2- Menyucikan perut dan mencegah dari muntah.
3- Menurunkan kepanasan hati dan menguatkan anggota badan.
4- mencegah penyakit bagi hati dan penyakit dudina.

Boleh mengubati penyakit kuning mata putih :
- Ambil airnya lalu dicampurkan dengan sedikit madu, kemudian dipanaskan sehingga pekat dan disapu pada kening.

Khasiat Bijinya:
1- Tumbuk bijinya sehingga halus dan campurkan sedikit madu, dapat mengubati kebenjolan dan luka yang teruk.
2- Jika menelan 3 bijinya akan terhindar sama sekali dari sakit mata untuk sepanjang tahun itu.

Ciri Adab Muslim

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1- Awal-awal pagi setelah terbit matahari. (Waktu solat sunat Isyraq).
2- Selepas masuk waktu ‘Asar.
3- Baru selepas makan.
4- Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1- Bersihkan tubuh badan, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur atau sunat dahulukan dengan berwuduk.
2- Hindarkan dari tidur pada lewat malam.
3- Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah bangun dari tidur dan sebelum turun dari katil.
4- Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan, tetapi jangan minum selepas saja baru bangun dari tidur.
5- Cucilah muka terutamanya kelopak mata dengan air suam.
6- Ambil lah wuduk dan bersembahyang sunat.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Di larang tidur di siang hari kecuali di hari yang panas , boleh menyebabkan :

1- Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2- Merosakkan warna kulit.
3- Melemahkan jantung.
4- Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5- Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga Sayhwat.
6- Melemahkan kecerdasan fikiran.

DOA SEBELUM TIDUR

Cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah saw :
1- Tidurlah di awal malam, sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10:00 atau 11:00 malam dengan berwuduk.
2- Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1:00 atau 2:00 pagi kemudian, sunat bersugi, berwuduk dan sembahyang sunat Tahajjud.
3- Kemudian tidurlah semula, dan bangkitlah sebelum terbit fajar (solat fardhu Subuh).
4- Cara tidur ialah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.

WAKTU-WAKTU YANG DI LARANG MEMINUM AIR

Seboleh-bolehnya jangan meminum air di waktu-waktu berikut:
1- Selepas baru bersenam, bersukan atau bekerja berat (rehat sekejap 5 minit).
2- Selepas baru bersetubuh.
3- Selepas makan atau sebelumnya.
4- Ketika sedang makan.
5- Selepas memakan buah-buahan.
6- Selepas keluar daripada bilik mandi.
7- Ketika terjaga daripada tidur.

SUPAYA AIR YANG DI MINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK TUBUH BADAN.

1- Minumlah segelas air dengan 3 kali minum (seteguk).
2- Jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya.
3- Jangan meniup air yang hendak di minumkan.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1- Di larang keras terus tidur selepas makan kerana akan mendatangkan keras hati.
2- Hendaklah berjalan selepas makan sekurang-kurangnya 40 langkah.
3- Sebaik-baiknya hendaklah bersembahyang sunat dahulu selepas makan tengahari supaya makanan mudah hadam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA / MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1- Melihat perkara-perkara yang haram.(Antaranya melihat aurat perempuan, gambar lucah dalam Internet, VCD, majalah dll, kerana termasuk perbuatan haram dan
merosakkan minda kita).
2- Bermain mata dengan perempuan (zina mata).
3- Onani.
4- Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
5- Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur dengan semut mati (kerana di dalam badan semut itu terdapat satu enzim yang menyebabkan pelupa).
6- Tidak pernah membaca Al-Quran dalam seharian. Walaupun sepotong ayat.
7- Meminum atau memakan dari rezeki yang haram ataupun yang diperolehi dengan cara yang haram.
8- Mengadu dumba, mengumpat dan menghina sesama saudara muslim.
9- Terlalu memikirkan tentang perempuan / lelaki dengan nafsu syahwat.
10-Bercinta- cinta dengan lelaki / perempuan dengan nafsu syahwat.
11-Terlalu memikirkan perkara kebendaan dan harta dunia.
12-Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau dukacita.

UNTUK MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1- Kurangkan percakapan yang tidak berfaedah.
2- Sentiasa bersugi.
3- Sentiasa membaca Al-Quran dan berzikir.
4- Sentiasa bersama-sama / berkawan dengan orang soleh dan orang alim.
5- Sentiasa mengamalkan ilmu yang dipelajari.

6 PERKARA YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1- Memakan daging.
2- Selalu menghidu bau-bauan yang harum.
3- Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4- Sentiasa memakai pakaian yang di perbuat dari kapas.
5- Memakan makanan yang agak manis tetapi jangan terlalu banyak (Buah kurma).
6- Mandi dalam keadaan perut sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1- Minumlah madu lebah asli yang dicampurkan dengan air suam.
2- Sentiasa meminum air lebihan dari air sembahyang (wuduk).

4 PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1- Bercakap banyak yang sia-sia.
2- Tidur banyak.
3- Makan banyak.
4- Banyak jimak (Semalaman sampai 4x).

LARANGAN-LARANGAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN

1- Berjaga malam selain qiamullail.
2- Berada didalam keadaan terlalu lapar (Puasa lain).
3- Terus mandi selepas makan.
4- Selalu makan daging arbuk.
5- Sentiasa berada didalam keadaan keluh kesah dan berdukacita.
6- Beristerikan perempuan tua dan berjimak selalu dengannya.
7- Berjimak dalam keadaan keterlaluan kenyang atau terlalu lapar.