SYEIKH Sya'rawi berkata: "Allah s.w.t. selepas menjelaskan pendustaan mereka, antara lain sekali-kali mereka tidak bercita-cita untuk mati kerana mereka zalim dan selama mana dalam kezaliman sudah tentu kematian perkara yang menakutkan kepada orang-orang Yahudi. Merekalah sebenar-benar manusia yang loba untuk hidup sehingga mengatasi golongan syirik kerana orang musyrik mahu hidup dengan beranggapan bahawa dunia merupakan matlamat sedangkan Yahudi pula amat loba untuk hidup daripada golongan musyrikin kerana mereka takut mati disebabkan amalan buruk mereka. Justeru, panjang usia hidup mereka maka sangkaan mereka jauh daripada azab akhirat. mereka menghadapi azab. Justeru, mereka amat gembira dengannya."
Firman Allah, "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya daripada azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman." (Al-Baqarah: 96 dan 97)
Firman Allah s.w.t.: Demi sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) akan mendapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Pasti kamu dapati golongan Yahudi setamak-tamak manusia untuk hidup bahkan lebih tamak daripada orang musyrikin
sendiri. Ini kerana mereka mempunyai ilmu dan pengetahuan bahawa mereka akan dihumban ke dalam neraka dengan sebab dosa mereka.
Terdapat dua pandangan ulama berkenaan dengan mereka yang syirik:
1. Orang-orang Majusi seperti pendapat Ibn Abbas, Ibn Qutaibah dan al-Zajjaj.
2. Orang-orang Musyrikin Arab seperti pendapat Muqatil.
Justeru, tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya dia boleh hidup 1,000 tahun, iaitu setiap orang di kalangan mereka bercita-cita dan berhajat untuk hidup sehingga usia itu.
Sayyid Qutub berkata: "Yakni setiap orang daripada mereka berangan-angan untuk hidup 1,000 tahun. Ini kerana mereka tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah dan tidak berasa adanya suatu hidup yang lain untuk mereka selain daripada hidup di dunia ini.
"Sesiapa yang menuntut pintu yang menuju kepada hayat yang kekal abadi bererti gambaran hakikat hidup di dalam jiwanya telah cacat dan padam sama sekali. Keimanan kepada hayat akhirat – di samping merupakan kepercayaan terhadap keadilan Allah yang mutlak dan balasan-Nya yang sempurna – merupakan petanda yang menunjukkan bahawa jiwa
seseorang itu dipenuhi kecergasan dan keaktifan, dipenuhi cita-cita hidup yang tidak terbatas setakat perbatasan-perbatasan bumi, malah menjangkau ke hayat yang kekal abadi, bebas dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Ia juga menjangkau ke tangga-tangga yang tinggi menuju kepada perdampingan dengan Allah."
Umur
Padahal umur panjang yang demikian tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan tidaklah umur mereka yang panjang boleh menjauh dan menyelamatkan mereka daripada azab Allah.
Ibn Abbas r.a berkata: "Orang Yahudi datang bertemu Nabi s.a.w seraya bertanya: `Siapakah yang datang kepadamu daripada kalangan malaikat?' Sabda Nabi s.a.w: `Jibril'. Lantas mereka berkata: `Malaikat tersebut turun dengan membawa peperangan. Itu musuh kami'. Kemudian turunnya ayat ini dan ayat selepasnya.
"Katakanlah (wahai Muhammad): `Sesiapa memusuhi Jibril. Katakanlah Muhammad kepada mereka, siapa yang menjadikan musuh kepada Jibril sebenarnya dia menjadi musuh kepada Allah Taala. Ini kerana Allah menjadikannya perantara di antara-Nya dan Rasul-rasul. Maka sesiapa yang memusuhinya sebenarnya dia memusuhi Allah Taala'."
Ibn al-Jauzi dalam Zad al-Masir berkata: Jibril a.s. dibaca dengan sembilan bacaan:
1. Jibril iaitu bahasa Ahli Hijaz. Inilah bacaan Ibn `Amir dan Abu `Amr.
2. Jabril. Inilah bacaan al-Hasan al-Basri, Ibn Kathir dan Ibn Muhaisin.
3. Jabraiil. Inilah bacaan A'masyh, Hamzah dan al-Kisaie.
Al-Zajjaj berkata: "Ia sebaik-baik bacaan."
4. Jabrail. Inilah yang diriwayatkan oleh Abu Bakar daripada `Asim.
5. Jabraill. Iaitu bacaan Abban daripada `Asim dan Yahya bin Ya'mur.
6. Jjibrail.
7. Jibrayil.
8. Jabrin.
9. Jibrin iaitu bahasa Bani Asad.
Ibn al-Anbari menyatakan berhubung dengan Jibril a.s. terdapat sembilan bahasa atau bacaan. Sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah. Hal ini kerana sesungguhnya Jibril a.s. yang bersifat amanah, menurun al-Quran atas hati Muhammad s.a.w. dengan arahan Allah. Maksudnya Jibril a.s itu
bukannya didorong oleh keinginan dan kemahuannya sendiri menurunkan al-Quran ke dalam hatimu, malah dia hanya melaksanakan perintah Allah menurunkan al-Quran ini ke dalam hatimu. Hati itu merupakan wadah penerima wahyu dan hatilah yang memahami wahyu setelah menerimanya. Dalam hatilah diletak dan dipeliharakan al-Quran itu. Kata-kata qalbu dalam al-Quran mengungkapkan daya kefahaman dan pemikiran secara menyeluruh dan ia tentunya bukan dimaksudkan dengan seketul anggota yang dikenali umum itu.
Ia mengesahkan kebenaran kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Al-Quran pada umumnya membenarkan segala kitab Samawi yang diturunkan sebelumnya. Ini kerana asas agama Allah itu sama sahaja dalam semua kitab Samawi dan seluruh agama Ilahi.
Selasa, April 15, 2008
Jauhi Maksiat Zahir
IMAM GHAZALI rahimahullah berkata bahawasanya agama itu terbahagi kepada dua. Pertamanya meninggalkan maksiat yang ditegah dan satu bahagian lagi adalah mengerjakan segala yang disuruh.
Lazimnya, berbuat taat dan menurut segala yang disuruh itu adalah lebih mudah berbanding dengan meninggalkan perkara yang dilarang. Kerana itulah Nabi SAW bersabda, "Orang yang berhijrah itu adalah seorang yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah seorang yang memerangi hawa nafsunya."
Individu yang berbuat maksiat adalah mereka yang mengkhianati Allah dan mengkufuri nikmat yang dianugerahkan-Nya. Ini kerana anggota tubuh badan adalah satu nikmat dan amanah Allah kepada hamba-Nya. Sekiranya hamba tersebut menggunakan anggota itu kepada perlakuan maksiat, ia telah menyalahi fitrah kejadiannya sendiri. Di waktu
inilah seseorang itu menjadi kufur terhadap nikmat Allah.
Oleh itu, hendaklah setiap individu muslim menjaga sungguh-sungguh seluruh anggota badannya terutamanya anggota yang tujuh iaitu memelihara MATA, TELINGA, LIDAH, PERUT, KEMALUAN, TANGAN dan KAKI. Ini kerana neraka Jahannam itu terdiri dari tujuh pintu dan tidak terhumban ke dalamnya anak Adam melainkan maksiat anggota yang tujuh
itu.
Mata yang dianugerahkan Allah untuk melihat dan memimpin anggota tubuh yang lain wajib dielakkan dari melihat empat perkara. Peliharalah mata dari melihat perkara yang haram seperti aurat perempuan, melihat gadis remaja dengan iringan syahwat, melihat kepada sesama muslim dengan pandangan yang menghinakan dan melihat
segala keaiban orang lain.
Telinga yang berfungsi untuk mendengar sesuatu harus dicegah dari mendengar segala perkataan bid'ah yang menyimpang dari ajaran agama, mendengar umpat-mengumpat dan kata-mengata, mendengar perkataan yang keji dan juga mendengar perkataan yang batil dan sia-sia.
Lidah diciptakan oleh Allah untuk berkata-kata. Maka hendaklah ia digunakan mengikut fungsinya yang benar. Janganlah sampai ia diseleweng dengan menuturkan kalimah dusta walau untuk tujuan bergurau-senda, mengumpat, menfitnah, bertengkar dan mengucapkan
segala perkataan kotor. Rasulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya dusta itu satu pintu dari sifat munafik." Tetapi dalam keadaan tertentu kita harus berdusta, misalnya untuk mendamaikan dua orang yang berkelahi atau suami-isteri yang bergaduh, yang mana tidak mungkin mereka dapat didamaikan kecuali dengan berdusta. Begitu juga dengan
mengumpat. Mengumpat dibenarkan jika membawa maslahah (kebaikan) yang meliputi pada enam keadaan :-
* Mendedahkan kejahatan penjenayah supaya dihukum pemerintah atau mendedahkan kezaliman pemerintah supaya dihukum oleh rakyat.
* Mendedahkan perbuatan mungkar seseorang supaya dia meninggalkan maksiat tersebut.
* Mendedahkan kezaliman seseorang untuk menuntut hak dan keadilan.
* Mendedahkan kefasikan dan kezaliman seseorang kepada orang yang belum mengetahuinya bagi mengelakkanmereka bersahabat dengan si fasiq atau si zalim itu.
* Memperkenalkan seseorang yang tidak dikenali melainkan dengan menyebut keaiban yang ada pada dirinya.
* Menyebut akan sifat keji orang yang masyhur dengan kezaliman, kefasikan atau kejahatannya.
Selain dari enam situasi di atas, kita dilarang sama sekali dari mengumpat walau apa yang dikata itu ada kebenarannya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, "Jangan mengumpat sebahagian kamu akan sebahagian yang lain. Adakah sebahagian kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu benci."
Perut pula hendaklah dipelihara dari memakan yang haram dan yang syubhah (tidak jelas antara yang halal dan haram). Ini kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging. Rasulullah SAW bersabda, " Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka neraka adalah lebih utama untuknya." Rasulullah SAW turut bersabda lagi, " Ibadat dan ilmu yang disertai dengan memakan rezeki yang haram seperti membina rumah di atas himpunan najis."
Seterusnya, Imam Ghazali mengingatkan kita agar menjaga kemaluan dari segala yang diharamkan ke atasnya oleh Allah. Hendaklah ia dipelihara sebagai mana firman Allah, " Dan mereka yang memelihara akan kemaluan mereka melainkan ke atas isteri mereka atau ke atas hamba sahaya mereka, meka sesungguhnya mereka tiada dicela."
Tangan turut harus dijaga dengan sebaik-baiknya dari memalukan dan menjatuhkan maruah sesama Islam. Ia juga janganlah digunakan untuk mencapai tujuan yang jahat atau menyuruh berbuat yang haram.
Manakala kedua kaki pula hendaklah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat maksiat yang ditegah oleh syarak. Dan juga kedua kaki itu hendaklah dikawal dari menghadap pemerintah yang zalim tanpa sebarang keadaan darurat yang mendesak. Begitulah nasihat Imam Ghazali didalam kitabnya yang agung, ` Bidayatul Hidayah.' Sesungguhnya di akhirat nanti segala anggota tersebut akan memberi kesaksian di atas apa yang dikerjakan di muka bumi ini sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ya-Siin, " Pada hari Kami kunci mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberitahu Kami dan kaki
mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan.
Sekian buat renungan kita bersama.

Plosi Baru Syarikat
MEMO KEPADA SEMUA STAFF
Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2008, syarikat anda akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
di. CUTI SAKIT:
Mulai 2008 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2008 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.
f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.

Khalifah Umar sabar, diam apabila dileteri isteri
DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut ¡¥sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri¡¦.
Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri empunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.
Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).
Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."
Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.
Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.
Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.
Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.
¡§Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"
Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.
"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.
"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."
Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."

Penjajah Inggeris Pinggir Undang-Undang Islam
Hukum syarak akan menjadi peraturan Tanah Melayu jika tidak disekat penjajah
UNDANG-UNDANG Islam adalah undang-undang yang berkuatkuasa di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Inggeris kerana apabila pengaruh Islam sampai ke Tanah Melayu, ia banyak mempengaruhi perkembangan, pelaksanaan undang-undang serta peraturan dalam masyarakat.
Ini dibuktikan dengan adanya beberapa kumpulan undang-undang seperti Risalah Hukum Kanun atau Undang-undang Melaka. Walaupun masih dibelenggu dengan pengaruh adat, pada dasarnya Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang adat Melayu yang bersesuaian dengan Islam.
Ada peruntukan dalam undang-undang Melaka itu yang menyebut mengenai undang-undang dan acara berhubung urus niaga Islam, timbangan, ukuran, larangan riba dan kaedah menjual tanah.
Selain Hukum Kanun Melaka, ada juga Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Kedah, Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Sungai Ujung. Banyak bukti menunjukkan undang-undang yang ada di Melaka adalah undang-undang induk bagi undang-undang dilaksanakan di negeri lain.
Bagaimanapun, dengan kedatangan penjajah Inggeris, proses pengubahsuaian adat Melayu dan undang-undang Islam terhenti. British menggunakan pengaruhnya di Tanah Melayu untuk mengetepikan undang-undang Islam sehingga R J Wilkinson berkata maksudnya: "Tidak diragukan lagi bahawa undang-undang Islam akan menjadi undang-undang
Tanah Melayu jika undang-undang British tidak masuk dan menahannya."
Prinsip undang-undang Inggeris di negara ini mula dipakai apabila Inggeris bertapak di Pulau Pinang pada 1786. Campur tangan Inggeris di negeri Melayu bermula di Perak pada 1874.
Memang benar perjanjian antara British dan raja Melayu tidak menyebut dengan jelas mengenai pengenalan undang-undang Inggeris ke negeri Melayu, namun pihak Inggeris dengan cara beransur-ansur menerapkan undang-undang mereka.
Proses itu akhirnya membawa kepada penyediaan struktur dan sistem pentadbiran bagi pelaksanaan undang-undang Inggeris. Undang-undang Inggeris diperkenalkan ke Tanah Melayu melalui dua cara iaitu, melalui keputusan hakim Inggeris, dan melalui statut (akta).
Statut pula boleh dibahagi dua iaitu umum dan khusus. Statut umum contohnya adalah Akta Undang-undang Sivil 1956, yang bermula sebagai Enakmen Undang-undang Sivil 1937. Akta itu menyediakan landasan bagi pemakaian undang-undang Inggeris di negeri Melayu.
Seksyen 3 Akta itu memperuntukkan, "Melainkan ada ubah suai yang dibuat atau akan dibuat oleh undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia."
Daripada peruntukan disebutkan, jelas prinsip undang-undang Inggeris dan ekuiti hanya boleh dirujuk jika tiada undang-undang tempatan mengenainya. Namun hakikatnya undang-undang Inggeris tetap dipakai di negeri Melayu walaupun ada undang-undang tempatan mengenainya.
Oleh itu boleh dikatakan bahawa kedatangan British dan pengaruhnya menyebabkan undang-undang Islam tidak dapat dikembangkan dan akhirnya terpinggir.
Akta khas yang memperkenalkan undang-undang Inggeris antaranya Akta Kontrak 1950, Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah. Hakikatnya akta itu adalah pengkanunan prinsip Common Law Inggeris, sekali gus bererti kes yang diputuskan mahkamah Inggeris akan dibawa masuk dalam sistem perundangan negara. Keadaan itu menguatkan lagi status undang-undang Inggeris berbanding undang-undang tempatan.
Prinsip undang-undang kontrak Inggeris pula mula terpakai di Malaysia apabila negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menerima Akta Kontrak 1872 (akta ini kemudian dikemaskinikan menjadi Ordinan Kontrak 1950) yang dibawa masuk dari India, pada 1899.
Pada ketika itu negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu masih lagi mengamalkan undang-undang tempatan mengenai perdagangan.
Prinsip itu bagaimanapun diketepikan apabila mereka mula menerima pakai undang-undang Inggeris mengenai kontrak. Contohnya, Johor menerima Akta Kontrak dengan rasminya pada 1914, sebaik saja dipaksa menandatangani perjanjian yang meletakkannya di bawah naungan Inggeris.
Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang lain pula menerima pakai undang-undang kontrak Inggeris secara tidak langsung apabila pertikaian mengenai kontrak diselesaikan melalui pemakaian prinsip undang-undang kontrak Inggeris.
Alasan yang diberikan adalah langkah itu mampu menyeragamkan undang-undang antara negeri di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Negeri dalam Persekutuan yang lain iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bagaimanapun hanya menerima Ordinan Kontrak, yang dikemaskini menjadi Akta Kontrak 1950, pada 1974.
Namun sebenarnya undang-undang kontrak Inggeris sudah mula dipakai di situ sejak adanya Ordinan Undang-undang Sivil 1878 lagi. Selain daripada undang-undang kontrak dan perniagaan yang digubal mengikut undang-undang Inggeris, mahkamah sivil saja yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes mengenai kontrak dan perniagaan. Mahkamah
syariah tidak diberi bidang kuasa membicarakan kes seperti itu.
Mungkin boleh disebutkan sedikit mengenai perbezaan penting antara undang-undang kontrak Inggeris dan prinsip kontrak Islam. Undang-undang kontrak kedua-dua sistem menyarankan persetujuan mesti dibuat dengan rela hati.
Bagaimanapun, mengikut undang-undang Inggeris jika ada prinsip caveat emptor pembeli hendaklah awas, supaya tidak tertipu. Akta Kontrak 1950 menghuraikan: Seksyen 17 menyebutkan keadaan diam mengenai fakta yang mungkin mempengaruhi kerelaan seseorang membuat kontrak tidak dianggap sebagai penipuan.
Seksyen 19 pula disebut sebagai kecuali jika kerelaan disebabkan oleh gambaran yang salah atau keadaan diam. Kontrak itu tidak boleh dibatalkan, jika pihak yang memberi kerelaan itu boleh mendapat tahu apa yang sebenarnya dengan usaha biasanya sendiri.
Prinsip kontrak Islam pula menjelaskan persetujuan mestilah bebas daripada kesilapan, salah nyata, penipuan dan paksaan. Islam menganggap kerelaan atau keredaan sebagai asas sesuatu kontrak.
Oleh itu, dalam Islam seseorang seharusnya memberitahu kepada pihak yang lain jika ada apa-apa kecacatan terhadap barang atau perkara yang menjadi subjek kontrak.
Walaupun ada persamaan dengan undang-undang Inggeris mengenai kerelaan, prinsip caveat emptor dalam undang-undang kontrak Inggeris di mana pembeli perlu menyelidik sendiri kecacatan barang, tidak terpakai dalam undang-undang kontrak Islam.
Akhir sekali, latar belakang atau sejarah sesuatu undang-undang itu tidak boleh dipandang sepi, ia penting untuk diketahui, supaya kita dapat lebih memahami mengapa sesuatu undang-undang itu seperti yang sedia ada pada hari ini.
INTI PATI

A woman and a man are involved in a car accident on a snowy, cold Monday morning.
It's a bad one. Both of their cars are totally demolished but amazingly neither of them are hurt. God works in mysterious ways.
After they crawl out of their cars, the woman says,
"So you're a man. That's interesting. I'm a woman. Wow, just look at our cars! There's nothing left, but we're unhurt.
This must be a sign from God that we Should meet and be friends and Live together in peace for the rest of our days."
Flattered, the man replies, "Oh yes, I agree with you completely, This must be a sign from God!"
The woman continues, "And look at this, here's another miracle. My Car is completely demolished but this bottle of wine didn't break. Surely God wants us to drink this wine and celebrate our good fortune."
Then she hands the bottle to the man.
The man nods his head in agreement, opens it and drinks half the bottle and then hands it back to the woman. The woman takes the bottle and immediately puts the cap back on,and hands it back to the man.
The man asks, "Aren't you having any?"
The woman replies, "No. I think I'll just wait for the police....
MORAL OF THE STORY:
Women are clever. Don't mess with them.

Di Mana Boleh Cari Ramai Melayu?
Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Langgan:
Catatan (Atom)