Rabu, Ogos 20, 2008

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah ‘Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

1. Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
2. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir Bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk ugama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari akhir Ramadhan.

WAKTU-WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

1. Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
3. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.