Isnin, Julai 21, 2008

Di Mana Ruh Selepas Mati?

Terdapat banyak pandangan ulamak dalam masalah ini, antaranya;

Pendapat pertama: Ruh orang-orang beriman sama ada para Nabi atau syuhadak ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir ditempatkan di dalam neraka. Ini adalah pendapat Abu Hurairah, Ibnu Umar, Imam Ahmad, Imam Syafi’ie dan Ibnu Kathir (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154).

Pendapat kedua: Ruh-ruh orang beriman berada di langit yang ke tujuh di tempat bernama ‘Illiyyiin, sedangkan ruh-ruh orang kafir berada di lapisan bumi yang ke tujuh di tempat bernama Sijjin (penjara). Ini adalah pendapat Kaab dan Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.

Pendapat ketiga: Ruh-ruh orang beriman akan berada di halaman kubur masing-masing di mana kubur-kubur mereka dilapangkan oleh Allah, kecuali ruh orang-orang mati syahid yang ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir, ia ditahan/dipenjara di bawah lapisan bumi yang ke tujuh. Ini adalah pendapat sekumpulan ulamak. Pendapat inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Baijuri dalam kitabnya Syarah Jauharah at-Tauhid sebagai soheh. Menurut Imam Mujahid; ruh menetap di dalam kubur sehingga seminggu sahaja dari hari ia dikuburkan, kemudian ditempatkan di tempat yang lain.

Pendapat keempat: Ruh berada di suatu tempat di mana ia berada ketika jasadnya belum diciptakan. Ini adalah pendapat Ibnu Hazm.

Pendapat kelima: Ruh orang beriman berada di barzakh di bumi di mana ia bebas dapat pergi ke mana-mana menurut kehendaknya. Ini adalah pendapat Salman al-Farisi dan Imam Malik.

Perbezaan pendapat di atas adalah kerana wujudnya perbezaan dalil yang menjadi rujukan masing-masing. Kerana itu Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya ar-Ruh, setelah beliau membentang pendapat-pendapat yang pelbagai tadi, beliau membuat ulasan bahawa ruh-ruh di alam barzakh berbeza-beza tempat dan tingkatnya mengikut kedudukan masing-masing di sisi Allah;
· Ada ruh yang ditempatkan di ‘Illiyyin pada daerah yang paling tinggi iaitu ruh para Nabi,
· Ada ruh yang ditempatkan di dalam syurga seperti ruh para Syuhadak,
· Ada ruh yang ditempatkan dipintu syurga,
· Ada ruh yang ditempatkan di bumi,
· Ada ruh yang berada lapisan terbawah dari bumi,
· Ada ruh yang berenang dalam lautan darah (sebagaimana dilihat Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj).

Kesimpulannya, ruh-ruh tidak berada di satu tempat. Sebagai menegaskan pandangan beliau, Imam Ibnul-Qayyim menjelaskan; “Jka kita analisis serta hayati hadis-hadis atau riwayat tersebut, maka kita akan menyimpulkan bahawa tidak ada dalil-dalil soheh yang saling bertentangan antara satu sama lain. Inilah hujah yang benar dan dapat dijadikan pegangan”.

Hubungan ruh dengan jasad

Ruh-ruh selepas mati walaupun berada di tempat yang jauh (di syurga, di langit dan sebagainya mengikut pendapat-pendapat tadi), namun ia masih mempunyai hubungan secara langsung dengan kuburnya yang mengandungi jasadnya. Dengan adanya hubungan itu, ruh akan membalas salam orang yang datang berziarah ke kuburnya dan tidaklah mustahil bagi ruh itu untuk kembali ke jasadnya dalam waktu yang amat pantas dari tempat tinggalnya dengan izin Allah. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada seorangpun yang melalui kubur saudaranya yang muslim yang dikenalinya di dunia, lalu ia memberi salam kepadanya melainkan akan dikembalikan ruh kepadanya sehingga ia dapat menjawab salam”.

Begitu juga dengan adanya hubungan itu, jasad akan turut merasai nikmat atau azab yang dikenakan ke atas ruh di alam barzakh. Kesimpulannya; di alam barzakh sekalipun ruh dengan jasad terpisah, namun hubungan antara keduanya masih ada.

Hukum Melukis

Hukum melukis gambar bergantung kepada gambar yang dilukis dan tujuan ia dilukis. Perinciannya adalah seperti berikut;

a) Jika yang dilukis itu adalah gambar-gambar Tuhan yang disembah selain Allah seperti patung-patung berhala dan sebagainya, pelukisnya adalah kafir. Lukisan sebeginilah yang diancam dengan siksaan oleh Allah sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;

إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَاباً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمُصَوِّرُونَ
“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah para pelukis”. (Riwayat Imam Muslim).

Berkata Imam at-Tabari; “Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah…”.

b) Diharamkan juga melukis dengan tujuan untuk menandingi ciptaan Allah, iaitu merasakan diri dapat mencipta dan membuat rekaan sebagaimana ciptaan Allah. Hal ini kembali kepada niat pelukis itu sendiri. Pelukis sebegini juga diancam dengan siksaan yang berat oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya;

أَشَدُّ النَّاسِ عَذَاباً عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقيَامَةِ، الَّذِينَ يُضَاهُونَ بِخَلْقِ اللهِ
“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di hari kiamat ialah orang-orang yang melakukan sesuatu untuk menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah r.a.)

c) Diharamkan juga melukis gambar malaikat, para Nabi dan para sahabat iaitu orang-orang yang dimuliakan di sisi agama kerana dikhuatiri lukisan gambar mereka akan menjatuhkan kemuliaan mereka di samping berlakunya pemalsuan kerana tidak ada seorang pun yang hidup hari ini yang pernah melihat mereka.

d) Diharamkan juga melukis gambar tokoh-tokoh yang kufur, zalim atau fasik seperti pemimpin-pemimpin yang menentang Islam, memusuhi Syari’at Allah, penyanyi-penyanyi atau pelakon yang mendorong manusia kepada maksiat, memuja kebatilan dan sebagainya. Melukis gambar mereka merupakan pemujaan terhadap mereka sedangkan mereka adalah orang-orang yang dibenci oleh agama.

e) Diharamkan juga melukis gambar-gambar yang mendedahkan aurat, berunsur lucah dan menggairahkan nafsu dan sebagainya lagi yang dilarang oleh Syarak.

Kesimpulan, diharamkan melukis gambar-gambar yang menyalahi agama dan mengandungi unsur-unsur yang dilarang oleh Syari’at termasuk yang mendorong manusia kepada kekufuran, syirik, maksiat dan munkar. Adapun selainnya yang jauh dari perkara-perkara di atas, maka ia tidaklah diharamkan.

Sebenarnya, para ulamak mempunyai pelbagai pandangan dalam masalah melukis ini terutamanya jika objek yang dilukis itu adalah makhluk-makhluk bernyawa iaitu manusia dan binatang. Pandangan yang saya kemukakan di atas ialah pandangan yang ditarjih oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam. Teruskan niat baik saudara untuk berdakwah melalui lukisan komik itu dengan menjaga batasan-batasan yang digariskan di atas.

Wallahu a’lam.

Alam Barzakh

Alam barzkah ialah alam kehidupan selepas mati sementara menunggu tibanya kiamat. Firman Allah (bermaksud): “Dan di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka akan tinggal menetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (iaitu pada hari kiamat)”. (Surah al-Mukminun, ayat 100)

Dari sudut bahasa, Barzakh bermakna sesuatu yang menjadi pemisah antara dua benda. Dinamakan alam selepas mati sebagai alam Barzakh kerana alam tersebut menjadi pemisah antara dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat. Menurut Syeikh Abu Bakar al-Jazairi dalam bukunya ‘Aqidatul-Mukmin, alam Barzakh ini dapat diibaratkan sebagai alam perhentian dan penantian sementara menunggu tibanya akhirat bagi orang-orang yang telah mati dan berpisah dengan dunia. Di alam Barzakh ini ruh-ruh dihimpunkan hinggalah sampai masa berlakunya kiamat di mana ia akan dipertemu kembali dengan jasadnya.

Alam barzakh adakalanya disebut alam kubur. Namun dengan mengaitkan alam ini dengan kubur tidaklah bermakna hanya orang yang ditanam di dalam kubur sahaja akan menempuh alam Barzakh dan merasai nikmat atau azab di alam tersebut. Panggilan dengan nama alam kubur adalah merujuk kepada kebiasaan sahaja iaitu biasanya orang yang telah mati akan ditanam di dalam kubur. Namun banyak juga orang mati yang tidak ditanam di dalam kubur kerana mayatnya tidak dijumpai, mati terbakar dan menjadi abu, dimakan binatang buas dan sebagainya. Jadi, sama ada suatu mayat di tanam di dalam kubur atau tidak, ia pada hakikatnya telah berada di alam Barzakh dan berhadapan dengan segala peristiwa yang berlaku di alam Barzakh seperti soalan dari munkar dan nakir, nikmat bagi orang yang taat dan azab bagi orang kafir dan engkar dan sebagainya lagi.

Nikmat dan azab di alam barzakh

Di antara nikmat yang dikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya yang taat semasa berada di alam Barzakh atau alam kubur ialah;
1. Diluaskan kubur mereka sehingga 70 hasta dari segenap arah atau diluaskan sejauh mata memandang.
2. Disediakan untuk mereka hamparan dari syurga.
3. Dibukakan suatu pintu dari kubur mereka ke syurga.
4. Kubur mereka dipenuhi dengan bau-bauan yang harum dan wangi
5. Dijadikan kubur mereka sebagai taman dari taman syurga
6. Kubur mereka diterangi cahaya.
7. Didatangi oleh seorang lelaki yang elok rupanya dan harum baunya (iaitulah jelmaan kepada amalan-amalan kebaikan mereka semasa di dunia).

Adapun azab pula, di antaranya ialah;

1. Penghuni kubur didedahkan kepada bahang api neraka setiap hari iaitu di waktu pagi dan petang.
2. Dihampari kubur dengan hamparan dari api neraka
3. Kubur disempitkan hingga saling bersilang tulang-tulang rusuk
4. Didatangkan 99 ekor ular yang berbisa dan menggerunkan
5. Didatangi seorang lelaki yang buruk wajahnya dan berbau busuk (iaitulah jelmaan kepada amalan-amalan kejahatan di dunia dulu)

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyiksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuk/menyengatnya hingga berdirinya kiamat. Jika sekiranya seekor sahaja dari ular-ular itu meniupkan bisanya ke bumi nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi)”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abi Said al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu-)

Amat banyak hadis Nabi menceritakan nikmat kubur dan azabnya. Di sini kita tidak dapat bentangkannya kerana ruang yang terhad.

Bagaimana menghindari azab kubur?

Untuk menghindari azab kubur, kita hendaklah menjauhi punca-puncanya. Punca azab kubur ada yang bersifat umum dan ada yang bersifat khusus. Punca yang bersifat umum ialah kerana melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Syeikh Ahmad Farid di dalam bukunya “al-Bahr ar-Raqaiq Fi az-Zuhd wa ar-Raqaiq” menjelaskan; “Azab di dalam kubur dan azab di akhirat merupakan kesan dari kemurkaan dan kemarahan Allah ke atas hambanya. Maka sesiapa yang mendatangkan kemurkaan Allah dan kemarahanNya semasa hidupnya di dunia, kemudian ia tidak bertaubat dan ia mati dalam keadaan tersebut, maka akan diberikan kepadanya dari azab kubur bergantung kepada sedikit atau banyak dosa yang ia lakukan…”. (halaman 284). Adapun punca yang bersifat khusus, antara yang pernah disebut oleh Nabi ialah;

1. Suka mengadu domba iaitu memperlaga-lagakan sesama muslim.
2. Tidak menjaga diri dari najis (terutamanya air kencing). “Kebanyakan azab kubur dari kerana kencing”. (Hadis soheh, riwayat Ahmad, dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).
3. Meninggalkan solat
4. Tidak mengeluarkan zakat
5. Berzina

Selain itu ada amalan-amalan khusus yang disebut oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- dapat menjauhkan kita dari siksa kubur, antaranya;

1. Melazimi membaca surah al-Mulk. Sabda Nabi; “Surah Tabarak (yakni al-Mulk) adalah penegah/penghalang dari azab kubur”. (Hadis soheh, riwayat Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhu-).
2. Selalu berdoa dan memohon perlindungan dari Allah dari azab kubur terutamanya di hujung solat. Sabda Nabi s.a.w.; “Apabila seseorang dari kamu telah selesai membaca tasyahhud akhir, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari empat perkara dengan berdoa; “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab api neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah/ujian ketika hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Hukum Jampi

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda;

إِنَّ الرُّقَي وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
“Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah adalah syirik”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Ibnu Mas’ud r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 2002)
(*At-Tiwalah ialah sejenis sihir pengasih iaitu yang digunakan untuk menjadikan seorang perempuan dikasihi oleh seorang lelaki. Lihat Faidhul Qadier, hadis no. 2002)

Di dalam hadis di atas Rasulullah melarang jampi dan menganggapnya sebagai syirik. Namun para ulamak menjelaskan bahawa; jampi yang dilarang dalam hadis di atas dan dianggap sebagai syirik ialah yang terkandung doa atau pemujaan kepada selain Allah, atau yang menggunakan bahasa selain Arab atau bahasa yang tidak difahami yang besar kemungkinan mengandungi kalimah-kalimah kufur atau unsur-unsur syirik. Adapun jampi-jampi menggunakan ayat al-Quran dan doa-doa yang maksur dari Rasulullah s.a.w., tidaklah dilarang kerana terdapat banyak nas yang membenarkannya.

Seorang sahabat nabi bernama ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie r.a. menceritakan; ‘Kami biasa berjampi pada zaman jahiliyah. Lalu (apabila datangnya Islam) kami bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah s.a.w., apa pandangan kamu tentang jampi?’. Rasulullah s.a.w. menjawab;

اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُم، لا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيْهَا شَيء
“Tunjukkan kepadaku jampi-jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi-jampi selagi tidak ada syirik padanya”. (Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari ‘Auf bin Malik r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 1152)

Terdapat riwayat menceritakan bahawa Abdullah bin Mas’ud suatu hari melihat di leher isterinya terdapat tangkal benang. Lalu ia bertanya isterinya; ‘Apa ini?’. Jawab isterinya; ‘Tangkal yang dijampi untuk berlindung dari demam/rasa panas’. Lantas Abdullah merentap tangkal tersebut dan membuangnya. Kemudian ia berkata kepada isterinya; ‘Sesungguhnya ahli keluarga Abdullah bebas dari syirik. Aku dengar Rasulullah bersabda; ‘Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah adalah syirik’. Isteri Abdullah lalu menceritakan kepadanya; ‘Suatu suatu hari aku keluar dari rumah. Aku terserempak dengan seorang lelaki yang melihat aku dengan matanya (yakni menyihir aku dengan matanya) menyebabkan mataku sentiasa berair/mengalir air mata. Maka aku pergi kepada seorang yahudi dan ia mengajar kepadaku satu jampi. Apabila aku membaca jampi itu, mataku pun berhenti berair. Namun apabila aku meninggalkan jampi itu, mataku kembali berair’. Abdullah berkata -memberi penjelasan kepada isterinya-; ‘Itulah mainan syaitan (untuk menyesatkan kamu). Apabila kamu taatinya (yakni dengan membaca jampi itu) ia biarkan kamu (yakni ia tidak menyakiti kamu), dan apabila kamu engkarinya (yakni dengan meninggalkan jampi itu), ia mencucuk mata kamu dengan jari-jarinya’. Abdullah berkata lagi; ‘Jika kamu melakukan sebagaimana yang diajar Rasulullah s.a.w. adalah lebih baik dan lebih mudah sembuh iaitu kamu merenjiskan air ke matamu sambil membaca doa;

أَذْهِبِ الْبَاسْ. رَبَّ النَّاسْ. اِشْفِ، أَنْتَ الشَّافِي. لاَشِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَيُغَادِرُ سَقَماً
“Jauhilah penyakit wahai Tuhan manusia. Sembuhkanlah kerana Engkaulah Tuhan yang maha menyembuhkan. Tidak ada sembuhan melainkan sembuhan Engkau, sembuhan yang tidak akan meninggalkan sebarang penyakit”.
(Riwayat Imam Ibnu Majah dari Zainab r.a.)


Berkata Imam Muhammad bin al-Hasan; “Diharuskan berjampi dengan jampi yang terdapat di dalam al-Quran dan yang menyebut nama Allah. Adapun dengan perkataan yang tidak diketahui (makna atau asal-usulnya), maka tidak harus berjampi dengannya”. (Lihat al-Muwattha’, bab ar-Ruqa).

Kesimpulannya, jampi diharuskan jika menggunakan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa yang maksur dari Rasulullah s.a.w.. Lebih jelas lagi, menurut Imam as-Suyuti; para ulama’ sepakat meletakkan tiga syarat untuk mengharuskan sebarang jampi;
a) Ia hendaklah menggunakan kalam Allah, nama-nama atau sifat-sifatNya.
b) Ia hendaklah menggunakan bahasa Arab atau bahasa yang difahami maksudnya.
c) Hendaklah dengan iktikad bahawa bukan jampi-jampi itu yang menyembuhkan (atau memberi kesan) tetapi Allah.
(Haqiqatu at-Tauhid, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi)

Berdasarkan syarat-syarat di atas, dapat kita simpulkan juga bahawa berjampi dengan bomoh siam atau mana-mana bomoh yang bukan Islam hukumnya adalah haram kerana bomoh-bomoh bukan Islam itu sudah tentunya tidak akan menyebut nama Allah ketika berjampi itu, akan tetapi mereka akan menyebut nama Tuhan mereka dan ini membawa kepada syirik.

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Haqiqatu at-Tauhid, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ter. Muassasah ar-Risalah, Beirut (2001)
2. Faidhul Qadier Syarh al-Jami’ as-Saghier, Imam al-Minawi, Dar al-Fikr.

Perkara-Perkara yang Membatalkan Iman

Imam Abu Jaafar at-Thahawi(الطحاوي) dalam kitabnya matan al-‘Aqidah at-Thahawiyyahnya mengungkapkan;

لاَ يَخْرُجُ الْعَبْدُ مِنَ الإِيْمَانِ إِلاَّ بِجُحُوْدِ مَا أَدْخَلَهُ فِيْهِ
“Seseorang hamba tidak terkeluar dari lingkungan iman melainkan dengan mengingkari (yakni menolak) perkara yang memasukkannya ke dalam iman”. (Lihat; Syarh al-‘Aqidah at-Thahawiyyah, oleh Ibnu Abil-‘Izzi al-Hanafi, hlm. 331)

Ungkapan di atas menerangkan satu kaedah umum kepada kita iaitu seseorang itu akan menjadi kafir (yakni batal imannya) apabila ia menolak perkara yang memasukkannya ke dalam iman. Apakah perkara yang memasukkan seseorang ke dalam iman? Dan apa pula yang dimaksudkan dengan menolaknya?

Iman bermaksud at-Tasdiq iaitu membenarkan. Maksud membenarkan di sini ialah membenarkan Nabi Muhammad s.a.w., yakni meyakini dengan sepenuh hati segala ilmu dan ajaran agama yang disampaikan oleh beliau. Jadi perkara yang memasukkan seseorang ke dalam iman ialah keyakinannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan kepada ajaran yang dibawanya. Apabila ia menolak keyakinan tersebut, akan berubahlah ia menjadi seorang kafir atau murtad. Penolakan itu berlaku apabila ia mengambil sikap mentakzib Nabi Muhammad s.a.w., iaitu mendustakannya dengan tidak lagi meyakini beliau dan ajaran yang beliau bawa.

Jelasnya, iman dan aqidah seseorang itu dianggap terbatal apabila ia mengingkari Nabi Muhammad s.a.w. iaitu tidak lagi percaya dan yakin kepada khabar-berita dan ketetapan-ketepan hukum yang datang dari baginda sama ada yang bersangkutan dengan aqidah (kepercayaan), ajaran atau syari’at (yakni hukum-hakam dan peraturan). Keingkaran itu lahir sama ada dari pengakuannya sendiri atau dari sebarang ucapan, tindakan dan sikapnya yang jelas menunjukkan penolakannya terhadap ajaran yang dibawa oleh baginda seperti bercakap menghina Allah dan Rasul, memperolok-olokkan al-Quran atau as-Sunnah, memijak al-Quran, sujud kepada berhala, engkar kewajipan solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Demikianlah kaedah asas untuk memahami perkara-perkara yang membatalkan aqidah atau iman. Penyenaraian yang dibuat oleh para ulamak terhadap perkara-perkara yang membatalkan aqidah –ada yang menyenaraikan 10 perkara, ada yang 20 perkara dan sebagainya- adalah bertitik tolak dari kaedah asas ini.

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Syarh al-‘Aqidah at-Thahawiyyah, oleh Ibnu Abil-‘Izzi al-Hanafi, hlm. 316-325 dan juga hlm. 331.
2. Mutiara ‘Aqidah Islam, Bah. 2, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil.

Mengenali Dosa Besar dan Dosa Kecil

Dosa bermaksud; “Setiap perkara yang menyalahi perintah Allah sama ada kerana meninggalkan apa yang disuruhNya atau melakukan apa yang ditegahNya”.[1] Dosa kerana meninggalkan yang disuruh seperti dosa orang yang mengabaikan solat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat, tidak menutup aurat dan sebagainya. Dosa kerana melakukan tegahan Allah seperti dosa berzina, minum arak, mencuri, mengumpat, menipu dan sebagainya.

Dosa mengikut takrifan di atas merangkumi semua jenis dosa sama dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil. Sebahagian ulamak tidak bersetuju dengan pembahagian dosa kepada besar dan kecil. Antara mereka ialah Abi Ishaq al-Isfaraini, Qadhi Abu Bakar al-Baqilani, Imam al-Haramaian dan Abi Nashr al-Qusyairi. Bagi mereka semua dosa dan larangan Allah adalah besar belaka sebagaimana Ibnu Abbas r.a. pernah berkata;

كُلُّ مَاْ نَهَى اللهُ عَنْهُ فَهُوَ كَبِيْرَةٌ
“Setiap yang dilarang/ditegah Allah adalah besar”. (Riwayat Imam at-Thabrani)

Namun mengikut pandangan majoriti ulamak, dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Pandangan majoriti ulamak inilah yang menepati al-Quran dan hadis kerana Allah berfirman;


“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)”. (An-Nisa’:31)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda;

اَلصَّلَوَاْتُ الْخَمْسُ وَ الْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَ رَمَضَاْنَ إِلَى رَمَضَاْنَ مُكَفِّرَاْتُ مَاْ بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَاْئِرُ
“Solat lima waktu, solat jumaat hingga jumaat berikutnya dan ramadhan hingga ramadhan berikutnya menjadi penebus dosa-dosa (kecil yang berlaku) di sela-sela waktu tersebut selama dijauhi dosa-dosa besar”. (Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tarmizi dari Abi Hurairah r.a.)

Ayat al-Quran dan hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa di sana ada dosa-dosa besar dan ada dosa-dosa kecil.

Apa maksud dosa besar? Menurut Ibnu ‘Abbas r.a., dosa-dosa besar ialah; “Dosa-dosa yang ditetapkan hukuman had ke atasnya di dunia dan diancam dengan azab di akhirat atau diancam dengan laknat Allah dan kemurkaanNya”. Menurut Imam al-Haramain pula, “Dosa besar ialah dosa yang menampakkan bahawa pelakunya seorang yang kurang menjaga agamanya dan amat longgar pegangannya dengan agama di mana dosa ini menghilangkan al-‘adalah (sifat adil) pada diri seseorang (yakni orang yang melakukannya akan dianggap sebagai fasiq)”.

Apa yang lebih mudah ialah kita menilai dosa-dosa besar berdasarkan tanda-tandanya. Menurut Imam Ibnu Solah; “Tanda-tanda dosa besar antaranya ialah;[2]

1.Diwajibkan hukuman hudud ke atasnya seperti dosa berzina, minum arak, qazaf, mencuri dan sebagainya.

2.Di ancam ke atasnya dengan azab neraka atau sebagainya di dalam al-Quran atau as-Sunnah seperti dosa menyelewengkan harta anak yatim (rujuk surah an-Nisa’, ayat 10), dosa lari dari medan peperangan (rujuk; surah al-Anfal, ayat 16), tidak mengeluarkan zakat, tidak menunaikan solat, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

3.Disifatkan orang-orang yang melakukannya sebagai fasiq.

4.Dilaknat orang-orang yang melakukannya seperti dosa makan riba, dosa rasuah, dosa lelaki yang meniru gaya perempuan atau sebaliknya dan sebagainya.

Adapun dosa-dosa kecil, ia adalah dosa-dosa di bawah tahap atau batasan dosa-dosa besar tadi. Contoh dosa kecil ialah; melihat kepada bukan mahram, suka berbalah atau bertengkar, kencing atau berak dengan mengadap ke arah kiblat atau membelakanginya, bercakap di dalam masjid dengan perkara-perkara dunia semata-mata dan sebagainya.

Namun harus diingat bahawa walaupun dinamakan dosa kecil, tetapi ia bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah atau remeh kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

إِيَّاْكُمْ وَ مُحَقَّرَاتِ الذُّنُوْبِ فَإِنَّهُنَّ يَجْتَمِعْنَ عَلَى الرَّجُلِ حَتَّى يُهْلِكْنَهُ
“Awasilah kamu sekelian dari dosa-dosa yang kecil/remeh. Sesungguhnya ia akan berkumpul pada diri seseorang sehingga akan memusnahkannya (dengan menjatuhkannya ke dalam dosa besar)”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)[3]

Malah dosa kecil dalam keadaan-keadaan tertentu akan berpindah menjadi dosa besar. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin telah menjelaskan enam sebab suatu dosa kecil akan berubah menjadi dosa besar, iaitu;[4]
1.Berterus-terusan melakukannnya
2.Memandang remeh terhadap dosa yang dilakukan
3.Gembira, bangga dan seronok apabila dapat melakukan dosa sehingga ia merasakan bahawa ia dapat melakukan dosa itu merupakan suatu nikmat. Ia lupa bahawa dosa adalah penyebab kepada kecelakaan.
4.Memandang remeh apabila Allah menutup dosanya dan menangguhkan pembalasan terhadapnya.
5.Melakukan dosa dan kemudian menyebut-nyebutnya di hadapan orang lain, atau melakukan dosa berterang-terangan di hadapan orang lain tanpa rasa malu sedikitpun.
6.Orang yang melakukan dosa kecil itu adalah orang alim.

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Ihya’ ‘Ulumiddin, Imam al-Ghazali, jil. 4.
2. Minhajul Qasidin, Imam al-Maqdisi
3. Az-Zawajir ‘an Iqtirafil Kabaair, Imam Ibnu Hajar al-Haitami.
4. Al-Muntaqa min Kitab at-Targhib Wa at-Tarhib Lil Munziri, Dr. Yusof al-Qaradhawi, juz. 2.
5. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, karangan sekumpulan ulama’, diterbitkan oleh Kementerian Wakaf Kuwait.
6. Syarh al-‘Aqidah ath-Thahawitah, karangan al-‘Allamah ibn Abil ‘Izzi al-Hanafi.
7. Majmu’ al-Fatawa, oleh Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, jil. 11.
8. Tahzib Madarij as-Salikin (kitab Madarij dikarang oleh Ibnul Qayyim al-Jauziah. Adapun tahzibnya dikarang oleh ‘Abdul Mun’im Sholeh al-‘Aliyyi al-‘Izzi.
9. Bahjatu Qulubil Abrar Wa Qurratu ‘Uyunil Akhyar fi Syarhi Jawami’ul Akhbar, Syeikh Abdur Rahman ibn Naashir as-Sa’adiyy.
10. Tafsir al-Quran al-‘Adziem, Imam Ibnu Kathir (Surah an-Nisa’, ayat 31).

[1] Lihat Ihya’ ‘Ulumiddin, Imam al-Ghazali, jil. 4, hlm. 16 dan Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, karangan sekumpulan ulama’ dari negara Kuwait, diterbitkan oleh Kementerian Wakaf Kuwait. (Lihat perkataan “al-Kabair”).
[2] Az-Zawajir ‘an Iqtirafil Kabaair, Imam Ibnu Hajar al-Haitami, hlm. 18.
[3] Al-Muntaqa min Kitab at-Targhib Wa at-Tarhib Lil Munziri, Dr. Yusof al-Qaradhawi, juz. 2, hlm. 671. (Hadis no. 1464)
[4] Ihya’ Ulumiddin, Imam al-Ghazali, jil. 4, hlm. 32-34 dan Minhajul Qasidin, Imam al-Maqdisi, hlm. 264-266.

Fidyah Bagi Puasa-Puasa yang Lalu

Puasa yang ditinggalkan pada masa yang lalu, tiada khilaf di kalangan ulamak bahawa ia wajib diqadha; satu hari ditinggalkan diganti satu hari juga. Kecuali jika seseorang itu tidak mampu berpuasa, barulah digantikan dengan fidyah. Hukum ini tidak ada khilaf di kalangan ulamak. Yang ada khilaf ialah jika puasa yang dtinggalkan itu telah melepasi tahun (yakni telah memasuki Ramadhan baru) namun masih belum diqadha lagi; adakah diwajibkan qadha puasa sahaja atau diwajibkan juga fidyah bersama puasa. Ada dua pandangan ulamak;

Pertama; menurut mazhab Imam Abu Hanifah; memadai dengan qadha/ganti dan mohon ampun sahaja. Tidak ada sebarang denda dalam bentuk fidyah sekalipun telah menjangkau tahun kerana tidak ada nas al-Quran mahu pun as-Sunnah yang soheh menyebutnya. Pandangan inilah yang saya kemukakan dalam jawapan yang lalu (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/06/fidyah-bagi-puasa-puasa-yang-lalu.html) dan ia ditarjihkan oleh Mufti Mesir sekarang ini (Dr. Ali Jum'ah Muhammad). Pandangan inilah lebih ringan diamalkan berbanding pandangan kedua nanti.

Kedua; menurut mazhab Imam Syafi'ie; puasa yang masih belum diganti sedangkan telah masuk ramadhan yang baru, hendaklah dibayar fidyah di samping qadha puasa. Bagi sehari puasa yang belum diganti, maka satu fidyah yang mesti dikeluarkan bagi tahun pertama yang dijangkaui. Jika telah menjangkau tahun kedua, maka dua fidyah mesti dikeluarkan bagi satu hari puasa yang ditinggalkan. Dan begitulah seterusnya. Adapun jumlah puasa yang perlu diqadha tidak bertambah. Sebagai contoh; seorang ada puasa yang ditinggalnya 10 tahun lalu selama 5 hari, lalu hari ini baru nak diqadhanya. Maka jumlah hari puasa yang perlu diqadha ialah 5 juga. Adapun fidyah, bagi satu hari perlu dikeluarkan 9 fidyah. Bagi keseluruhan 5 hari ialah 45 fidyah (5 x 9).

Wallahu a'lam.
Oleh: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Koleksi Cerita Lawak

Lawak 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Lawak 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Lawak 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Lawak 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Lawak 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Lawak 7

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Lawak 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Lawak 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.) Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Lawak 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Lawak 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Kisah Seorang Bekas Paderi

BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun.Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yangasal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemuiadalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi.

Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan. Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam.

Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAHAINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim(Negeri), Air Keroh, Melaka.

SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asalsaya iaitu Sabah .Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantican, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga. Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti.

Konflik Diri Yang Tidak Terbendung

Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul difikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam. Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sanasaya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejutdan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, “Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejutlalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong". Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." Saya bertanya kembali, “Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)."

Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama." Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukansaya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya. Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian merekamesti dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci
v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima krisma
vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; Apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian.Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah.

Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantican telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan. Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian.

Sebenarnya semua mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu saya masih belajar di Vantican, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya,Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari. "Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkanke pada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron . Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuansaya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah,disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.

Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah . Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku? Turunnya hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, di antara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur.

Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapansaya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya, ”Negeri apakah ini?" Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalanumpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)." Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api.

Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini dibawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah ."Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam." Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam." Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?"

Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Mak apada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.

Kekuatan diri

Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka. Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arahbapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantican selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."

Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!" Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.

Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar

Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan dirisaya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah . Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan. Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinandan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vantican, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan. Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah . Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar?

Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja diseluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia . Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam. Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya. Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengetahui saya telah memeluk Islam.

Masalah Kelemahan Pendakwah Islam

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya di Vetican dulu. "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengannama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalamsalah sebuah ayatnya yang bermaksud; Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu."Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul.Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosongitu?" Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhankamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apawalaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa jika diutarakan dihadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?

Siapa Sasaran Kristian

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama-nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama. Apa ikhtiar kita?

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudungkamu itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.

Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat

'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangankamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yangdijanjikan kepada kamu.'

Menguap Menurut Islam

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya”. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka”. Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu”. Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin”. Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah”, dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”.
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

Peringatan Buat Imam dan Makmum

Terdapat imam-imam yang membaca suroh Al-Fatihah menyebut "Waladdhooolin" hanya 3 atau 4 harkat sahaja. Ini mungkin keterlupaan atau tidak tahu. Sebenarnya, ayat sebelum "Amin" ini perlu wajib dibaca dalam enam harkat. Ia dikenali sebagai Mat Lazim Kalimi Musaqqal, dalam hukum tajwid.

Kepada makmum pula, bila melafazkan "Amin" semasa solah berjemaah, Amin, "Aaa" itu hendaklah dalam 2 harkat manakala "min" dibolehkan 2, 3, 4 hingga 6 harkat. Tetapi pada kebiasaannya jadi terbalik, makmum menyebut "Aaa" itu 6 harkat manakala "min" itu 2 harkat. Perkara ini hendaklah diperbetulkan.

Haram Bagi Lelaki Berjual Beli Sebaik Azan Jummat

Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan), seorang jemaah telah bertanya pada beliau mengenai
hukum mereka yang berniaga di kawasan masjid pada hari Jumaat.

Tn Hj Arshad menjelaskan adalah Haram lelaki Islam berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya, restoran dan sebagainya. Walaupun mereka yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan
bila masuk waktu.

Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki Islam.

Di Masjid Bandar Baru Senawang ada seorang sahabat yang lengkap berjubah putih dan berserban menjual air soya di luar perkarangan masjid. Ketika azan pertama dilaungkan hingga khutbah dibaca, penjual dan pembeli sedang sibuk berjual beli. Ini adalah haram kalau mengikut penjelasan Us Arshad.

Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati makan tengahari jam 1:20 tgh di KFC sementara menunggu solat Jumaat atau minum cendol di benteng, sumber rezekinya Halal tetapi waktunya Haram. Itu yang yang hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang langsung tak solat Jumaat.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". Surah Al-Jumu'ah, ayat 9

Menyentuh Wanita Membatalkan Wudhuk

Masalah batal atau tidaknya wudhu' seorang laki-laki yang menyentuh wanita memang diperselisihkan di kalangan ahlul ilmi. Ada diantara mereka yang berpendapat membatalkan wudhu' seperti Imam Az-Zuhri, Asy-Sya'bi, dan yang lainnya. Akan tetapi pendapat sebagian besar ahlul ilmi, di antaranya Ibnu Jarir, Ibnu Katsir dan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, dan ini yang rajih (kuat) dalam permasalahan ini, tidak batal
wudhu' seseorang yang menyentuh wanita. Wallahu ta'ala a'lam bish-shawab.

Syaikh Muqbil rahimahullahu ta'ala pernah ditanya dengan pertanyaan yang serupa dan walhamdulillah beliau memberikan jawaban yang sama (tidak batal wuduk)dengan menyentuh,atau tersentuh perempuan. Untuk mengetahui fatwa ahlul ilmi tentang permasalahan ini, kami paparkan jawaban Syaikh sebagai jawaban permasalahan ini. Namun, di sana ada tambahan penjelasan dari beliau yang Insya Allah akan memberikan tambahan faidah bagi kita semua. di nukilkan ucapan beliau dalam Ijabatus Sa-il hal. 32-33 yang nashnya sebagai berikut :

Beliau ditanya: "Apakah menyentuh wanita membatalkan wudlu', baik itu menyentuh wanita ajnabiyah (bukan mahram), istrinya ataupun selainnya?" Maka beliau menjawab: "Menyentuh wanita ajnabiyah adalah perkara yang haram, dan telah diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani dalam Mu'jamnya dari Ma'qal bin Yasar radliyallahu 'anhu mengatakan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Sungguh salah seorang dari kalian ditusuk jarum dari besi di kepalanya lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.

Diriwayatkan pula oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam Shahih keduanya dari Abi Hurairah radliyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Telah ditetapkan bagi anak Adam bagiannya dari zina, senantiasa dia mendapatkan hal itu dan tidak mustahil, kedua mata zinanya adalah melihat, kedua telinga zinanya adalah mendengarkan, tangan zinanya adalah menyentuh, kaki zinanya adalah melangkah, dan hati cenderung dan mengangankannya, dan yang membenarkan atau mendustakan semua itu adalah kemaluan.

Maka dari sini diketahui bahwa menyentuh wanita ajnabiyah tanpa keperluan tidak diperbolehkan. Adapun bila ada keperluan seperti seseorang yang menjadi dokter atau wanita itu sendiri adalah dokter, yang tidak didapati dokter lain selain dia, dan untuk suatu kepentingan, maka hal ini tidak mengapa, namun tetap disertai kehati-hatian yang sangat dari fitnah.

Mengenai masalah membatalkan wudhu' atau tidak, maka menyentuh wanita tidak membatalkan wudhu' menurut pendapat yang benar dari perkataan ahlul ilmi. Orang
yang berdalil dengan firman Allah 'azza wa jalla : Atau kalian menyentuh wanita

Maka sesungguhnya yang dimaksud menyentuh di sini adalah jima' sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma.

Telah diriwayatkan pula oleh Imam Bukhari di dalam Shahihnya dari 'Aisyah radliyallahu'anha, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam shalat pada suatu malam sementara aku tidur melintang di depan beliau. Apabila beliau akan sujud, beliau menyentuh kakiku. Dan hal ini tidak membatalkan wudhu' Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam.

Orang-orang yang mengatakan bahwa menyentuh wanita membatalkan wudhu' berdalil dengan riwayat yang datang di dalam as-Sunan dari hadits Mu'adz bin Jabal radliyallahu 'anhu bahwa seseorang mendatangi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: “Wahai
Rasulullah, aku telah mencium seorang wanita”. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam terdiam sampai Allah 'azza wa jalla turunkan:

Dirikanlah shalat pada kedua tepi siang hari dan pada pertengahan malam. Sesungguhnya kebaikan itu dapat menghapuskan keburukan.

Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya :
Berdirilah, kemudian wudhu' dan shalatlah dua rakaat.

Pertama, hadits ini tidak tsabit (kokoh) karena datang dari jalan 'Abdurrahman bin Abi Laila, dan dia tidak mendengar hadits ini dari Mu'adz bin Jabal. Ini satu sisi permasalahan. Kedua, seandainya pun hadits ini kokoh, tidak menjadi dalil bahwa menyentuh wanita membatalkan wudhu', karena boleh jadi orang tersebut dalam keadaan belum berwudhu'. Ini merupakan sejumlah dalil yang menyertai ayat yang mulia bagi orang-orang yang berpendapat membatalkan wudhu', dan engkau telah mengetahui bahwa Ibnu 'Abbas radliyallahu 'anhuma menafsirkan ayat ini dengan jima'. Wallahul musta'an.

Kisah Mayat Membaca Yaasin

"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim
Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.... Ceritanya begini....


Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang
membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada
tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah...

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.....

Langkah Syaitan Menelanjangi Wanita

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki pelbagai strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya (fesyen). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, tak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh cm saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Kemunculan Imam Mahadi

Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang rakyat Perancis berketurunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.

Menurut beliau:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

Di sini saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan terdapat "mala-fide" Yahudi dalam konspirasi mengelirukan umat Islam.

1. Akan muncul A New World Religion.

Kemunculan satu kuasa baru dunia berteraskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadis. Di antaranya:

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah.

Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda

Rasulullah SAW: "Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa'-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam." (Riwayat Ahmad)

Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa'-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.

2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.

Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:

1.Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)

2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai'ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.

Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman. Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan 'kerja-kerja kotor' iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya "The Man from The East" itu.

Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi. Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia. Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.

Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi. Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi. Indonesia adalah kepulauan, oleh itu ia sudah tentu dikelilingi oleh laut, sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) hanya di lingkungi tiga penjuru. Di Utaranya tiada laut (tanah besar Thailand). Umat Islam tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Kajian pihak musuh bukan kajian yang main-main kerana mereka berjuang antara hidup dan mati.

Jika dilihat di segi mercup suburnya Islam berbanding negara-negara Timur yang lain, Malaysialah yang terkehadapan. Walaupun masih amat banyak kelemahan, itulah yang paling kuat keIslamannya. Bukan diihat di sudut kuantiti penduduk tetapi di sudut kualiti penghayatan.

Di sudut bangsa pula, bangsa Melayu adalah bangsa yang belum pernah menguasai dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Mungkin ini peluang untuk bangsa Melayu. Sudah tentu pula pemimpin yang dimaksudkan itu tidak hanya berjuang dalam lingkungan tempatan, kedaerahan atau kenegaraan semata-mata. Perjuangannya adalah perjuangan global yang menjadikan tanah airnya sebagai tapak globalisasi Islami. Mana tahu kalau-kalau pemimpin itu telah ada. Bahkan pasti ada jika merujuk kepada hadis, kita kini berada hampir di penghujung awal kurun. Mungkin beliau sedang berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-musuh, atau dianggap remeh oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu mengalahkan musuhNya. [/b]

4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.

Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut besar dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya. Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau lagang nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-pakar di seluruh dunia. Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak bermaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau lagang itu nantilah yang akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang sedia ada di dunia. Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.

Dari Ibnu Mas'ud RA, katanya, "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi." (Riwayat Ibnu Majah)

Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek samada politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Sabda Nabi SAW: "Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (Riwayat At-Tabrani)

5 Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).

Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak berserban seperti Rasulullah SAW. Walaupun ketika ini, amalan sunnah seperti berserban itu telah dimomok-momokkan oleh orang. Disebutkan tentang warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang serban pemimpin ini, samada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apatah lagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau hijau. Berat pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan mula-mula diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.

6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini ialah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas sembahyang Maghrib di masjid, di surau atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan membanyakkan zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai masa untuk membaca selawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jumaat itu sebagai sangat istimewa bagi dirinya. Dan memang pun begitu keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat lagi, hinggalah zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti ini hanya mampu dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh sahaja. Mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah. Itulah maksud sebenar yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehinggakan hari Khamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeza langsung daripada hari-hari dan malam-malam lainnya. Tahun yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, di saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.

Sabda Nabi SAW, "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)

PETIKAN DARI BUKU MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM (Dr Fauzi Abd Hamid, USM )

Jangan Menipu ALLAH Dengan Memakai Tudung

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yg bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yg besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yg bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.

Seperkara yg menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dgn wanita yg tidak menutup aurat & peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dgn lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dgn lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yg ada percampuran bebas lelaki & perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung utk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka utk beribadah, akhlak & tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kpd kemewahan dunia, tahan diuji & sentiasa mencari-cari peluang utk mengajak masyarakat wanita yg lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dgn wanita yg lain, maka org pandang tinggi kpd wanita yg bertudung, walaupun masih ramai yg tidak suka kpd mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya didlm dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dgn berbagai pertanyaan mengenai apa yg mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yg sesuai dgn nas Al Quran dan hadith utk menyakinkan org ramai. Oleh sebab itu org ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90'an, bilangan org bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dgn wanita yg bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah

Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tgn dgn teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya drp calaran alat-alat make up, tetapi kini dgn mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dgn aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup & hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk drp mereka yg tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita yg menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu utk ke tempat hiburan & sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yg memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan utk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yg hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yg terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yg mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai org yg bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yg bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yg berpurdah yg belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dgn wanita yang bertudung dan wanita yg memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yg mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yg di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dgn Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yg ada di dalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dgn apakah mencapai keselamatan kelak ?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat utk menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat utk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dgn menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yg mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dlm suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan & turut hanyut dgn masyarakat di sekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dgn apa yg dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita & mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.