Jumaat, September 26, 2008

Melamine

Melamine, bahan kimia indusri yang digunakan untuk membuat plastik dan baja, adalah kaya dengan nitrogen dan apabila dicampur di dalam susu, boleh menjadikan tahap protein lebih tinggi daripada yang sepatutnya. Ia diharamkan untuk pengeluaran bahan makanan.

Senarai Produk yang Tidak Terlibat dengan Pencemaran Melamine

Khamis, September 25, 2008

Audacity - Open Source Software

A fast multi-track audio editor and recorder for Linux, BSD, Mac OS, and Windows. Supports WAV, AIFF, Ogg, and MP3 formats. Features include envelope editing, mixing, built-in effects and plug-ins, all with unlimited undo.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sempena bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf zahir dan batin jika ada tersalah kata terkasar bahasa. Semoga hari raya ini membawa keceriaan dan kebahagian kepada kita semua.

Kepada yang pulang beraya di kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya. Biar lambat asal selamat. Periksa dulu kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan jauh.

Masa hendak keluar rumah, pastikan suis elektrik dimatikan. Begitu juga dengan dapur gas. Sampah-sampah pula perlulah dibuang supaya rumah tidak berbau busuk. Jangan lupa kunci tingkap dan pintu rumah anda. Kalau jiran anda tidak ke mana-mana, pesanlah kepada mereka supaya tolong tengok-tengokkan rumah anda.

Selasa, September 23, 2008

Wanita yang Dijanjikan Syurga

SYURGA adalah untuk lelaki dan wanita yang beriman, taat kepada semua perintah Alah SWT, mencintai Allah dan Rasulullah saw melebihi segala-galanya di dunia ini.
Kita sudah banyak melihat keterangan mengenai balasan syurga kepada lelaki yang beriman dan beramal soleh. Minggu ini kita melihat gerangan wanita ahli syurga yang dijanjikan Allah SWT.

Rasulullah saw menerangkan, tiga wanita yang akan bersama-samanya di syurga ialah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis berikut:

1. Daripada Aishah ra: “Aku tidak berasa cemburu kepada mana-mana isteri Rasulullah saw sebagaimana aku mencemburui Khadijah ra, meskipun beliau telah meninggal dunia ketika Baginda mengahwiniku. Aku selalu mendengar Rasulullah saw menyebut hal Khadijah, dan Allah SWT telah memberitahu Baginda bahawa Allah telah membina sebuah istana bernama Qasab (yang diperbuat daripada batu permata dan mutiara di syurga), dan apabila Baginda menyembelih kambing, Baginda akan mengirimkan bahagian-bahagian kambing itu kepada rakan Khadijah. (Hadis al-Bukhari)

Daripada Ismail RA berkata, aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa, “Adakah Rasulullah memberi naungan kepada Khadijah?” Beliau menjawab, “Ya, iaitu istana Qasab di syurga di mana keadaannya sangat menyelesakan dan mendamaikan sekali.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Daripada Abu Hurairah berkata, “Jibrail as datang kepada Rasulullah saw dan berkata, “Wahai Rasulullah! Ini Khadijah datang menemuimu dengan membawa sup daging (atau makanan dan minuman). Apabila dia mendekatimu, sampaikan salam Tuhannya (Allah) kepadanya dan dariku, dan berilah naungan sebuah istana Qasab di syurga yang di dalamnya sangat indah dan menggembirakan.” (Hadis al-Bukhari).

2. Daripada Ata bin Abi Rabah. Berkata Abbas kepadaku, “Mahukah aku tunjukkan seorang wanita syurga kepadamu?” Kataku, “Ya.” Dia berkata, “Wanita hitam ini datang menemui Rasulullah saw dan berkata, ‘Ya Rasulullah, aku menghidap sejenis sawan yang menyebabkan auratku terbuka, doakanlah untukku ya Rasulullah.’ Rasulullah berkata kepadanya, “Jika kamu mahu, bersabarlah dan kamu akan masuk syurga; dan jika kamu mahu, Aku akan meminta Allah menyembuhkan penyakitmu itu.”

Wanita itu berkata, “Aku akan terus bersabar.” Dan dia menambah, “Tetapi auratku akan terdedah kerananya, jadi mintalah kepada Allah untukku agar auratku terpelihara. ”Rasulullah pun mendoakannya untuk itu..

3. Daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Aku melihat diriku (di dalam mimpi) memasuki syurga, dan berhenti! Aku melihat ar-Rumaisa, isteri kepada Abu Talhah. (Hadis riyawat al-Bukhari)

Cuba kita renungkan daripada ketiga-tiga contoh wanita syurga ini. Bagaimana mereka boleh terpilih menjadi ahli syurga, bagaimana cara kehidupan mereka, kelakuan, cara mereka bercakap, berpakaian dan sebagainya yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua wanita yang mahukan balasan syurga.

Wanita berkulit hitam yang disebut di dalam hadis di atas tidak diketahui namanya, dari mana asalnya. Cuma yang diketahui adalah amalannya, keimanannya, sifat malunya, harga dirinya, kebimbangannya mengenai auratnya yang terdedah apabila diserang penyakit sawan yang dihidapinya dan itulah yang membawanya menjadi ahli syurga.
Beliau ini menghidapi penyakit dan dia datang kepada Rasulullah saw minta didoakan penyakitnya sembuh. Dia tahu, kuasa penyembuhan adalah daripada as-Shaafee hanyalah Allah SWT. Dan Allah mengabulkan setiap doa Rasulullah saw.
Bagaimanapun, dia memilih untuk tetap sabar dan menderita di dunia untuk mendapatkan ganjaran syurga.

Ingatlah, iman+penderitaan+ sabar adalah syurga balasannya.. Dia reda menahan penyakit yang dideritainya itu semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT dan tidak sekali-kali menjadikan alasan penyakitnya untuk melanggar perintah Allah SWT iaitu membiarkan auratnya terbuka sewenang-wenangnya.

Begitu juga dengan wanita Muslim lain yang mungkin terpaksa berdepan dengan cabaran hidup dengan cara yang lain. Tidak kira siapa kita, sekiranya kita tetap pada jalan Allah, kita akan berhadapan dengan pelbagai dugaan, kesukaran kerana untuk mendapatkan syurga terpaksa melalui pelbagai rintangan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan syurga.

Seorang yang mengenali Allah dan Rasul-Nya, tidak akan ragu-ragu mengikut segala perintah-Nya. Dia akan terus mengharungi cabaran, cubaan dan rintangan atas nama Allah dan Rasul-Nya, semata-mata kerana rasa taat, kasih dan penuh yakin pertolongan dari Allah akan tiba.

Seorang wanita Muslim wajib memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat. Bukanlah bermakna bertudung dengan hanya menutup kepala tetapi berpakaian ketat dan sendat, jarang hingga menampakkan susuk tubuh, bergaul bebas, bersenda gurau dan bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim; tiada rasa malu hingga menjejaskan maruah wanita Islam seluruhnya. Hijab yang sebenarnya itu membabitkan fizikal, moral dan rohani.
Wanita yang disebut dalam ketiga-tiga hadis di atas ialah contoh wanita yang menghambakan diri kepada Allah SWT, beriman dengan sebenar-benarnya, ikhlas, muslimah, taat kepada Allah SWT dan Rasulullah saw, bijak dan berfikiran jauh.
Jika wanita Muslim hari ini mahukan balasan syurga, contohilah Khadijah, wanita berkulit hitam dan ar-Rumaisa.

Pesanan Luqmanul Hakim kepada Anaknya

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Khamis, September 18, 2008

Pengaruh Barat

PENDAHULUAN:

Umat Islam masa kini menghadapi pelbagai cabaran samada cabaran tersebut berpunca dari unsur dalaman mahupun dari unsur luaran. Sesetengah daripada cabaran yang dihadapi oleh umat Islam berbentuk ancaman bukan hanya ancaman kepada individualistik semata-mata tetapi ancaman kepada kebudayaan, cara hidup dan termasuk negara umat Islam itu sendiri.

Pada masa kini, cabaran atau ancaman yang paling hebat di kalangan umat Islam adalah ancaman pengaruh barat atau dengan erti kata lain ancaman kebudayaan barat. Hal ini disebabkan oleh usaha-usaha pendakyah-pendakyah kristian di dalam usaha mereka menentang dan menyesatkan umat Islam. Mereka menguar-uarkan kepada umum bahawa kebudayaan merekalah yang paling hebat, yang paling unggul dan yang paling sempurna sekali di dunia melalui kaca-kaca televisyen, dada-dada akhbar serta majalah dan tidak ketinggalan juga melalui laman-laman web yang sememangnya dibina khas oleh mereka demi mencapai matlamat mereka.

Apa pula tindakan kita? Adakah kita sebagai umat Islam hanya membisu mendiamkan diri? Atau kita hanya sekadar tidak mengambil peduli dan membiarkan sahaja diri kita, keluarga kita dan umat Islam seluruhnya terjerumus ke dalam lubang perangkap yang dibuat oleh pihak kuffar demi untuk menjatuhkan Islam, agama Allah yang suci ini.

APAKAH KEBUDAYAAN BARAT?

Secara dasarnya, setiap masyarakat yang ada di muka bumi Allah ini mempunyai kebudayaan mereka masing-masing. Kebudayaan tersebut pula ada yang didasarkan kepada kebudayaan bangsa dan ada juga yang didasarkan kepada kebudayaan agama.

Jika kita lihat dari segi kebudayaan bangsa, kebiasaannya kebudayaan tersebut menggambarkan bangsa tersebut. Contohnya jika disebut tarian zapin, sudah pasti kita akan kata itu budaya orang Melayu, tarian singa budaya masyarakat Cina dan bangra dengan pantasnya kita akan mengatakan ia adalah kebudayaan masyarakat sikh. Begitulah seterusnya. Dengan erti kata lain, budaya tersebut hanyalah sesuai dengan masyarakat tersebut. Tentu kita rasa janggal dan pelik jika kita melihat orang bernama Ah Chong yang merupakan bangsa Cina pergi kerja dengan memakai dhoti yakni pakaian tradisional masyarakat India.

Namun, apabila kita membicarakan tentang kebudayaan agama, ianya tiada batas perkauman dan bangsa. Dengan erti kata lain, semua bangsa boleh mengamalkan kebudayaan tersebut. Paling mudah jika kita lihat sambutan hari raya Aidilfitri yang disambut saban tahun oleh semua masyarakat yang beragama Islam. Tidak kira samada seseorang itu berbangsa Melayu, Cina , India hatta Yahudi sekalipun, asalkan mereka beragama Islam, mereka turut meraikan perayaan tersebut. Begitu juga dengan agama-agama yang lain. Maka itu, perayaan sesuatu agama itu hanya disambut oleh penganut agama tersebut. Islam juga melarang dengan keras umatnya mengamalkan kebudayaan mahupun menyambut perayaan agama lain.

Apabila kita menyentuh kebudayaan barat, kita harus faham makna disebalik kebudayaan barat. Kebudayaan menurut kamus dewan edisi ketiga keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi). Barat pula membawa maksud negara-negara Eropah dan Amerika.

Maka jika kita menyentuh tentang kebudayaan barat, kita tidak boleh lari daripada membicarakan kebudayaan agama yang diamalkan secara majoriti di sana yakni agama Kristian. Hal ini disebabkan kebanyakan budaya barat dipengaruhi dengan amalan dan kepercayaan agama Kristian. Paling mudah jika kita lihat perayaan April Fool yang disambut pada 1 April saban tahun oleh masyarakat barat dikatakan sempena menyambut ketiadaan malaikat yang mencatat dosa kerana pada hari tersebut mereka percaya malaikat bercuti. Walaupun memang terdapat budaya mereka yang bagus seperti rajin bekerja, budaya bertegur sapa dan mesra serta mengambil berat dan bertanya khabar walaupun pada mereka yang tidak dikenali, mengambil berat untuk mengucapkan perkataan tolong dan terima kasih serta menjaga kebersihan dengan tidak suka membuang sampah merata-rata, namun masih lagi banyak budaya mereka yang berentang dengan lunas-lunas Islam.

CONTOH-CONTOH KEBUDAYAAN BARAT DAN KESANNYA KEPADA UMAT ISLAM

Apakah diantara budaya-budaya barat yang dalam diam memberi ancaman kepada jati diri umat Islam? Antaranya ialah pengambilan arak, bersekedudukan, pakaian dan hari-hari perayaan.

1. Arak

Kita sering mengatakan bahawa arak adalah budaya barat yang bertentangan dengan Islam. Kenyataannya, remaja kini juga mengamil arak dan di negara seperti Turki juga mempunyai kebiasaan minum arak dan menghisap paip. Jika kita kunjungi kota-kota besar di Turki seperti Istanbul dan Ankara, di sana kita akan menyaksikan para eksekutif muda dengan berpakaian pejabat di warung kopi pada waktu pejabat, minum raki (minuman alkohol khas Turki), menghisap paip dan main permainan backgamon. Sememangnya orang Turki memang terkenal dengan sifat pemalas.

Dari sudut sejarahnya, Eropah mengalami masa susah di abad pertengahan dahulu yang dikenali sebagai zaman gelap Eropah. Kemudian mereka berusaha membuat diri mereka sedikit tenang dengan arak. Lalu muncullah industri wine (yang merupakan sejenis arak) di Eropah yakni di bahagian selatan iaitu di Sepanyol, Itali, selatan Perancis dan Portugal dan juga industri bir di Eropah yakni di bahagian utara kerana anggur tidak tumbuh subur di utara Eropah.

Kini amalan tersebut sudah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat mereka. Bukan sekadar untuk menenangkan fikiran, arak kini diminum hanya untuk memuaskan nafsu. Kini budaya tersebut mula menular di kalangan anak muda pewaris agama kita. Arak semakin senang didapati. Kini terdapat kedai-kedai serbaneka dan stesyen-stesyen minyak yang beroperasi 24 jam menjual arak di premis mereka. Ini akan mengundang perasaan ingin mencuba di kalangan remaja Islam. Kita harus ingat sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Setiap minuman yang memabukkan adalah haram.”

2. Bersekedudukan

Secara umum, masyarakat negara barat melakukan ini kerana faktor cukai. Cukai pendapatan di negara maju itu amatlah tinggi, kira-kira 40%. Apabila berkahwin, hasil pendapatan suami dan isteri akan diakumulasikan atau dijumlahkan sehingga jumlah cukai yang harus dibayar akan jauh meningkat. Cukai ada kadarnya, yakni semakin besar jumlah gaji yang diterima, bererti semakin besar cukai yang harus dibayar. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan mereka lebih rela bersekedudukan tanpa ada ikatan yang sah.

Alasan lainnya, mereka masih menganggap pernikahan sebagai suatu kongkongan. Jika mereka berkahwin, mereka terpaksa mematuhi perjanjian yang dibuat. Maka mereka terpaksa melupakan cara hidup sosial kerana tidak mahu curang kepada pasangan masi-masing. Mereka lebih suka hidup bersama dulu baru berkahwin, kononnya tidak mahu asyik kahwin-cerai. Tidak hairanlah jika kita lihat ada yang sudah beranak dua, dan kedua-duanya sudah bersekolah, barulah pasangan tersebut berkahwin.

Namun ada juga yang melakukannya sekadar ingin merasa dan untuk memuaskan hawa nafsu, terutamanya dikalangan remaja. Jika kita mengambil negara Amerika Syarikat sebagai contoh, remaja di sana akan merasa malu jika mereka sudah berumur 17 tahun tetapi masih lagi belum pernah melakukan hubungan kelamin. Rata-rata mereka telah mempunyai pengalaman kelamin sejak berumur 15 tahun lagi.

Kita harus berwaspada kerana budaya tersebut juga mula menular di kalangan negara-negara Islam. Terdapat segelintir umat Islam sudah terpengaruh dengan budaya tersebut. Bukan disebabkan cukai yang tinggi, tetapi sekadar suka-suka untuk memuaskan nafsu masing-masing. Tahun 2007 kecoh di Malaysia apabila seorang pensyarah Universiti Kebangssaan Malaysia mendedahkan bahawa 71 orang daripada 72 orang pelajar perempuan sekolah menengah di Selangor pernah melalui pengalaman seks. Perkara ini mendapat perhatian ramai dan hangat diperdebatkan baik di warung-warung kopi hinggalah ke dewan parlimen. Namun selepas seketika isu tersebut terus senyap sunyi tanpa sebarang bicara seolah-olah isu tersebut sudah diselesaikan.

3. Pakaian

Dari segi pemakaian pula, memang sudah menjadi kebiasaan warga barat berpakaian ringkas terutamanya ketika musim panas. Mereka sama sekali tidak memikirkan bahawa pakaian mereka itu seksi dan menggoda, yang penting mereka tidak kepanasan pada musim tersebut. Apabila kita menyentuh tentang pakaian, kita tidak dapat memikirkan aspek seni paling dekat secara fizik mahupun psikologi dengan diri kita melainkan seni busana.

Hal ini turut diakui Titus Burckhardt dalam The Art of Islam:

Tidak ada seni yang memiliki kesan lebih besar terhadap jiwa manusia dibandingkan seni busana, kerana seseorang secara naluriah mengidentifikasikan dirinya dengan busana yang ia pakai.

Maka jika barat dengan bantuan pengganas-pengganas seninya yang bertebaran ini mahu menghancurkan seni busana Islam, mereka hanya perlu menyerang rasa malu. Apabila manusia menanggalkan rasa malu dari tubuh dengan sendirinya iman juga akan ditanggalkan. Budaya malu memang tiada pada busana yang dikenakan oleh Barat. Burckhardt malah menuliskan:

Busana Barat mengajarkan manusia supaya berpaling dari kehidupan yang seluruhnya dikuasai oleh nilai-nilai kontemplatif yang menuju secara mutlak ke arah akhirat.

Busana tradisional Islam memang berbeza-beza menurut wilayah dan rantau, tetapi persamaannya jelas, iaitu: ayat-ayat Tuhan. Ini kerana tubuh seorang manusia yang mengaku Islam merupakan ayat-ayat Allah, justeru apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita memilih untuk menutup tubuhnya, dia memilih untuk menjadikan anggota-anggota tubuhnya dari mata orang kebanyakan seperti emas. Ditutup dan dirahsiakan. Bukan mendedahkannya sewenang-wenang.

Hal ini mungkin kelihatan simplistik buat sesetengah insan yang memang sudah dipengaruhi oleh nafsu dan memang sudah dicemari jiwa mereka dengan bom perang budaya. Tetapi jika kita menilik sejarah, hal ini bukanlah suatu yang boleh diambil ringan. Jangan kita melupakan Kamal Attaturk mahupun Mao Tse Dong yang menceraikan secara total masa lalunya untuk membentuk masa baru yang diingini iaitu dengan mengubah tata busana masyarakatnya dan menuntut supaya kepercayaan silam mereka dirombak sama sekali.

Dengan menghilangkan budaya malu pada tata cara berpakaian, kita melihat perlahan-lahan manusia juga kehilangan iman dan kepercayaan terhadap keesaan Tuhan. Tidak hairanlah ada hadis menyebutkan, “Barang siapa meniru sesuatu kaum, ia termasuk dalam kaum tersebut.”

Kecelakaan dan malapetaka ini membawa manusia Islam kepada satu hal yang lebih malang iaitu melupakan hakikat diri mereka sebagai khalifah Allah. Namun apabila umat Islam melihat seni busana barat tersebut mereka menjadi teruja dan melupakan hakikat yang mereka ini adalah khalifah Allah malah ingin mencuba apa yang dipakai oleh masyarakat barat. Ya, sememangnya kebanyakan negara Islam beriklim panas, sememangnya itu tidak dinafikan. Akan tetapi kita harus ingat bahawa Islam telah menetapkan batas-batas aurat untuk lelaki dan perempuan. Maka kita tidak boleh tidak, wajib patuh kepada syariat yang telah ditetapkan. Amat malang sekali apabila umat Islam amat rapuh apabila melihat pertunjukkan fesyen yang mencolok mata ataupun fesyen-fesyen yang ditunjukkan di majalah-majalah, mereka menjadi lebih mudah untuk mengikutinya. Namun jika melihat fesyen-fesyen yang Islamik, tidak pula mereka ingin mengikutinya.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa agenda puak kuffar untuk mempengaruhi umat Islam telah berjaya. Mereka sentiasa menyatakan pakaian-pakaian yang terdedah di sana-sini menunjukkan keberanian dan ketegasan. Jika memakai pakaian yang tertutup seperti yang dianjurkan oleh Islam, dikatakannya kolot dan ketinggalan zaman. Itulah yang dinyanyikan oleh media massa samaada media tempatan mahupun media barat. Maka umat Islam seolah-olah terpukau dan mengiakan apa yang diuar-uarkan itu. Maka perintah Allah ditinggalkan.

4. Hari perayaan

Lagi satu contoh kebudayaan barat yang semakin menjadi ikut-ikutan umat Islam pada zaman millineum ini adalah dari segi perayaan. Perayaan yang paling nyata, yang turut disambut oleh umat Islam seluruh dunia secara besar-besaran adalah sambutan tahun baru masihi. Kita sebagai umat Islam haruslah sedar bahawa samutan tahun baru masihi yang dirai itu pada asalnya menyambut ulang tahun kelahiran Jesus Christ yakni mengikut kepercayaan Kristian adalah salah satu tuhan mereka di dalam sistem trinity.

Memang ada pihak yang mengatakan Jesus Christ itu adalah Nabi Isa a.s. maka tidak salah jika kita turut meraikan kelahiran baginda. Akan tetapi kita harus ingat seperkara lagi, adakah kita perlu menyambut kelahiran Nabi Allah dengan percikan bunga api, konsert-konsert yang dipenuhi dengan unsur-unsur maksiat, majlis tari-menari dan di kelab-kelab malam seperti mana yang diamalkan masyarakat barat? Seeloknya kita sambutnya dengan mengadakan majlis-majlis ilmu dan majlis-masjlis zikir di surau-surau dan di masjid-masjid. Berapa ramai masyarakat Islam sekarang yang tersungkur kemabukan ketika pulang dari sambutan tahuinb baru? Perkara tersebut seolah-olah menjadi perkara biasa apabila tahun baru disambut.

CARA-CARA MENGATASI PENGARUH BARAT

Jika kita ingin mengatasi pengaruh barat yang semakin menular dikalangan masyarakat Islam sekarang, maka beberapa tindakan yang komprehensif perlu diambil. Pertama sekali adalah penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam jati diri umat Islam. Hal ini adalah amat penting kerana di dalam masyarakat Islam menongkah arus globalisasi pada masa kini jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah kuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suci ini dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka masih lagi kecil. Jangan ditunggu sehingga mereka menjadi buluh baru hendak mantapkan mereka dengan ajaran Islam, maka ia akan menjadi sia-sia.

Seterusnya, gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi. Para da’i atau pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Mengapa agaknya belia Muslim sekarang agak luntur pegangan agamanya dan menganggap agama Islam itu terpisah dari kehidupan seharian? Mengapakah agama Islam itu dilihat sebagai membebankan dan hanya menyusahkan mereka? Sebaliknya mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini. Itulah yang perlu mereka kaji

Salah satu sebabnya adalah mungkin kerana anak-anak muda ini merasakan kehidupan menurut pandangan Islam itu terlalu mengongkong dan menyekat kebebasan mereka. Gambaran yang mereka dapati tentang kehidupan Islam dalam bentuk ceramah, syarahan agama dan buku-buku, mahupun brosur dan risalah amatlah membosankan dan tidak menarik sama sekali. Mereka merasakan apa yang diperkatakan dalam syarahan atau ceramah adalah kebanyakannya dalam bentuk larangan-larangan termasuk cara berpakaian, pemakanan, persekitaran serta balasan terhadap perbuatan-perbuatan yang melanggar agama.

Namun hakikatnya agama Islam itu bukan setakat peraturan mahupun larangan, malahan perkara yang dibolehkan sebenarnya lebih banyak dari yang diharamkan. Perkara inilah yang sepatutnya ditekankan oleh para cendekiawan Islam dan ulama, dan bukannya menakut-nakutkan belia Islam. Golongan muda mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka. Kita perlulah memberikan penjelasan dan kefahaman sebenar tentang agama Islam agar umat Islam tidak tergelincir dalam kehidupan.

Ilmu Islam pula harus diajar sedemikian rupa agar ia tidak kelihatan ˜kolot’ oleh anak muda. Terangkan pada mereka jika mereka suka berfesyen, mereka boleh teruskan asalkan menutup aurat dan fahamkan pengertian aurat itu bagi lelaki dan perempuan. Terangkan juga agama Islam tidak melarang berkawan antara lelaki dan perempuan namun hendaklah dijaga batas-batas pergaulannya contohnya tidak boleh berdua-duan dengan yang bukan muhrim mahupun bersentuh-sentuhan.

Dari situ mereka akan faham bahawa agama Islam tidak melarang sama sekali apa yang mereka gemar lakukan, namun terdapat peraturan-peraturan yang mesti dikuti. Ini adalah kerana agama Islam itu sendiri adalah agama fitrah. Fitrah manusia sukakan keindahan dan kecantikan , kehidupan yang selesa di dunia, harta kekayaan, kenderaan mewah, perhiasan dan berpasang-pasangan.

Cabaran agar ajaran agama Islam dapat disampaikan kepada semua lebih penting di masa sekarang di mana anak muda kita ramai yang sudah terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti merempit, menghisap ganja, maksiat, juga murtad . Mereka ini seolah-olah hanyut di dunia mereka sendiri tanpa memperdulikan batasan-batasan agama. Kita tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus. Cuba kita perhatikan cara penyampaian kelas-kelas agama dan khutbah, masih dengan cara yang sama dua puluh tahun yang lalu tanpa ada pembaharuan mahupun mengikuti perkembangan semasa. Menjadi gambaran biasa melihat ada yang tertidur semasa kuliah agama. Berbeza dengan paderi-paderi Kristian, mereka memberi ceramah atau khutbah dengan cara yang terancang sehingga orang yakin akan kata-kata mereka. Paderi-paderi juga dikhabarkan menunggu kedatangan hadirin di pintu gereja seperti menghormati tetamu. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan.

Adakah kita juga melakukan sedemikian di masjid-masjid? Sudah pasti ramai orang terutama golongan muda yang akan dapat ditarik ke masjid jika kita melakukan sedemikian. Khutbah-khutbah juga seringkali tidak mampu menarik perhatian ramai. Para cendekiawan Islam dan golongan ulama beserta dengan para pemimpin masyarakat juga disaran turun padang bersama-sama membantu masyarakat. Pelbagai acara perlu dirancang untuk mendekatkan masyarakat dengan kegiatan bercorak Islam. Dengan cara itu golongan muda akan melihat para cendekiawan Muslim sebagai orang yang mudah didekati dan bukan hanya sekadar memberi syarahan di masjid-masjid. Diharap dengan cara ini mereka akan lebih terbuka untuk berkongsi fikiran atau sebarang kemusyiklan dan permasalahan mereka.

KESIMPULAN

Jika dilihat sekarang bermacam-macam bencana alam yang berlaku di sekeliling kita. Cuaca dunia telah menjadi semakin tidak menentu. Apabila maksiat dan gejala sosial yang disebabkan oleh pengaruh barat tidak terbendung maka akan datang bala Allah seperti banjir besar, wabak penyakit menular dan terkini kemarau berpunca daripada El-Nino. Apabila bencana berlaku, ia akan meliputi semua makhluk sama ada yang beriman atau tidak; inilah iktibar yang didapati pada zaman beberapa Nabi seperti Nuh, Hud dan Musa.

Oleh itu umat Islam perlulah merenungkan bahawa segala ujian dan dugaan ini adalah merupakan peringatan kepada manusia yang berterusan melakukan dosa dengan mengabaikan perintah Allah. Maka umat Islam perlulah berganding bahu berpegang tangan untuk memastikan penularan pengaruh barat yang merosakkan jati diri umat Islam pada masa kini dapat dibanteras sama sekali menyelamatkan diri kita dan generasi umat Islam pada masa akan datang.

Sumber: http://entarostukov.blog.friendster.com/

Fesyen Muslimah

Fesyen merupakan satu topik yang sangat secocok dan berpadanan dengan kaum Hawa. Dari kanak-kanak hingga dewasa, pelbagai variasi trend diperkenalkan. Fesyen islamik, latin, musim panas, musim sejuk, tropika dan banyak lagi trend- trend terkini tersenarai di butik- butik seluruh dunia. Gaya muslimah, sporty, funky, feminine, elegant dan banyak lagi turut dititikberatkan untuk memenuhi permintaan- permintaan wanita global kini.

Memang hangat dengan pelbagai corak dan gaya, sekiranya wanita tidak tahu tentang fesyen boleh dikategorikan kolot, perempuan kampung dan jumut. Setuju? Sabar, tidak perlu menghukum dunia dengan luarannya. Bak kata pepatah Barat yang boleh diambil,”don’t judge a book by its cover”.

IFF (ISLAMIK FASHION FESTIVAL)2008, Kuala Lumpur- Jakarta- Dubai,

IFF merupakan satu festival fesyen muslimah yang dianjurkan bagi memenuhi permintaan fesyen terkini. Dihimpunkan pereka – pereka fesyen, dari tiga negara berbeza dalam mencernakan idea berbusana indah. Bermula daripada pereka- pereka muda sehinggalah super senior, di antaranya Biyan, Sebastian Gunawan, Itang Yunasz, Musa Widiatmo, Syahreza Muslim, Fara & Claudia, Meeta Fauzan, dan masih banyak lagi. Sementara itu Malaysia akan diwakili oleh Dato Tom Abang Saufi, Datin Syarifah Kirana, Iszal, Calvin Thoo, dan Aktif Bestasi
dalam melahirkan variasi idea busana muslimah yang anggun lagi elegant. Datuk Reza, ketua IFF mengatakan fesyen muslimah ini ditujukan daripada busana muslim yang berselendang dan masih kelihatan rambutnya, hingga yang tertutup maksimal .BETULKAH INI FESYEN MUSLIMAH?

Konsep Pakaian Muslimah

Apa konsep sebenar berpakaian dalam islam? Islam mentarbiah penganutnya daripada segala sudut termasuklah dalam etika cara berpakaian. Semua sudah pasti tahu islam menekankan konsep aurat sebagai kayu ukur dalam etika berpakaian. Batasan aurat lelaki dan perempuan telah digariskan dengan lengkap dengan rasullulah s.a.w sebagai penyampainya. Dijuruskan kepada wanita khasnya, batas aurat seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan kepada antonim jantina menjadi panduan dalam etika berpakaian. Namun, bagaimana halnya terhadap fesyen muslimah yang diagungkan kini oleh pereka- pereka fesyen? Tahap manakah pemahaman pereka- pereka fesyen dengan islam sebenarnya?

Tazkirah pagi Bicara Mufti tv1 daripada Dato’ Noh Gadut, mufti negeri Johor menyarankan dan menekankan supaya tukang- tukang jahit meletakkan iman dan taqwa paling utama sebelum menjahit pakaian. Kenapa? Kita akan berbicara.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Al- a’raf: 26)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
(An-nur:31)

Kita telah disekularkan walaupun pada berpakaian. Teringat saya pada suatu slot fesyen di televisyen, seorang pereka fesyen bukan islam , beliau menerangkan ciri-ciri sebenar pakaian muslimah:

1. tidak ketat
2. tidak jarang
3. menutup aurat

Pereka fesyen tersebut mematuhi peraturan tersebut. Bagaimana pereka- pereka yang memang islam? Saya ada membuka bicara tukang jahit meletakkan iman dan taqwa paling atas untuk supaya dia faham dan mengerti pemahaman aurat dan saham dosa bagi si pemakai turut diperolehi pembuatnya sekiranya ciri- ciri baju yang dijahit tidak menutup aurat. Bagaimana pereka fesyen sekarang? Letakkan islam dihadapan untuk selamat dunia dan akhirat. Peringatan Untuk diri yang meminati bidang fesyen.

Sumber: Kompas.com

Nabi Muhammad SAW dengan Orang Yahudi

*Ali bin Abi Talib r.a berkata :

"Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tibadatanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S.yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.' Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda :

"Silahkan bertanya.' Berkata orang Yahudi : ' Silahkan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah S.A.W. : " Sholat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya , Sholat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi , Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S. , maka setiap mukmin yang sholat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan
permintaannya ."

Sholat Isya' itu ialah sholat yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku , Sholat Subuh adalah sebelum terbit matahari , ini karena apabila matahari terbit , terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata : ' Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sholat.'

Rasullullah S.A.W bersabda : " Jagalah waktu-waktu sholat terutama sholat yang pertengahan , Sholat Zuhur , pada saat itu nyalanya neraka Jahanam , orang mukmin yang mengerjakan sholat pada ketika itu akan diharamkan keatasnya uap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi : " Manakala sholat Asar , adalah saat di mana Nabi Adam A.S. Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sholat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud : "Jagalah waktu-waktu sholat terutama sekali sholat yang pertengahan , sholat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sholat Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W. : " Sholat Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sholat Isya' berjamaah , Allah S.W.T. haramkan dari
terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath."

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya : " Sholat Subuh pula , seorang mukmin yang mengerjakan sholat Subuh selama 40 hari secara berjamaah , diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu :
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata : ' Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu ? '

Sabda Rasullullah S.A.W. : " Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang , lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya."

Kata orang Yahudi : 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu '.

Sabda Rasullullah S.A.W. : " Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara :

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya ( daging yang tumbuh dengan makanan yang haram ) .
2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi : ' Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi '.

Sabda Rasullullah S.A.W. : " Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat ) '.

Kata orang Yahudi : 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah ( kami percaya bahwa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah ) '. " Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu , dengan sedikit ketakutan , kelaparan , kekurangan harta , jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat ? " Maka jawabnya Rasulullah S.A.W., " Umat dikenal karena WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU " .

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumat jika mereka itu
dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a sabda Rasulullah S.A.W. : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan :

Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lezat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : " Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah lalu itu."

Selasa, September 16, 2008

Bani Israel Ingkari Nikmat Ilahi Dilaknat Jadi Monyet, Khinzir

KEHIDUPAN di padang pasir yang kering kontang menyebabkan sumber makanan berkurangan dan keadaan itu membangkitkan kemarahan bani Israel yang mula menyalahkan Nabi Musa serta Harun yang mengajak mereka keluar dari Mesir.

Mereka sudah mula nampak kematian. Di padang pasir yang tandus itu mereka bagaikan hilang kepercayaan kepada Maha Kuasa yang berupaya menurunkan makanan kepada hamba-Nya.

Allah memberitahu Nabi Musa bahawa Ia mendengar segala rintihan bani Israel. Pada petangnya, angin bertiup membawa bersama burung salwa sehingga menutupi bumi yang kering kontang itu. Burung itu ditangkap dan dimasak oleh bani Israel.

Keesokan paginya, turun pula manna, tepung berwarna putih bagaikan tepung gandum atau jagung. Rasanya menyerupai tepung apabila dicampur dengan madu. Manna turun bagai embun pagi dan perlu dipungut segera sebelum cair terkena sinaran matahari.

Nabi Musa memberitahu kaumnya bahawa itulah tepung untuk membuat roti yang Allah turunkan kepada mereka. Setiap orang hanya dibenar mengambil kira-kira satu umir atau 8.5 liter setiap hari.

Manna dan salwa diturunkan Allah kepada bani Israel setiap hari kecuali Sabtu. Mereka harus mengumpul makanan itu pada Jumaat untuk kegunaan Sabtu kerana Allah menurunkannya sekali ganda pada Jumaat.

Ada juga yang mengumpulnya pada hari lain, namun pada hari berikutnya ia rosak dan berulat. Bagaimanapun makanan yang mereka kumpul pada Jumaat tidak rosak dan boleh digunakan keesokan hari.

Begitulah nikmat yang Allah turunkan kepada bani Israel. Pada cuaca yang panas Allah menaungi mereka dengan awan dan ketika ketiadaan makanan Allah turunkan manna serta salwa. Namun, mereka tetap tidak mensyukuri nikmat Allah.

Allah memerintah bani Israel menghormati Sabtu kerana hari itu kelepasan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan beribadah. Wasiat keempat daripada 10 wasiat Nabi Musa kepada umatnya melarang mereka bekerja pada Sabtu.

Mereka menangkap ikan sepanjang minggu kecuali Sabtu, namun mencukupi untuk menyara mereka seminggu. Allah menguji keimanan bani Israel pada Sabtu apabila banyak ikan timbul dan bermain di permukaan air.

Sekumpulan daripada mereka menjadi tamak dan mencari helah lalu mengepung ikan itu pada Sabtu dan menangkapnya pada hari berikut. Pada mereka, larangan Allah ialah menangkap ikan dan mereka hanya mengepung tetapi tidak menangkapnya.

Nasihat dan teguran ahli agama mereka abaikan lalu Allah menukar mereka kepada monyet dan khinzir. Selepas beberapa hari tidak kelihatan, rakan menjengok mereka di rumah dan terperanjat melihat apa yang berlaku. Monyet dan khinzir itu mati akhirnya.

Cara Mengerjakan Solat

Saya ada menemui satu laman web yang sesuai untuk dikongsi bersama. Ia mengandungi panduan dan cara yang betul untuk menunaikan solat, bagi lelaki dan perempuan. Diharap ia memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah.

http://www.zakatsel.com.my/baru/ibadah/carasolat.asp

10 Fitrah Manusia Cantik

1. Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi.

3. Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.

4. Membersihkan sendi tangan. Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki. ia boleh dilakukan semasa mengambil wuduk atau semasa mandi.

6. Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam tidak menggalakkannya dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar.

8. Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah, bangun tidur dan ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit). Wanita diwajibkan berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.

Isnin, September 15, 2008

Khalimah Syahadah

Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya dilanggar.

Lafaz syahadah ialah :

Ertinya :
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkan dengan tetap) di dalam hati.

RUKUN SYAHADAH

Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :

Menetapkan zat Allah.
Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.
Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk.
Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar.

SYARAT SYAHADAH

Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan dengan lidah ).
Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan Rasul.
Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya )
Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya )
Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ).
Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang merosakkan syahadah.

IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR

Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akan tersesat.
Kesan Akhirat – bawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar. Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat.

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

Menyekutukan Allah
Bertawakal kepada makhluk (gantung nasib pada makhluk), Konsep sebenarnya kepada Allah taala sahaja.
Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.
Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam.
Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.
Menenung nasib dan bermain sihir.
Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa
Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran.

Amalan Sunat Dalam Bulan Islam

AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM :


BULAN MUHARRAM
  • Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
  • Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
  • Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
  • Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
  • Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka
  • Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
  • Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
  • Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya
BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWAL
BULAN RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,
  • Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
  • Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
  • Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
  • Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
  • Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
  • Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
  • Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
  • Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
  • Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.

BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
  • Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  • Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
  • Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
  • Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
  • Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
  • Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
  • Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
  • Banyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
  • Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
  • Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
  • Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

BULAN SYAWAL

Amalan sunat di bulan Syawal :

Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :

a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
e) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
g) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.

Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur

Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
b) Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha
c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)

Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

Rabu, September 10, 2008

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

oleh: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Batalkah Puasa Anda Jika ...

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.

Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.

Ust Zaharuddin Abd RahmanMasalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu’) dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-

1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.

2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.

3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang ‘Confirmed’ : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.

4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang ‘Confirmed’: Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.

Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.

Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar’ dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida’ dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja’ atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :

Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :

Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.

Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar’iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith : “Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat :

Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : “Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah” (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa

Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.

Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : “Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya” (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -

فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-

“aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)” (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi’ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah “berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya ” (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.

9) Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.

Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)

Dalilnya adalah :-

من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له

Ertinya : “Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya” ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.

Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai’e, Hasan albasri, As-Sya’bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh

Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)

Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.

Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur

Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159)

13 ) Mandi

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

Oleh: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Selasa, September 09, 2008

Di Antara Kelebihan Bulan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.
Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)

Jenis-jenis Air

1. Air mutlak

Sifatnya adalah suci dan menyucikan. Air ini boleh diminum dan sah untuk digunakan bagi menyucikan benda lain seperti air hujan, air laut, air perigi, air salji, air mata air, air sungai dan air embun.

2. Air Muqayyat

Sifatnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain seperti air kopi, air teh, air buah-buahan dan sebagainya.

3. Air Mutannajis

Air ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu ;

a) Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna, bau dan rasa dengan najis. Air ini tidak boleh digunakan samada ianya banyak ataupun sedikit.

b) Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari sukatan 2 kolah tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci dan menyucikan.

4. Air Musyammas

Air yang terjemur ditengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian.

5. Air Mustaghmal

Air yang telah digunakan untuk menyusikan benda lain dan sukatannya pula kurang dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya.

Peristiwa Besar Dalam Sejarah Sepanjang Ramadhan

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali 'Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza'ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza'ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza'ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud 'kemenangan' dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL 'UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al 'Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al 'Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al 'Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di 'Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa 'tidak dapat ditawan' kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

"Al-Quran" bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata "Al-Quran mukjizat akhir zaman" atau "Al-Quran yang mempunyai mukjizat". Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An�am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-�Alaq. maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.� (al-�alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah "iqra" iaitu "baca" dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu �ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula di dahului dengan suatu kalimah "iqra" iaitu "baca" di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: "ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa".

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai "kitab induk" panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan "membaca" al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia