Istilah atau kalimah Ahli Sunnah wal-Jamaah sememangnya sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Islam Nusantara. Namun, apabila membincangkan perihal Ahli Sunnah wal-Jamaah terlalu sedikit yang mengetahui pengertian kalimah ini. Oleh itu, perlulah terlebih dahulu difahami pengertiannya (istilah atau definisinya) sama ada disegi bahasa atau syara. Istilah "Ahli Sunnah wal-Jamaah" terdiri dari tiga kalimah, iaitu:
1. Pertama: Pengertian Ahli
2. Kedua: Pengertian Sunnah
3. Ketiga: Pengertian al-Jamaah.
PENGERTIAN AHLI
Perkataan "Ahli" mengikut Bahasa Arab secara ringkas boleh diertikan kepada beberapa maksud, antaranya ialah:
1. Ahli bermakusd: "Pakar, Yang Berilmu atau Yang Pandai" sebagaimana firman Allah:
"Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui". Al-Anbiya, 21:7.
2. Ahli yang bermaksud "Pengikut atau Anggota" satu-satu aliran (fahaman) atau kumpulan, contohnya sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah:
"Hai Ahli Kitab! Mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah padahal kamu mengetahui kebenarannya". Ali Imran, 3:70
"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya". Taha, 20:132.
Pada ayat ini ahli bermaksud anggota keluarga. Antara contoh-contoh yang lain ialah: Ahli pertubuhan, ahli parlimen, ahli mahzab, ahli sukan dan sebagainya.
PENGERTIAN SUNNAH
1. As-Sunnah: Sunnah menurut pengertian bahasa ialah: Tariqah (الطريقة) "Jalan" atau sirah (السيرة) "Sirah". Sebagaimana yang dikatakan:
"As-Sunnah ialah jalan, sama ada yang terpuji (baik) atau yang keji (jahat)".
2. As-Sunnah: Sunnah menurut syara:
"Apa yang diambil (diterima, dinukil, dipindah dan diriwayatkan) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda berkenaan akidah dan amal".
Atau:
"Cara (jalan) yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam yang dibina (diambil) dari kitab Allah Ta'ala (al-Quran), sunnah RasulNya dan jalan yang ditempuh oleh para sahabat sekalian yang telah diijmakkan oleh mereka".
Pengertian Al-Jamaah
Al-Jamaah diambil dari kalimah (الجمع) yang boleh diertikan kepada beberapa maksud:
1. Al-Jamaah yang bermaksud:
(1). "Mengumpulkan atau menyatu-padukan yang berpecah-belah (bercerai-berai)".
(2). "Bersatu dan lawannya berpecah-belah.
(3). Al-Jamaah juga (diistilahkan untuk) menunjukkan perkumpulan manusia yang bersatu untuk tujuan yang sama".
2. Al-Jamaah: Golongan yang terbesar atau yang paling ramai (السواد الاعظم) dari kalangan umat Islam.
3. Al-Jamaah: Golongan (kalangan) para ulama yang mujtahid.
4. Al-Jamaah: Setiap Umat Islam yang bersatu di bawah satu amir (pemerintah Islam).
5. Al-Jamaah: Secara khususnya ialah para sahabat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Pengertian ini dapat difahami dari sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
"Hendaklah kamu kembali (ittiba') kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku".
6. Al-Jamaah: Setiap mukmin yang mengikut kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam walaupun seorang diri sebagaimana athar sahih di bawah ini:
"Al-Jamaah: Iaitu (sesiapa yang amal dan akidahnya mengikuti aku atau persis) serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku (sesiapa yang sepertiku dan para sahabatku)."
"Al-Jamaah (berjamaah) atau (yang dikatakan berada dalam jamaah) ialah apabila (engkau) mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan)."
Kebenaran adalah setiap apa saja yang didatangkan oleh Allah dan disampaikan oleh RasulNya yang dikenali sebagai al-Hak (al-Quran dan as-Sunnah). Maka Al-Jamaah yang dimaksudkan oleh syarak ialah sesiapa sahaja yang berittiba' kepada manhaj para sahabat kerana mereka sentiasa memelihara dan mengikut (berittiba') kebenaran yang telah diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Firman Allah:
"Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu".
Al-Baqarah, 2:147.
Penafsiran yang paling tepat tentang "Jamaah" ialah:
"Mereka-mereka yang tergolong dari kalangan para sahabat kerana mereka sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan golongan yang teramai (السواد الاعظم) mengikut fahaman (manhaj) salaf yang hak".
Dengan demikian, sesiapa sahaja yang mengikuti (ittiba') manhaj para sahabat dengan baik pasti digolongkan sebagai al-Jamaah. Walaupun al-Jamaah adalah nama sebenar bagi Ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi antara nama-nama lain yang diberikan ialah:
1. Ahli al-Hadis atau Ahli al-Athar.
Berkata Ibn Qaiyim rahimahullah:
"Setiap individu telah mengetahui bahawa Ahli Hadis adalah golongan yang paling benar sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Mubarak: Aku dapati agama berada pada ahli hadis percekcokkan pada golongan Muktazilah, pembohongan pada ar-Rafidah dan banyak berhelah pada Ahli ar-Rakii".
2. Firqah an-Najiah (Firqah al-Mansurah) atau At-Taifah an-Najiah (at-Taifah al-Mansurah). Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah:
"Apa yang dikatakan Firqah an-Najiah ialah pengikut para sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Ia adalah syiar Ahli sunnah. Dinamakan Firqah an-Najiah kerana mereka itu terdiri dari Ahli Sunnah".
3. Ahli Ittiba'. Dinamakan Ahli Ittiba' kerana sentiasa berittiba' (mengikuti/mematuhi/mentaati) al-Quran, as-Sunnah Rasulullah sallallhu 'alaihi wa-sallam serta athar para sahabat radiallahu 'anhum yang sahih.
4. Al Guraba' (الغرباء) bermaksud: "Golongan yang anih, asing, luar biasa, dagang atau sedikit" sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
"Islam itu bermula dengan keadaan aneh (asing/luar biasa) maka akan kembali menjadi aneh (asing/luar biasa) maka berbahagialah orang yang asing itu".
"Dinukil dari Sufyian ath-Thauri beliau berkata: Berwasiatlah kamu kepada Ahli Sunnah dengan kebaikan kerana mereka guraba".
Dengan penjelasan ini, golongan yang paling tepat dinamakan al-Jamaah atau Ahli Sunnah wal-Jamaah, Firqah an-Najiah atau nama-nama yang berkaitan dengan Jamaah Islamiyah, maka mereka ialah para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin dan sesiapa sahaja yang mengikut manhaj para sahabat dengan baik, terutama kalangan ulamak mujtahid yang berpegang kepada manhaj al-Kitab dan as-Sunnah.
Gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul diakhir zaman sahabat, ini berdasarkan keterangan yang diambil dari athar Ibn Abbas apabila beliau menafsirkian Firman Allah:
"Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram". Ali Imran, 3:106.
Menurut Ibn Abbas radiallahu 'anhu:
"Adapun orang yang putih berseri-seri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang hitam muram mukanya ialah Ahli bid'ah atau orang yang sesat".
Dengan berpandukan dalil dan keterangan di atas, amat tepat pengistilahan yang menetapkan bahawa orang yang paling berhak dan layak digelar atau dinamakan Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah sesiapa sahaja yang berpegang teguh (ittiba') kepada manhaj para sahabat, tabiin dan tabiut at-tabiin yang diistilahkan sebagai "Manhaj Salaf As-Soleh". Oleh itu, sesiapa yang tidak berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh adalah golongan yang berpecah (terkeluar) dari Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
"Pasti akan berpecah-belah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Baginda ditanya: Siapa mereka (yang ke syurga) wahai Rasulullah? Baginda bersabda: al-Jamaah".
Dalil yang menjelaskan bahawa hanya sesiapa yang berpegang dan kembali kepada al-Quran, sunnah Rasulullah dan athar sahabat berhak dinamakan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj salaf ialah berdasarkan hadis sahih:
"(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku sekarang dan para sahabatku".
Adalah wajib bagi setiap mukmin menjadikan akidah dan amalannya seperti yang diyakini dan dicontohkan oleh para Ahli Sunnah wa-Jamaah yang bermanhaj salaf, iaitu manhaj yang diikuti oleh para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin dan sesiapa saja yang mengikuti mereka dengan baik. Firman Allah:
"Dan hendaklah kamu bersama orang-orang siddiqin (yang benar)".
At-Taha, 20:119.
Orang-orang utama yang telah mendapat gelaran dan penghormatan sebagai syuhada', solehin dan siddiqin ialah para sahabat, maka untuk digolongkan sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah yang diterima oleh syara, sewajarnya seseorang itu memenuhi pensyaratan yang ditetapkan oleh hujjah-hujjah di atas, iaitu kembali kepada manhaj yang diterima oleh Rasulullah yang telah dipegang dan diamalkan oleh para sahabat. Caranya hanya dengan mengikuti, kembali dan mentaati al-Quran, as-sunnah atau wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam.
Suruhan atau perintah agar bepegang teguh dengan sunnah Rasulullah dan athar para sahabat sebagai manhaj yang terjamin terdapat di dalam al-Quran, hadith-hadith dan athar yang sahih, antaranya ialah firman Allah:
"Dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu".
Luqman, 31:15.
Orang-orang yang benar-benar mengikuti dan kembali ke jalan Allah Suhanahu wa-Ta'ala tentulah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda kerana mereka sentiasa mematuhi firman Allah:
"Ikutlah oleh kamu apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikit dari kamu mengambil pelajaran (daripadanya)". Al-'Araf, 7:3.
Pengertian "Mengikut apa yang telah diturunkan" sebagaimana yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah mengikut atau kembali kepada wahyu yang berupa al-Quran dan hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Hadis atau kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dinamakan sebagai wahyu berdasarkan ayat al-Quran:
"Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kamahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanya wahyu yang dibawakan (kepadanya)". An-Najm, 53:3-4.
Semasa Rasulullah ingin menyampaikan wasiat agar umat Islam benar-benar kembali kepada manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah dan meninggalkan Ahli bid'ah, tanda-tanda kesungguhan yang tergambar di wajah Rasulullah telah merubah suasana dan keadaan para sahabat di ketika itu, sehingga menggegarkan hati para sahabat dan mengalirkan air-mata mereka. Kejadian tersebut telah menunjukkan peripentingnya umat Islam berpegang dan kembali kepada pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang menjadi manhaj para sahabat sekalian. Rasulullah berwasiat:
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan. Kami berkata: Wahai Rasulullah! Seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami. Baginda bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak, maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham. Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat".
Sebahagian dari isi kandungan kertas kerja telah dikulliahkan di Pusat Islam Singapura dan di Masjid, di beberapa masjid di Negeri Perlis dan Kampung Malaysia Tambahan, Selangor Malaysia.
Khamis, April 10, 2008
Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)
Terdapat satu artikel di dalam Forbes mengenai kerjasama antara pemimpin Malaysia dan Singapura untuk mewujudkan kerjasama bagi menguruskan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pemimpin negara ini telah bersetuju untuk menubuhkan Joint Ministerial Committee untuk memantau kerjasama ekonomi di WPI yang dihubungkan melalui Selat Tebrau. Kedua belah pihak telah bersetuju untuk memperkenalkan kad pintar untuk memudahkan aliran trafik dua hala antara Singapura-Malaysia.
WPI adalah pembangunan di selatan Johor seluas 850 batu persegi yang seluas 3 kali ganda Singapura. WPI menjadi satu peluang pelaburan yang pasti direbut oleh rakyat Singapura kerana nilai tanah yang murah lebih kurang 1/30 dari nilai tanah di Singapura (www.offplanpropertyexchange.com). Harga tanah dijangka akan melambung atas permintaan yang tinggi terutama dari rakyat Singapura bagi melengkapkan strategi pembangunan bagi melengkapkan kualiti kehidupan yang lebih baik yang tidak dapat disediakan di pulau mereka yang sempit itu.
(Part 1)
Saya terpanggil untuk meneroka lebih mendalam tentang Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau Iskandar Development Region (IDR) setelah kerajaan beria-ia sangat untuk melaksanakan dalam masa terdekat ini. Bukan apa, sebagai penduduk yang akan menerima tempias pembangunan WPI, saya rasa perlu untuk mempunyai ilmu dan faham tentang apa yang bakal berlaku kerana kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas dan tepat tentang kesannya kepada rakyat terutama penduduk yang tinggal di Johor Bahru dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Dalam surat khabar cuma kata pembangunan ini akan menguntungkan penduduk setempat khususnya orang Melayu. Tapi macamana ia menguntungkan tidak jumpa pulak huraiannya. Atas dasar itu, kajian yang tidak seberapa ini mungkin dapat membuka mata ramai tentang kesan dan akibat WPI kepada penduduk khususnya diri saya.
Saya akan huraikan kajian saya ini dalam bentuk soalan supaya dapat difikirkan bersama dan mudah difahami oleh orang kampung mungkin tanah mereka akan diambil dan terpaksa dipindahkan ke kawasan lain atas dasar memberi laluan kepada pembangunan di negara tercinta.
Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar ?
Cara termudah untuk dapatkan maklumat tentang WPI ialah melalui website WPI (www.wpi.com.my). Di dalam website ini terdapat brosur tentang WPI yang boleh di download untuk dibaca. Cuma masalah disini maklumatnya agak terhad kerana maklumatnya ringkas dan tidak terperinci. Oleh itu saya cuba memahami serba sedikit apa yang diterangkan daripada brosur ini.
brosur-wpi.jpg
Muat turun brosur WPI di sini. (sila simpan dalam komputer, takut hilang nanti)
Berikut adalah petikan ucapan PM dalam brosur tersebut :
Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah pelan jangka panjang kerajaan saya untuk mengubah lanskap Johor Selatan menjadi kawasan pembangunan yang premier . Apabila siap sepenuhnya pada 2025, WPI yang keluasannya tiga kali saiz Singapura akan menjadi sebuah metropolis yang serba moden , dengan tiga juta penduduk serta menawarkan taraf kehidupan antara yang terbaik di rantau ini. Pada waktu itu, WPI akan memiliki pelbagai produk pelancongan, tapak untuk seni bina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai, sektor perkhidmatan, kewangan yang berdaya maju dan sistem pengangkutan bersepadu sepenuhnya.
Perancangan ke arah menjadikan wawasan itu sebagai kenyataan sudah pun bermula. Kerajaan saya juga sudah mengumumkan pelbagai insentif, termasuk potongan cukai bagi beberapa industri perkhidmatan terpilih, selain membenarkan pelabur mendapatkan sumber manusia untuk industri itu dari serata dunia. Kami juga melonggarkan syarat berhubung pemilikan asing dalam sektor terpilih. Untuk merancakkan pelaksanaan wilayah itu, kerajaan juga menubuhkan sebuah badan kawal selia bagi menjadikan urusan perniagaan dan pelaburan di WPI, satu pengalaman yang menyenangkan.
Ada banyak faktor mengapa Iskandar adalah syurga untuk pelaburan. Dari segi geografinya, ia terletak di antara India dan China iaitu dua gergasi baru ekonomi yang menawarkan pasaran yang besar, kos perniagaan yang lebih murah berbanding pesaing di rantau ini, selain sistem perundangannya yang mudah . Iskandar juga dihubungkan dengan dunia luar melalui tiga pelabuhan utamanya, dua lapangan terbang antarabangsa dan rangkaian lebuh raya yang canggih serta mesra pengguna. Sejak pelancarannya akhir 2006, lebih 1,000 pelabur dari Malaysia, Singapura, Timur Tengah, China, India dan Amerika Syarikat sudah meninjau peluang di Iskandar. Malah, ramai daripada mereka menyatakan minat untuk melabur di situ.
Dianugerahkan dengan hutan hujan tertua dunia , paya bakau, pulau-pulau yang indah dan pesisir pantai yang panjang, Iskandar akan menjadi model untuk pembangunan mapan dan mesra alam. Untuk itu, perancangan yang rapi dan berhati-hati telah dilakukan bagi memastikan WPI menjadi kawasan pertumbuhan paling pesat di rantau ini menjelang 2025.
Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi
Antara persoalan yang bermain difikiran :-
1. Apa itu pembangunan premier ?
2. Untuk siapa metropolis yang serba moden, senibina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai?
3. kenapa perlu dilonggarkan syarat pemilikan asing ?
4. syurga pelaburan untuk siapa ?
5. betulke kat JB ni ada hutan hujan tertua di dunia ?
Untuk lebih mudah faham dan maklumat lanjut boleh rujuk maklumat yang terdapat di dalam wikipedia disini .
Kawasan manakah yang bakal terlibat dengan WPI ?
map-development.jpg
(sila rujuk brosur untuk lebih jelas)
Ini adalah kawasan yang terlibat dengan WPI. Sekali imbas dah macam sebahagian pembesaran Singapura. Senang tak payah susah-susah gali pasir. Beli tanah dengan pemimpin-pemimpin Malaysia aje. Murah dan Mudah. Kawasan yang terlibat adalah sampai ke Majlis Perbandaran Kulai (termasuklah rumah Mawi di Felda Taib Andak. Jangan rumah Mawi pun kena ambik sudah le), Pasir Gudang dan Pontian.
Kenapa sumber maklumat di dalam website hanya disediakan dalam bahasa Inggeris ?
Yang saya memusykilkan ialah kenapa website www.wpi.com.my , www.idr.com.my , www.irda.com.my , dan www.sjer.com.my menggunakan website yang sama sedangkan semua ini menjalankan fungsi yang berbeza.
Yang keduanya kenapa semua website menerangkan tentang WPI ini dalam bahasa Inggeris sedangkan yang akan membaca dan yang paling ramai terlibat adalah dikalangan orang Melayu. Tidak bolehkah sediakan satu website dalam bahasa Melayu supaya mudah penduduk boleh baca dan faham.
Juga tiada satu badan atau orang perseorangan yang datang ke balai raya atau ke ke kampung-kampung untuk terangkan tentang WPI hingga ke peringkat akar umbi. Apa salahnya menyediakan satu badan bertindak untuk menerima input penduduk setempat di kawasan terlibat. Ajak la orang Kampung Pasir, Kampung Melayu dan yang sewaktu dengannya sebagai wakil setempat.
Adakah penduduk boleh menghalang jika tanah mereka diambil bagi tujuan pembangunan ?
Jawapan bagi persoalan di atas ialah rakyat tidak boleh menghalang pengambilan balik tanah bagi kegunaan persekutuan sebagaimana terkandung dalam Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 . Kerajaan Persekutuan boleh mengambil tanah melalui kerajaan negeri kerana urusan tanah dibawah bidang kuasa negeri. Yang akan meluluskan ialah exco negeri yang terdiri dari ADUN atau wakil rakyat yang dipilih oleh kita rakyat malaysia yang mengundi dia dengan diketuai oleh Menteri Besar
(di Johor Ghani Othman la).
Penduduk cuma boleh merundingkan jumlah pampasan yang boleh diterima sahaja. Maklumat lanjut sila buka buku akta ni yang boleh dibeli di kedai buku di Angsana atau kedai-kedai buku bahagian undang-undang.
Persoalannya, adilkah tanah datuk nenek kita diambil dan dijual kepada orang Singapura ?
Kenapa WPI dikatakan menguntungkan Singapura ?
"Wawasan Malaysia untuk selatan Johor adalah cemerlang…"
Chua Lee Hoon, Pengarang Review, 2 Jun 2007, The Straits Times, Singapore
"Dengan adanya Iskandar, kita boleh mengalihkan perniagaan yang tidak akan menguntungkan di Singapura - kerana masalah kekurangan tanah dan pelbagai halangan lain - tapi menguntungkan jika dilakukan di selatan Johor"
Manu Bhashkaran, Felo Kanan Penyelidikan, Partner and Member of the Board, Centennial Group Inc. 5 Mei 2007, The Straits Times, Singapore.
Ini adalah 2 petikan komen daripada brosur yang didownload dari website yang disebut di atas. Rasanya dah boleh faham macamana faedah kepada Singapura. Dah tak laku kat tempat dia baru nak buang kat Johor.
Rakyat Singapura bakal untung sebab mereka boleh beli rumah, pejabat atau hotel yang dibina di atas tanah orang Malaysia yang diambil kerana harga yang murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura. Cuba kita lihat sama-sama di sini. Harga sebuah rumah flat di Singapura ialah dalam lingkungan SGD200,000 (RM 460,000) hingga SGD 700,000 (RM 1.6 juta) www.hdb.gov.sg
Sufiah Tidak Kesal Jadi Pelacur
LONDON: Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai pelacur terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai 'wanita penuh berahi' yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000).
Anak ketiga daripada lima beradik itu juga mengakui masih trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya.
Sufiah, janda berusia 23 tahun, mendakwa hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang.
"Saya tergamam dengan apa yang berlaku kepada ibu. Ya, saya ada menghubungi mereka, tetapi saya tidak mahu mengandaikan pandangan mereka terhadap kehidupan baru ini. Saya tidak rasa kesal langsung. Saya lebih yakin dengan tubuh ini serta pekerjaan saya," katanya dalam temubual dengan wartawan tabloid, News of The World.
Sufiah memutuskan untuk membuat pengakuan itu selepas tabloid berkenaan sebelum ini mendedahkan kisah hidupnya yang melacur dengan mendapat bayaran kira-kira £130 (RM910) sejam.
Pendedahan tabloid berkenaan minggu lalu, menjadi perkembangan penuh tragik bagi Sufiah yang sebelum ini melalui kehidupan yang dipenuhi banyak peluang cerah, tetapi bertukar sebaliknya selepas melarikan diri dari universiti dan keluarga pada usia 15 tahun kerana tidak tahan dengan sikap buli bapanya.
Ibu Sufiah, Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, bapanya, Farooq dari Pakistan. Bapanya kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan berusia 15 tahun ketika mengajar matematik di rumah mangsa.
Farooq juga pernah dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana didapati bersalah dalam kes pemalsuan pembiayaan sewa beli. Halimaton kini dalam proses menuntut cerai dengan Farooq selepas berkongsi hidup lebih 30 tahun.
Kakak Sufiah, Aisha, 25, pula sudah berkahwin dan tinggal berasingan, manakala abangnya, Abraham, 26, serta dua adik, Iskander, 21, dan Zuleika, 14, tinggal dengan Halimaton.
Mengimbau detik pertamanya bertukar daripada pelajar pintar kepada pelacur, Sufiah berkata dia bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan pendapatan kira-kira £16,000 (RM112,000) setahun di Manchester, apabila dihampiri ketua agensi teman sosial yang
menyebabkannya terjerumus ke kancah pelacuran.
Ketika itu, dia dihimpit hutang termasuk bebanan kad kredit kira-kira £3,500 (RM24,500).
Namun, Sufiah tanpa segan silu atau rasa kesal, yakin statusnya sebagai pekerja seks memberi jawapan kepada semua permasalahannya.
"Saya menjadikan pelanggan tidak keruan dengan membacakan formula matematik ketika kami berasmara. Pelanggan saya sukakan kemampuan saya kerana dapat merangsang minda dan badan mereka secara serentak.
"Saya tidak berasakan semua pendidikan yang diterima selama ini sia-sia. Malah, saya lazimnya membawa kertas tugasan yang perlu diselesaikan sebelum temu janji dengan pelanggan," katanya.
Lapan tahun selepas mencipta nama sebagai pelajar pintar, Sufiah, dakwa tabloid itu, tidak menunjukkan sebarang kekesalan apabila memandang tinggi karier barunya sebagai pelacur.
"Ramai yang memandang rendah tugas sebagai teman sosial ini, tetapi saya tidak menganggapnya sedemikian. Lagi pun saya sememangnya mempunyai nafsu seks yang tinggi.
"Kini saya memperoleh semua seks yang saya ingini. Lelaki juga jauh lebih baik di ranjang dengan teman sosial berbanding teman wanita sendiri.
"Saya mempunyai pelanggan yang terpesona dengan keupayaan matematik saya. Malah, ada seorang pelanggan yang meminta saya membacakan kaedah matematik termasuk algebra ketika kami berasmara. Ia terbukti menjadikannya lebih seronok," katanya.
Sufiah juga mendakwa pendapatannya tidak kurang hebat kerana memberinya wang yang lumayan.
"Ya, saya menikmati kehidupan yang baik dan mampu mengawalnya. Saya bencikan pandangan masyarakat yang stereotaip mengenai tugas sebagai teman sosial. Ia jauh berbeza daripada tanggapan salah mereka.
"Pelanggan saya juga tidak kurang hebatnya dan melayan saya seperti puteri. Ada seorang lelaki yang sering saya temui di London membelikan saya pakaian Gucci berharga £700 (RM4,900) dan membawa saya ke Selfridges untuk memilih apa juga beg tangan yang saya mahukan.
"Pada sebelah malam, kami makan malam bersama dan dia membawa saya pulang ke hotel. Saya berasa seperti (aktres) Julia Roberts dalam Pretty Woman." ---Agensi
Al-Quran Dihina Jihad Jawabnya
Dunia Islam sekali lagi digemparkan dengan sebuah penghinaan. Pada hari Sabtu lepas seorang ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders telah menerbitkan sebuah filem pendeknya yang menghina Islam dengan tajuk Fitna. Filem itu, yang mula ditayangkan secara online pada 27 Mac lepas memaparkan penghinaan kepada Rasulullah dan juga Al-Quran yang didakwa oleh sikafir Wilders ini sebagai penganjur keganasan. Perbuatan biadab Wilders ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Beberapa demonstrasi di luar negara diadakan di hadapan kedutaan Belanda atas sikap kurang ajar Geert Wilders itu. Di Malaysia, Dewan Pemuda PAS telah menghantar memorandum kepada kedutaan Belanda yang mengecam tindakan tersebut. Pemuda UMNO yang selama ini memperjuangkan agenda Melayu, juga turut menghantar memorandum bantahan kepada Duta Belanda, Lody Embrechts di kediaman rasmi duta tersebut di Jalan Langgak Golf.
Kebiadaban Geert Wilders ini sebenarnya bukanlah kali pertama. Pada November 2007, semasa menyatakan hasrat jahatnya untuk membuat sebuah filem pendek, beliau menyatakan "I will make the film and see what reaction it creates" (saya akan membuat satu filem dan melihat apakah reaksi yang bakal muncul) [klik sini]. Antara kata-kata keji beliau yang lain adalah, "Ban this wretched book (Qur'an) just like Mein Kampf is banned" (Sekat buku bedebah ini (Qur'an) seperti mana Mein Kampf disekat – `Mein Kampf" adalah sebuah buku karangan Hitler yang memicu kekejaman dan kezaliman). "Muslims living in the Netherlands should tear out half of the Koran" (Muslim yang tinggal di Belanda harus mengoyak separuh dari Quran). "If Mohammad lived here today, I would propose chasing him out of the country with peck and fetters." (Jika Muhammad hidup/tinggal di sini hari ini, saya akan mencadangkan dia dihalau dari negara ini)
Belanda Hirsi Ali dan Geert Wilders
Belanda adalah sebuah negara Kapitalis Imperialis pada zaman penjajahan di mana Indonesia adalah antara sebuah negara umat Islam yang menjadi jajahannya. Di zaman neokolonialisme ini Belanda menjadi antara negara paling liberal di Eropah yang memegang erat konsep persamaan (equality), tolak-ansur (tolerance) dan keadilan (justice). Namun, apabila berhadapan dengan kaum Muslimin, semua nilai-nilai ini akan sirna, sebaliknya penghinaan, seksaan, penculikan pembunuhan dan tahanan tanpa perbicaraan adalah sesuatu yang mereka boleh terima. Tindakan seorang Muslim atau gerakan Islam yang mempertahankan diri mereka dari serangan dan penjajahan kejam AS telah dianggap sebagai `perlawanan haram'. Tidak ada lagi equality, tolerance mahupun justice dan `Konvensyen Geneva' yang mereka agung-agungkan juga terus dipersetankan, kerana apabila menghadapi umat Islam, "rules of the game changes" (peraturan permainan bertukar).
Sebenarnya sebelum Geert Wilders telah ada pendahulunya dalam melakukan serangan terhadap Islam, iaitu seorang perempuan, Ayaan Hirsi Ali, yang telah murtad dan mendapat suaka politik di Belanda atas penentangan terbukanya kepada Islam. Dia kemudian muncul menjadi ahli politik penting atas tiket `bekas Muslim'nya dan dijulang oleh Belanda serta tidak putus-putus dijemput ke seminar dan kuliah untuk menghentam Islam, khususnya berkenaan kedudukan `perempuan dalam Islam'. Dia juga diberi peluang untuk menulis buku dan skrip filem `Submission' yang menggambarkan bahawa Al-Quran menggalakkan keganasan dan pencabulan perempuan dalam keluarga!
Hirsi Ali kemudian telah dihalau keluar dari Belanda apabila dia dikritik secara terbuka kerana telah melakukan penipuan dalam borang permohonan suaka politiknya. Semasa tiba di Belanda pada tahun 1992, dia mendakwa berjaya melarikan diri dari dikahwini secara paksa oleh keluarganya di Somalia, yang sedang bergolak ketika itu. Hal inilah yang menyebabkan Belanda membenarkan suaka politik kepadanya, kerana dia `berjaya' membuktikan yang Islam menindas wanita, sebagaimana yang dialaminya sendiri. Bagaimanapun, sebuah rancangan televisyen Belanda telah mendedahkan penipuan Hirsi apabila ahli keluarganya menyatakan mereka langsung tidak tahu menahu tentang `perkahwinan paksa' tersebut, bahkan dia selama ini tinggal dan hidup mewah di Kenya selama 12 tahun. Meskipun pembohongannya terdedah secara besar-besaran, namun si murtad ini tetap saja diusung sebagai juara oleh Barat, bahkan diberi autoriti untuk menerangkan Islam dalam banyak siri kuliah. Selepas dihalau keluar dari Belanda, si sampah ini kemudian dikitar semula oleh regim AS dengan memberikan kerusi penyelidik di AEI (American Enterprise Isntitute). Ini menunjukkan dengan jelas bahawa antara `kelayakan' untuk memasuki dunia intelektual Barat dan boleh dijadikan autoriti untuk bercakap tentang Islam adalah `kebencian' terhadap Islam, bukannya kredibiliti atau kebolehpercayaan, seperti mana kes Geert Wilders yang celaka ini.
Geert Wilders adalah anggota parlimen Belanda semenjak 1998. Sebagaimana Hirsi Ali, Geert mencapai kejayaan apabila menunjukkan sikap permusuhan terbuka terhadap Islam. Dalam bulan September 2004 beliau telah meninggalkan People's Party for Freedom and Democracy dan menubuhkan partinya sendiri iaitu Party for Freedom. Ketika itu dialah satu-satunya wakil parti baru ini di parlimen. Dalam undian yang dikeluarkan setelah pembunuhan Theo Van Gogh (pengarah filem anti-Islam `Submission'), parti ini dijangka memenangi 29 (daripada 150 kerusi), namun apabila isu pembunuhan Van Gogh telah reda, pada Oktober 2005, jumlah undi (jangkaan kerusi yang akan dimenangi) tersebut turun hanya kepada satu undi sahaja. Bagaimanapun, setelah akhbar Denmark, Jyllands-Posten menyiarkan kartun menghina Rasulullah dalam bulan Februari 2006, populariti parti ini meningkat semula kepada 3 kerusi, dan akhirnya sekarang Party for Freedom ini memenangi 9 kerusi, menjadikannya parti pembangkang ketiga terkuat di Belanda. Modalnya untuk mencapai populariti mudah sahaja iaitu sikap anti-Islam. Sikap anti-Islam ini bukannya hanya terhad kepada orang-orang macam Geert Wilders sahaja, bahkan kerajaan Belanda sendiri pernah mengemukakan satu rang undang-undang untuk mengharamkan pemakaian purdah (niqab) di tempat awam yang menjadikannya negara pertama di Eropah yang menguatkuasakannya, namun menemui kegagalan. Wilders pula tidak puas-puas menaikkan balik isu pengharaman niqab ini, di samping banyak lagi perkara lain yang beliau tuntut agar diharamkan seperti Al-Quran dan juga kewarganegaraan Belanda untuk Muslim.
Sinopsis Filem Fitna & Tafsiran Songsang Geert
Pada permulaan filem pendek Fitna keluaran Geert ini, ia memaparkan lukisan kartun Rasulullah yang dikeluarkan Denmark pada 30 September 2005, yang sedang memakai serban bom jangka, di mana detik pengiraan masa bermula pada kiraan 15:00. Kemudian dipaparkan bacaan al-Quran, Surah 8:60 yang bermaksud, "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)" [TMQ Al-Anfaal (8):60]. Sebagai seorang kafir yang jahat dan jahil tentang ayat-ayat Allah, Geert menjelaskan bahawa kedudukan ayat ini adalah untuk membenarkan aktiviti `keganasan' terhadap orang awam. Geert mengambarkan bahawa umat Islam diajar untuk menjadi pengganas kerana Al-Quran sendiri menyeru untuk menggerunkan musuh Allah. Geert memasukkan latar belakang peristiwa 9/11 dan beberapa deretan mayat serta khutbah yang berapi-rapi dalam bahasa Arab yang menuntut supaya semua orang kafir dibunuh, dan pembunuhan mereka dikira sebagai kebaikan oleh Allah.
Walhal di dalam ayat yang mulia ini, Allah memerintahkan untuk mempersiapkan kelengkapan perang yang mampu menakutkan musuh, bukannya perintah dari Allah untuk membunuh orang awam, sebagaimana tafsiran menyeleweng Geert. Tuntutan dalam ayat ini adalah untuk `pemerintah' kaum Muslimin agar menyediakan kekuatan semampu-mampunya untuk menggerunkan musuh Allah, yang merupakan pendekatan pro-aktif yang diperintah Allah dalam menghadapi kekuatan musuh. Ayat ini langsung tidak ada kaitan dengan aktiviti pengeboman dalam peristiwa 9/11 atau apa-apa pembunuhan ke atas orang awam (yang tidak pernah terbukti pun dilakukan oleh orang Islam). Ini antara perkara penting yang langsung tidak disentuh oleh Geert mala'un ini. Bahkan kajian menunjukkan bahawa hanya 50% dari penduduk New York itu sendiri yang mempercayai ia dilakukan oleh orang Islam, itu pun kerana mereka tidak ada maklumat sekunder selain dari hanya membaca media massa kerajaan. Ternyata setelah video bertajuk `Re-open 9/11' dikeluarkan, yang membuktikan dengan jelas bahawa peristiwa 9/11 adalah perancangan licik pentadbiran Bush, para intelektual dan profesional AS sendiri telah meragui tentang kesahihan tuduhan Bush ke atas umat Islam, malah ramai yang meyakini ia dilakukan oleh pentadbiran White House sendiri. Hal ini langsung tidak disebut oleh Geert.
Sesungguhnya kerana pemimpin umat Islam hari ini melalaikan tuntutan ayat inilah yang menyebabkan kegerunan dalam dada musuh-musuh Islam tercabut, dan Fitna adalah manifestasinya.
Dalam slot seterusnya, Geert memaparkan Surah 4:56, "Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" [TMQ Al-Nisa' (4):56]. Berlatar-belakangkan satu khutbah dalam bahasa Arab yang menunjukkan seorang khatib membacakan hadis bahawa pada akhir zaman kelak kaum Yahudi akan dibunuh kerana sikap permusuhan mereka terhadap Islam. Meskipun mereka bersembunyi di balik batu, batu itu akan memberitahu kaum Muslimin bahawa ada Yahudi di belakangnya. Dengan penuh bersemangat, khatib tersebut mencabut pedangnya menunjukkan aksi untuk membunuh Yahudi. Dalam slot ini, Geert cuba mengaitkan Islam dengan sikap seperti Hitler yang kejam dan anti-Yahudi. Walaupun kita tidak menafikan kisah pembunuhan/peperangan ke atas Yahudi yang telah disebut oleh hadis Rasulullah, namun ayat yang dipaparkan oleh Geert yang jahil ini langsung tidak ada kena-mengena dengan mesej yang cuba dibawanya. Ayat ini adalah berbentuk ikhbar (pemberitahuan) yang mana Allah menceritakan sifat/bentuk seksaan yang bakal menimpa orang-orang kafir dalam neraka kelak. Ia tidak mengandungi apa-apa thalab (tuntutan) untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti membunuh Yahudi atau lain-lain. Ayat ini tidak memerintahkan apa-apa perbuatan yang perlu kita lakukan ke atas orang kafir, tetapi ayat ini adalah sebahagian dari persoalan aqidah yang wajib diyakini oleh kaum Muslimin bahawa orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat Allah akan diseksa dengan pedih di neraka (semoga Geert adalah salah seorang darinya).
Menurut satu sumber [klik sini] kejahatan Geert terserlah apabila dia hanya memetik satu khutbah yang sebenarnya bukan merupakan `cara biasa' khutbah disampaikan oleh seseorang khatib (yang diketahui umum oleh umat Islam) dan sumber tersebut menjelaskan bahawa khutbah tersebut disampaikan di Baghdad sejurus setelah tentera Amerika memasuki Baghdad dan melakukan pembunuhan ke atas umat Islam.
Dalam slot berikutnya, ayat jihad dalam Surah 47:4 ditafsir membabi buta oleh Geert sebagai memberi lesen kepada Muslim untuk membunuh orang kafir secara sembarangan. Isu Van Gogh (yang menerbitkan filem Submission) di manipulasi sedemikian rupa oleh Geert di mana Van Gogh telah dijadikan hero kerana dikatakan menjadi mangsa kepada kekejaman orang Islam. Gambar Mohamad B (pembunuh Van Gogh) dan kata-katanya telah dijadikan modal oleh Geert untuk menunjukkan sikap ganas umat Islam. Walhal sikap biadab Van Gogh menghina Islam dibiarkan atas nama `freedom'. Ayat dalam surah ini berbunyi, "Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka, sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir. Demikianlah apabila Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain, dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka" [TMQ Muhammad (47):4].
Ayat ini bukanlah memberi `lesen membunuh' kepada Muslim sesuka hati, tetapi ia menerangkan dengan jelas apa yang perlu dilakukan oleh Muslim apabila berhadapan dengan orang kafir di medan perang. Ayat ini langsung tidak boleh dikaitkan dengan perbuatan Mohammad B yang membunuh Van Gogh. Ia (ayat ini) adalah berupa perintah Allah kepada kaum Muslimin untuk membunuh orang kafir semasa di medan perang. Kita semua jelas bahawa dalam keadaan biasa (tiada peperangan), Islam melarang membunuh orang-orang kafir tanpa hak. Islam bahkan dengan jelas mengharamkan pembunuhan kafir zimmi, kafir musta'man mahupun kafir mu'ahid. Inilah yang tidak difahami atau dikaji oleh Geert.
Terdapat beberapa lagi ayat lain yang diselewengkan oleh si kafir Geert ini yang tak dapat kami perjelaskan kerana keterbatasan ruang. Si hina ini, tanpa memahami makna Al-Quran dan tanpa merujuk kepada asbabun nuzul ayat, melakukan tafsiran ayat-ayat Allah yang sebenarnya dibaluti dengan sifat keji dan bencinya terhadap Islam. Menghampiri penghujung video pendeknya, Geert cuba menggambarkan apa yang akan terjadi kepada Belanda jika Islam memerintah di mana golongan murtad akan dibunuh, suami/isteri yang berzina akan dibunuh, begitu juga dengan golongan homoseksual (gay). Ditunjukkan kepala seorang wanita bertudung yang terpotong (dari badan) dan juga gambar beberapa orang gay yang ditutup mata, diikat tangannya dan digantung. Keratan akhbar yang menunjukkan tuntutan agar Salman Rushdie dan Hirsi Ali dihukum bunuh turut dipaparkan. Inilah antara usaha Geert untuk menyusupkan rasa takut dan benci orang-orang kafir terhadap Islam, dengan menggambarkan Al-Quran sebagai sebuah kitab yang memerintah kepada pembunuhan dan keganasan serta menyekat segala bentuk kebebasan (freedom) yang diagung-agungkan dan diamalkan oleh mereka selama ini. Geert jahil bahawa urusan Salman Rushdie, Ayaan Hirsi Ali dan lain-lain orang yang murtad serta melakukan kemaksiatan kepada Allah adalah urusan dalaman umat Islam yang mana hukumannya telah ditentukan oleh Allah, Zat Yang Maha Mengetahui tentang makhluk ciptaanNya. Namun, atas nama kebebasan dalam sistem demokrasi, Geert berpeluang menzahirkan permusuhannya kepada kaum Muslimin dengan mengamalkan konsep `the enemy of my enemy is my friend' (musuh kepada musuhku adalah sahabatku).
Akhir sekali di dalam filem ini, kita melihat bagaimana Al-Quran dikoyak, dengan diikuti gambar Nabi Muhammad yang memakai bom di kepala kemudian meletup. Inilah secara ringkas tentang filem rekaan Geert Wilders ini (semoga Allah melaknatnya).
Sikap Penguasa Sekarang vs Khalifah
Dengan penghinaan yang berkali-kali yang dilakukan golongan kuffar ke atas Rasulullah, Al-Quran dan juga Islam, anehnya, sebahagian besar penguasa dan ulama di dunia Islam saat ini hanya diam terpaku dan masih nyenyak beradu. Jika ada pun tindakan yang diambil, hanya sekadar melahirkan rasa kesal, mengecam, mengutuk, menghantar memorandum bantahan, gesaan agar memboikot barangan keluaran negara berkenaan dan gesaan agar penghina berkenaan memohon maaf. Inilah tindakan `paling berani' yang diambil oleh pemerintah dan ulama yang ada, termasuklah di Malaysia. Jika baru-baru ini pemerintah menganjurkan perarakan maulid ar-rasul secara besar-besaran, kononnya atas rasa cinta kepada Rasulullah, namun ternyata, apabila Rasulullah dan Al-Quran dihina secara terang-terangan, `rasa cinta' hanyalah terbukti di mulut, di televisyen, di radio dan di akhbar-akhbar sahaja. Jika pada zaman para sahabat, rasa cinta mereka benar-benar dimanifestasikan dengan tergadainya nyawa mereka demi mempertahankan Rasulullah, kini, `rasa cinta' pemerintah sekarang (yang menyambut hari kelahiran Nabi Sallallahu `alaihi wa Sallam besar-besaran) dimanifestasikan hanya dengan mulut dan juga sekeping `kertas bantahan'. Alangkah `cintanya' mereka kepada Rasulullah!
Bandingkanlah, jika mereka sendiri (pemerintah sekarang, baik Perdana Menteri atau mana-mana Menteri) dihina dengan dilukiskan gambar mereka dengan berserbankan bom dan dilabel sebagai pengganas, atau dilukiskan gambar mereka dan dicampakkan ke lubang tandas, apakah reaksi mereka agaknya? Namun apabila Rasulullah yang merupakan semulia-mulia makhluk Allah, dihina, mereka hanya justeru berpeluk tubuh dan hanya mengeluarkan kata-kata lembut yang tidak bermakna kepada penghina Rasul. Wajarkah tindakan mereka ini? Jika Al-Quran yang suci lagi mulia dimasukkan ke lubang tandas mereka boleh berdiam diri, dan jika Rasulullah kekasih Allah, dihina, mereka juga tetap berdiam diri, di manakah letaknya kecintaan mereka kepada Al-Quran dan kepada Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam? Bukankah Rasulullah wajib lebih kita cintai daripada diri kita sendiri, keluarga kita dan harta kita seperti yang ditegaskan dalam banyak hadis? Seperti inikah sikap seorang penguasa Muslim yang Allah kehendaki atau yang kita semua kehendaki? Alangkah jauhnya mereka dari ajaran Islam dan jauhnya mereka berbanding sikap para Khalifah kaum Muslimin yang mempertahankan Rasulullah dengan darah dan nyawa mereka.
Suatu ketika dahulu, Perancis pernah merancang untuk mengadakan pementasan drama yang diambil dari hasil karya Voltaire. Dramanya bertemakan "Muhammad atau Kefanatikan". Di samping mencaci Rasulullah, drama tersebut turut menghina Zaid dan juga Zainab. Ketika Khalifah Abdul Hamid mendapat tahu tentang hal tersebut, melalui dutanya di Perancis, beliau segera memberikan amaran kepada pemerintah Perancis supaya menghentikan pementasan drama tersebut serta-merta. Beliau mengingatkan bahawa Perancis bakal berhadapan dengan tindakan politik jika tetap meneruskan pementasan tersebut. Pemerintah Perancis akhirnya tunduk dan membatalkan pementasan tersebut. Tidak berhenti di situ, perkumpulan teater tersebut kemudiannya berangkat ke Britain. Mereka merencanakan untuk mengadakan pementasan yang sama di Britain. Sekali lagi, Khalifah Abdul Hamid yang mendapat tahu akan hal itu, terus memberi amaran kepada Britain. Britain dengan angkuhnya tidak melayan amaran tersebut. Alasannya, tiket sudah habis terjual dan jika dibatalkan drama tersebut, ini bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) yang dianutinya. Wakil Khilafah Uthmaniyyah di sana kemudian menegaskan kepada pemerintah Britain bahawa Perancis telah pun membatalkan acara tersebut sekalipun sama-sama mendukung kebebasan sebagaimana Britain. Pihak Britain justeru menjawab bahawa kebebasan yang dinikmati rakyatnya jauh lebih baik daripada apa yang ada di Perancis. Setelah mendengar sikap Britain yang demikian, sang Khalifah terus memberi amaran, "Aku akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengatakan bahawa Britain sedang menyerang dan menghina Rasul kita. Aku akan mengobarkan jihad al-akbar!". Melihat keseriusan Khalifah dalam menjaga kehormatan Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam tersebut, pemerintah Britain terus terdiam dari `cakap besar'nya tentang kebebasan, dan pementasan drama itu pun dibatalkan [Lihat: Majalah al-Wa`ie, No. 31, 2003].
Jika penguasa yang ada sekarang masih beriman kepada Allah dan RasulNya, maka mereka juga mesti mengambil sikap sebagaimana Khalifah Abdul Hamid ini. Sesungguhnya telah jelas bagi umat Islam bahawa tidak ada hukuman lain bagi penghina Rasulullah kecuali mati. Imam asy-Syaukani menukil pendapat para fukaha, antara lain pendapat Imam Malik, yang mengatakan bahawa orang kafir zimmi seperti Yahudi, Nasrani dan sebagainya yang menghina Rasulullah, maka wajib dijatuhi hukuman mati, kecuali jika mereka bertaubat dan masuk Islam. Adapun jika pelakunya seorang Muslim, ia wajib dihukum tanpa diterima taubatnya. Imam asy-Syaukani mengatakan bahawa pendapat tersebut sama dengan pendapat Imam Syafii dan juga Imam Hanbali [sila rujuk SN056 – Karikatur Menghina Rasulullah Adalah Bukti Kebencian Kaum Kuffar Terhadap Islam untuk penjelasan lanjut].
Khatimah
Wahai umat Muhammad! Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, "...telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi..." [TMQ Ali-Imran (3):118]. Inilah peringatan Allah kepada kita tentang kedudukan orang kafir yang akan membenci kita hingga hari Kiamat. Justeru, penghinaan mereka terhadap Islam ini akan terus berlaku dan berulang. Kebiadaban mereka terhadap Islam bukannya lantaran mereka itu kuat, tetapi yang sebenarnya umat Islamlah yang lemah. Pemerintah yang ada pula hanya sibuk mengejar dunia, bacul, pengkhianat, tunduk patuh kepada golongan kuffar dan mereka langsung tidak berani bersuara, walaupun sekadar untuk `mengancam' penghina Islam. Pemerintah yang tidak berhukum dengan hukum Allah ini hanya berani `memenjarakan' semua tentera yang mereka miliki. Apabila diseru untuk berkhidmat kepada badan kufur PBB, maka tentera-tentera ini `dilepaskan', namun apabila menyaksikan Rasulullah dan Al-Quran dihina oleh golongan kuffar, maka tentera ini dipastikan tidak keluar dari kandang masing-masing, walaupun seorang. Seandainya pada hari ini Khalifahlah yang memerintah kita yang menerapkan hukum dari langit, nescaya kebiadaban kaum kuffar ini dijawab dengan kobaran jihad oleh sang Khalifah. Dengan Khalifah, nescaya Allah akan memperkuat, meneguh dan memuliakan kedudukan kita Insya Allah, sebagaimana Dia telah meneguh dan memuliakan generasi sebelum kita. Kerana itulah, Hizbut Tahrir di seluruh dunia sekali-kali tidak akan berhenti berjuang dan tidak akan berhenti menyeru agar kalian semua wahai kaum Muslimin, bersama-sama berusaha untuk menegakkan semula Daulah Khilafah yang akan melancarkan dakwah dan jihad ke atas golongan kuffar agar kitab suci kita dan Junjungan Besar kita, tidak lagi berani `disentuh' oleh musuh-musuh Allah ini, walaupun sedikit. ALLAHU AKBAR!

Roh
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".
"Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat Kubur pecah.
Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.Pada Malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang Dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu,anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.
Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu Kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian Mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari Perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali Datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga Sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang Mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat Maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka Keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut,Kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.
"Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata maka:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu BakarR.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia Keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
"Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan Dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Batas-batas Aurat dan Pergaulan serta Hukum Persolekan dalam Islam
HADIS riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah bahawa satu hari kakaknya, Asma binti Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedang ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai Asma, apabila seorang wanita sudah sampai masa haid (baligh), maka (lelaki ajnabi) tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya).”
Perkembangan fesyen semasa sedikit sebanyak mewujudkan kekeliruan kepada umat Islam baik lelaki dan wanita mengenai batas aurat serta potongan pakaian yang sepatutnya dipakai memenuhi tuntutan agama.
Ini kerana ada pakaian yang menutup aurat iaitu seluruh tubuh badan daripada hujung kepala hingga ke kaki tetapi potongannya yang ketat serta pendek menjadikan ia bukan pakaian yang dianjurkan oleh Islam.
Hakikatnya, pakaian mencerminkan keperibadian seseorang Islam itu dan sewajarnya daripada penampilan termasuk cara berpakaian dapat membezakan mereka daripada orang lain. Buku Batas-Batas Aurat dan Pergaulan serta Hukum Persolekan dalam Islam memperincikan mengenai perkara itu.
Sukacita dijelaskan bahawa pakaian takwa berdasarkan tafsiran ulama bermaksud pakaian melambangkan sifat takwa lahir daripada hati mereka yang melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
Walaupun bentuk pakaian takwa itu tidak dijelaskan secara terperinci dalam al-Quran tetapi apa yang dipakai Nabi SAW dan orang yang bertakwa seperti sahabat, salafussoleh dan ulama adalah contoh terbaik.
Tidak ketinggalan ialah warna sunnah dan warna yang dilarang sebagai panduan dengan sebab musababnya berdasarkan riwayat oleh sahabat serta pakaian yang dilarang lelaki memakainya iaitu pakaian dari sutera.
Topik Bentuk dan Fesyen Pakaian Wanita Islam pula mendatangkan dalil berkenaan bentuk fesyen pakaian wanita Islam untuk dijadikan ikutan serta amalan mereka yang sedia mematuhi perintah Allah tanpa soal.
Seperti dihuraikan, aurat wanita bagi lelaki ajnabi ialah seluruh badan dan pakaian bagi mereka tentulah yang menutup aurat, labuh, tidak ada perhiasan, kain tidak ditelusi pandangan, tidak terbayang bentuk badan serta tidak menyerupai pakaian lelaki.
Banyak lagi ciri cara berpakaian untuk wanita Islam yang dijelaskan dalam buku Batas-Batas Aurat dan Pergaulan serta Hukum Persolekan dalam Islam, yang turut menerangkan batas aurat lelaki sesama lelaki, wanita dengan wanita lain dan batas aurat kanak-kanak.
Dalam hukum bersolek bagi wanita, ada pelbagai keadaan menjadikan hukumnya wajib, sunat, ada yang haram dan makruh bergantung kepada masa serta keadaan.
Isu mungkin menjadi perhatian ramai diungkapkan ialah pemakaian rambut palsu kerana Islam sudah memberi garis panduan mengenainya. Rambut palsu adalah termasuk perhiasan dilarang atau diharam oleh Islam.
Menyambung rambut sama ada dengan rambut asli atau diperbuat daripada plastik, benang serta bulu binatang sudah berlaku sejak 1400 tahun pada zaman Rasulullah SAW yang sahabat bertanya mengenainya dan dilarang oleh Baginda SAW.
Menurut kisah, seorang wanita pernah meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk menyambung rambut anaknya yang diserang penyakit sehingga rambutnya gugur dan
dia bakal berkahwin. Jawab Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah mengutuk orang yang menyambung rambut dan yang meminta disambung rambutnya.” - (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Penerbit Fitna putar belitkan ayat al-Quran
PENYIARAN filem pendek Fitna yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama keganasan dan mengajar keganasan dibantah seluruh umat Islam di dunia. Hasil kerja seorang ahli parlimen Belanda, Gert Wilders atas nama kebebasan bersuara membawa satu agenda jahat
memburukkan Islam dan menimbulkan keresahan dalam perhubungan antara agama.
Bagi yang prihatin, keharmonian antara penganut agama adalah suatu yang suci dan perlu dijaga. Justeru, umat Islam di beberapa negara menunjukkan bantahan terhadap
penyiaran itu dengan pelbagai cara menzahirkan penentangan serta rasa tidak setuju terhadap penyiaran filem pendek itu.
Kita tidak menghalang kebebasan bersuara tetapi kita menentang penyalahgunaan kebebasan itu sehingga memburukkan agama lain termasuklah Islam. Sesetengah negara Islam menunjukkan bantahan terhadap kebiadaban itu dengan tindakan memboikot barang dihasilkan dari Belanda.
Kita bersetuju dengan pemboikotan, semoga ia memberi kesan halus kepada mana-mana pihak bahawa keharmonian antara agama di seluruh dunia perlu dipertahankan.
Usaha memburukkan Islam dengan memetik beberapa ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam mempertahankan diri apabila diperangi dijadikan dasar bahawa Islam menyuruh penganutnya berlaku ganas.
Ia akhirnya boleh membawa kepada perasaan takut orang bukan Islam terhadap Islam dan merebak sehingga menghasilkan perasaan benci pula kepada umat Islam.
Jika diperhatikan, bermula dengan peristiwa 11 September 2001 iaitu serangan ke atas Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di New York sehinggalah pengeboman 7 Julai 2005 di London, kemudian di Mesir, Turki, diikuti beberapa insiden di seluruh dunia, meninggalkan titik hitam kepada sejarah tamadun moden manusia.
Simptom ‘Islam-phobia’ atau ketakutan kepada Islam dan umatnya disebarkan dan Muslim terus dipersalahkan serta terus dikaitkan dengan keganasan yang berlaku. Penyiaran filem pendek Fitna adalah kesinambungan menyalahkan umat Islam atas keganasan yang berlaku dan dasar analisis mereka adalah Islam mengajar umatnya berbuat begitu.
Selama bertahun lamanya, media Barat menunjukkan imej negatif mengenai orang Islam sebagai pengganas dan masyarakat belum bertamadun. Bahkan, atas alasan menangani keganasan jugalah Amerika masuk dan menyerang Afghanistan serta Iraq.
Adakah benar Islam mengajar keganasan? Apakah benar umat Islam orang yang keras dan ganas kerana agama mendidiknya begitu? Apakah Islam mengamalkan sikap tertutup sehinggakan umatnya tidak boleh duduk semeja untuk berbincang atau berdialog dengan lain-lain agama?
Islam adalah agama mengajak kepada perdamaian dan hidup secara harmoni. Bukan saja kepada sesama pengikutnya bahkan seluruh makhluk yang wujud di alam ini. Perkataan Islam itu sendiri datangnya daripada kalimah ‘salama’ yang bermaksud aman, sejahtera, patuh dan penyerahan diri.
Perasaan toleransi sesama manusia juga menjadi tumpuan penting dalam ajaran Islam. Islam tidak menganjurkan keganasan dan tidak mengajar umatnya membenci penganut
agama lain sebagaimana digambarkan media barat dan filem Fitna itu.
Bahkan, umat Islam diminta untuk berurusan secara harmoni dengan bukan Islam dan melayani mereka dengan baik. Islam turut menyentuh umatnya beramal dengan sifat lemah lembut, berbincang dan berdialog dengan baik, waras dan tersusun. Islam turut menekankan konsep persaudaraan dan ukhuwah yang baik.
Allah sendiri bersifat dengan sifat mutlak yang Maha Pengampun, Maha Pemurah dan Maha Mengasihani terhadap hamba-Nya. Allah tidak menyuruh umat Islam melakukan keganasan, begitu juga al-Quran mengajar setiap kita mempunyai maruah, harga diri dan kesabaran kita juga ada tahapnya. Apabila agama dan maruah umat Islam dicerobohi dan diperangi, kita berhak mempertahankan diri.
Apakah mungkin apabila harta benda kita dirompak, kita hanya berdiam diri dan melihat saja? Apakah mungkin apabila anak perempuan kita dirogol, kita melihatnya dengan pandangan sayu tanpa bangun mempertahankan hak?
Adalah suatu yang tabii bagi insan untuk bertindak apabila hak dan harga dirinya dicabuli. Dalam hal ini, apabila Islam diperangi, maruah agama dicemari, maka Islam meletakkan peruntukan bahawa umat Islam boleh bangun bertindak apabila agama dan maruah diri dicabul.
Namun begitu, kita dilarang mengikut emosi membabi buta dan melampaui batasan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan perangilah mereka yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Kerana Allah menyukai orang yang tidak melampaui batas.” - (Surah al-Baqarah, ayat 190)
Ini menunjukkan ayat al-Quran yang dipetik dalam filem Fitna sebenarnya menyentuh mengenai peruntukan mempertahankan diri selepas kita diperangi. Penerbit filem itu silap kerana menjadikan ayat ini sebagai dasar hujahnya bahawa Islam sebenarnya menggalakkan umatnya memerangi dan melakukan keganasan.
Jika dirujuk kepada sejarah silam, Rasulullah SAW menekankan konsep bermaafan, lemah lembut, menjaga akhlak dan tingkah laku hatta ketika berada di medan perang. Apabila Baginda SAW menghantar tentera mempertahankan maruah agama, Rasulullah SAW berpesan
yang bermaksud: “Janganlah kamu membunuh orang tua yang uzur dan jangan kamu membunuh kanak-kanak kecil dan wanita dan janganlah melampaui batas. Kumpulkanlah harta perang, buatlah kebaikan, berlaku ihsanlah sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat ihsan.” - (Hadis riwayat Abu Daud)
Islam adalah ajaran yang positif, bersifat terbuka dan menggalakkan perdamaian serta kemaafan. Keterbukaan Islam ditunjukkan apabila Islam bukan saja menganggap semua Muslim sebagai saudara, bahkan Islam turut bersedia menerima orang bukan Islam yang tidak membenci dan memerangi Islam sebagai umat yang satu dan hidup bersama secara harmoni.
Islam juga melarang sama sekali umatnya memburukkan agama lain dan menghina tuhan agama lain kerana ia boleh membawa tindakan balas sehingga Allah pula dihina oleh penganut agama lain. Islam tidak pernah mengajar umatnya menghina Jesus yang dimuliakan orang Kristian, begitu juga Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina Gautama Buddha, menghina mana-mana agama tetapi mengajak perbincangan ke arah keharmonian hidup sesama insan.
Apa yang diketengahkan adalah perbincangan, dialog perbandingan agama dengan mengemukakan hujah dan keterangan mengenai kebenaran Islam tanpa menghina mana-mana agama.
Oleh itu, adalah silap mana-mana pihak menganggap Islam ajaran mengajak kepada keganasan dan kekerasan, sedangkan Islam menganjurkan perdamaian, ketulusan
hati, kemaafan, toleransi dan lemah lembut dalam melayani sesama manusia.

Semua Agama Langit Sahih Mulanya
Agama langit disebut dalam istilah Arabnya, al-adyan as-samawiyyah, yang bererti agama-agama langit.
Ia adalah istilah keagamaan yang dirujukkan kepada Allah, yang diturunkan kepada manusia, berasaskan kepada wahyu yang sahih pada mulanya. Ia diturunkan kepada rasul-rasul yang dilantik Allah, untuk menerima dan menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia tanpa ditokok dan ditambah.
Mengamal kitab-kitab Allah SWT memang ada perbezaan. Perbezaan dari segi istilah dan nama yang dimaksudkan kepada sesuatu kitab itu. Seperti Kitab Zabur, diturunkan kepada Nabi Allah Daud a.s. disebutkan Allah dalam Surah an-Nisa, ayat 163. Manakala Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Allah Musa a.s. dicatat dalam Surah al-Maaidah, ayat 44.
Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Allah Isa a.s., dinyatakan dalam Surah al-Maaidah, ayat 46 dan al-Quranul Karim diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., disebut dalam Surah al-An'am ayat 19.
Memang nama-nama kitab Allah tersebut berbeza, namun inti pati sebenar daripada kitab itu tidak berbeza. Kitab-kitab itu membawa mesej yang sama dan yang paling asas adalah semua kitab memperkenalkan Allah sebagai Tuhan Yang Sebenar, Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana yang menjadi pencipta alam ini.
Dia (Allah) sahaja yang wajib disembah. Allah yang sama tidak pernah berubah, maka kerana itu wahyu-Nya pada umumnya tidak berubah pada perkara-perkara pokok. Wajiblah manusia seluruhnya beriman dengan Allah dengan melaksanakan tuntutan yang wujud dalam kitab-kitab tersebut tanpa dirubah dan dipinda.
Seluruh Rasul-Rasul dari Adam a.s hingga kepada Muhammad s.a.w, mengajak manusia beriman kepada Allah Yang Esa, dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.
Firman Allah (mafhumnya): "Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan (al-Quran) kepadanya, dari Allah, tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan Rasul-Rasul-Nya. (Mereka berkata) "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-Rasul-Nya. Mereka berkata lagi, "Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali." (Surah al-Baqarah, ayat 285)
Semua Rasul disebut Rasulullah. Ertinya mereka semua adalah pesuruh Allah yang menerima wahyu dan menyamoaikan kepada manusia supaya sama-sama beriman kepada Allah.
Logiknya, jika semua Nabi dan Rasul dari Allah yang sama, bagaimana mungkin ajaran mereka beoleh berbeza khususnya pada perkara yang asas?
Sudah tentu, semuanya menyeru manusia beriman kepada Allah Yang Esa, percaya dengan kitab Allah yang diperturunkan melalui perantaraan malaikat, iaitu dari Allah mereka datang dan kepada-Nya mereka akan kembali.
Perbezaan yang ketara dan pertelingkahan antara satu sama lain, yang akhirnya nampak bertentangan antara agama lain, disebabkan, utamanya kerana Yahudi menyalahkan Nasrani, Nasrani menyalahkan Yahudi dan kedua-duanya pula menyalahkan Islam.
Islam pula menolak kefahaman yang dianuti oleh Yahudi dan Nasrani kerana tidak berpegang teguh dengan keaslian kitab-kitab Allah. Islam menolak kerana mereka mengubah ayat-ayat suci yang asal dalam kitab mereka. Apabila agama Allah, khususnya wahyu Ilahi, diubah dan dipinda atau ditukar dan ditokok atas kehendak manusia, khususnya orang beragama di antara mereka, maka rosaklah agama Allah. Ia telah mewujudkan percanggahan antara satu sama lain.
Perihal berlakunya ubah pinda, tokok tambah terhadap agama yang dibawa oleh Rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w., dikhabarkan Allah dalam firmannya (mafhumnya): "Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah (Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata kepada,"kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati), "kami tidak akan menurut." (Mereka berkata) "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk, serta (mereka mengatakan) 'raa'ina'; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutarbelitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata, "kami dengan dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali dengan iman yang amat tipis." (Surah an-Nisa, ayat 46)
Perihal tokok tambah dan perubahan yang dilakukan dalam kitab-kitab (agama) terdahulu disebutkan Allah di dalam al-Quran antaranya Surah Maaidah (13 dan 41), al-Baqarah (75) dan banyak ayat-ayat lain. Oleh kerana itu, maka agama-agama sebelum Muhammad dan kitab-kitab mereka dimansuhkan Allah semuanya dan digantikan dengan al-Quran.
Jika semua sudah kembali kepada al-Quran pastikan kesemuanya akan bersatu pada prinsip yang benar. Pertentangan yang berlaku antara sesama agama Allah, sebenarnya pertentangan bukan pada asas yang benar, tetapi kerana berlaku penyelewengan akibat tidak taat kepada perintah Allah. Nabi Isa a.s. memberitahu kepada pengikutnya bahawa sebelum beliau, Allah telah menurunkan Taurah dan Zabur. Jika penganut agama samawi boleh menerima Taurat, Zabur dan Injil sebagai kitab Allah, mengapa mereka tidak boleh menerima al-Quran?
Begitu juga mengapa orang Yahudi percaya dan boleh menerima Ibrahim, Musa, Ayub, Ismail dan Yaakub sebagai Nabi, mengapa mereka tidak boleh percaya Isa sebagai Rasul? Begitu juga mereka harus menerima Muhammad sebagai Rasul yang diutuskan Allah.
Inilah pokok yang mustahak untuk saudara fahami, bahawasanya perbezaan yang wujud adalah kerana sifat manusia yang mengingkari Allah. Waalhua'lam.
Oleh: Dato' Dr Haron Din

Bala Allah - Antara persoalan dan punca berlaku
Kenapa Allah SWT menurunkan bala ke atas hamba-Nya? Mengapa ia tidak ditimpakan ke atas generasi akan datang? Adakah bala yang ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah ke atas diri kita yang terpaksa menanggung risiko akibat perbuatan orang lain?
Apabila dilihat telatah, gelagat dan perwatakan umat Islam hari ini memperlihatkan benar-benar mereka mengundang bala daripada Allah SWT.
Kita amat berharap agar cukuplah bala yang ditimpakan sejak peristiwa tsunami agar ia tidak berulang dengan yang lebih besar daripada itu. Bermacam-macam persoalan timbul mengenai bala yang merisaukan banyak pihak.
Tapi apakah sebenarnya bala itu? Bala yang diambil daripada perkataan Arab iaitu 'bala' bermakna hukuman daripada Allah akibat salah laku manusia kerana mengingkari sepenuhnya atau sebahagian daripada perintah Allah SWT.
Bala ini pernah terjadi di zaman para Anbiya' sebelum Nabi Muhammad s.a.w., seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat 133 surah al-'Araf~ yang bermaksud: Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi).
Begitu juga Allah menceritakan mengenai kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan terkutuk yang disifatkan oleh Nabi Lut sendiri sebagai perbuatan yang tidak pernah berlaku di dunia sebelum itu, maka Allah musnahkan mereka tanpa memberi peluang untuk mereka bertaubat ke jalan kebenaran, sila rujuk ayat 81 surah al-'Araf~.
Kesalahan yang patut terima hukuman
Sesungguhnya bala tidak akan diturunkan oleh Allah ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Bezanya umat nabi-nabi terdahulu dikirimkan bala tanpa memberitahu isyarat kehadirannya, namun bagi umat Nabi Muhammad s.a.w., isyarat atau tanda-tanda kehadiran bala itu dapat dikesan oleh mereka yang kuat berpegang kepada agama dengan pelbagai kaedah, pendekatan dan bentuk tertentu.
Ini menandakan bahawa Allah SWT amat sayang kepada kita hingga menzahirkan isyarat atau tanda agar kita segera mengingati-Nya, boleh juga disifatkan diri kita sebagai hamba emas yang amat disayangi di sisi Allah, cuma umat ini sahaja yang tidak mengenal erti kasih sayang Allah.
Jelas di sini bahawa kesalahan umat terdahulu hingga ditimpakan pelbagai bentuk bala daripada Allah, kerana melakukan perkara-perkara yang becanggah dengan ajaran nabi-nabi mereka, tetapi kita perlu ingat, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirim bala kepada kita serupa dengan apa yang pernah berlaku pada zaman lampau dan juga mampu mengirim bala yang tidak pernah ketika itu.
Ini dapat kita lihat pada hari ini seperti penyakit HIV, selesema burung yang menggerunkan banyak pihak, penyakit kaki, tangan dan mulut dan macam-macam lagi, ia dikirimkan agar manusia kembali ke pangkal jalan.
Sepatutnya sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. kita berjaya meloloskan diri daripada bala-bala yang disebutkan di atas, tetapi kenapa berlaku juga? Ia merupakan satu persoalan yang patut segera mencari jawapannya.
Ini tidak lain kalau tidak kita melakukan perkara yang menyanggah tuntutan agama, terdapat selain kita yang sanggup menggadai maruah agama.
Mari kita selidik secara halus tindakan manusia hari ini yang mengundang bala daripada Allah, program hiburan keterlaluan walaupun telah disanggah dan diingatkan oleh golongan ulama khususnya para mufti seperti JomHeboh, Mentor musim kedua, Akademi Fantasia musim keempat, kelima dan banyak lagi.
Cuba kita perhatikan reaksi manusia selepas tamat program-program seumpama itu, laporan akhbar arus perdana menyebut, 70 pasangan Melayu daripada peringkat usia 15-40 tahun disaman atas pelbagai kesalahan hingga ibu bapa mereka turut dipanggil ke pejabat agama.
Kesalahan mereka yang dikenal pasti kerana meminum arak, berkhalwat dan bermacam-macam jenis maksiat yang canggih-canggih, ini tidak termasuk laporan yang menyebut 21 kes anak luar nikah berlaku dalam tempoh sebulan baru-baru ini.
Kita dikejutkan dengan berita seorang ibu muda yang sanggup menjerut leher kedua anak lelakinya dengan wayar seterika hingga membawa kepada kematian.
Laporan akhbar arus perdana juga ada menyebut menyebut mengenai gejala samseng pelajar-pelajar perempuan yang memukul, menerajang rakan mereka di alat sulitnya hingga menyukarkannya untuk menduduki peperiksaan SPM, terdapat juga gejala samseng ini menular di sekolah-sekolah menengah hingga ada pelajar perempuan yang mengugut rakan mereka untuk menyebarkan gambar bogelnya setelah dia dipaksa berbuat demikian atas kesalahan yang kecil dan bermacam-macam lagi.
Terbaru seperti yang dilaporkan muka surat depan akhbar Berita Harian bertarikh 21 November 2007 (Rabu) yang memaparkan gambar-gambar model yang kononnya mempamerkan aksesori barangan kemas pada majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007. Persoalannya adakah pihak editorial BH tidak ada sensitiviti mengenai penampilan para gadis yang mendedahkan aurat apatah lagi pada majlis hiburan yang mengundang bala daripada Allah SWT.
Begitu juga dengan kerajaan Malaysia yang mengundang pemain tenis nombor dua dan lapan dunia, Rafeal Nadal dari Sepanyol dan Richard Gasquet dari Perancis, masalahnya dari paparan iklan terdapat penaja arak Heineken di gelanggang permainan tersebut, apatah lagi perlawanan itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan isteri, Menteri Belia dan Sukan serta orang-orang kenamaan.
Apa untungnya perlawanan itu diadakan di Malaysia, arak menjadi antara penaja, isteri TPM juga sibuk hendak bersalam dengan pemain-pemain tersebut dengan penampilan yang tidak selari dengan ajaran Islam Hadhari, para penonton juga tidak kurang yang berpakaian tidak senonoh dengan memakai pengikat kepala tertulis Nadal.
Tidakkah orang-orang besar negara seperti TPM rasa bahawa dia akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT pada hari Kiamat dengan membiarkan banyak perkara yang menyinggung kesucian islan berlaku di hadapan mata?
Sama-samalah kita fikirkan sebelum terlambat, tidakkah kita perasan mengapa Allah sudah mula menurunkan banjir kilat dan hujan lebat di negeri Johor, sama-samlah kita renung dan muhasabah diri akan kesalahan yang telah kita buat.
Faktor atau punca berlaku bala
Dalam kesempatan ini, forum agama cuba menyelongkar pendekatan daripada hadis-hadis sohih Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad yang lalu yang menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah SWT ke atas umat baginda:
1- Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit.
2- Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.
3- Muncul golong anti hadis (yang tidak dibendung).
4- Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.
5- Terlampau mewah.
6- Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).
7- Tipu menipu dalam perkara dunia.
8- Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh (yang sepatutnya boleh dimaafkan).
9- Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut di kalangan mereka.
10- Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara umat Islam sendiri.
11- Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah.
12- Orang yang baik terlalu sedikit, malah orang yang jahat semakin ramai.
13- Muncul orang yang tidak peduli sumber harta yang diperolehinya.
14- Riba wujud di mana-mana.
15- Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak.
16- Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.
17- Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.
18- Ibu melahirkan tuannya.
19- Bangunan pencakar langit.
20- Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama tapi fasiq.
21- Orang yang berpegang dengan Islam bagai menggenggam bara api.
22- Berlaku peperangan demi peperangan.
23- Masa akan menjadi singkat.
24- Muncul galian-galian bumi.
25- Ujian yang dahsyat terhadap iman.
26- Peperangan di kawasan sungai Furat kerana menyebut kekayaan.
27- Ketiadaan iman untuk bersolat jamaah.
28- Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah.
29- Bermegah-megah dengah keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama.
30- Menggadai agama kerana dunia.
31- Pelaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah.
32- Harta negara bertukar tangan di kalangan pemimpin.
33- Sesuatu amanah dianggap sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan.
34- Bayaran zakat dianggap sebagai denda/saman.
35- Suami yang terlalu tunduk kepada isteri.
36- Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu mereka.
37- Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bagi kepada kawan dan rakan.
38- Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak-anak mereka sendiri.
39- Berlaku pertengkaran dalam masjid.
40- Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua sesuatu kaum.
41- Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.
42- Apabila minuman keras tersebar luas.
43- Ramai golongan lelaki yang memakai sutera.
44- rtis-artis wanita diagung-agungkan.
45- Alat-alat muzik diguna-pakai (sebagai mata pencarian).
46- Kesilapan manusia hari ini mengutuk generasi terdahulu.
Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta hingga berlaku penukaran corak dan rupa.
Oleh : Ustaz Zainudin Hashim

Langgan:
Catatan (Atom)