Rabu, Disember 03, 2014

Zaman Yang Paling Rasulullah SAW Takuti

Orang Yang Tak Sedarkan Diri
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)

Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik
Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW “Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik ” (HR Ibnu Ady)
[Orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik]

Menjual Agama Kerana Dunia
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)

Pendusta Dan Pengkhianat
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)

Setiap Hari Bumi Menyeru Manusia Dengan Sepuluh Perkara

Berkata Anas Bin Malik r. a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku. 

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku. 

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku. 

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku. 

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Sumber:cintarindurasul.blogspot.com

Kisah Nabi Ibrahim dan Menantunya

Mari kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu puteranya Nabi Ismail tiada dirumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu dengan mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumahnya terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya....

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail
Nabi Ibrahim : Dimanakah suami mu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga ?
Menantu : Oh kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh tidak penah senang dan lapang)
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suami mu pulang sampaikan salamku padanya, katakan padanya tukar tiang pintu rumahnya (kiasan untuk menceraikan isterinya)
Menantu : Ya baiklah

Setelah Nabi Ismail pulang dr berburu ,isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka....

Allah Menyukai Yang Ganjil (Witir)

Ganjil adalah bilangan yang jika dibahagi dua maka berbaki 1 dan itu adalah perkara yang Allah dan Rasulnya suka, kerana Allah SWT itu hanya 1 atau Maha esa, tunggal.

Dalam sebuah hadis Rasullullah SAW bersabda:

إن الله وتر يحب الوتر

"Sesungguhnya Allah SWT itu witir dan Dia mencintai yang witir (ganjil) '," (HR Bukhari dan Muslim).

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: "Witir maknanya ganjil (lawan genap).

Allah itu witir, ertinya Allah itu esa tidak ada sekutu yang sama bagi-Nya. Sedangkan makna "Allah mencintai witir adalah bahawa Allah mengutamakan bilangan ganjil dalam beberapa amalan dan ketaatan.

Allah menjadikan solat itu 5 waktu, bersuci 3 kali, tawaf 7 kali, sa'i 7 kali, melontar jumrah 7 kali, hari tasyriq ada 3 hari, beristinjak 3 kali, kain kafan disyariatkan 3 lapis, zakat pertanian (nisabnya) 5 wasaq, zakat perak 5 uqiyah, demikian juga nisab zakat unta dan lain-lain.

Demikian juga Allah jadikan beberapa makhluk-Nya yang besar berjumlah witir, seperti langit, bumi, lautan, hari-hari (dalam seminggu) dan lain-lain. Akan tetapi ada yang berpendapat bahawa makna witir disini adalah berkait kepada sifat hamba-Nya yang menyembah Allah dengan mengesakan dan mengikhlaskan kepada Allah saja. Wallahu a'lam. "(Syarh sahih muslim: 9/39). 

Dikatakan dalam hadis yang lain: Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW bersabda, (Dan Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama seratus kurang satu, barang siapa menghitungnya (menghafal dan mentafakurinya) akan masuk syurga. Dia itu witir (ganjil) dan menyukai yang ganjil) ', "(HR Bukhari dan Muslim). 

Aisyah ra. berkata: "Rasulullah SAW 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya: (Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan)'," (HR Bukhari dan Muslim ). 

"Sesungguhnya Allah itu witir (esa / ganjil) dan suka pada yang ganjil '," (HR Abu Daud dan Turmudzi). 

Dari keterangan di atas dapt disimpulkan: "witir yang dimaksudkan bukanlah bererti merangkumi segala sesuatu secara umum, melainkan maksudnya adalah Allah lah yang menghukumi beberapa hukum syari'at dan ciptaanNya berjumlah witir, seperti solat disyariatkan witir, langit berjumlah witir, dan sebagainya. 

Allah yang menghukumi demikian bukan bererti segala sesuatu disyariatkan supaya menjadi witir. Oleh kerana itu seseorang tidak disyariatkan ketika berjalan untuk menghitung langkahnya supaya menjadi witir, ketika makan tidak disyariatkan mengira suapan berjumlah witir, ketika minum tidak disyariatkan mengira jumlahnya menjadi witir kerana tidak ada asalnya dan hal ini tidak disyariatkan. Bahkan mengkhususkan ibadah dengan pengkhususan yang tidak dikhususkan Allah dan Rasul-Nya adalah perbuatan bid'ah (mengada-ngada dalam hal agama).

Sumber: islampos.com