Mari kita menyingkap
kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada
waktu itu puteranya Nabi Ismail tiada dirumah sedangkan isterinya belum
pernah bertemu dengan mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di
rumahnya terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya....
Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail
Nabi Ibrahim : Dimanakah suami mu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga ?
Menantu : Oh kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh tidak penah senang dan lapang)
Nabi Ibrahim : Baiklah!
Jika suami mu pulang sampaikan salamku padanya, katakan padanya tukar
tiang pintu rumahnya (kiasan untuk menceraikan isterinya)
Menantu : Ya baiklah
Setelah Nabi Ismail pulang dr berburu ,isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka....
Nabi Ismail : Adakah apa yg ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang kehidupan kita....
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ni orang susah, hidup kita ni selalu dalam kesempitan tidak penah senang...
Nabi Ismail : Ada dia pesankan apa-apa?
Isteri : Ya ada, dia pesan supaya aku menyampaikan salam kepadmu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu...
Nabi Ismail : Sebenarnya dia tu ayahku, dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kepad keluargamu...
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT.
Tidak lama selepas itu Nabi Ismail berkahwin lagi,s etelah sekian lama, Nabi
Ibrahim datang lagi ke Mekah dengan tujuan menziarahi anak dan
menantunya. Terjadi lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling
tidak mengenali.
Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah,dia sedang berburu
Nabi Ibrahim : Bagaimana hidupmu sekeluarga mudahan dalam kesenangan
Menantu : Syukur kpd Tuhan, kami semua dlm keadaan sejahtera tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu
Menantu : Silalah duduk sebentar, boleh saya hidangkan sedikit makanan
Nabi Ibrahim : apa pula yang kamu nak hidangkan?
menantu : ada sedikit daging,tunggulah saya sediakan minuman dahulu
Nabi Ibrahim : ( berdoa)
Ya Allah! Ya Tuhanku berkatilah mereka dalam makan minum mereka.
Baiklah nanti bila suami mu pulang sampaikan
salamku kepadanya. Suruhlah dia kekalkan tiang pintu rumahnya (kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail)
Apabila Nabi Ismail pulang seperti biasa dia bertanya sekiranya ada sesiapa yang datang mencarinya.
Nabi ismail : Ada sesiapa datang semasa ketiadaan aku dirumah
Isteri : Ya ada seorang tua yang baik rupanya dan perwatakan sepertimu
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang hidup kita
Nabi Ismail : Apa jawapanmu...
Isteri : aku nyatakan kepedanya hidup kita dalam keadaan baik tiada apa yang kurang, aku ajak dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Ada dia pesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia kirim salam buatmu dan suruh kekalkan tiang pintu rumahmu...
Nabi Ismail : Oh
begitu...sebenarnya dialah ayahku..tiang pintu yang dimaksudkannya itu
ialah dirimu yang diminta untuk kekalkan....
Isteri : Alhamdulillah..syukur...
Bagaimana pandangan anda tentang petikan sejarah ini...sejarah ini sungguh menyentuh jiwakan...
( dipetik dalam buku bertajuk 70 sifat lelaki dan wanita yang perlu diketahui)
Sumber: bersihjiwahati.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan