Sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W. baginda mengingatkan umatnya tentang solat. Di akhirat nanti, amal yang pertama yang akan dihisab oleh Allah ialah solat. Jika baik solatnya, maka baiklah amalannya yang lain. Jika buruk solatnya, maka buruklah amalannya yang lain.
Adapun solat yang sempurna datangnya dengan wudhu yang sempurna. Bagaimana untuk sah solat seandainya umat Islam tidak sedar bahawa wudhunya itu tidak sempurna?
Justeru, berdasarkan ilmu yang ana dapat dari kem solat baru-baru ini, ana ingin sampaikan kepada muslimin muslimat sekalian cara yang betul berwuduk dan penegasan kepada kesalahan yang selalu dilakukan semasa berwudhu.
1. Sebaik-baiknya menghadap kiblat.
2. Bersihkan anggota-anggota wudhu daripada benda-benda yang boleh menghalang air terkena anggota wudhu.
Cthnya: sisik ikan, LIQUID paper, dakwat pen yang terlalu tebal dll.
3. Basuh seluruh muka dengan disertakan niat. Pastikan air sampai ke anak rambut dan kawasan muka di tepi telinga.
4. Basuh tangan kanan hingga ke siku disusuli tangan kiri.
5. Sapu air ke dahi.
6. Basuh kaki kanan hingga ke buku lali disusuli kaki kiri. Selati setiap jari kaki.
7. Tertib.
Kesalahan yang SERING dilakukan tetapi SERING tidak disedari!
1. Anda hanya mengalirkan air wudhu ke anggota wudhu tanpa menggosok anggota tersebut terutamanya tangan dan kaki.
2. Anda mengangkat tangan anda daripada anggota wudhu kemudian menggosok semula anggota wudhu tersebut tanpa mengambil air baru. Itu bermakna air wudhu yang digunakan musta'mal.
3. Niat wuduk mesti diniat ketika membasuh muka, bukan ketika basuh tangan
Cara berwudhu di atas ialah yang rukun. Walaubagaimanapun, sunat muakkad berwudhu ialah membasuh setiap anggota 3x. Nabi juga berpesan supaya berkumur dan memasukkan sedikit air ke hidung dan membuangkannya semula sebelum membasuh muka. Ini kerana syaitan akan masuk dalam hidung manusia ketika tidur.
Sumber: http://www.ehoza.com/