ADAKAH dengan bertudung dan menutup aurat akan mengurangkan keuntungan sesuatu perniagaan? Adakah bertudung itu suatu kesalahan untuk bekerja di pusat-pusat kecantikan yang biasanya mengamalkan dasar `gaya bebas dan menarik'? Adakah bertudung itu tidak menarik dan menyekat kebebasan? Kebebasan yang bagaimana yang disekat?
Keadaan di mana diskriminasi terhadap wanita Muslim yang bertudung dilihat sebagai suatu fenomena yang bukan baru di negara ini meskipun negara sudah terkenal sebagai negara Islam di mata dunia. Tidak lama dahulu seorang pekerja telah dibuang oleh majikannya, sebuah hotel mewah di ibu kota kerana beliau memakai tudung.
Terbaru, seorang gadis diberi kata dua agar membuka tudungnya jika ingin bekerja di pusat kecantikan yang mengamalkan dasar `gaya bebas dan menarik'.
Menerusi Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera, mereka sepakat mempertahankan keputusan iaitu mana-mana syarikat tidak seharusnya diwajibkan menggaji pekerja bertudung sekiranya perkara itu tidak menguntungkan perusahaannya. Mereka `menasihatkan' kepada pemohon yang berminat bekerja di dalam bidang itu bersedia mengikuti dasar-dasar sebegitu dengan mengatakan jika berada dikolam renang, perlu
berpakaian tertentu kerana ada sesetengah kolam tidak membenarkan orang bertudung masuk kerana prosedurnya sebegitu.
"Kenalah pandai menyesuaikan diri jika ingin bekerja dalam bidang kecantikan. Jika dia tidak suka, dia kenalah cari kerja yang ada persekitaran lebih Islamik," kata Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera itu.
Sebagai Muslim, tidak sepatutnya kita membantah atau mencari helah membenarkan apa yang salah. Apa yang kita fikirkan betul tidak semuanya mendatangkan kebaikan. Allah lebih mengetahui apa yang ditetapkan untuk manusia. Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidaklah harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidak harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (Surah al-Ahzab: 36)
Islam dengan tegas telah menetapkan batas-batas aurat yang perlu dipatuhi tanpa perlu pertikaian. Jika ingin dipertikaikan wanita bertudung akan menjejaskan perniagaan, lihat sahaja Khadijah, isteri Rasulullah s.a.w yang berjaya sebagai seorang usahawan. Sememangnya Khadijah tidak menjalankan perniagaan pusat kecantikan tetapi lihat pula Rozita Ibrahim, pengasas barangan kecantikan Sendayu Tinggi yang bergelar jutawan dan berjaya dalam bidang perniagaan berkonsepkan barangan kecantikan dengan mengenakan tudung. Beliau masih lagi boleh bergaya dengan bebas dan menarik tanpa berasa janggal!
Ternyata bertudung bukanlah alasan berjaya atau tidak bagi perniagaan sebegini. Jika dari awal mengetahui bahawasanya rezeki datangnya daripada Allah s.w.t serta memahami konsep menutup aurat serta niat bekerja hanya untuk mencapai keredaan Allah s.w.t, pertikaian ini tidak akan berlaku. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka jangan kamu sia-siakan dia; dan Allah telah memberikan beberapa batas, maka jangan kamu langgar dia; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu pertengkarkan dia; dan Allah telah
mendiamkan beberapa hal sebagai tanda kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia." (Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi).
Jika difikirkan adalah sesuatu yang sukar difahami mengapa persoalan memakai tudung ini dikatakan akan menjejaskan keuntungan syarikat yang memegang dasar `gaya bebas dan menarik' ini sedangkan Allah s.w.t. telah menetapkan rezeki setiap hamba-hamba-Nya serta telah menunjukkan contoh yang terbaik menerusi kejayaan Khadijah, isteri Rasullullah dalam berniaga. Alasan sedemikian dilihat sebagai suatu
yang melampaui batas.
Alasan sedemikian hanya bersifat sombong dan tidak memahami ajaran Islam dengan baik. Syariat Islam merupakan suatu syariat yang utuh, tidak pernah mengalami penghapusan mahupun perubahan.
Syariat Islam berkeadaan berkekalan dan berterusan - tidak berlaku perubahan dan penggantian terhadap hukum hakam agama dan perundangannya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membuat cara baru dalam urusan kami, dengan sesuatu yang tidak ada contohnya, maka dia itu tertolak." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: "Sesungguhnya sikap manusia, baik yang berbentuk percakapan ataupun perbuatan ada dua bentuk: ibadah untuk kemaslahatan agamanya, dan kedua adat (kebiasaan) yang sangat mereka mahukan demi kemaslahatan dunia mereka. Maka dengan terperincinya pokok-pokok syariat, kita dapat mengakui, bahawa seluruh ibadah yang telah dibenarkannya, hanya dapat ditetapkan dengan ketentuan syarak itu sendiri."
Isu tudung pada hakikatnya tidak sepatutnya menjadi polemik masyarakat umat Islam yang tidak berkesudahan. Isu ini bukanlah isu etika atau dasar mana-mana persatuan atau syarikat sehingga ia harus dipertimbangkan atau diperdebatkan. Isu tudung adalah soal hukum syarak yang ditentukan oleh Maha Pencipta. Oleh yang demikian, umat Islam wajib, sama ada mahu atau tidak mahu wajib akur dan terikat setiap masa tanpa mengira pangkat, kedudukan mahupun keadaan.
Apabila perintah kewajiban pemakaian tudung diturunkan-Nya, umat Islam zaman awal tidak pernah mempersoalkan sama ada boleh atau tidak, sesuai atau tidak, bila dan di mana perlu dipakai atau adakah ia akan menjejaskan perniagaan mahupun meminta para cendekiawan atau pemimpin membincangkannya. Mereka segera menyamput perintah itu serta-merta dengan patuh tanpa soal kerana keredaan-Nya mengatasi segala wang ringgit dan kemewahan dunia.
Selasa, April 29, 2008
Relevankah Batasan Aurat?
SEORANG pemandu bas di Jerman mengugut untuk melempar keluar seorang wanita dari basnya kerana pakaian wanita tersebut terlalu seksi! Pemandu itu berang kerana setiap kali beliau memandang cermin, keseksian wanita tersebut `memesongkan perhatiannya' sehingga menghilangkan tumpuannya kepada jalan raya (Berita Harian, 18 Julai 2007).
Semuanya mengenai aurat. Betapa indahnya Islam kerana menetapkan hukum bahawa wanita wajib menutup auratnya, bukan sahaja mengikuti syariat tersebut menaikkan darjat wanita di sisi Allah s.w.t malah mampu melindungi wanita daripada kemungkinan maut dicampak dari sebuah bas seperti nasib wanita Jerman itu!
Itu di luar negara. Di Malaysia, ramai pula yang berbangga mendedahkan aurat hanya beralasankan hak individu dan tuntutan fesyen. Sehinggakan sudah menjadi kebanggaan dan kelaziman akan kata-kata seperti, "saya berpakaian sebegini (seksi dan tidak menutup aurat) adalah bagi mempamerkan kecantikan anugerah Tuhan kepada saya, rugi sekiranya kecantikan dan anugerah ini tidak `dikongsi' bersama," ataupun alasan seperti, "ini hak individu, tidak kisahlah sekiranya sesiapa pun yang ingin berpakaian seksi atau tidak, masing-masing punya hak. Tidak perlu menjaga tepi kain orang lain. Lagipun kubur lain-lain. Dalam zaman globalisasi ini kita harus berfikiran terbuka. Tidak seharusnya terlalu jumud atau kolot."
Di luar, mereka bersungguh-sungguh menunjukkan minat untuk mempelajari dan memahami Islam, di sini mereka bersungguh-sungguh menunjukkan minat bukan sahaja untuk mempelajari dan memahami apa yang disebut sebagai modernisasi era globalisasi tetapi juga turut bersungguh-sungguh mengadaptasikannya dengan bangga.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur: 31)
..."Wanita yang berpakaian menutup aurat juga menjadi mangsa pencabulan dan rogol. Ini bermakna faktor pakaian atau aurat bukan pendorong perlakuan itu tetapi nafsu. Contoh lain, kanak-kanak juga dilaporkan menjadi mangsa kerakusan tersebut. Lihat sahaja di dalam media massa yang melaporkan kejadian-kejadian ini.
Statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melaporkan indeks jenayah rogol dan sebagainya telah bertambah dengan lebih besar. Pada tahun 2004, jenayah rogol telah bertambah sebanyak 16.8 peratus kepada 1,718 kes daripada 1,471 kes pada tahun 2003 berbanding pertambahan penduduk yang hanya meningkat sebanyak 2.1 peratus. Pada tahun 2005,
kes rogol telah meningkat kepada 1,895 kes, peningkatan sebanyak 10.3 peratus berbanding 2004 dan pada tahun lalu pula, jenayah rogol terus meningkat kepada 2,238 kes, pertambahan sebanyak 18.1 peratus. Jika dibandingkan, pertambahan penduduk hanya meningkat sebanyak 1.9 peratus sahaja.
Bagi kes pencabulan kehormatan pula, PDRM telah merekodkan 1,399 kes pada tahun 2003, meningkat 18.7 peratus kepada 1,661 pada tahun 2004, meningkat lagi pada tahun 2005 kepada 1,771 dan pada tahun lepas terus lagi meningkat kepada 2,023 kes iaitu pertambahan sebanyak 14.2 peratus...."
Tidak relevenkah Islam menetapkan batasan aurat?
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan
maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Hadis menyebut bahawa perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (seksi) akan berkecenderungan kepada perbuatan maksiat dan cenderung juga membawa orang lain berbuat maksiat. Persoalan mengapa wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah pula menjadi mangsa berkait rapat dengan hadis ini. Wanita yang tidak menutup aurat dan seksi tersebut akan membangkitkan nafsu jahat kepada lelaki jahat. Nafsu jahat itu
pula membuak-buak dan perlu dilampiaskan segera.
Pada masa itu, wanita yang tidak menutup aurat dan seksi berada di dalam kelompok awam yang ramai dan keadaan tidak memungkinkan nafsu jahat lelaki itu dilampiaskan. Maka, yang menjadi mangsa adalah wanita-wanita dan kanak-kanak yang tidak bernasib baik yang pada masa itu berada di dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka.
Al-Quran surah Al-'Araf, ayat 20 menjelaskan peristiwa ketika Adam dan Hawa berada di syurga: "Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan pada keduanya apa yang tertutup dari mereka, iaitu auratnya, dan syaitan berkata, "Tuhan kamu melarang kamu mendekati pohon ini, supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat
atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (di syurga)."
Selanjutnya dijelaskan dalam ayat 22 bahawa: "Setelah mereka merasakan (buah) pohon (terlarang) itu terlihatlah bagi keduanya aurat dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga…"
Jelas di sini bahawa fitrah asas yang terdapat di dalam diri manusia ialah `tertutupnya aurat' namun akibat godaan syaitan, aurat manusia terbuka. Ayat di atas juga jelas bahawa idea `membuka aurat' adalah idea syaitan dan kerananya `tanda-tanda kehadiran syaitan` adalah `keterbukaan aurat'. Sebuah riwayat yang dikemukakan oleh Al Biqa'i dalam bukunya Shubhat Waraqah menyatakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. belum memperoleh keyakinan tentang apa yang dialaminya di Gua Hira, adakah dari malaikat atau dari syaitan, baginda menyampaikan hal tersebut kepada isterinya Khadijah.
Khadijah berkata, "Jika engkau melihatnya lagi, beritahulah aku." Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w melihat (malaikat) yang dilihatnya di Gua Hira, Khadijah membuka pakaiannya sambil bertanya, "Sekarang apakah engkau masih melihatnya?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak, dia sudah pergi." Khadijah dengan penuh keyakinan berkata, "Yakinlah bahawa yang datang itu bukan syaitan, (kerana hanya syaitan yang gemar melihat aurat)." (Wawasan al-Quran, Dr. M. Quraish Shihab, internet)
Berdasarkan dalil al-Quran dan al-Hadis, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan biasa. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati´e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti
zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal syaitan mensasarkan dosa ´buka aurat´ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam al-Quran daripada firman Allah yang bermaksud:
"Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..."( al-A´raf : 20)

Kenapa ISLAM Dihina?
Kira-kira 20 tahun yang lalu, umat Islam dikejutkan dengan tindakan penulis novel Salman Ruhsdie yang menghasilkan Satanic Verses. Ia dianggap penghinaan terhadap agama Islam kerana melibatkan Nabi Muhammad s.a.w.
Berikutan itu, umat Islam melancarkan protes dan pada tahun 1989, pemimpin Iran mengeluarkan fatwa menghalalkan Salman dibunuh. Peristiwa Satanic Verses tidak berakhir di situ saja.
Pada September 2004, akhbar utama Denmark, Jyllands Posten menyiarkan 12 karikatur menghina Rasulullah dan mengaitkan Islam dengan keganasan.
Walaupun perbuatan menghina Islam itu mendapat tentangan hebat daripada uamat Islam di seluruh dunia, pihak-[ihak yang berniat memburukkan agama itu tidak pernah menghentikan perbuatan mereka.
Terbaru, seorang ahli politik Belanda, Gerent Wilders menghasilkan filem pendek berjudul, Fitna. Filem ini mendapat tentangan keras daripada umat Islam dan ia dianggap haram ditonton oleh umat Islam.
Berterusan
Persoalanya, kenapakah dari semasa ke semasa penghinaan terhadap Islam berterusan? Apakah kerana 11 September? Atau pihak-pihak menganggap menghina agama lain adalah satu kebebasan atau bahan gurauan?
Hakikatnya, peristiwa melibatkan Salman Rushdie, Geert Wilders atau kebiadaban akhbar Jyllands Posten hanya sebahagaian daripada rentetan perbuatan menghina Islam oleh pihak-pihak tertentu di Eropah dan Barat.
Semua itu berlaku kerana mereka begitu yakin umat Islam yang berjumlah 103 billion dimuka bumi ini, hanya mampu berteriak dijalanan atau mengadakan demonstari di hadapan kedutaan, paling maksimum mengancam membunuh individu yang melakukan penghinaan itu.
Tetapi sehingga hari ini Salman Rushdie masih hidup, Geert Wilders masih bebas dan akhbar Jyllands Postern masih beroperasi seperti biasa. Bagi negara-negara terlibat, mereka tidak berhak menghalang penghinaan itu kerana ia dianggap kebebasan.
Justeru usaha umat Islam untuk melakukan protes, bantahan atau apa sahaja bagi meluahkan perasaan mereka hanyalah sekadar untuk melepaskan geram, tidak lebih dari itu.
Malahan pihak-pihak yang terlibat begitu yakin, umat Islam biarpun mempunyai jumlah yang begitu ramai atau kuasa yang begitu besar hanya dapat melahirkan suara bantahan sahaja.
Jumlah 1.3 billion umat Islam dan sebahagian besar negara anggota Persidangan Pertubuhan Negara Islam (OIC) adalah negara kaya tidak pernah menekutkan penghina-penghina Islam ini.
OIC dilihat lebih banyak memberikan amaran dan mengemukakan nota bantahan, untuk mengharapkan negara-negara Islam mencapai kata sepakat untuk memboikot negara yang terlibat sebagai pengajaran bagaikan siang hari yang mengasyikkan.
Apa yang lebih malang, di Malaysia sendiri berapa kali kesabaran umat Islam dicabar, sebagai contoh pada tahun 2001, majalah Time menyiarkan artikel dan karikatur Nabi Muhammad dan Malaikat Jibrail. Majalah Time tidak dikenakan tindakan kerana memohon maaf.
Walaupun dalam peristiwa karikatur Nabi Muhamad, sebuah akhbar di Sarawak dikenakan tindakan tegas, namun ia masih belum memuaskan hati umat Islam kerana ada pihak yang terlepas.
Begitu juga pada tahun 2005, apabila Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) membuat laporan polis terhadap komik Funny Jokes dari India yang menghina agama Islam.
Sengaja
Penghinaan terhadap Islam terus berlaku dari semasa ke semasa samada secara sengaja atau tidak disengajakan. Dalam kes filem Fitna contohnya, Indonesia dilihat negara paling tegas bertindak apabila mengharamkan filem dan melarang Geert Wilders memasuki negara republik itu.
Tetapi semua itu tidak pernah memberi kesedaran kepada penghina Islam untuk menghentikan perbuatan biadap mereka. Dalam kes karikatur menghina Nabi Muhammad, bukan sahaja tiada tindakan tegas diambil ke atas pelukisnya Kurt Westergaard, malahan pelukis itu denagn lantang berkata,” dengan kartun ini, saya ingin menunjukkan bagaimana fanatiknya Islam fundemantel atau pengganas menggunakan agama sebagai senjata spritual,”
Kes-kes Satanic Verses, Fitna dan karikatur Kurt dianggap kes terbesar dalam perbuatan menghina Islam. Sebenarnya terdapat pelbagai kes lain sejak 1990, bagaimana Islam terus menjadi sasaran penghinaan tetapi tidak begitu mnedapat perhatian serius umat Islam di seluruh dunia.
Semua ini terjadi kerana dunia Barat semakin tenggelam dengan erti kebebasan. Bagi mereka kebebasan termasuklah juga mneyatakan apa sahaja biarpun ia menghina agama lain.
Oleh iru selagi umat Islam tidak mencapai kata sepakat di antara mereka dan tidak menggunakan kekuatan 1.3 billion jumlahnya selagi itu Islam akan terus diperkotak-katikkan oleh puak-puak yang kononnya memperjuangkan kebebasan.
Kita tidak harus terkejut jika selepas ini akan berlaku lagi penghinaan terhadap Islam kerana setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang takut kepada negara dan umat Islam.
Sebagai contoh, ketika isu filem Fitna masih belum reda, tanah perkuburan Islam di Perancis dicemari dengan batu-bati nisan diconteng manakala kepala babi dicampak di situ.
Ia dengan jelas membuktikan, ancaman, bantahan dan kekecewaan umat Islam terhadap penghinaan Islam tidak pernah membimbangkan puak-puak bukan Islam.
Walaupun kita bukanlah menggalakkan keganasan namun umat Islamdi seluruh dunia hakikatnya mempunyai pendekatan yang boleh digunakan bagi memberi pengajaran kepada negara-negara yang membenarkan Islam dihina atas nama kebebasan.
Berikutan kekuatan yang ada dari segi jumlah dan berpuluh negara Islam yang kukuh ekonominya, umat Islamboleh melakukantindak balas dengan memboikot hubungan perdagangan denagn negara-negara yang terlibat.
Ramai yang yakin jika langkah itu berlaku sudah pasti mana-mana negara di dunia tidak akan membiarkan rakyatnya sewenang-wenangnya menghina Islam.
Tetapi malangnya dalam kes filem Fitna, walauoun ada gesaan supaya barangan Belanda diboikot namun ia tidak mendapat sambutan, kesudahanya, isu Fitna, diam begitu sahaja.
Oleh itu, selepas ini jika ada lagi peristiwa menghina Islam, kita akan menyaksikan lagi umat Islam turun ke jalanan kerana itu sahaja yang mampu kita lakukan, tidak lebih dari itu.
Diharapkan umat Islam tidak goyah dengan hinaan sebegini, tetapi akan senantiasa megah berdiri untuk menentang musuh-musuh Islam walaupun penentangan secara halus. Allah sentiasa berpihak pada golongan yang benar…

Permainan Java Terbaru
- Absolute Ping Pong Babes
- African Rally
- Alien Vs Predator
- Aliens Unleashed
- Big2 The Next Level
- Bikini Balls 2
- Biliard 3D
- Bomb Hunter
- Boomer Man
- Buffy The Vampire Slayer
- Cosmic Girl 3D
- Die Hard
- Egypt Quest
- Freestyle Motocross
- Guardian Of Hells Gates
- Harry Potter
- Incredibles
- King Of Sex City
- Lakshyja Survive
- Legends Of 3 Empires
- Metal Slug
- Night Racing 3D
- Playboy Table Dance
Langgan:
Catatan (Atom)