Selasa, April 29, 2008

Kenapa ISLAM Dihina?

Kira-kira 20 tahun yang lalu, umat Islam dikejutkan dengan tindakan penulis novel Salman Ruhsdie yang menghasilkan Satanic Verses. Ia dianggap penghinaan terhadap agama Islam kerana melibatkan Nabi Muhammad s.a.w.

Berikutan itu, umat Islam melancarkan protes dan pada tahun 1989, pemimpin Iran mengeluarkan fatwa menghalalkan Salman dibunuh. Peristiwa Satanic Verses tidak berakhir di situ saja.

Pada September 2004, akhbar utama Denmark, Jyllands Posten menyiarkan 12 karikatur menghina Rasulullah dan mengaitkan Islam dengan keganasan.

Walaupun perbuatan menghina Islam itu mendapat tentangan hebat daripada uamat Islam di seluruh dunia, pihak-[ihak yang berniat memburukkan agama itu tidak pernah menghentikan perbuatan mereka.

Terbaru, seorang ahli politik Belanda, Gerent Wilders menghasilkan filem pendek berjudul, Fitna. Filem ini mendapat tentangan keras daripada umat Islam dan ia dianggap haram ditonton oleh umat Islam.



Berterusan

Persoalanya, kenapakah dari semasa ke semasa penghinaan terhadap Islam berterusan? Apakah kerana 11 September? Atau pihak-pihak menganggap menghina agama lain adalah satu kebebasan atau bahan gurauan?

Hakikatnya, peristiwa melibatkan Salman Rushdie, Geert Wilders atau kebiadaban akhbar Jyllands Posten hanya sebahagaian daripada rentetan perbuatan menghina Islam oleh pihak-pihak tertentu di Eropah dan Barat.

Semua itu berlaku kerana mereka begitu yakin umat Islam yang berjumlah 103 billion dimuka bumi ini, hanya mampu berteriak dijalanan atau mengadakan demonstari di hadapan kedutaan, paling maksimum mengancam membunuh individu yang melakukan penghinaan itu.

Tetapi sehingga hari ini Salman Rushdie masih hidup, Geert Wilders masih bebas dan akhbar Jyllands Postern masih beroperasi seperti biasa. Bagi negara-negara terlibat, mereka tidak berhak menghalang penghinaan itu kerana ia dianggap kebebasan.

Justeru usaha umat Islam untuk melakukan protes, bantahan atau apa sahaja bagi meluahkan perasaan mereka hanyalah sekadar untuk melepaskan geram, tidak lebih dari itu.

Malahan pihak-pihak yang terlibat begitu yakin, umat Islam biarpun mempunyai jumlah yang begitu ramai atau kuasa yang begitu besar hanya dapat melahirkan suara bantahan sahaja.

Jumlah 1.3 billion umat Islam dan sebahagian besar negara anggota Persidangan Pertubuhan Negara Islam (OIC) adalah negara kaya tidak pernah menekutkan penghina-penghina Islam ini.

OIC dilihat lebih banyak memberikan amaran dan mengemukakan nota bantahan, untuk mengharapkan negara-negara Islam mencapai kata sepakat untuk memboikot negara yang terlibat sebagai pengajaran bagaikan siang hari yang mengasyikkan.

Apa yang lebih malang, di Malaysia sendiri berapa kali kesabaran umat Islam dicabar, sebagai contoh pada tahun 2001, majalah Time menyiarkan artikel dan karikatur Nabi Muhammad dan Malaikat Jibrail. Majalah Time tidak dikenakan tindakan kerana memohon maaf.

Walaupun dalam peristiwa karikatur Nabi Muhamad, sebuah akhbar di Sarawak dikenakan tindakan tegas, namun ia masih belum memuaskan hati umat Islam kerana ada pihak yang terlepas.

Begitu juga pada tahun 2005, apabila Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) membuat laporan polis terhadap komik Funny Jokes dari India yang menghina agama Islam.



Sengaja

Penghinaan terhadap Islam terus berlaku dari semasa ke semasa samada secara sengaja atau tidak disengajakan. Dalam kes filem Fitna contohnya, Indonesia dilihat negara paling tegas bertindak apabila mengharamkan filem dan melarang Geert Wilders memasuki negara republik itu.

Tetapi semua itu tidak pernah memberi kesedaran kepada penghina Islam untuk menghentikan perbuatan biadap mereka. Dalam kes karikatur menghina Nabi Muhammad, bukan sahaja tiada tindakan tegas diambil ke atas pelukisnya Kurt Westergaard, malahan pelukis itu denagn lantang berkata,” dengan kartun ini, saya ingin menunjukkan bagaimana fanatiknya Islam fundemantel atau pengganas menggunakan agama sebagai senjata spritual,”

Kes-kes Satanic Verses, Fitna dan karikatur Kurt dianggap kes terbesar dalam perbuatan menghina Islam. Sebenarnya terdapat pelbagai kes lain sejak 1990, bagaimana Islam terus menjadi sasaran penghinaan tetapi tidak begitu mnedapat perhatian serius umat Islam di seluruh dunia.

Semua ini terjadi kerana dunia Barat semakin tenggelam dengan erti kebebasan. Bagi mereka kebebasan termasuklah juga mneyatakan apa sahaja biarpun ia menghina agama lain.

Oleh iru selagi umat Islam tidak mencapai kata sepakat di antara mereka dan tidak menggunakan kekuatan 1.3 billion jumlahnya selagi itu Islam akan terus diperkotak-katikkan oleh puak-puak yang kononnya memperjuangkan kebebasan.

Kita tidak harus terkejut jika selepas ini akan berlaku lagi penghinaan terhadap Islam kerana setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang takut kepada negara dan umat Islam.

Sebagai contoh, ketika isu filem Fitna masih belum reda, tanah perkuburan Islam di Perancis dicemari dengan batu-bati nisan diconteng manakala kepala babi dicampak di situ.

Ia dengan jelas membuktikan, ancaman, bantahan dan kekecewaan umat Islam terhadap penghinaan Islam tidak pernah membimbangkan puak-puak bukan Islam.

Walaupun kita bukanlah menggalakkan keganasan namun umat Islamdi seluruh dunia hakikatnya mempunyai pendekatan yang boleh digunakan bagi memberi pengajaran kepada negara-negara yang membenarkan Islam dihina atas nama kebebasan.

Berikutan kekuatan yang ada dari segi jumlah dan berpuluh negara Islam yang kukuh ekonominya, umat Islamboleh melakukantindak balas dengan memboikot hubungan perdagangan denagn negara-negara yang terlibat.

Ramai yang yakin jika langkah itu berlaku sudah pasti mana-mana negara di dunia tidak akan membiarkan rakyatnya sewenang-wenangnya menghina Islam.

Tetapi malangnya dalam kes filem Fitna, walauoun ada gesaan supaya barangan Belanda diboikot namun ia tidak mendapat sambutan, kesudahanya, isu Fitna, diam begitu sahaja.

Oleh itu, selepas ini jika ada lagi peristiwa menghina Islam, kita akan menyaksikan lagi umat Islam turun ke jalanan kerana itu sahaja yang mampu kita lakukan, tidak lebih dari itu.

Diharapkan umat Islam tidak goyah dengan hinaan sebegini, tetapi akan senantiasa megah berdiri untuk menentang musuh-musuh Islam walaupun penentangan secara halus. Allah sentiasa berpihak pada golongan yang benar…

Tiada ulasan: