Khamis, Oktober 16, 2008

Benarkah Tuhan itu Wujud?

Islam adalah agama yang unik. Kepercayaan dalam Islam adalah tidak secara membuta tuli. Faith is not blind. Kepercayaan dalam Islam adalah berdasarkan bukti yang nyata.

"Katakanlah:
"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".." (Yusuf 12:108)

"....Katakanlah:
"Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar"." (al-Baqarah 2:111)

"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat..." (al-Baqarah 2:256)

Selain itu, di dalam Islam, tiada ruang untuk ragu-ragu. There is no room for doubt.

"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa," (al-Baqarah 2:2)

Malah al-Quran telah banyak mencabar mereka yang meragui kebenaran Islam. Antaranya adalah:

"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Qur'an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surah (saja) yang semisal (setanding) Al Qur'an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
Maka jika kamu tidak dapat membuat (nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuat (nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir." (al-Baqarah 2:23-24)

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur'an? Kalau kiranya Al Qur'an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka menemui percanggahan yang banyak di dalamnya." (an-Nisa' 4:82)

Maka, segala isu yang melibatkan kepercayaan dalam Islam seperti kebenaran al-Quran, kewujudan Tuhan dan sebagainya mestilah dapat dibuktikan.

PUNCA GEJALA ATHEISM

* Kecewa dengan agama

Gejala atheism yang agak melanda di beberapa negara di dunia sekarang, terutamanya di barat, bukanlah disebabkan mereka sudah tidak percaya kepada Tuhan lagi.

Tuhan masih lagi ‘berada’ jauh di lubuk hati mereka. Tetapi apa yang berlaku adalah mereka kecewa atau 'fed up' dengan agama. Mereka sebenarnya bukanlah meninggalkan Tuhan, tetapi meninggalkan agama.

Mereka bukan mengingkari tentang wujudnya Tuhan, tetapi mereka tidak dapat menerima konsep ketuhanan yang pernah dikemukakan kepada mereka. Tuhan yang mereka tolak sebenarnya adalah ‘model’ tuhan yang sama yang ditolak oleh Islam.

Malangnya mereka menganggap semua agama adalah sama - tidak logik, tidak saintifik, tidak masuk akal, menindas dan sebagainya.

Puncanya adalah samaada mereka belum lagi menemui agama yang benar, iaitu Islam, atau mereka menemui Islam yang salah atau Islam yang tidak diterangkan dengan cara yang betul.

Media-media pula sentiasa membawa propaganda yang mendatangkan imej buruk kepada Islam seperti keganasan, menindas wanita, barbaric dan sebagainya.

Tetapi setelah mereka menemui Islam yang sebenar, ramai di kalangan mereka yang memilih untuk memeluk Islam. Di sebalik perkembangan fahaman atheism, agama Islam sekarang telah menjadi agama yang paling pantas berkembang di barat.

* Cara Golongan intelektual menilai agama

Golongan atheis yang kononnya dari kalangan intelektual juga sebenarnya menghadapi masalah yang sama. Mereka lebih banyak meluangkan masa mereka mengkritik agama Kristian berbanding agama Islam..

Bagi mereka, Islam adalah agama yang ditiru daripada agama Kristian dan Yahudi [ Persoalan ini akan disentuh dalam perbincangan lain]. Sekiranya doktrin agama Kristian dapat dirobohkan, sebahagian doktrin agama Islam juga roboh bersama.

Ini sebagaimana yang disebutkan oleh seorang penulis atheist terkenal yang bernama Christopher Hitchens:

“Islam is at once the most and the least interesting of the world’s monotheisms. It builds upon its primitive Jewish and Christian predessors, selecting a chunk here and a shard there, and thus if these fall, it partly falls also.” [ Dipetik daripada bukunya, “God is not Great.”]

Berdasarkan bab ‘The Koran is borrowed from both Jewish and Christian Myth’ dalam buku beliau, ‘God is Not Great’, ternyata kefahaman beliau tentang Islam adalah menyimpang sama sekali.

Ia bersandarkan kepada penulisan golongan anti-Islam atau berdasarkan salah faham (misconception) terhadap Islam, termasuk salah faham sebahagian umat Islam sendiri.

* Golongan ‘intelektual’ yang kebingungan memikirkan tentang Tuhan

Selain itu, golongan ini seolah-olah tidak mengakui terdapatnya perkara yang masih di luar pengetahuan manusia.

Kita telah melihat bahawa penemuan-penemuan sains sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Apa yang tidak diketahui semalam telah diketahui hari ini. Apa yang tidak diketahui hari ini mungkin akan diketahui esok. Malah kita juga dapat melihat terdapatnya penemuan hari ini yang membetulkan teori lampau.

Alam semesta ini cukup luas dan cukup kompleks. Ia telah membingungkan ramai saintis yang mengkajinya. Banyak lagi perkara yang masih dicari serta dikaji oleh para saintis. Bahkan banyak lagi perkara yang masih menjadi misteri. Sekiranya alam ini sudah terlalu banyak yang diluar jangkaan fikiran, apatah lagi Penciptanya!

Sudah tentu Penciptanya jauh lebih hebat dari itu!

Adalah amat tidak wajar bagi mereka untuk menolak kewujudan Tuhan hanya kerana mereka gagal memikirkan tentangNya. [ Gagal memikirkan tentangNya bukanlah bermaksud kita tidak dapat membuktikan kewujudanNya, tetapi gagal mengetahui sifat-sifat dan ciri-ciriNya, lebih-lebih lagi tanpa bimbingan wahyu yang diturunkanNya. Beberapa kemungkinan ciri-ciri Tuhan telahpun dijelaskan oleh sains seperti eternal, omniscient, omnipotent etc. Ciri-ciri ini tidak bercanggah dengan konsep ketuhanan Islam. ]

Di dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW. menyebutkan:

“Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, janganlah kamu berfikir tentang Allah,
kerana sesungguhnya kamu tidak akan mampu menyamai kekuasaanNya.”
[ Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Hadis ini dinilai sahih (authentic) oleh al-Albani dalam “Sahih al-Jami’ ash-Shaghir.”]

KEWUJUDAN TUHAN

Islam tidak banyak menekankan persoalan kewujudan Tuhan. Islam lebih menekankan tentang membawa manusia kepada Tuhan yang satu. Ini kerana, Tuhan telahpun ‘berada’ dalam diri manusia. Majoriti manusia telah pun percaya kepada Tuhan tanpa mengira di mana mereka berada, samaada di bandar, desa, hutan belantara, padang pasir mahupun di pulau. Inilah yang disebutkan sebagai dalil (petunjuk, petanda, bukti) fitrah (nature).

Dalam membincangkan isu kewujudan Tuhan ini, saya akan menggunakan beberapa pendekatan dan bukti:

1. Dalil Fitrah
2. Risiko tidak mempercayai Tuhan
3. Dalil alam semesta
4. Bukti penemuan sains moden
5. Al-Quran dan Sains Moden

1. DALIL FITRAH

* Kecenderungan yang tertanam dalam diri manusia


Tuhan itu Maha Adil. Dia telahpun menanamkan ‘kecenderungan’ (tendency) dalam diri manusia untuk percaya kepadaNya serta mengikut ajaranNya. Inilah yang disebutkan sebagai fitrah. Manusia telah dicipta dengan acuan (mould) ini.

“Acuan Allah. Dan siapakah yang lebih baik acuannya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.” (al-Baqarah 2:138)

Itulah sebabnya al-Quran menyebutkan apabila roh pada mulanya hendak dimasukkan ke dalam jasad manusia, mereka telah disoal oleh Allah:

“…dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi".”
(Al-A’araf 7:172-173)

Itulah sebabnya juga, menurut Islam setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah atau Muslim:

"Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi atau Kristian." (Riwayat Bukhari & Muslim)

* Majoriti manusia mempercayai Tuhan

Disebabkan fitrah inilah, majority manusia percaya kepada Tuhan tanpa mengira di mana mereka berada, walaupun terpisah daripada tamadun manusia.

Seorang sejarawan (historian) menyebutkan:

“Dalam sejarah, boleh didapati negeri tanpa kubu (fortress), sekolah dan istana,
tetapi tidak pernah ditemui negeri tanpa rumah ibadah!” [Dinukilkan oleh Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya , “Akidah Salaf dan Khalaf.”]

Seorang ahli falsafah terkenal di Eropah yang bernama Rene Descartes mengatakan:

“Saya, dengan kesedaran sendiri mengakui tentang kekurangan yang ada pada diri saya;
pada waktu yang sama merasakan akan adanya Zat Yang Sempurna. Saya yakin dan percaya,
bahawa perasaan tersebut ditanamkan dalam diri saya oleh Zat yang Sempurna dan Yang menyandang segala sifat kesempuranaan itu. Zat itu adalah Tuhan.” [Dinukilkan oleh Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya “Allah Sang Wujud.”]

* Di saat-saat getir, hanya Tuhan yang berada dalam fikiran manusia

Al-Quran juga menyebutkan bahawa di dalam saat-saat getir, tiada suatu pun yang terlintas dalam fikiran manusia melainkan suatu kuasa supernatural yang tidak dapat dibayangkan oleh imaginasi manusia. Kuasa itu adalah Tuhan yang sebenar, iaitu Allah.

“Dialah Tuhan yang menjadikan Kamu dapat berjalan di daratan, (berlayar) di lautan.
Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira karenanya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka
berdo`a kepada Allah dengan mengikhlaskan keta`atan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): "Sesungguhnya jika engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur".” (Yunus 10:22)

* Contoh-contoh kes

Perkara ini telahpun dibuktikan dengan banyak kes yang pernah berlaku. Antaranya adalah dua kes berikut:

Kes 1: Cat Stevens (Bintang Pop sensasi 1970an)

Cat Stevens

Pada tahun 1975, ketika penyanyi pop sensasi Cat Stevens sedang berenang di Malibu, beliau telah mengalami suatu pengalaman yang hampir membawa maut kepada beliau (near-death experience). Beliau tenggelam di dalam air dan gagal mengapungkan dirinya.

Dalam keadaan cemas, getir dan takut itu, secara tiba-tiba terlintas hatinya lalu berdoa,

“Oh God! If you save me, I’ll work for you.”

Kemudian datang sebuah ombak besar lalu menolaknya ke pantai.

Beberapa lama setelah itu, abangnya, David yang baru pulang dari Jerusalem menghadiahkan senaskah al-Quran kepadanya.

Kagum dengan kandungan al-Quran serta mendapat ketenangan apabila membacanya, beliau mula mendekati Islam.

Pada tahun 1977, Cat Stevens memeluk Islam. Pada hari ini, beliau dikenali sebagai ‘Yusuf Islam.’ [Kisah ini boleh didapati dalam banyak dokumentari televisyen, laman-laman web, audio dan sebagainya. Ia boleh juga dilayari di http://en.wikipedia.org/wiki/Cat_stevens.]

Kes 2: William Rodriguez (Orang yang terakhir keluar dari bangunan WTC semasa peristiwa 9/11)

William Rodriguez

William Rodriguez merupakan bekas janitor di North Tower, World Trade Center (WTC), New York. Beliau adalah salah seorang pemegang master key yang boleh membuka semua pintu di bangunan tersebut. Pada kejadian serangan 11 September 2001, beliau telah berjaya menyelamatkan ratusan pekerja WTC yang terperangkap.

Beliau juga adalah orang yang terakhir keluar dari bangunan tersebut sebelum ia runtuh.

Jasa dan keberanian beliau telah menyebabkan beliau diberi penghormatan beberapa kali di White House dan dianugerahkan anugerah ‘National Hero Award’ oleh Senate of Puerto Rico.

Pada ketika itu, beliau merupakan seorang ‘agnostic’ – tidak percaya Tuhan.

Tetapi semasa kejadian 9/11, beliau telah melakukan sesuatu yang tidak mungkin dilakukan oleh seorang agnostic… berdoa kepada Tuhan!!

Di saat-saat getir dan cemas, ketika dalam beberapa insiden cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap, beliau beberapa kali berdoa,

“God, please help me…!”

“I beg You…!”

Setelah laporan siasatan yang dibuat oleh 9/11 Commission dikeluarkan, beliau berasa tidak berpuas hati kerana banyak perkara yang didapati cuba ditutup (conceal) oleh badan tersebut. Kenyataan beliau dan saksi-saksi lain yang terselamat juga tidak dimasukkan dalam laporan siasatan itu.

Berdasarkan pengalaman yang dialami beliau dan bukti-bukti lain, beliau meragui bahawa kejadian tersebut adalah suatu serangan pengganas. Sebaliknya beliau percaya ia adalah suatu ‘controlled demolition.’

Oleh sebab itu, William Rodriguez sering dijemput ke persidangan-persidangan, seminar dan majlis-majlis lain bagi menceritakan pengalaman beliau. Ini termasuk majlis-majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Islam. Beliau telah berkongsi pentas dengan para imam, sheikh dan tokoh-tokoh termuka dari dunia Islam. Secara tidak langsung, ia telah memberi ruang kepada beliau untuk mengetahui kefahaman Islam yang sebenar.

Pada Disember 2006, beliau telah memeluk Islam di tangan Sheikh Yusuf Estes, seorang pendakwah terkenal yang juga merupakan bekas paderi Kristian, ketika berkongsi teksi dengan beliau ke sebuah program. [Kisah beliau boleh didapati di http://en.wikipedia.org/wiki/William_Rodriguez tetapi tidak diceritakan tentang kemasukan beliau ke Islam. Walau bagaimanapun, perkara ini diceritakan oleh beliau sendiri ketika lawatan dan ceramah-ceramahnya di Malaysia pada Julai dan Ogos 2007. Ini boleh didapati di Portal Rasmi Negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia: http://www.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=72&Itemid=2&lang=en. Kisah beliau, termasuk pengakuannya berdoa ketika berada di WTC pada hari kejadian dipaparkan oleh saluran televisyen NTV 7 dalam program wawancara khas bersama beliau, yang disiarkan pada 16 September 2007, jam 6.30 petang.]

* Fitrah adalah petanda dalam diri manusia

Kes-kes dan pengalaman di atas adalah di antara bukti yang menunjukkan adanya fitrah dalam diri manusia yang membawa kepada Tuhan ketika berlakunya saat-saat getir.

Fitrah ini adalah dalil atau petanda (sign) dalam diri manusia itu sendiri.

Ia bukan sahaja membawa manusia kepada Tuhannya, tetapi juga kepada kebenaran Islam.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami dari segenap ufuk (horizon)
dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa ini adalah kebenaran. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (Fussilat 41:53)

* Islam dapat diterima oleh semua

Itulah sebabnya Islam dapat diterima oleh semua orang, tanpa mengira tahap pemikiran dan intelektual. Kecenderungan fitrah ini mampu mendorong manusia kepada kebenaran.

Kita tidak perlu menjadi seorang ‘rocket scientist’ untuk menjadi seorang muslim.
Tetapi sekiranya kita seorang ‘rocket scientist,’ kita juga boleh menjadi seorang muslim!!

Penjelasan-penjelasan berikut hanyalah sebagai tambahan. Ia mungkin sesuai bagi mereka yang dikategorikan sebagai orang yang mempunyai keupayaan akal yang tinggi, termasuk ‘rocket scientists.’

2. RISIKO TIDAK MEMPERCAYAI TUHAN

* Pascal’s Wager

Blaise Pascal

Seorang ahli matematik terkenal Perancis, Blaise Pascal, pernah menulis kira-kira 350 tahun dahulu:

“God is, or He is not. But to which side shall we incline? Reason can decide nothing here… You have two things to lose… the true and the good… Let us weigh the gain and loss in wagering that God is. Let us estimate these two chances. If you gain, you gain all; if you lose, you lose nothing. Wager, then, without hesitation that
He is.”
[Ini adalah pernyataan yang terkenal dengan nama ‘Pascal’s Wager’. Teks ini diambil daripada buku “In God We Doubt” karangan John Humphrys.]

Sebagai seorang Muslim, kita tidak bersetuju dengan ‘Pascal’s Wager’ di atas apabila dikatakan ‘Reason can decide nothing here.’ Ini kerana, Tuhan telah memberikan tanda-tanda (signs) yang boleh difikirkan oleh akal manusia. Namun, argument beliau yang meletakkan Tuhan itu wujud sebagai pilihan yang selamat dan menolak kewujudan Tuhan sebagai pilihan yang merbahaya adalah boleh diterima.

3. DALIL ALAM SEMESTA

* Tanda-tanda (signs) sudah mencukupi

“Katakan pada suatu hari anda memasuki sebuah hutan.

Sedang anda berjalan meredah hutan tersebut, anda ternampak banyak kesan tapak kaki harimau. Kemudian setelah beberapa lama anda berjalan lagi, anda ternampak bangkai haiwan yang telah dilapah dengan kesan-kesan kuku dan taring harimau.. Setelah itu, tidak jauh dari tempat bangkai itu, anda menemui pula najis harimau. Kemudian anda menemui banyak lagi kesan yang menunjukkan terdapatnya populasi harimau dalam hutan itu.

Apakah perasaan anda pada ketika itu?

Adakah anda menunggu sehingga anda bertemu dengan sang harimau untuk mempercayai kewujudan populasi haiwan tersebut, merasa takut dan berhati-hati meredah hutan?

Adakah anda menunggu sehingga anda dapat melihat samaada saiz harimau itu besar atau kecil dan samaada liar atau jinak untuk anda mengambil langkah berhati-hati?

Mungkin pada ketika itu anda telahpun terlewat untuk berhati-hati!!”

Sebenarnya, kita tidak perlu melihat sesuatu perkara terlebih dahulu untuk mempercayai perkara tersebut. Petanda-petanda (signs) sudah cukup untuk membuatkan kita meyakini akan sesuatu perkara.

Jika dibandingkan dengan Tuhan, kemampuan manusia sangatlah terbatas. Kita tidak akan mampu memikirkan tentang Tuhan. Maka, cukuplah sekadar manusia mengetahui tanda-tanda kewujudanNya.

Cukuplah juga kita mengenaliNya sebagaimana Dia memperkenalkan diriNya kepada kita melalui wahyu yang diturunkan. Itulah sebabnya Tuhan telah menjadikan alam semesta dan segala yang berada di dalamnya sebagai tanda yang jelas bagi manusia.

“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?” (Adz-Dzariyat 51:20-21)

* Keharmonian alam sebagai tanda yang jelas buat manusia

Kejadian alam semesta adalah sangat teratur, tersusun, sistematik, harmoni dan tidak ada sebarang cacat celanya. Ini tidak mungkin terjadi dengan sendirinya secara kebetulan (by chance/coincidence). Ia mestilah diatur oleh suatu Kepintaran (Intelligence) atau Kuasa yang mengurus dan mengaturnya.

Berikut adalah beberapa contoh keteraturan alam sekeliling kita:

Jarak bumi dari matahari

Bumi terletak pada kedudukan yang sangat tepat. Sekiranya jarak bumi dari matahari lebih dekat berbanding kedudukannya sekarang, haba yang diterima oleh bumi akan berlebihan dan tidak dapat memungkinkan banyak hidupan hidup di atasnya seperti sekarang.

Sekiranya jarak bumi dari matahari lebih jauh berbanding kedudukannya sekarang, bumi akan dilitupi glasier dan suhunya yang terlampau sejuk tidak dapat memungkinkan banyak hidupan hidup di atasnya. Itulah sebabnya tiada hidupan berada di atas planet-planet lain.

Kandungan air bumi

John Ray, seorang saintis Inggeris abad ke-18 menyebutkan seperti berikut:

… If there were but half the sea that now is, there would also be but half Quantity of Vapors, and consequently we could have but half as many Rivers as now there are to supply all the dry land we have at present, and half as much more; for the quantity of Vapors which are raised, as well as to the heat which raised them.

The Wise Creator therefore did so prudently order it, that the seas should be large enough to supply Vapors sufficient for all the land. [John Ray, The Wisdom of God Manifested in the Works of the Creation.]

Komposisi oksigen

Atmosfera bumi mengandungi 77% nitrogen, 21% oksigen dan 1% karbon dioksida, argon dan gas-gas lain.

Oksigen sangat penting untuk hidupan. Tanpa oksigen, banyak hidupan akan mati.

Oksigen juga adalah gas yang mudah terbakar. Sekiranya kandungan atmosfera bumi adalah sebanyak 22% dan bukannya 21%, seluruh hutan akan terbakar hanya dengan satu halilintar. Sekiranya kandungan oksigen adalah sebanyak 25%, keseluruhan bumi akan terbakar.

Selain itu, terdapat satu sistem yang cukup sempurna bagi mengekalkan komposisi oksigen ini. Manusia dan haiwan bernafas menggunakan oksigen dan mengeluarkan gas karbon dioksida. Manakala tumbuh-tumbuhan menggunakan karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen. Dengan kitaran ini, komposisi oksigen dalam atmosfera bumi sentiasa kekal sebanyak 21%.

"Fine Tuning of the Universe"

Hukum-hukum yang mengaturkan alam semesta ini mengandungi pemalar (constants) tertentu.

Sebagai analogi, peraturan negara juga mempunyai nilai tetap tertentu, contohnya cukai untuk makan di Malaysia ditetapkan sebanyak 5%, samaada kita makan di McDonald's, KFC mahupun di Pizza Hut.

Samalah juga dengan alam semesta. Cahaya ditetapkan supaya bergerak pada halaju yang sama, iaitu 300,000 km sesaat, samada di Bumi, di Marikh mahupun di Pluto.

Saintis pernah bertanya, apakah yang akan berlaku sekiranya kita mengubah nilai tetap ini? Adakah alam semesta kita akan berbeza?

Sebagai contoh, kita ambil halaju cahaya. Sekiranya halaju cahaya lebih daripada 300,000 km sesaat, adakah terdapat perbezaan yang besar?

Mereka membuat perkiraan dan mendapati bahawa sekiranya cahaya "melanggar" halaju yang ditetapkan dan bergerak lebih laju daripada 300,000 km/saat, ia akan menyebabkan perubahan yang sangat mendadak di mana bintang-bintang menjadi "terlalu terang" (high luminescence) dan tidak boleh menyokong kehidupan!

Sebaliknya, sekiranya cahaya bergerak terlalu perlahan pula, bintang akan menjadi kurang terang (low luminescence) dan juga tidak boleh menyokong kehidupan!

Para saintis membuat kajian terhadap setiap pemalar yang wujud di dalam hukum-hukum fizik lalu mendapati perkara yang sama - pemalar yang diwujudkan adalah "just right" dan "just perfect" untuk menyokong kehidupan di atas muka Bumi!

Dalam setiap kes, sekiranya pemalar diubah walaupun sedikit, kehidupan tidak mungkin wujud!

Kita ambil suatu lagi contoh. Melalui proses "fusion," Matahari menghasilkan tenaga dengan menggabungkan dua atom hidrogen untuk menghasilkan elemen lebih besar. Dalam proses penggabungan dua atom hidrogen ini, 0.7% daripada jasad hidrogen dibakar mengeluarkan tenaga.

Jika hanya 0.6% jasad hidrogen dibakar, proton dan neutron dalam hidrogen tak boleh bergabung, dan elemen lebih besar tidak dapat dihasilkan - alam semesta akan dipenuhi dengan hidrogen sahaja dan planet-planet seperti Bumi tidak boleh terbentuk!

Sebaliknya, jika 0.8% jasad hidrogen yang dibakar, fusion akan berlaku terlalu pantas dan terlalu kerap sehingga semua hidrogen di seluruh alam semesta akan serta-merta habis dibakar, dan langsung tiada peluang untuk wujudnya kehidupan!

Kehidupan hanya boleh wujud jika jumlah jasad hidrogen yang dibakar antara 0.6% dan 0.8%.

Pengiraannya adalah sangat 'EXACT' dan 'PRECISE'.

Ini hanyalah dua contoh. Untuk melihat senarai penuh nilai-nilai tetap yang diperlukan pada nilai yang EXACT, boleh rujuk Evidence for the Fine Tuning of the Universe.

Roger Penrose, seorang ahli matematik, pernah membuat pengiraan bahawa kebarangkalian alam semesta yang boleh menampung kehidupan ini wujud secara kebetulan adalah 1/10(kuasa 10123).

Dalam matematik, 1/10(kuasa 50) boleh dianggap sebagai "zero probability" maka kemungkinan alam semesta ini boleh wujud secara kebetulan adalah sifar!

Terdapat banyak lagi contoh yang menunjukkan tentang keharmonian alam sekitar kita. Sebagai rujukan, sila rujuk buku-buku berikut:

* The Perfect Design in the Universe is not by Chance - Harun Yahya
* Wonders of Allah's Creation - Harun Yahya
* The Glory in the Heavens - Harun Yahya

Segala kesempurnaan ini tidak mungkin terjadi dengan sendirinya secara kebetulan. Sekiranya kesemua ini berlaku secara kebetulan, sudah tentulah banyak kerosakan dan ketidakaturan berlaku. Inilah petanda yang cukup jelas yang menunjukkan wujudnya suatu bentuk Kepintaran (Intelligence) atau Kuasa yang mencipta, merekabentuk, mengatur dan mengawal segala yang berlaku dalam alam semesta ini.

Seorang ahli fizik Inggeris yang bernama Sir James Jeans menyebutkan tentang kesempurnaan kedudukan dan susunan kosmos seperti berikut:

"A scientific study of the universe has suggested a conclusion, which may be summed up ... in the statement that the universe appears to have been designed by a pure mathematician." [Sir James Jeans, The Mysterious Universe]

Seperti yang disebutkan sebelum ini, kita tidak perlu melihat sesuatu untuk mempercayai kewujudan sesuatu itu. Tanda-tanda sesuatu itu cukup untuk membuktikan kewujudannya.

Kita tidak dapat melihat arus elektrik, namun kita yakin akan kewujudannya.

Kita yakin wujudnya cas-cas positif dan negatif yang disebabkan oleh elektron dan proton, walaupun kita tidak dapat melihatnya.

Kita yakin akan kewujudan kesemua ini hanya disebabkan oleh kesan-kesan dan tanda-tanda kewujudannya yang dibuktikan oleh eksperimen.

Demikian juga halnya dengan kewujudan Tuhan.

Kita tidak dapat melihat Tuhan, namun kita yakin bahawa Dia wujud.

Kita yakin akan kewujudanNya disebabkan oleh kesan-kesan dan petanda yang jelas
yang dapat dilihat pada kesempurnaan alam semesta ini.


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang,
bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat)
tanda-tanda bagi kaum yang memikirkan.” (Al-Baqarah 2:164)

4. BUKTI PENEMUAN SAINS MODEN

Pada tahun 1925, seorang ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble telah mengemukakan bukti bahawa seluruh galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa alam semesta ini sedang berkembang dengan pesat.

Edwin Hubble

Penemuan ini sangat penting kerana ia dapat memberi indikasi bagaimana alam semesta ini bermula.

Sekiranya proses ini diundurkan, iaitu dengan mengundurkan masa, kita akan dapati bahawa alam semesta ini suatu masa dahulu adalah lebih kecil daripada sekarang. Dengan kata lain, alam semesta ini mengecut dengan pengunduran masa. Sekiranya kita undurkan masa sehingga ke waktu alam semesta ini bermula, kita akan dapati bahawa alam semesta ini pada mulanya adalah satu titik yang sangat kecil yang disebut sebagai 'point of singularity.'

'Sebelum' point of singularity ini, alam semesta tidak wujud. Tiada ruang, tiada zarah dan tiada masa. Absolute nothingness!

Ini bermakna alam semesta ini ada permulaannya. Ia bermula daripada tiada kepada ada. Apabila kita katakan ia bermula daripada tiada kepada ada, ini bermakna ia dicipta. Ini seterusnya membuktikan bahawa wujudnya Pencipta yang menciptakan alam semesta ini yang menjadi Punca kewujudannya.

Pencipta ini memperkenalkan dirinya dalam al-Quran:

"Dialah (Allah) Punca kewujudan langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak
padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu." (al-An'aam 6:101)

Sila rujuk buku "The Creation of the Universe" oleh Harun Yahya untuk bacaan lanjut tentang perkara ini.

5. QURAN DAN SAINS MODEN

Katakan seseorang itu ditunjukkan dengan suatu objek atau mesin yang baru yang tiada seorang pun dalam dunia ini pernah lihat atau dengar berkaitannya.

Siapakah orang yang pertama yang mampu menceritakan tentang mekanisme objek ini dengan terperinci?

Jawapan yang akan diberikan mestilah "Pembuat" atau "Pencipta" alat tersebut.

Sebenarnya, pada 1400 tahun dahulu, al-Quran telah pun menyebutkan mekanisme alam semesta ini dengan terperinci. Sedangkan kesemua ini hanya ditemui oleh sains moden dalam tempoh 100 tahun lepas.

Sebagai contoh, fakta berkaitan dengan pengembangan alam semesta yang disebutkan tadi telah pun disebutkan dalam al-Quran:

"Dan langit itu telah Kami (Allah) binanya dengan kekuasaan dan sesungguhnya Kamilah yang mengembangkannya." [Adz-Dzariyat 51:47]

Para saintis telah mendapati bahawa alam semesta ini bermula dengan 'point of singularity' yang kemudiannya berlaku suatu letupan yang besar yang daripadanya terhasillah planet-planet, matahari, galaksi dan segala yang terdapat dalam alam semesta ini. Teori ini dipanggil "Big Bang Theory."

Perkara ini juga disebutkan dalam al-Quran:

"Tidakkah orang-orang yang menolak kebenaran itu melihat bahawasanya langit dan bumi itu sebelum ini bercantum (sebagai satu unit) kemudian Kami pisahkan keduanya?"
[al-Anbiyaa' 21:30]

Sebenarnya banyak lagi fakta-fakta saintifik yang baru sahaja ditemui dalam tempoh 100 tahun lepas yang disebutkan dalam al-Quran 1400 tahun lalu.

Ini termasuk fakta-fakta saintifik dalam bidang-bidang berikut:

* Astronomy
* Physics
* Botany
* Embryology
* Hydrology
* Geology
* Oceanology
* Zoology
* dan lain-lain.

Sila rujuk rujukan berikut untuk bacaan lanjut:

* Miracles of the Quran - Harun Yahya.
* The Quran and Modern Science: Compatible or Incompatible - Dr Zakir Naik
* A Brief Illustrated Guide to Understanding Islam


Buku "The Quran and Modern Science: Compatible or Incompatible" oleh Dr Zakir Naik

Al-Quran telah menyebutkan terlalu banyak fakta-fakta saintifik sehinggakan ia tidak mungkin disebutkan secara kebetulan. Ini dapat dibuktikan dengan menggunakan teori kebarangkalian (theory of probability). Sila rujuk Proving the Existence of God to an Atheist oleh Dr. Zakir Naik untuk penjelasan lanjut.

Kembali kepada soalan yang dikemukakan di awal perbincangan ini tadi, siapakah yang pertama yang dapat menjelaskan tentang mekanisme alam semesta ini?

Siapakah yang mampu menceritakan kesemua fakta saintifik ini yang baru ditemui sekitar 100 tahun lepas ini pada 1400 tahun lalu?

Jawapan yang paling logik adalah "Pembuat" atau "Pencipta" seluruh alam semesta dan segala yang terkandung di dalamnya.

Maka dengan ini terbuktilah wujudnya Pencipta alam semesta ini. Pencipta ini ialah Allah, Tuhan sekalian alam.

Penjelasan oleh Dr. Zakir Naik

KESIMPULAN

Melalui penerangan ini, maka terbuktilah wujudnya Tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini.

Ia terbukti dengan fitrah manusia itu sendiri, akal yang logik, penelitian terhadap alam semesta, pembuktian saintifik dan mukjizat al-Quran.

Tuhan ini bukanlah alam semesta dan bukanlah apa yang terkandung dalamnya. Dia yang berkuasa menciptakan alam semesta yang cukup hebat dan sempurna ini Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dia tidak bergantung kepada masa, makanan, makhluk dan segala sesuatu. Bahkan, segala sesuatu bergantung kepadaNya.. Tiada suatu pun yang setara denganNya.

"Katakanlah:
"Allah itu Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada suatupun yang setara dengan Dia"." [Al-Ikhlas 112:1-4]

"Katakanlah:
"Adakah (Tuhan) selain Allah untuk aku jadikan sebagai Pelindung; (Dia) Pencipta langit-langit dan bumi; (Dia) memberi makan (kepada semua makhluk) dan (Dia) tidak makan";

Katakanlah:
"Aku orang pertama yang menyerah diri (kepadaNya)," janganlah kamu menjadi di kalangan orang yang menyengutukanNya." [al-An'am 6:14]

WaLLahu A'alam.

Devil Fish di Sepanyol



Tanda-tanda Kejatuhan Empayar Amerika Syarikat

Amerika Syarikat sudah lama melakukan fitnah dan penganiayaan terhadap Islam dan telah membunuh ramai umat Islam. Maka kemungkinan besar bermacam malapetakan yang kini menimpa Amerika Syarikat dengan bertubi-tubi seperti becana ribut taufan, kebakaran besar-besaran serta kegawatan ekonomi adalah balasan dari Allah SWT. Dan kegawatan ekonomi yang bermula sejak setahun dua yang lalu kini memuncak dengan berlakunya krisis kewangan yang amat serius.

Telah dikatakan oleh pakar-pakar kalau krisis kewangan ini gagal diatasi dengan cepat, maka ekonomi Amerika Syarikat akan merundum dengan lebih teruk lagi dan akan hilanglah taraf Amerika Syarikat sebagai economic superpower. Seperti yang dikatakan oleh Presiden Iraq, Ahmadeenejad semasa bertemubual dengan Larry King di CNN baru-baru ini, empayar Amerika Syarikat sedang menjurus kearah keruntuhan.

Hari ini, Isnin 29 September 2008, pelan Presiden Bush yang bernilai USD 700 Billion untuk melakukan bailout bagi menyelamatkan beberapa syarikat kewangan gergasi akan dibentangkan semula di Congress Amerika Syarikat. Rakyat Amerika Syarikat rata-rata masih membantah pelan bailout tersebut kerana ianya digubal secara tergesa-gesa dan wang rakyat yang sebanyak USD 700 Billion itu lebih kepada menyelamatkan golongan kaya. Dengan tidak mendapat restu serta sokongan dari rakyat maka kemungkinan besar pelan bailout tersebut akan tidak begitu berkesan dalam mengatasi krisis financial meltdown yang sedang di hadapi Amerika Syarikat sekarang ini.

Kita telah melihat dalam sejarah keangkuhan dan kezaliman serta keterlaluan sesuatu empayar itu membawa kepada keruntuhan moral dan kegawatan ekonomi dan seterusnya kepada kehancuran sesuatu empayar itu. Begitulah telah tercatit dalam sejarah. Dan empayar Amerika Syarikat kelihatan sedang menuju keruntuhan tersebut. Begitu angkuh sekali Presiden Bush dan lain-lain pembesar Amerika Syarikat berulangkali menyebutkan 'this great country of ours." Lupa mereka bahawa mereka hanyalah makhlok yang lemah yang dijadikan oleh Allah SWT.

Sememangnya Amerika Syarikat telah dan sedang mengalami keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi, umpamanya dari mengalakkan seks rambang kepada membenarkan perkahwinan sesama jenis. Dan Amerika Syarikat berusaha pula mengeksport keruntuhan moral mereka itu ke negara-negara Islam terutamanya ke negara-negara Islam yang dijajahnya, iaitu Iraq dan Afghanistan.

Dan Amerika Syarikat bersama-sama negara-negara Barat yang memusuhi Islam telah terus menekan negara-negara Islam agar mengubahsuaikan hukum-hukum Islam atas nama hak kebebasan individu dan hak asasi manusia. Bermacam helah dan tipudaya seperti mewujudkan muhibbah antara agama dan mewujudkan inter-faith dialogue digunakan untuk memujuk umat Islam menggubah ajaran agama Islam. Tujuan jahat mereka adalah untuk mengelincirkan akidah umat Islam.

Memang setiap hari saya mendoa'kan agar Allah SWT melindungi umat Islam diseluruh dunia dari terus dianiayai dan dibunuh oleh Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya dengan menurunkan azab yang dahsyat-dahsyat secara bertubi-tubi ke atas Amerika Syarikat dan lain-lain negara dan bangsa yang memerangi Islam. Alhamdullilah saya dapati ramai umat Islam yang turut mendoa'kan yang serupa.

Doa' memohon kepada Allah SWT itu senjata kita, dan semakin jelas terbukti doa' kita umat Islam lebih kuat dari senjata nuklear yang ada di tangan musuh kita. Saya yakin segala macam bencana yang kini bertubi-tubi melanda Amerika Syarikat antara lainnya adalah akibat dari doa' kaum Muslimin dan Muslimat yang dianiayai itu yang dimakbulkan Allah SWT.

Lihat apa jadi kepada negeri China yang telah ambil kesempatan sebagai tuan rumah sukan olympik untuk menyerang dan membunuh ramai rakyatnya yang beragama Islam. Menurut kerajaan China tindakan kejam mereka itu bertujuan untuk memastikan sukan olympik di Beijing selamat dari serangan pengganas Islam.

Tidak beberapa minggu setelah tentera China memburu dan membunuh ramai rakyatnya yang beragama Islam itu, kita dapati gempa bumi yang amat dahsyat menimpa suatu kawasan di negri China. Ratusan ribu rakyat China terkorban. Sekarang China mengalami pula bala susu yang mengandungi bahan melamin yang mengakibatkan ramai bayi di Cina samada terbunuh atau jatuh sakit. Ini balasannya apabila menipu dalam perniagaan. Tidak berapa lama dulu alat permainan kanak-kanak buatan China didapati tidak selamat, dan dengan penipuan terbaru iaitu penipuan dalam pembuatan susu bayi yang mengandungi melamine ini pula, pengeksportan hampir semua produk China pasti akan terjejas.

Yang menentang azan di Malaysia, tengoklah nanti bala yang akan menimpa kamu semua.

Kita tunggu dan lihat lain-lain bala yang bakal ditimpakan oleh Allah SWT ke atas Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya yang memfitnah, mengkhianati dan membunuh umat Islam. Teruslah kita berdoa' agar Allah SWT akan melindungi kita umat Islam di seluruh dunia dan menimpakan becana malapetaka ke atas musuh-musuh Islam. Seperti yang kita umat Islam sedia maklum, doa' memohon kepada Allah SWT itu senjata yang amat kuat yang ada pada kita. Maka berdoa'lah dengan penuh keyakinan dan dengan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Yakin, jangan tak yakin.

Sebahagian dari lebih 600 ayat-ayat Al-Quran tentang Dakwah

Tahukah anda, ayat paling banyak dalam Al-Quran adalah berkenaan dakwah, yakni mengajak manusia kepada perkara kebaikan, dan mencegah dari perkara munkar, yakni mengajak manusia taat perintah ALLAH, ini antara ayat2nya.

“Kalau kamu membantu (agama) ALLAH nescaya ALLAH membantu kamu (untuk mencapai kemenangan) dan mengukuhkan tapak pendirian kamu”. (Surah Muhammad: 7)

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut supaya dia sedar dan berasa takut”. (Surah Taha: 44)

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mendamaikan antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan ALLAH, tentulah KAMI akan beri kepadanya pahala yang amat besar”. (Surah An-Nisa’: 114)

“Wahai anak (kesayanganku), dirikanlah solat dan suruhlah orang berbuat kebaikan serta laranglah mereka daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki bersungguh-sungguh dalam melakukannya”. (Surah Luqman: 17)

“Dan perintahlah keluargamu (dan umatmu) mengerjakan solah dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. KAMI tidak meminta rezeki daripadamu (bahkan) KAMI lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa. “Surah Taha: 132)

“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang yang beriman”. (Surah Az-Zariyat: 55)

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mentauhid dan mematuhi perintah) ALLAH dan dia sendiri mengerjakan amal soleh sambil berkata, “Sesungguhnya, aku adalah daripada kalangan orang Islam yang benar-benar berserah kepada ALLAH. (Surah Al-Fussilat: 33)

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; Dan orang-orang yang berpesan-pesan tentang yang hak dan berpesan-pesan dengan penuh kesabaran”. (Surah Al-Asr: 1-3)

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, kerana kamu mengajak berbuat kebaikan dan mengajak meninggalkan kemungkaran, serta kamu beriman kepada ALLAH (Surah Ali-Imran: 110)

13 Aurat Wanita

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ....

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kemuliaan Wanita Islam

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah antara kelebihan wanita yang kita ketahui, selebihnya hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui