Jumaat, Jun 17, 2011

Sebab Allah Menurunkan Bencana ke atas Manusia

TIADA siapa dapat menghalang kekuasaan Allah. Punca pelbagai bencana alam yang berlaku adalah disebabkan kemelut dan krisis yang sengaja diciptakan manusia itu sendiri. Sebahagian manusia hari ini seolah-olah hilang keyakinan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini.

Disebabkan kerenah dan krisis yang berlaku di kalangan manusia itulah juga barangkali Allah sengaja menimpakan bencana ke atas segelintir hamba-Nya sebagai ujian dan takdir yang tidak dapat ditolak.

Allah berfirman dalam surah as-Syura, ayat 30 yang bermaksud: "Dan apa jua yang menimpa kamu dari kesusahan (bala bencana) maka disebabkan oleh apa yang telah kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian dari dosa kamu."

Sebagai hamba yang sentiasa meyakini akan keadilan Tuhan, maka sudah sewajarnya kita sama-sama merenungi dan menghayati apa yang tersirat di sebalik mafhum ayat di atas.

Kisah Abdullah Ibnu Abbas

Di riwayatkan bahawa Kaiser (Raja) Rom telah menulis surat kepada Mu'awiyah bin Abi Sufyan yang dibawa oleh seorang utusan.

Isi surat tersebut berbunyi saperti berikut:


Wahai Mu'awiyah bin Abi Sufyan, beritahu kepada ku tentang persoalan persoalan ini:-

* Sesuatu yang tidak ada kiblatnya
* Orang yang tidak mempunyai bapa
* Orang yang tidak mempunyai ibu bapa
* Dan orang yang tiada kuburnya
* Tiga makhluk yang tidak di cipta dalam rahim
* Sesuatu, setengahnya dan yang tidak terkiranya
* Kirim kepada ku dalam botol ini sumber dari segala sesuatu

Mu'awiyah r.a kemudian mengirim surat dan botol tersebut kepada Abdullah Ibnu Abbas r.a pakar dan tokoh ulama fiqh agar menjawab soalan soalan soalan itu.

Abdullah Ibnu Abbas pun menjawab saperti berikut:

* Yang tidak punyai kiblat ialah Kaabah
* Yang tidak punyai ayah adalah Isa a.s.
* Yang tidak punyai ibu dan ayah ialah Adam a.s.
* Yang tidak punyai kubur ialah Yunus a.s yang di telan ikan nun
* Adapun tiga makhluk yang tidak di cipta dalam rahim ialah domba Nabi Ibrahim a.s., unta betina Nabi Saleh a.s., dan ular Nabi Musa a.s.
* Adapun sumber dari segala sesuatu itu ialah orang yang berakal yang menggunakan akalnya.Adapun separuh dari sesuatu ialah orang tidak berakal tetapi mengikuti pendapat orang orang yang berakal.Adapun yang tidak terkira ialah orang yang tidak berakal dan tidak mahu mengikuti fikiran orang orang yang berakal
* Kemudian beliau mengisi botol sehingga penuh dengan air dan berkata " Air adalah sumber dari segala sesuatu".

Kaiser Rom tersangat kagum dengan jawapan jawapan yang di berikan oleh Abdullah Ibnu Abbas a.s. itu.

Sumber: SurauKampung