Rabu, Februari 09, 2011

Feng Shui

Saya bukanlah orang yang arif tentang Feng Shui, malah kalau hendak dibandingkan, saya hanya tahu muqaddimah kepada muqaddimah Feng Shui sahaja tapi Insya Allah, saya akan perkenalkan kepada anda apa itu Feng Shui berdasarkan buku *Principles Of FENG SHUI yang dikarang oleh Sherman Tai. Buku ini bukanlah satu buku seperti novel, sebaliknya ianya merupakan satu buku yang ditulis secara ilustrasi, jadi sangat menarik untuk dibaca. Kefahaman tentang Feng Shui selepas membaca buku ini?Hanya satu peratus sahaja!

Ahli falsafah cina pada dulu kala mempercayai bahawa kehidupan ini bergantung kepada faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman ialah Nasib dan Tuah, faktor luaran ialah Persekitaran(feng shui). Penulis memberi satu analogi tentang sebiji benih soya. Benih soya itu, sebelum mula bercambah sudah ingin menjadi sebuah pohon soya yang besar dan segar, dia terus nekad dan nekad tapi ketika dia mula bercambah,alangkah malangnya kerana dia bercambah di bawah sebiji batu besar yang menghalangnya daripada mendapat cahaya matahari. Jadi, untuk si benih soya tumbuh dengan hebat? Dia hatus berpindah ke tempat yang senang mendapatkan cahaya matahari! Dalam konteks ini, tempat ada cahaya matahari atau tidak, itulah Feng Shui.

Allah Tidak Mahu Hambanya Masuk Ke Dalam Neraka

Islam agama yang menyekat kebebasan? Betul,Islam agama yang menyekat kebebasan penganutnya daripada memilih neraka! Allah tidak ingin walaupun seorang daripada hamba Nya dicampakkan ke dalam neraka. Buktinya,apa sahaja yang kita buat di atas muka bumi ini,jika perkara itu mendatangkan manfaat kepada kita dan orang lain,kita dapat pahala.Senyum, dapat pahala.Makan nasi, dapat pahala. Buang sampah, dapat pahala. Urut badan kawan, dapat pahala.Bahkan,niat baik pun dapat pahala.Senang cerita, semua yang baik,pasti pahala adalah ganjarannya.

Berbeza pula dengan dosa.Dikatakan apabila seseorang melakukan dosa, malaikat Rakib melarang malaikat Atib daripada menulisnya.Disuruhnya tunggu sehingga pelaku melakukan 10 kesalahan.Apabila 10 kesalahan dibuat, Rakib menyuruh Atib melihat adakah si pelaku ada melakukan kebaikan semasa dia melakukan 10 kesalahan.Jika ada,kesalahan- kesalahan tadi diampunkan dan jika tiada,10 kesalahan tadi ditulis sebagai 1 kesalahan.Istimewanya lagi,si pelaku masih boleh menghilangkan dosa itu dengan bertaubat.Inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Umar dalam satu kisah beliau dengan sahabat-sahabat.

Doa Si Penghuni Neraka

Menjadi lumrah manusia apabila dia dalam kesusahan,kepayahan atau kesakitan maka dia akan kembali kepada Pemilik nya.Begitu juga dengan manusia-manusia yang menghuni neraka kelak,apabila kesakitan itu sudah tidak dapat ditampung lagi,mereka akan berdoa kepada Allah, mengharap secebis belas kasihan daripada Tuhan sekalian alam walaupun mereka tahu semuanya sudah terlambat,nasi sudah menjadi bubur.

Dalam satu kisah yang diriwayat oleh Ibnu Al-Mubarak,katanya bahawa Al-Hakam bin Umar menceritakan kepada kami berita yang bersumberkan dari Muhammad Bin Ka’ab Al-Qardzi.Katanya: Telah sampai berita kepadaku bahawa ahli neraka itu akan meminta pertolongan kepada malaikat-malaikat penjaga neraka,seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah Ghafir ayat 49:

"Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam neraka kepada malaikat-malaikat penjaga neraka Jahannam: “Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Ia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari”.

Penghuni Masyar Minta Dipercepatkan Hukuman

Satu Pertanyaan timbul di kalangan ahli mahsyar, iaitu berapa lama mereka mesti berada di padang mahsyar tu? Tiada siapa pun yang tahu. Perit derita di alam mahsyar itu membuatkan mereka sudah terlalu lama berada di situ, dalam tangis dan keluhan yang tidah berhenti-henti, namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, tidak tahu hendak mengadu pada siapa. Mereka amat lapar tanpa sebutir makanan mengisi perutnya, tanpa setitik air yang membasahi tekaknya sejak sekian lama, malah sama sekali tidak pernah merasai hembusan angin yang boleh memberikan sedikit kelegaan.

Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak, setengahnya pula berdiri dengan kepala kebumi, mereka berkeaaan demikian selama 300 tahun akhirat. Suatu jangka masa yang tidak lagi diukur dengan peredaran bulan atau matahari, kerana matahari sudah tidak beredar seperi di dunia dahulu. Sesaatpun manusia, tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala, betapalah hingga 300 tahun ukuran akhirat.