Jumaat, Mac 28, 2008

Suami untuk Wanita di Syurga

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Your Computer Amazing Discovery

An Indian discovered that nobody can't create a FOLDER anywhere on the computer which can be named as "CON".

This is something pretty cool...and unbelievable... At Microsoft the whole Team, including Bill Gates, couldn't answer why this happened !

You may like to try and ask your friends to as well......

TRY IT NOW!!

IT WILL NOT CREATE "CON" FOLDER!!!

Roti Gardenia




Salam sejahtera kepada semua kaum Muslimin & Muslimat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, warkah ini disalin dan dikirimkan kepada masyarakat kita untuk member perhatian kepada satu
kegiatan yang menyalahi Hukum Syarak oleh sesebuah syarikat perniagaan.

Amat terkejut dan terperanjat apabila membaca satu artikel oleh Goola Warden dalam The Edge Singapore bertarikh 12 Januari 2004 yang mendedahkan bahawa QAF Limited ataupun dikenalai sebagai GARDENIA adalah pengeluar DAGING BABI terbesar di Australia dan Singapura. Perniagaan DAGING BABI adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan GARDENIA.

Sejak membaca risalah tesebut, fikiran saya terganggu memikirkan bahawa saya telah menjadi mangsa perbuatan aniaya, tidak jujur dan tamak syarikat GARDENIA. Dengan serta-merta, saya telah memberi amaran kepada keluarga, rakan dan taulan supaya tidak lagi membeli barangan keluaran GARDENIA. Jangan kita yang telah mengetahuinya terus menerus meletakkan dosa dibahu
kita dan ahli masyarakat orang Muslim.

Sebagai hamba Allah, adalah tanggungjawab saya untuk menyerlahkan situasi sebenar dan mengambil tindakan untuk menyaran kepada semua umat Islam supaya memberhentikan pembelian roti berjenama GARDENIA dengan serta merta dan masa hadapan. Syarikat ini secara langsung ataupun secara tidak langsung tidak menunjukkan rasa hormat dan keperhatinan kepada kaum
masyarakat Islam.

Saudara saudari sekalian, marilah kita berkongsi pengetahuan ini dengan rakan taulan Islam kita dan saya percara, sebagai umat Islam yang baik, saudara saudari akan mengambil tindakan yang sebenar untuk muslimat dan
musliman yang belum berpeluang mengetahui hal yang sebenar.

Semoga seluruh umat Islam bersatu tenaga dan kepercayaan untuk menghapuskan kesangsian yang terbukti benar untuk kebaikan semua umat Islam.

LPG Cylinders (cooking gas) Expiry date

Pernah dengar selinder gas LPG ada expiry date. Very important information.

Ramai kat luar sana yang tak tahu. Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut :

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March ( Suku pertama ),

B utk June ( Suku kedua ),

C utk Sept ( Suku ketiga ), &

D utk December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan. Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

How To recruit the right person for the job?

Put about 100 bricks in no particular order in a closed room with an open window. Then send 2 or 3 candidates in the room and close the door. Leave them alone and come back after 6 hours and then analyze the situation.

If they are counting the bricks. Put them in the Accounts Department.

If they are recounting them..Put them in Auditing.

If they have messed up the whole place with the bricks. Put them in Engineering.

If they are arranging the bricks in some strange order. Put them in Planning.

If they are throwing the bricks at each other. Put them in Operations.

If they are sleeping. Put them in Security.

If they have broken the bricks into pieces. Put them in Information Technology.

If they are sitting idle. Put them in Human Resources.

If they say they have tried different combinations, yet not a brick has been moved. Put them in Sales.

If they have already left for the day. Put them in Marketing.

If they are staring out of the window. Put them on Strategic Planning.

And then last but not least.

If they are standing around talking to each other and not a single brick has been moved.....

Congratulate them and put them in Top Management.

Jangan Melintasi di Hadapan Orang Sedang Sembahyang

Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padang pasir misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."

Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: "
Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak
lalu dihadapannya ."

Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir. Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.

Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: " Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya".

Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: "Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi oleh syaitan ."

Kod BABI Pada Makanan

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam
Oleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata
itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Temuduga Sebagai Calon JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah k ana nnya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.




Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah k ana n, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaim ana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaim ana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subh ana hu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Apakah Itu Istidraj?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Doktor Pakar

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.

"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.

"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.

"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul...

Suruhanjaya Antara Agama

Suruhanjaya Antara Agama atau dikenali sebagai IRC telah lama dicadangkan di peringkat Majlis Peguam Malaysia (MPM) dan dicadangkan untuk dilancarkan pada 24 dan 25 Februari 2005. Cadangan untuk menubuhkan Majlis Antara Agama (nama asal) yang dibawa oleh sekumpulan pertubuhan agmaa dan bukan kerajaan telah mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuk pertubuhan Islam dan kerajaan sendiri.

IRC merupakan hasil perancangan antara Majlis Perundingan Agama-agama bukan Islam (MCCBCHS) dengan Majlis Peguam Malaysia (MPM). Dengan agenda menyamaratakan semua agama, The Bar Council (MPM) memayungi beberapa pertubuhan untuk berlindung di bawah mereka malah penubuhan ICM ini hanyalah usaha untuk memusnahkan ketuanan dan keutuhan Islam. Di belakang MPM, satu badan pertubuhan dari Jerman iaitu Konrad Adenaeur Faundation (KAF) menjadi penaung termasuk dari sudut idea dan kewangan.

Apa yang lebih digeruni adalah umat Islam yang menerajui pemerintahan negara menyambut baik kehadiran IRC ini. Penganjur IRC bekerja keras untuk mendapatkan restu dari pucuk pimpinan negara dengan mengaburi mata masyarakat iaitu dengan menjemput pimpinan negara bersama-sama merasmikan IRC ini selepas menyedari tentangan berterusan daripada masyarakat. Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Dato' Seri Mohd Rais Yatim dalam ucaptama beliau, merasmikan persidangan ICM di Hotel Equatorial, Bangi menyatakan baginya tidak ada halangan untuk menubuhkan ICM. Katanya lagi, penubuhan majlis ini akan membantui halatuju yang seragam dan persefahaman antara agama selain menggalakkan amalan hidup secara harmoni semua penganut agama. Menurutnya lagi, penubuhan IRC ini selaras dengan pelaksanaan konsep Islam Hadhari yang mahu rakyat hidup dalam suasana harmoni.

Ujarnya lagi, denagn adanya ICM semua penganut agama boleh menganjurkan dan mengahdiri perayaan pelbagai agama dan lebih ekstrem lagi, beliau mengeluarkan kenyataan yang jelas bertentangan dengan akidah Islam yang membawa kepada penghinaan agam Islam sendiri, " Tiada mana-mana penganut agama yang boleh menyatakan bahawa agama mereka lebih baik dari agama lain".

KENAPA PERLU HENTIKAN ICM

Agenda ICM sebenarnya ingin memusnahkan Islam dan persefahaman kaum di Malaysia ini. Antara faktor yang meyebabkan ICM ini terpakasa ditangguhkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah menghidu agenda sebenar IRC dan mendapat desakan yang padu dari umat Islam seluruhnya dan dari parti Pembangkang, PAS ialah:

Menghina Islam

Meneliti tentatif program, pembentang kertas kerja merupakan orang yang banyak menimbulkan kontroversi tentang Islam, malah pernah secara tidak beradab mempertikai isu-isu asas dalam Islam, misalnya Malek Imtiaz, Haris Fathillah (selalu memberi ucapan tentang murtad dalam perjumpaan Majlis Peguam), Leonard Teoh (peguambela yang mewakili Aishah Bukhari dalam isu murtad), dan seorang wakil Sisters in Islam. Antara fungsi utama IRC nanti ialah mengadakan satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah antara agama, misalnya hak orang Islam untuk murtad, dan ini tentulah tidak dapat dibiarkan begitu saja oleh orang Islam.
Presiden MCCBCHS (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism), V Harcharan Singh, secara terus terang dalam wawancara TheSun weekend, 29 Januari lalu, menimbulkan hal-hal sensitif ini, termasuk keperluanorang Islam diberi hak murtad. Kenyataan itu sebenarnya adalah lanjutan daripadamemorendum "anti-Islam" majlis berkenaan kepada Majlis Peguam, yang kemudiannya mencetuskan idea penubuhan IRC. Harcharan juga mengkritik pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tindakan menahan orang-orang Islam yang melakukan kerja-kerja bertentangan dengan agama, di sebuah kelab malam baru-baru ini. Beliau mempersoal kuasa JAWI untuk berbuat demikian, bukan lagi sekadar mengkritik kaedah penahanan dilakukan. Baginya, isu-isu berkaitan moral harus dibiarkan kepada keluarga dan individu sahaja.
Bukan itu sahaja IRC yang dicadang itu seperti dimaklumkan penganjurnya, Malek Imtiaz Sarwar bukanlah satu badan yang prihatin dalam hal ehwal mempraktikkan agama, tetapi mementingkan hak asasi manusia tentang agama, seperti hak keluar dari agama, hak mempersoal mana-mana agama, tidak kira sama ada mereka penganut agama berkenaan atau tidak. Sehinggakan perlu diwujudkan pendaftar Murtad di setiap mahkamah rendah atau tinggi.

Membelakangi Kuasa Yang Di Pertuan Agong

Menurut Ketua Penerangan Dewan pemuda PAS Pusat Wilayah Persekutuan, Herman Samsudden, penubuhan ICM ini sebenarnya telah membelakangi kuasa DYMM Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama di negara ini. Tindakan ini secara sedar atau tidak telah membelakangi urusan Majlis raja-Raja Melayu yang sepatutnya berhak ke atas hal ehwal umat Islam. Menurut beliau lagi, sekiranya sesuatu penubuhan yang bertitik tolak kepadac agama Islam atau yang menyentuh agama Islam seharusnya melibatkan pengetahuan pihak Majlis Raja-raja, mufti dan ulama'. Selain itu, DPPWP tidak mengiktiraf Sisters In Islam dan Majlis peguam Malaysia sebagai wakil umat islam di negara ini dalam membahaskan isu atau cadangan menubuhkan ICM kerana bukan di kalangan Ulama'.

IRC bakal Memusnahkan keharmonian berbilang kaum

Walaupun usaha menubuhkan Majlis Antara Agama (IRC) ditentang hebat masyarakat Islam namun satu persidangan bertaraf nasional telah diadakan Februari lepas. Penganjur giat melobi untuk mendapat sokongan kerajaan. Persidangan ini sengaja mempersoalkan beberapa prinsip asas Islam. Idea asal IRC tercetus dari memorandum dan desakan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS) yang diserahkan kepada Majlis Peguam. Kini ia dijuarai Majlis Peguam sendiri. Agama dalam kad pengenalan. Keseluruhan memorandum MCCBCHS bertarikh 21Ogos2001 itu berbau anti-Islam. Antara aduan dan tuntutan mereka ialah:
· Orang Islam hendaklah diberi hak untuk murtad. Supaya dapat berbuat demikian, mahkamah sivil dan bukanlah badan berkuasa syariah, yang berhak menuntut kebebasan untuk murtad sebagai satu aspek kebebasan agama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan bagi orang Islam.
· Definisi Muslim dalam undang-undang negeri adalah amat luas dan tidak mematuhi Perlembagaan. Usaha yang dibuat oleh badan-badan berkuasa syariah adalah melampau dan boleh dipertikai.
· Kad pengenalan orang Islam sepatutnya tidak mencatatkan agama mereka.
· MCCBCHS dan juga beberapa orang dalam Majlis Peguam, serta jawatankuasa kecil hak asasi manusia di bawahnya, tidak peduli dan sensitif dengan hakikat bahawa: Bukan Islam tidak berhak membangkitkan isu-isu yang hanya menyentuh orang Islam sahaja dan juga ajaran Islam.
· Ada cadangan supaya IRC boleh bertindak seperti mahkamah, iaitu memutuskan masalah yang timbul antara orang Islam dan bukan Islam dan juga antara sesama Islam, sehingga menguatkuasakan hukumannya. Ertinya, badan yang dianggotai orang Islam dan bukan Islam ini boleh memutuskan bahawa orang Islam mempunyai hak untuk murtad

Berselindung atas Nama Kemanusiaan

Memorandum itu juga berselindung atas nama kemanusiaan. Hujah mereka, ramai yang menganut Islam secara terpaksa kerana mahu berkahwin. Apabila gagal dalam perkahwinan akan menghadapi masalah besar untuk kembali kepada agama asal, dan terpaksa menanggung kesusahan.Namun, jika alasan ini diterima maka kemudiannya, alasan-alasan lain juga akan didesak untuk diterima.

Golongan tertentu dalam Kristian dikatakan giat berusaha menubuhkan IRC sambil memperkudakan agama-agama lain yang sendiri terkilan kerana penganut mereka dipengaruhi Kristian. Tiada kompromi terhadap sebarang usaha untuk mempersoalkan prinsip asas Islam, yang tidak terpakai kepada bukan Islam, dan menyentuh orang Islam sahaja, tidak kira sama ada saudara baru atau dilahirkan sebagai Muslim. Mereka berhak memperdebatkan ajaran agama mereka sahaja dan tidak mempersoalkan ajaran agama-agama lain, apatah lagi jika ia ditimbulkan demi kepentingan mereka.

Cuba bayangkan senario ini nanti: Jika orang Islam pun mencabar ajaran Kristian, misalnya patung yang digantung atas salib adalah Jesus Christ, iaitu Nabi Isa kepada orang Islam.Islam menafikan Nabi Isa mati disalib. Oleh itu, adakah orang Islam boleh mendesak agar patung itu dikeluarkan, salib saja boleh pakai?Begitu juga berkaitan Sikh,yang dalam kitab mereka merujuk Tuhan sebagai Allah. Apa akan jadi apabila umat Islam menggesa supaya istilah Allah itu digantikan dengan nama tuhan yang lain?

Peranan Konrad Adenaeur Foundation (KAF)

Satu lagi perkembangan kurang sihat dalam hal berkaitan adalah campur tangan Peter Schier, Pengarah Konrad Adenauer Foundation (KAF) Malaysia, dengan memberi bantuan kewangan, bagi mempromosikan aktiviti seumpama itu. Awal-awal lagi satu kumpulan Muslim menjelaskan sikap penentangan mereka kepadanya, terutama campurtangannya sebagai orang asing dalam masalah agama di Malaysia. Ketika itu beliau beranggapan penubuhan IRC adalah tidak sesuai, bukan disebabkan ia bersifat anti-Islam, tetapi kerana masalah rumit dalam perlantikan wakil-wakil untuk setiap agama.Kini jelas beliau tidak bercakap benar!Peter Schier terbabit dalam beberapa aktiviti yang memberi gambaran buruk kepada Islam.Beliau pernah menganjurkan persidangan Etika Global,yang merupakan satu konsep sekular,bertujuan menggantikan agama sebagai sumber ajaran moral dan etika.Beliau mengambil ajaran-ajaran bersamaan dari semua agama, yang digabungkan semuanya menjadi sumber utama etika dan moral, manakala agama kemudiannya diketepikan.Dalam kegiatan yang sama beliau juga menayangkan satu dokumentari mengenai Etika Global. Di dalamnya ada beberapa aspek yang memberi gambaran buruk kepada Islam. Ini ditentang beberapa tokoh Islam terkemuka seperti Prof Kamal Hassan dan pemimpin ABIM. Beliau turut menjadi editor bersama buku bertajuk "Is Malaysia an Islamic State?" yang mana beberapa isu-isu bertentangan dengan kedudukan Islam di Malaysia telah diheboh-hebohkan?

Peter Schier dikatakan pakar dalam campurtangan masalah politik di negeri beliau bertugas. Pada tahun 90-an, semasa beliau di Kemboja sebagai wakil KAF, beliau telah diserang oleh beberapa pihak di sana kerana campurtangannya dalam hal ehwal politik negara itu. Sekarang nampaknya beliau melakukan kerja yang sama di Malaysia.Tepat sekali digambarkan beliau sebagai "cultural saboteuer" (pakar sabotaj budaya). Kerajaan digesa supaya meninjau gerak-gerinya yang sentiasa memasukkan pendirian "anti-Islam" melalui kegiatan KAF di negara ini sebelum tercetus tragedi tidak diingini.

Aktiviti Promosi IRC

Selepas mendapat memorandum MCCBCHS, Majlis Peguam pada 8 Disember 2001 mengadakan festival hak asasi yang bertemakan Hak Kebebasan Agama. Majlis juga menerbitkan satu keluaran khas INSAF (buletin Majlis Peguam) tentang hak kebebasan agama menurut perspektif semua agama. Anehnya, agama lain digambarkan tiada khilaf tentang kebebasan agama dengan menerbitkan satu artikel saja untuk agama-agama itu, tapi bagi Islam pula ada tiga artikel khusus supaya menunjukkan khilaf; dua oleh Sisters In Islam dan satu oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dari PUM. Jawatankuasa kecil Syariah menulis beberapa surat kepada Majlis Peguam, menegaskan penentangan mereka kepada IRC.

Pada 17 Mei 2003, dianjurkan bengkel hak kebebasan agama. Beberapa NGO Islam seperti ABIM, ACCIN dan juga JUST serta Sisters in Islam menarik diri dari bengkel ini. Dalam konferens undang-undang Persatuan Peguam, isu hak murtad ditimbulkan beberapa kali sehingga ada beberapa hakim mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan ajaran Islam mengenai murtad. Akhir Februari lepas, mereka telah merancang satu persidangan kebangsaan bagi mendirikan IRC. Draf undang-undang penubuhannya telah siap. Badan-badan Islam dinasihati supaya tidak mendekati secara apa pun persidangan ini.

Tipu Helah

Majlis Peguam seolah-olah dalam keadaan terdesak bagi mendapatkan penglibatan orang Islam dalam mendirikan IRC. Justeru, mereka terpaksa melakukan apa saja untuk menunjukkan IRC mendapat sokongan orang Islam. Antaranya, nama-nama individu Islam yang telah begitu lama menarik diri dan tidak menghadiri mesyuarat untuk mendirikan IRC, masih dikekalkan dalam minit perjumpaan itu seolah-olah mereka mengambil bahagian aktif. Manakala AJK Syariah dimasukkan ke dalam IRC tanpa persetujuan mereka.

Dalam jawatankuasa penubuhan IRC, agama-agama lain diwakili seorang saja, tetapi untuk Islam diwakili pelbagai pihak yang bertentangan, yakni ACCIN (pendapat arus perdana Islam), kumpulan Kassim Ahmad(diwakili Sham Haris Fadhillah), Sisters in Islam dan Dr Chandra Muzaffar (yang berpendapat orang Islam harus diberi hak murtad).Tujuannya bagi menunjukkan dalam Islam ada pelbagai pendapat tentang murtad, selain melaga-lagakan pihak yang bertentangan itu. Walhal agama-agama lain juga mempunyai pertentangan yang ketara, tetapi dengan diwakili seorang saja seolah-olah agama-agama bukan Islam itu sepakat. Ini jelas satu pembohongan selain menimbulkan fitnah terhadap Islam.

PENUTUP

Islam merupakan Agama Samawi yang diturunkan Allah S.W.T kepada umat manusia bagi memberi panduan hidup dunia dan akhirat. Adapun agama-agama samawi lain seperti yang terkandung dalam kitab Taurat dan Injil, namun agama yang hanya diiktiraf oleh Allah S.W.T adalah agama Islam. Agama-agama lain telah banyak mengalami perubahan dek kerana tuntutan hawa nafsu sedangkan Islam dijaga kesuciannya oleh yang Maha Pencipta. Firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran;
ﺇﻦﺍﻠﺪﻴﻦﻋﻧﺪﺍﷲﺃﻹﺴﻼﻢ
" Sesungguhnya agama yang disisi (diredhai) Allah adalah Islam"
Firman Allah S.W.T lagi;
ﺇﻧﺎﻧﺤﻦﻧﺰﻠﻧﺎﺍﻠﺬﻜﺭﻮﺇﻧﺎﻠﻪﻠﺤﻔﻈﻮﻦ" Sesungguhnya Kami yang menurunkan Az-Zikr (Al-Quran) dan Kamilah yang akan menjaganya"

Dengan itu semakin hari semakin ramai di kalangan musuh Allah yang mula membenci Islam secara terang-terangan dan menzahirkan kebencian mereka melalui jalan rasmi dan pandangan masyarakat seolah-olah dikaburi oleh pelbagai janji dan alasan yang logik mengikut akal fikiran manusia yang tanpa bimbingan wahyu. Salah satunya adalah dengan menubuhkan IRC ini bagi menggalakkan umat Islam keluar dari Islam dengan sewenang-wenangnya. Selain itu terdapat lagi gerakan-gerakan yang ingin menghancurkan Islam seperti gerakan Missionary yang mempunyai kelab mereka tersendiri malah kukuh menjalankan aktivitinya di negara kita seperti Kelab Rotary Malaysia dan Kelab Lion King Malaysia. Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al –Baqarah;
ﻮﻠﻦﺗﺮﻀﻰﻋﻧﻚﺍﻠﻴﻬﻮﺪﻮﻻﺍﻠﻧﺼﺮﻯﺤﺗﻰﺗﺗﺒﻊﻤﻠﺗﻬﻢ
" Tidak akan sesekali redha yahudi dan tidak akan Nasrani (kepada umat islam) sehingga umat islam mengikut mereka".

Ada yang menyatakan bahawa penyamarataan agama mampu mencapai kesefahaman yang jitu dalam kehidupan intergriti di Malaysia. Oleh itu, pihak yang sangat membenci Islam ini mengambil ruang dan peluang dengan bertopengkan umat islam yang jahil ini demi meneruskan rancangan jahat mereka ingin menghancurkan islam. Ingatlah bahawa Nabi Muhammad S.A.W juga pernah membangunkan Islam di dalam masyarakat majmuk yang lebih banyak suku dan keturunan serta bangsa yang berbeza. Tetapi, tidak pernah sekalipun timbul isu yang menyebabkan keharmonian itu tergugat. Nabi S.A.W pernah bersabda;
ﺍﻹﺳﻶﻢﻴﻌﻠﻭﻭﻻﻴﻌﻠﻰﻋﻠﻳﻪ
"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi melainkan Islam"

Justeru, penyamarataan antara agama merupakan salah satu agenda yahudi dan nasara yang ingin melihat kejatuhan Islam ketika mana umat islam sedang leka dengan salah satu lagi agenda mereka iaitu perang pemikiran dengan menghidangkan pelbagai hiburan kepada umat Islam. Wahai umat islam, sedarlah… bangkitlah segera. Sekarang bukan lagi masanya untuk bertelagah antara parti politik, tetapi sekarang adalah masanya kita perlu mengembalikan Islam ke tempat asalnya. Kerana Islam sekarang semakin hari semakin ditindas oleh musuh-musuh Allah kerana kejahilan dan kelalaian umat Islam. Ayuh, marilah bersama menegakkan Islam di muka bumi ini. Jangan biarkan kelompangan dan kelemahan diri kita dimanipulasikan oleh musuh Allah.

Sekularisme

PENDAHULUAN

Pertembungan diantara sekularisme dan ajaran islam kian teserlah khususnya selepas jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1924.Hal ini kerana selepas kejatuhan itu Turki menjadi negara Islam pertama yang mengamalkan dasar sekular yang di pimpin oleh Mustafa Kamal At-Tartuk.Walaupun begitu, ajaran islam yang bersifat Rabbani terus utuh tanpa memerlukan campur tangan daripada manusia atau makhluk lain.

Walaupun jelas terserlah kepincangan fahaman sekular ini, tetapi ianya tetap mendapat tempat di hati segelintir umat islam.Sekularisme ini juga merupakan salah satu serangan pemikiran (ghazwatul fikr) yang di rancang oleh golongan Yahudi dan Nasrani yang telah lama memusuhi Islam.

PENGERTIAN

BAHASA

Dari segi bahasa sekular berasal daripada perkataan Latin iaitu SEACULUM yang membawa maksud SATU GENERASI atau ZAMAN.

ISTILAH

Dari segi istilah pula terdapat pelbagai takrifan mengenai sekular, antaranya:

KRISTIAN

Dunia yang bertentangan dengan gereja @ fahaman yang di bawa untuk menolak agama di dalam kehidupan.

KAMUS DEWAN

Fahaman atau doktrin yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersngkutan dengan agama (seperti pentadbiran awam dan lain-lain)

KAMUS ALAM AL-JADID

“Ia adalah satu semangat keduniaan atau kecenderungan duniawi”

KAMUS BBC

“Sekularisme ialah kepercayaan bahawa agama tidak sepatutnya mempunyai sebarang pengaruh atau hubungan dengan pentadbiran sesebuah negeri, sebagai contohnya di dalam bidang pendidikan ataupun aturan politik.Oleh itu, untuk mensekularkan sesuatau sistem seperti masyarakat atau pendidikan ialah bermakna merubahnya sehingga ia tidak lagi berada di bawah kawalan atau pengaruh agama.

Secara ringkasnya sekularisme ialah :

1.Pemisahan agama dari urusan kenegaraan. Iaitu mendirikan kehidupan kosong dari panduan agama.

2.Sekularisme mengakui kekuasaan yang mutlak, hak yang mutlak bagi umat

manusia,apa yang dihalalkan oleh manusia ia adalah halal sekalipun semua agama

langit bersepakat tentang pengharamannya.

3.Dasar rasmi dalam perundangan ialah penggubalan perundangan,u’ruf,asas

perundangan semula jadi, asas perundangan Islam, kaedah-kaedah keadilan,

mengutamakan u’ruf,penggubalan undang-undang dalam menentukan suatu hukum

dan membelakangkan asas-asas syariat Islam.

4.Undang-undang keseksaan ( Hudud dan Qisas) ditinggalkan sama sekali.

5.Hakim-hakim di mahkamah tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan sekadar melaksanakan undang-undang yang digubal dan tertulis disisi mereka dan sekiranya mereka menjalankan hukuman dengan yang lain dengan secara automatik ianya terbatal.

SEJARAH SEKULARISME

DI BARAT

Pada zaman pertengahan awal iaitu sekitar (476-1000 M), masyarakat eropah masih berada di dalam zaman kegelapan.Pada ketikan ini muncul institusi agama yang berjaya mengubah keadaan masyarakat menyebabkan lahirnya 2 kuasa utama iaitu Kerajaan yang bertindak sebagai pentadbir dan pihak gereja yang berperanan dalam pembentukkan nilai moral dan agama.

Setelah zaman kian berkembang, telah muncul ahli falsafah yang mula mengkritik ajaran agama yang di bawa oleh pihak gereja.Hal ini kerana pihak gereja dengan sewenang-wenangnya menyalah gunakan kuasa mereka.Kemuncaknya adalah melalui hukum kanun yang di gubal oleh pihak gereja, dimana dalam undang-undang baru ini Paus akhirnya menjadi kuasa politik tertinggi di dalam masyarakat kristian.Melalui konsep tersebut pemisahan kuasa di dalam agama kristian menjadi kabur di mana raja terpaksa meminta izin terlebih dahulu daripada Paus di dalam urusan pentadbiran.Selain itu paderi kristian juga telah terjebak kedalam penyelewengan harta,seks dan keruntuhan moral yang dahsyat..Antara tokoh yang lantang menyuarakan pendapat mereka ialah. Marsilio dan Machiavelli.Mereka berpendapat pembaharuan politik mestilah di lakukan dan penfsiran hubungan di antara gereja dan negara mestilah di tafsir semula.Selepas penafsiran semula ini keadaan bertambah buruk di mana gereja terus di asingkan daripada pentadbiran dan di nafikan fungsinya.

DALAM MASYARAKAT ISLAM

Perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah di lakukan dengan

teliti oleh pihak Yahudi.Mereka telah merancang gerakan ketenteraan di bawah pimpinan

Mustafa Kamal At-Tartuk dan selepas itu mereka berjaya menggulingkan Sultan Abdul

Hamid pada bulan Mac tahun 1924.

Dengan jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyah ini bermulalah era sekularisme

di dalam masyarakat dan negara islam.Mustafa Kamal At-Tartuk yang di gelar

“Bapa Turki Moden” merupakan yahudi Dunnama yang di latih untuk menerapkan

Pemikiran sekular kedalam negara-negara islam.Bermula dari sinilah Turki menjadi

Kiblat kepada negara-negara islam lain untuk di contohi dari sudut pembangunan negara.Kemudian idealogi ini terus tersemat kukuh di jiwa pemimpin islam dan rakyat yang berjiwa penjajah.

CIRI-CIRI SEKULARISME

Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang membolehkan kita mengenali fahaman sekular ini.Antaranya:

1. Penafian hal-hal kerohanian
2. Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam bidang agama.
3. Menafikan adanya nilai hidup yang tetap
4. Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
5. Menjauhkan agama daripada mengarah dan memandu hidup manusia di dalam berbagai bidang seperti kesenian,pendidikan dan moral.
6. Memerintah negara dengan membezakan di antara politik dan agama.

PENGARUH SEKULAR TERHADAP UMAT ISLAM

Agama

Agama hanya menjadi unsur ritual atau ibadat semata-mata dan ia tiada kaitan sama sekali dengan kehi dupan.

Kehidupan

Fahaman ini membezakan kedudukan manusia mengikut warna kulit, pangkat dan keturunan yang sememangnya bercanggah denagn ajaran islam.

KENAPA ISLAM MENOLAK SEKULARISME?

Secara keseluruhnnya islam menolak ajaran sekular.Ini kerana isi kandungannya bercanggah dengan akidah islam.Antaranya:

1.Sekularisme menghalalkan perkara yang diharamkan Allah swt.dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah swt.

2.Sekularisme adalah “Kufrun bawwahun ” kerana menolak kesempurnaan Islam dan memisahkan agama dari urusan keduniaan dan kenegaraan. Menolak syariat Islamiah dan perundangan Allah swt.

3.Sekularisme menyebabkan syariat Islamiah dan perundangan Islam lenyap dan hilang dari kebanyakan negara-negara Islam kerana mereka tidak melaksanakan Syariat Islamiah dan perundangan Islam.

4.Sekularisme adalah jalan ke arah kemunduran ketamadunan kemanusiaan dan ortodoks.

5.Sekularisme melahirkan undang-undang hasil pemikiran orang-orang bodoh dan golongan pekerja.

6.Syariat Allah swt. Adalah tinggi dan lebih baik daripada segala bentuk perundangan atau aliran fahaman hasil ciptaan manusia.

KEPINCANGAN SEKULAR YANG DI TOLAK.

1.Ia menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah swt.

Di dalam Syariat Islam terdapat perkara-perkara yang mahkum dan sabit yang tidak boleh menerima sebarang pindaan dan perubahan seperti hukum-hukum ibadah, hudud, hubungan jenis sesama manusia dan lain-lain lagi.

2.Menerima sekularisme adalah kekufuran yang nyata

Sekularisme sebagaimana yang diketahui adalah kehidupan yang nyata kosong dari konsep keagamaan atau memisahkan agama dari urusan kenegaraan.Secara jelasnya ia menuntut kepada berhukum dengan selain daripada apa yang diturunkan oleh Allah swt. Menjalankan perundangan atau menerima perundangan yang lain dari perundangan Allah merupakan satu kekufuran yang nyata ( kufrun bawwahun).

Firman Allah swt:

ومن لم يحكمبها انزل الله فالئك هم الكافرون

Surah al-maidah

3.Sekularisme melahirkan undang-undang dan peraturan orang-orang jahil

Apa yang dilakukan oleh sekularisma terhadap keinginan dan cita-cita bangsa kita, umat Islam? Sesungguhnya kedatangan sekularisme telah melenyapkan syariat dan perundangan Allah swt. Daripada kehidupan Umat Islam dilemparkan di belakang dinding sejak beberapa kurun yang lalu, menjadikan sekularisme tempat sandaran dan rujukan.Hal ini menyebabkan undang-undang berasaskan kehendak manusia di gubal dan di laksanakan.

4.Kerana syariat Islam adalah syariat yang tinggi

Kita menolak sekularisme kerana agama Islam yang kita anuti adalah satu agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Ini kerana fahaman-fahaman yang lain merupakan cetusan pemikiran manusia yang dangkal manakala Islam merupakan satu manhaj kehidupan yang diciptakan oleh Allah yang menciptakan manusia

Sabda Nabi SAW

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه

5.Sistem sekular dibina di atas dasar pemisahan agama dan negara

Sekularisma ditolak kerana sistem sekular yang dibina di atas dasar pemisahan agama dan negara dan berhukum dengan kehendak rakyat sebagai ganti Al-Quran dan As-Sunnah telah melenyapkan dan menghapuskan negara Islam dan syariatnya

6. Menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak

Sekularisma juga ditolak kerana ia menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak, moral dan akhlak mereka runtuh, dan ia juga punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesama manusia kerana kejahilan dan kebodohan pemimpin-pemimpin sekular yang tidak tahu hakikat kehidupan yang sebenarnya

CONTOH PENGARUH SEKULAR DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA-NEGARA YANG MENGAMAL FAHAMAN SEKULAR

Di dalam negara-negara yang mengamalkan undang-undang sekular terdapat beberapa ciri-ciri khusus yang terdapat di dalam perlembagaannya, antaranya:

Bahagian 1, perkara 4

“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa yang di luluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu”

Hal ini berlawanan dengan konsep al-Quran sebagai perlembagaan tertinggi dalam syariat islam.Sekiranya kita sebagai umat islam bersekongkol dalam menjayakan matlamat ini maka berhati-hatilah kita supaya tidak tergelincir aqidah kita.Sesungguhnya tidak akan merasa nikmat syurgalah kepada golongan yang mensyirikkan Allah.Dalam konteks ini sekiranya kita mengakui bahawa ada undang-undang lain yang lebih baik selain undang-undang Allah maka secara tidak langsung boleh merosakkan aqidah kita.

Selain itu juga kita sering terdengar ungkapan dari orang ramai seperti “Undang-undang Islam tidak sesuai dan ketinggalan zaman”, “Undang-undang islam kolot dan tak sesuai dengan zaman moden”, “Kalau laksanakan undang-undang islam akan timbul huru-hara kerana keadaan sekarang sudah aman” dan sebagainya.Lebih menyedihkan lagi apabila ungkapan ini turut lahir dari mulut golongan yang berpendidikan tinggi khususnya dalam bidang agama.

KESAN BURUK SEKULAR

1.Umat islam hilang kuasa politik yang ada pada mereka secara beransur-ansur.Jesteru itu keadaan umat islam akan menjadi lemah dan tidak ada kuasa walaupun menjadi golongan majoriti.

2.Sumber ekonomi halal akan menjadi terhad.Ini kerana kebanyakkannya telah mengamalkan sistem ekonomi yang batil.

3.Terhapusnya dasar islam.Iaitu undang-undang islam tidak dapat di praktikkan.

4.Menyebabakan hilangnya nilai dalam hidup umat islam itu sendiri.Mereka lebih mencintai dunia dan harta lebih daripada mencintai Allah.Hal ini membuatkan mereka menjadi angkuh dan pentingkan diri sendiri.

KESIMPULAN

Marilah kita sama-sama kembali kepada Islam dan menolak segala bentuk fahaman dan pemikiran yang bertentangan dengan Islam untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki di dunia maupun di akhirat.Ajaran sekularisma yang bersifat kuffrun nubuwwah ini mestilah segara di tentang bagi mengelakkan ia terus meresapi kedalam pemikiran generasi akan datang.

Akhirnya saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat sekalian supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk “Tafaqquh Fi Ad- Deen” di samping mencari ilmu dunia bagi membolehkan kita meruntuhkan fahaman ini yang menjadi fitnah besar kepada umat islam di seluruh dunia.

Mufti Wahabi

NAMA: Mohd Asri Bin Abdul Talib ( Telah menukar nama bapanya Kepada Zainul Abidin walaupun pernah mengharamkan penukaran nama bapa tetapi dia sendiri buat perkara yang dia sendiri haramkan)

TEMPAT& TARIKH LAHIR: Penang. Pada 1.1.1971
PENDIDIKAN: Kolej Islam Klang. Dikatakan pernah ditegur dan dinasihati oleh gurunya sendiri iaitu Datin Aminah agar tidak membawa fahaman Wahhabi tetapi Asri mengutuk & memperlekehkan ustazahnya itu sebagai tukang karut.
STATUS: Pendakwah Unit Dakwah Wahhabi Di Malaysia Yang Di Sponsor Oleh Negara Asing.
KES: Dikatakan pernah terlibat dengan pelbagai kes yang amat memalukan dan menjijikkan.

KESALAHAN BESAR DALAM AQIDAH:
- Menyandarkan Perbuatan Syirik Kepada Para Nabi.
- Menyamakan Wajah Islam Dengan Kristian.
- Berakidah Allah Duduk.
- Menghina Nabi Ibrahim Sebagai Watak Orang Jahil Tentang Tuhan.
- Mengkafirkan Umat Islam (Tawassul)
- Mempertahankan Orang Kafir Atheis Sebagai Beriman&Bertauhid Kepada Allah.
- Mendakwa Orang Kristian Bertauhid dan Beriman kepada Allah.
- Menghina Ilmu Aqidah Islam.
- Memperlekehkan Hukum Murtad.
- Mengkafirkan Ulama Islam Dengan Menyifatkan Sebagai Khawarij.
- Banyak lagi…

KESALAHAN BESAR DALAM FEQAH:
- Mendakwa Orang Buat Bid’ah Sesat Pun Dapat Pahala.
- Dakwa Pakai Serban Bukan Sunnah.
- Menghukum Sambutan Maulid Nabi Sebagai Sesat.
- Mengharamkan Sebutan Nama Nabi Atau Wali.
- Melakukan Perkara Yang Dirinya Sendiri Haramkan..
- Banyak lagi…

KES-KES LAIN:
- Tidak Amanah Dalam Menyunting Kitab Al-Ibanah.
- Memalsukan Kenyataan Aqidah Imam Syafie Dalam Seminar-seminar.
- Mengakui Telinga Dan Mulut Adalah Sifat Allah.
- Banyak lagi…

* Rujuk: www.drmaza.com
http://www.abu-syafiq.blogspot.com/

Mandi Bunga

Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.

Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:8). Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). Di kalangan orang Melayu, ‘mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’ sedangkan bagi orang-orang ‘agama” (mulanya pawang dan dukun, kemudian sami dan ‘Tok Ca’, akhirnya alim-ulama’) dipanggil dengan ‘berkat’ dan ‘keramat’.

Dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam serba-serbi ritual yang dijalankan. Limau berfungsi mengusir hantu dan syaitan, sedangkan bentuknya yang bulat-bujur melambangkan dunia sebagai ‘chakra’ di sebuah makrokosmos di dalam falsafah occultisme Hindu. Saya pernah melihat ketika Thaipusam, salah satu varieti Kavadi yang dibawa dengan tujuan mahu bertaubat dan bersyukur kepada dewa-dewi, mencucuk bahagian-bahagian badannya dengan set cangkuk-cangkuk besi yang tajam. Satu set cangkuk terdiri daripada dua cangkuk dihubungkan dengan seutas tali khas. Satu cangkuk akan dibenamkan menembusi kulit dan daging pembawa kavadi sedangkan satu cangkuk lagi akan dibenamkan dengan buah limau nipis yang akan dibiarkan berjuntai sambil berat buah limau itu akan menambahkan ‘efek’ cangkuk yang dibenamkan ke dalam badan yang pertama tadi (mungkin lebih sakit dan lebih susah maka lebih banyak pahala dan keampunan dosa yang diberikan??). Sesiapa yang sempat meneliti koleksi poskad tentang tema seperti ‘Malaysian Festival’ atau ‘Penang’ Insya-Allah akan dapat melihat sendiri, kalaupun tidak mahu memerhati dengan lebih dekat akan perarakan di Batu Caves atau Pulau Pinang. Mandi juga merupakan salah satu ritual yang popular di kalangan penganut Hindu, misalnya mandi untuk menyucikan dosa-dosa di Sungai Ganges atau mandi minyak pada pagi Deepavali.

Unsur-unsur ‘Islam’ (‘Popular Islam as been understood’, bukan Islam yang berteraskan al-Qur’an dan Sunnah yang sahih) akan ketara apabila bacaan mantera akan dimasukkan lafaz basmalah, dan diakhiri dengan hamdalah dan syahadah (Haron Daud,2001). Orang yang mandi akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema. Semua ini lebih ketara apabila mandi bunga dianggap sebagai suatu wasilah kepada ‘ikhtiar dan tawakkal’. Lebih pening lagi apabila bomoh sendiri berpesan ‘Allah sahajalah yang menolong awak, saya cuma berikhtiar’(??). Mandi Bunga juga cuba dirasionalkan sebagai ‘agama’ sebagaimana mandi-mandi lain yang disyari’atkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih seperti mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnat hari jumaat, mandi sunnat Hari Raya, dan sebagainya.

Unsur ‘Popular Islam’ juga ketara apabila teori ‘bau’ dapat difahami. Ada orang Islam yang percaya bahawa salah satu makanan makhlus halus khususnya jin dan roh ialah asap dan bau yang tertentu. Oleh itu, salah satu tujuan kemenyan dan setanggi akan dibakar dalam pelbagai upacara ialah untuk menguatkan kedatangan makhlus halus yang tertarik dengan ‘makanannya’. Sebaliknya makhluk halus yang jahat seperti hantu dan syaitan suka dengan ‘bau’ yang lain pula seperti darah dan benda-benda kotor sebagai makanan. Maka, kononnya apabila bau tertentu dihasilkan, makhluk yang suka kepadanya akan datang dan makhluk yang membencinya akan lari.

Oleh itu, aroma daun, bunga dan limau dalam mandi bunga akan menjauhkan makhluk jahat tertentu dan mendatangkan makhluk lain yang ‘baik’ (malaikat 44, jin Islam, roh wali-wali Allah, roh ‘Puteri Gunung Ledang’ dll ?) sebagai khadam atau ‘pendamping’.

[[[ Cuba fikirkan kenapa dalam majlis mawlid ada yang membakar kemenyan yang mahal-mahal (contohnya yang sekilo harganya sampai RM seratus lebih dibeli di Makkah) supaya ‘wangi’? Sekurang-kurangnya diusahakan agar ada bunga rampai daripada campuran daun pandan yang diracik, air mawar, minyak attar dan pelbagai bunga untuk ‘wangi’ ?

Dan mengapa pula ketika pembacaan mawlid, antara pertukaran satu section ke section lain akan diselangi dengan korus ‘ATIRILLAHUMMA QABRAHUL KAREEM…’bermaksud Ya Allah, HARUMkanlah kubur baginda yang mulia .. yang diulang-ulangkan?? (Nak HARUM dengan apa melainkan dengan aroma bau yang wangi?). Saya pernah hadir ke majlis mawlid (in fact saya pun berzanji juga waktu tu) yang ketika sampai ke part menceritakan kelahiran Nabi maka semua hadirin akan bangun bermarhaban sambil dulang-dulang berisi bunga rampai diedarkan untuk para hadirin mengambil seorang sedikit bunga rampai tersebut. Syukurlah kalau semua ni sekadar ‘tradisi’, ‘adat kebiasaan’ atau ‘prop’ dalam suatu pertunjukkan ‘teater berunsur Islam tahunan’ yang sangat bersahaja. Akan tetapi kalau dikaitkan dengan hadirnya roh Rasulullah SAW maka apa akan jadi dengan kesahihan aqidah kita?? Mujurlah kita di Malaysia belum terpengaruh dengan amalan puak Brelvi di India yang sampai menyiapkan pelamin emas untuk kononnya diduduki oleh roh Nabi ketika majlis mawlid. Wallahul Musta’an]]].

Mandi Bunga dilakukan dengan tujuan untuk membuang sial pada pelakunya, menjauhkan gangguan makhluk halus serta sekaligus menaikkan seri dan mendatangkan tuah (‘ong’ kata orang cina) bagi dirinya (Amran Kassimin,1993:34). Daun, bunga dan limau dengan sifat tertentu (contoh daun bertemu urat, warna tertentu etc.) dan bilangan tertentu (contoh tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun) ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan ‘mana’ atau tenaga tak berperibadi yang tersendiri yang akan mendatangkan manfaat yang diinginkan. Wujud juga varieti mandi untuk ‘membuang sial’ yang lain dikenali sebagai mandi tolak bala, ‘mandi pengantin’ untuk bakal pengantin, ‘mandi bertabal’ untuk pertabalan raja yang baru dan sebagainya.

Kenapa orang lain yang kena bersihkan sisa mandian? Sebab ‘sial’ (‘sueh’ kata orang cina) itu sudah ‘tumpah’ ke bahan-bahan mandian, maka kalau orang yang mandi juga yang bersihkan sisa tersebut maka nanti ‘sial’ itu ‘hinggap’ semula, tuah yang dijemput akan lari dan apa yang dihajati tidak dicapai.

Secara peribadi, saya berpandangan bahawa limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan ‘tiang seri’ dan ramuan utama dalam adat-istiadat orang Melayu. Misalnya:

i. Air tepung tawar yang ‘basic’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan tidak ketinggalan limau purut yang dihiris (O.K Rahmat,1983:11)

ii. Kajian A.Aziz Bidin dan Aishah Muhammad (1998:180) terhadap tumbuhan ritual mendapati limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang.

iii. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan sebagai pakej adat perkahwinan Melayu selepas kedua-dua pengantin bersatu dengan pengantin berpakaian lengkap dan duduk di bawah kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan sebagainya akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut (Syed Alwi,1986:41)

iv. Kajian Amat Juhari Moain (1990:105) di Sungai Dacing, Lenggeng Negeri Sembilan mendapati dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi, pawang akan mengambil limau-limau yang disediakan untuk ‘ditawarkan’ dengan cara menepung tawar, menjampi dan meludahnya tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi agar padi subur dan selamat dari bencana.

Demikianlah sedikit analisis tentang sebab dan teori mandi bunga, mohon dibetulkan mana yang salah. Adapun tentang kedudukannya di sisi aqidah dan syari’ah Islamiyyah , diserahkan kepada mereka yang lebih berilmu untuk menanggapinya, Insya-Allah.

Siapakah Tokoh-tokoh Islam Liberal

Aliran Islam Liberal wujud hampir di mana jua. Nama mereka mungkin berbeza-beza, bahkan mungkin tindak dikenali dengan nama tertentu. Akan tetapi manhaj mereka tetap sama iaitu membuka dan membebaskan tafsiran Islam demi mencapai kejayaan ala kebaratan. Apabila menyebut tentang tokoh-tokoh aliran Islam Liberal, terdapat satu kesamaan di antara mereka semua – iaitu mereka pernah mendapat didikan di negara Barat dan/atau pernah berkhidmat di mana-mana institusi pengajian Barat. Pengalaman ini menyebabkan mereka amat cenderung kepada apa sahaja yang berasal dari Barat tanpa memisahkan antara yang baik dan salah.

Di antara tokoh-tokoh aliran ini yang masyhur di Timur Tengah adalah Rifa‘at Bik al-Thantawi, Thaha Husein, Ali ‘Abd al-Raziq, Mahmud Abu Rayya, Ahmad Amin, Hasan Hanafi, Farag Foudah, Naser Abu Zaid, ‘Athif al-Iraqi, Nawwal al-Sa’dawi dan sebagainya. Pendapat tokoh-tokoh aliran Islam Liberal di atas banyak yang telah dijawab dan ditolak oleh tokoh-tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah di Timur Tengah, bahkan sebahagian daripada mereka telah ditarik balik ijazah kelulusan oleh universiti-universiti tempat asal pengajian mereka. [lebih lanjut rujuk buku Pembaruan Islam dan Orientalisme dalam Sorotan oleh Dr. Daud Rasyid (Akbar Media, Jakarta 2002), ms. 20-45]

Tokoh-tokoh ini melahirkan banyak anak murid tersendiri yang bergiat aktif menyebarkan dakyah Islam Liberal sehingga hari ini. Tidak kurang juga adalah tokoh-tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang bangun menjawab dan menolak mereka. Antara yang aktif ialah Syaikh Yusuf al-Qaradhawi, semoga Allah memeliharanya, di mana antara lain beliau pernah menulis:

“Di antara masalah paling penting yang sering saya peringatkan dalam beberapa buku yang saya tulis adalah berkenaan usaha musuh-musuh pemikiran Islam yang menciptakan keraguan terhadap ajaran-ajaran agama Islam yang sudah dapat diyakini kebenarannya tanpa ragu (musallamaat), dan berusaha mengubah perkara-perkara yang diyakini (yaqiniat) kebenarannya dan pasti menjadi perkara-perkara yang tidak pasti dan hipotetif (zhanniaat), serta hal-hal yang pasti dan kuat (qath’iat) menjadi tidak pasti dan mengandung pelbagai kemungkinan (muhtamalaat), yang dapat diambil atau ditolak, ditarik atau dilepas, dan dapat mengikuti pendapat kanan-kiri.

Sudah menjadi kejayaan yang amat besar jika mereka mampu menggoncang ajaran-ajaran agama yang tsabit lagi muktamad atau menyerangnya agar dapat dilenyapkan sehingga tidak menjadi sesuatu yang menghalang mereka saat mereka ingin menghancurkan benteng umat Islam atau setidaknya, menerobos pagarnya.
Pada zaman sekarang ini kita dapati ada orang yang meragukan keharaman khamar atau riba, atau tentang bolehnya talak dan berpoligami dengan syarat-syaratnya. Ada yang meragukan keabsahan Sunnah Nabi s.aaw. sebagai sumber hukum. Bahkan, ada yang mengajak kita untuk membuang seluruh ilmu-ilmu Al-Qur’an (Ulumul-Qur’an) dan seluruh warisan ilmu pengetahuan al-Qur’an kita ke tong sampah, lalu kemudian memulai membaca al-Qur’an dari nol dengan bacaan kontemporer dengan tidak terikat oleh suatu ikatan apa pun, tidak berpegang pada ilmu pengetahuan sebelumnya, juga tidak dengan kaidah dan aturan yang ditetapkan oleh ulama umat Islam semenjak berabad-berabad silam.

Di antara pendapat mereka adalah bahawa kalangan Ahli Kitab: Yahudi dan Nasrani, bukanlah kelompok kafir. Jika yang mereka maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani bukan kalangan ateis yang mengingkari Tuhan dan wahyu, tentu hal itu benar dan tidak dipertentangkan lagi. Namun jika yang mereka maksudkan itu adalah bahwa mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak kafir terhadap agama Muhammad dan risalahnya serta al-Qur’an dan penyifatan kafir yang disematkan kepada mereka itu adalah dengan pengertian seperti ini, tentu klaim seperti itu adalah salah.

Kekafiran Yahudi dan Nasrani adalah sesuatu yang amat jelas terlihat bagi individu muslim yang memiliki ilmu keislaman, walaupun hanya sebesar atom. Hal ini juga sesuatu yang disepakati oleh seluruh umat Islam dari seluruh mazhab dan aliran pemikiran sepanjang masa, baik kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, Syi‘ah, Mu’tazilah dan Khawarij. Demikian juga dengan seluruh aliran umat Islam yang ada pada saat ini: Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, Zaidiyyah, Ja’fariyyah dan Ibadaniyyah, seluruhnya tidak meragui kekafiran Yahudi dan Nasrani serta orang-orang yang tidak mengimani risalah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wassalam. Hal ini merupakan sesuatu yang sudah pasti kebenarannya, baik secara teori maupun praktikal.” [Mauqif al-Islam al-‘Aqdi min Kufr al-Yahud wa al-Nashara, edisi terjemahan Indonesia atas judul Bagaimana Islam Menilai Yahudi dan Nasrani (Gema Insani, Jakarta 2000), ms. 11-13]

Selain itu terdapat juga beberapa tokoh aliran Islam Liberal yang menulis dalam bahasa Inggeris seperti Muhammad Arkoun dan Fazlur Rahman. Di antara mereka wujud juga tokoh seperti Fatima Mernissi yang tidak segan-segan membuat fitnah dan tuduhan palsu ke atas para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam dan para ilmuan Islam demi menjayakan alirannya.

Di Indonesia, tokoh aliran Islam Liberal yang paling menonjol adalah Harun Nasution dan Nurcholis Majid. Daripada mereka lahir ramai lagi tokoh-tokoh baru yang berbilang jumlahnya. Akan tetapi alhamdulillah, para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah Indonesia tidak pernah membiarkan mereka selesa dengan dakyah Islam Liberal yang mereka kembangkan. Pelbagai buku dan makalah ditulis untuk menjawab dan menolak manhaj mereka, antaranya:

[1] Koreksi Terhadap Dr. Harun Nasution tentang “Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya” oleh Prof. H.M. Rasjidi. (Bulan Bintang, Jakarta 1977).
[2] Pembaruan Islam dan Orientalisme dalam Sorotan oleh Dr. Daud Rasyid (Akbar Media, Jakarta 2002) yang merupakan jawapan ilmiah lagi terperinci kepada Nurcholis Majid.
[3] Menelusuri Kekeliruan Pembaharuan Pemikiran Islam Nurcholish Majid oleh Abdul Qadir Djaelani. (Penerbitan Yadia 1994).
[4] Propaganda Sesat Penyatuan Agama oleh Bakr bin Abdullah Abu Zaid. (Darul Haq, Jakarta 2001).
[5] Bahaya Islam Liberal oleh Hartono Ahmad Jaiz. (al-Kautsar, Jakarta 2002).
[6] Islam Liberal: Sejarah, Konsepsi, Penyimpangan dan Jawapannya oleh Adian Husaini dan Nuim Hidayat (Gema Insani, Jakarta 2002).
[7] Mewaspadai Gerakan Kontekstualisasi al-Qur’an: Menanggapi Ulil Absar Abdala oleh Agus Hasan Bashari (As-Sunnah, Surabaya 2003).
[8] Anggapan Semua Agama Benar dalam Sorotan Al-Qur’an oleh Muhammad Thalib (Menara Kudus, Jogjakarta 2003).

Adakah aliran Islam Liberal wujud di Malaysia?

Jika dicermati manhaj aliran Islam Liberal sebagaimana yang penulis senaraikan di atas, mudah untuk dikenal pasti bahawa aliran ini sudah wujud di Malaysia, hanya nama ‘Islam Liberal’ sahaja yang belum wujud. Malah penulis yakin para pembaca sekalian telah dapat mengenali secerah sinaran matahari siapakah tokoh-tokoh aliran Islam Liberal di Malaysia tanpa perlu penulis menyenaraikan nama-nama mereka. Sekalipun tokoh-tokoh tersebut tidak mengemukakan semua daripada manhaj aliran Islam Liberal yang penulis senaraikan di atas, yakinilah dalam masa-masa terdekat ia tetap akan dikemukakan secara bertahap-tahap, one by one.
Satu perkara penting yang perlu diketahui berkenaan tokoh-tokoh ini adalah mereka terdiri daripada generasi baru yang telah belajar daripada kesilapan guru-guru mereka daripada generasi awal. Oleh itu mereka tidak akan mengulangi kesilapan tersebut. Pelajaran utama yang mereka teladani adalah jangan mengemukakan manhaj Islam Liberal secara mendadak dan terus terang. Akan tetapi kemukakannya secara bertahap-tahap dilapik dengan susunan bahasa yang dapat memikat keyakinan para pembaca awam.

Maka bukanlah satu keasingan apabila kita mendapati tokoh-tokoh aliran Islam Liberal di Malaysia lazimnya akan melapik perbahasan mereka dengan kata-kata “tujuan kami hanya untuk membuka fikiran……” , “Kami hanya ingin membebaskan umat yang selama ini dibelenggu oleh tafsiran lama……” , “Dalam bab ini terdapat perbezaan pendapat yang besar……” , “Tidak ada ayat al-Qur’an yang jelas dalam bab ini……” , “Hadis-hadis saling bertentangan sehingga tidak dapat dipastikan kebenaran……” , “Ini bukanlah daripada hal-hal muktamad agama……” , “Kami hanya membanding antara beberapa pendapat yang sedia ada……” , “Perbincangan ini bertujuan meningkatkan kematangan umat dalam beragama……” dan pelbagai lagi yang seumpama.

Perhatikan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam ayat berikut ini dan ambillah iktibar daripadanya:

“Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya.” [al-Baqarah 2:204]

Gerakan Islam Liberal di Malaysia, sekalipun tanpa memakai lencana ‘Islam Liberal’, lebih banyak bersifat meniru apa yang sebelum ini wujud di negara-negara Timur Tengah dan Indonesia. Artikel-artikel bercorak manhaj Islam Liberal yang muncul di akhbar-akhbar harian dan majalah al-Islam sebenarnya hanyalah hujah-hujah lama yang dikemukakan semula dalam bentuk yang baru. Tidak ada idea pemikiran yang tulen melainkan tiruan yang diberikan solekan baru. Sesiapa yang lazim membaca tulisan-tulisan aliran Islam Liberal di Timur Tengah dan Indonesia sejak beberapa dekad yang lepas akan mendapati apa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh tempatan tidak lain hanyalah ‘lagu lama yang dimainkan dengan tempo baru’. Malah adakalanya hasil tulisan yang dikemukakan juga diambil terus-terus daripada penulisan tokoh Islam Liberal luar negara. Sebagai contoh, perhatikan artikel Fenomenologi Tudungoleh Nasaruddin Umar yang dikemukakan oleh majalah al-Islam edisi Mac 2004 (ms. 76-7. Nasaruddin Umar ialah salah seorang tokoh terkemuka aliran Islam Liberal di Indonesia. Terdapat beberapa lagi artikel beliau yang boleh dirujuk di laman Jaringan Islam Liberal Indonesia. Perhatikan juga catitan tambahan di akhir artikel tersebut: “Nasaruddin Umar adalah Guru Besar Ilmu Tafsir Universitas Islam Negeri Jakarta dan kini sedang melakukan Post Doctoral Research di SOAS, University of London.” Inilah yang penulis maksudkan beberapa perenggan di atas, bahawa kebanyakan tokoh-tokoh aliran Islam Liberal adalah “mereka yang pernah mendapat didikan di negara Barat dan/atau pernah berkhidmat di mana-mana institusi pengajian Barat.”

Pesan penulis kepada para pembaca

Tiada cara mudah untuk kita menangani aliran Islam Liberal melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu-ilmu agama daripada para tokoh yang ikhlas, jujur dan mendapat petunjuk Allah shallallahu ‘alaihi wassalam. Dengan ilmu-ilmu tersebut kita dapat membezakan antara yang hak dan batil, sekali gus menerangkan apa yang hak dan menjawab apa yang batil.

Pada waktu yang sama hendaklah kita berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar diberikan hidayah ke jalan yang benar dan pemeliharaan daripada jalan yang sesat. Ingatlah bahawa jalan menuju kebenaran hanya satu manakala jalan menuju kesesatan adalah banyak. Jalan kebenaran adalah apa yang ditunjukkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih berdasarkan pemahaman generasi awal umat (al-Salaf al-Salih) manakala jalan kesesatan adalah apa yang menyelisihinya.

Menjawab Islam Liberal

Risalah ini diusahakan dalam rangka menjawab aliran Islam Liberal yang mendakwa semua agama adalah sama. Dakwaan seperti ini, yang juga dikenali sebagai fahaman Fiqh Lintas Agama sudah mula terbit di sana sini di Malaysia oleh beberapa penulis dan pemikir yang menyembah tamadun Barat. Risalah ini juga telah disiarkan dalam Majalah i edisi Ogos 2004.

Islam sebagai agama yang syumul mengakui kehadiran beberapa agama yang menjadi pilihan masing-masing penganutnya. Islam tidak memaksa manusia untuk memeluk agamanya sahaja tetapi membiarkannya terbuka kepada pilihan setiap individu. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.” [al-Kahf 18:29]

Dan jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? [Yunus 10:99]

Yang dituntut oleh Islam adalah hendaknya setiap manusia yang telah dikurniakan Allah pendengaran, penglihatan dan hati merenung penciptaan dirinya serta alam sekitar agar dengan itu mereka sedar akan kewujudan Pencipta yang menciptakannya. Dengan kesedaran ini, hendaklah mereka kembali menyembah kepada Tuhan Pencipta yang sebenar iaitu Allah dan mengikuti agama yang benar iaitu Islam. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). [al-Baqarah 2:21-22]

Kerukunan Antara Agama

Atas dasar ini, Islam menekankan kerukunan dan keadilan antara sesama agama. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. [al-Maidah 5:08]

Selagi mana kaum daripada agama lain tidak menzalimi kita umat Islam, selagi itulah kita dituntut untuk berinteraksi dengan mereka secara adil. Allah Subhanahu wa Ta’ala menegaskan hal ini dalam ayat berikut:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [al-Mumtahanah 60:8-9]

Sifat keadilan ini juga diwajibkan ke atas umat Islam apabila mereka melaksanakan Jihad Ofensif di bawah khalifah Islam yang sah, dimana tujuan jihad bukanlah memerangi orang kerana perbezaan agama mereka tetapi memerangi halangan-halangan fizikal yang menghalang kebebasan beragama di bawah Dar al-Islam. [lebih lanjut rujuk buku penulis: Apakah Jihad Di Jalan Allah? Buku 1 & Buku 2 (Jahabersa, Johor Bahru 2003)]

Dua Syarat Penting

Terdapat dua syarat penting yang perlu diperhatikan oleh umat Islam ketika mereka bersikap adil dalam kerukunan beragama. Pertama, sikap kerukunan beragama tidak bererti menjadikan orang bukan Islam sebagai Wali di dalam urusan orang Islam, seperti menjadikan mereka sumber pergantungan ekonomi, perlindungan keselamatan dan pembela nasib. Sesiapa yang menjadikan orang bukan Islam Wali dengan membelakangkan sesama umat Islam maka tersemat di dalam dirinya salah satu daripada ciri-ciri orang munafik. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi Wali dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah. [al-Nisa’ 4:138-139]

Wali bagi orang-orang Islam hanyalah Allah, Rasulullah dan sesama orang-orang yang beriman. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu Walinya (maka berjayalah dia) kerana sesungguhnya golongan Allah, itulah yang tetap menang. [al-Maidah 5:55-56]

Kedua, sikap kerukunan beragama tidak bererti meninggalkan kewajipan berdakwah. Kita umat Islam tetap diwajibkan berdakwah kepada orang bukan Islam sehingga mereka kenal akan kebenaran Islam dan terhindar daripada diri mereka segala salah faham terhadap Islam. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Serulah (dakwahlah) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [al-Nahl 16:125]

Bukan Kesamaan Antara Agama

Sekalipun Islam mengakui kehadiran beberapa agama lain, ia tidak bererti Islam mengiktiraf dan menganggapnya benar. Di sisi Islam, ukuran benar atau tidak sesuatu agama tidak terletak kepada kebaikan-kebaikan yang diseru oleh agama tersebut tetapi bagaimana ia mengajar penganutnya untuk mentauhidkan Allah. Inilah asas dan pembeza terpenting antara agama Islam dan agama-agama selain Islam. Asas tauhid ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya:

Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.” [al-Ikhlas 112:1-4]

Berdasarkan asas tauhid ini, Islam tidak mengiktiraf agama-agama yang lain, sama ada Yahudi, Nasrani dan agama-agama penyembahan berhala yang lain.

Pandangan Islam Terhadap Agama Yahudi:

Terhadap agama Yahudi, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? [al-Taubah 9:30]

Kaum Yahudi bukan sahaja menuduh Allah memiliki anak tetapi juga mengubah ajaran-ajaran yang ada di dalam kitab Taurat dengan tulisan tangan mereka. Hal ini diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya:

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. [al-Baqarah 2:79]

Atas penyimpangan-penyimpangan ini, Islam tidak mengiktiraf Yahudi sebagai agama yang benar.

Pandangan Islam Terhadap Agama Nasrani (Kristian):

Sebagaimana agama Yahudi, agama Kristian juga telah diselewengkan oleh para penganutnya. Penyelewengan yang paling besar ialah iktikad mereka terhadap konsep Trinity, iaitu tiga tuhan yang bersama iaitu God The Father, Jesus The Son and The Holy Spirit. Iktikad mereka ini ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam al-Qur’an:

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam.” Padahal Al-Masih sendiri berkata: “Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.”

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan (Trinity).” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Maidah 5:72-73]

Selain itu para penganut agama Nasrani juga tidak terlepas daripada membuat pelbagai pertukaran di dalam kitab Injil mereka. [rujuk Izhar al-Haq oleh Syaikh Rahmatullah al-Hindi (1308H) (Dar al-Hadith, Kaherah 2001)] Pertukaran ini masih dilakukan sehingga kini, bukan sahaja di negara-negara Barat tetapi juga di Indonesia. [rujuk Dokumen Pemalsuan al-Kitab oleh Molyadi Samuel (Victory Press, Jakarta 2002)] Bahkan di atas segala ini, mereka masih mencipta pelbagai doktrin baru yang bertentangan dengan kitab Injil yang telah mereka tukar tersebut. [rujuk Christianity Through The Lens of Christian and Muslim Scholars, Book 1 & Book 2 oleh M. Amin Yaacob (Jahabersa, Johor Bahru 2004)].

Maka atas penyimpangan-peyimpangan ini, agama Nasrani tidak dianggap sebagai agama yang benar di sisi Islam.

Pandangan Islam Terhadap Agama Berhala Yang Lain:

Al-Qur’an al-Karim sebagai sebuah kitab yang lengkap telah juga membicarakan status agama-agama penyembah berhala, sama ada berhala tersebut terdiri daripada matahari, patung atau apa jua selain Allah. Terhadap penyembah tuhan matahari al-Qur’an menceritakan:

(Burung Belatuk menerangkan kepada Nabi Sulaiman): “Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk.” [al-Naml 27:24]

Terhadap penyembahan patung ukiran, al-Qur’an menceritakan kisah Nabi Ibrahim dan ayahnya yang menyembah patung buatan sendiri:

Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apa yang kamu sembah?” Mereka menjawab: “Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya.” Nabi Ibrahim bertanya: “Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya? Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?” Mereka menjawab: “(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian.”

Nabi Ibrahim berkata: “Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? - (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu? (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam; Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia-lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. [al-Syu’ara 26:69-78]

Terhadap agama kepelbagaian tuhan yang dianggap oleh para penganutnya berada di langit dan di bumi al-Qur’an menceritakan:

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. [al-Anbiya’ 21:22]

Terhadap para penganut agama-agama yang membuat berhala-berhala tersendiri sebagai sesuatu yang dapat merapat dan menyampaikan mereka kepada Tuhan, al-Qur’an menyebut:

Dan orang-orang yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya.” [al-Zumar 39:03]

Maka sepatutnya mereka dibela oleh segala yang mereka sembah yang lain dari Allah sebagai penyembahan untuk mendekatkan diri (kepada Allah). (Tetapi tidak), bahkan segala yang mereka sembah itu telah hilang lenyap dari mereka. Dan demikianlah akibat penyelewengan mereka dan kepercayaan yang mereka telah ada-adakan. [al-Ahqaf 46:28]

Daripada ayat-ayat di atas, jelas kepada kita bahawa al-Qur’an membicarakan tentang agama-agama yang menyembah tuhan-tuhan selain Allah – tanpa mengira apa dan bagaimana tuhan-tuhan tersebut – dengan nada yang negatif dan cela. Ini tidak lain menunjukkan penolakan Islam terhadap kebenaran agama-agama tersebut.

Ayat-ayat di atas juga membatalkan hujah mereka yang jahil yang mengatakan kononnya “Masyarakat Arab 1400 tahun yang lalu tidak kenal agama Budha, Hindu, Shinto, Sikh, Tao dan pelbagai lagi. Seandainya agama-agama ini dikenali oleh masyarakat Arab pada zaman tersebut, pasti al-Qur’an akan menyebut dan membenarkannya.”

Yang benar al-Qur’an telah membicara perihal agama-agama tersebut. Bezanya al-Qur’an tidak membicarakannya berdasarkan nama tetapi berdasarkan asas tauhid agama-agama tersebut. Pelbagai bentuk penyembahan kepada pelbagai bentuk tuhan selain Allah boleh dikaitkan secara analogi kepada agama Budha, Hindu, Tao dan ratusan lagi yang namanya tidak disebut oleh al-Qur’an. Yang penting bukanlah nama agama tetapi asas yang membentuk iktikad tauhid sesuatu agama. Dengan cara ini perbahasan al-Qur’an terhadap agama-agama penyembahan selain Allah akan sentiasa releven pada semua zaman dan tempat. Ini penting mengingatkan bahawa agama penyembahan selain Allah yang dicipta oleh manusia sentiasa akan muncul di sana sini tanpa mengira zaman mahupun tempat. Demikianlah antara kemukjizatan al-Qur’an al-Karim.

Perbezaan Antara Kerukunan dan Kesamaan Antara Agama

Daripada kupasan di atas jelas kepada kita bahawa wujud perbezaan yang luas antara kerukunan beragama dan kesamaan agama. Kerukunan antara agama adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam selagi mana diperhatikan syarat-syaratnya. Namun kesamaan antara agama, iaitu fahaman Fiqh Lintas Agama yang menjadi salah satu daripada manhaj utama aliran Islam Liberal, tidak dituntut oleh Islam, malah ia bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Membongkar Kesesatan Syi'ah

Serupa tapi tak sama. Barangkali ungkapan ini tepat untuk menggambarkan Islam dan kelompok Syi’ah. Secara fisik, memang sulit dibedakan antara penganut Islam dengan Syi’ah. Namun jika ditelusuri -terutama dari sisi aqidah- perbedaan di antara keduanya ibarat minyak dan air. Sehingga, tidak mungkin disatukan.

Apa Itu Syi’ah?
Syi’ah menurut etimologi bahasa Arab bermakna: pembela dan pengikut seseorang. Selain itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara. (Tahdzibul Lughah, 3/61, karya Azhari dan Tajul Arus, 5/405, karya Az-Zabidi. Dinukil dari kitab Firaq Mu’ashirah, 1/31, karya Dr. Ghalib bin ‘Ali Al-Awaji)

Adapun menurut terminologi syariat bermakna: Mereka yang menyatakan bahwa Ali bin Abu Thalib lebih utama dari seluruh shahabat dan lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan kaum muslimin, demikian pula anak cucu sepeninggal beliau. (Al-Fishal Fil Milali Wal Ahwa Wan Nihal, 2/113, karya Ibnu Hazm)

Syi’ah, dalam sejarahnya mengalami beberapa pergeseran. Seiring dengan bergulirnya waktu, kelompok ini terpecah menjadi lima sekte yaitu Kaisaniyyah, Imamiyyah (Rafidhah), Zaidiyyah, Ghulat, dan Isma’iliyyah. Dari kelimanya, lahir sekian banyak cabang-cabangnya. (Al-Milal Wan Nihal, hal. 147, karya Asy-Syihristani)

Dan tampaknya yang terpenting untuk diangkat pada edisi kali ini adalah sekte Imamiyyah atau Rafidhah, yang sejak dahulu hingga kini berjuang keras untuk menghancurkan Islam dan kaum muslimin. Dengan segala cara, kelompok sempalan ini terus menerus menebarkan berbagai macam kesesatannya. Terlebih lagi kini didukung dengan negara Iran-nya.
Rafidhah , diambil dari yang menurut etimologi bahasa Arab bermakna , meninggalkan (Al-Qamus Al-Muhith, hal. 829). Sedangkan dalam terminologi syariat bermakna: Mereka yang menolak imamah (kepemimpinan) Abu Bakr dan ‘Umar c, berlepas diri dari keduanya, dan mencela lagi menghina para shahabat Nabi . (Badzlul Majhud fi Itsbati Musyabahatir Rafidhati lil Yahud, 1/85, karya Abdullah Al-Jumaili)

Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku telah bertanya kepada ayahku, siapa Rafidhah itu? Maka beliau menjawab: ‘Mereka adalah orang-orang yang mencela Abu Bakr dan ‘Umar’.” (Ash-Sharimul Maslul ‘Ala Syatimir Rasul hal. 567, karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah)

Sebutan “Rafidhah” ini erat kaitannya dengan Zaid bin ‘Ali bin Husain bin ‘Ali bin Abu Thalib dan para pengikutnya ketika memberontak kepada Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan di tahun 121 H. (Badzlul Majhud, 1/86)

Asy-Syaikh Abul Hasan Al-Asy’ari berkata: “Zaid bin ‘Ali adalah seorang yang melebihkan ‘Ali bin Abu Thalib atas seluruh shahabat Rasulullah, mencintai Abu Bakr dan ‘Umar, dan memandang bolehnya memberontak1 terhadap para pemimpin yang jahat. Maka ketika ia muncul di Kufah, di tengah-tengah para pengikut yang membai’atnya, ia mendengar dari sebagian mereka celaan terhadap Abu Bakr dan ‘Umar. Ia pun mengingkarinya, hingga akhirnya mereka (para pengikutnya) meninggalkannya. Maka ia katakan kepada mereka:

“Kalian tinggalkan aku?” Maka dikatakanlah bahwa penamaan mereka dengan Rafidhah dikarenakan perkataan Zaid kepada mereka “Rafadhtumuunii.” (Maqalatul Islamiyyin, 1/137). Demikian pula yang dikatakan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ Fatawa (13/36).

Rafidhah pasti Syi’ah, sedangkan Syi’ah belum tentu Rafidhah. Karena tidak semua Syi’ah membenci Abu Bakr dan ‘Umar sebagaimana keadaan Syi’ah Zaidiyyah.
Rafidhah ini terpecah menjadi beberapa cabang, namun yang lebih ditonjolkan dalam pembahasan kali ini adalah Al-Itsna ‘Asyariyyah.

Siapakah Pencetusnya?
Pencetus pertama bagi faham Syi’ah Rafidhah ini adalah seorang Yahudi dari negeri Yaman (Shan’a) yang bernama Abdullah bin Saba’ Al-Himyari, yang menampakkan keislaman di masa kekhalifahan ‘Utsman bin Affan.2

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: “Asal Ar-Rafdh ini dari munafiqin dan zanadiqah (orang-orang yang menampakkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran, pen). Pencetusnya adalah Abdullah bin Saba’ Az-Zindiq. Ia tampakkan sikap ekstrim di dalam memuliakan ‘Ali, dengan suatu slogan bahwa ‘Ali yang berhak menjadi imam (khalifah) dan ia adalah seorang yang ma’shum (terjaga dari segala dosa, pen).” (Majmu’ Fatawa, 4/435)

Sesatkah Syi’ah Rafidhah ?
Berikut ini akan dipaparkan prinsip (aqidah) mereka dari kitab-kitab mereka yang ternama, untuk kemudian para pembaca bisa menilai sejauh mana kesesatan mereka.

a. Tentang Al Qur’an
Di dalam kitab Al-Kaafi (yang kedudukannya di sisi mereka seperti Shahih Al-Bukhari di sisi kaum muslimin), karya Abu Ja’far Muhammad bin Ya’qub Al-Kulaini (2/634), dari Abu Abdullah (Ja’far Ash-Shadiq), ia berkata : “Sesungguhnya Al Qur’an yang dibawa Jibril kepada Muhammad  (ada) 17.000 ayat.”

Di dalam Juz 1, hal 239-240, dari Abu Abdillah ia berkata: “…Sesungguhnya di sisi kami ada mushaf Fathimah ‘alaihas salam, mereka tidak tahu apa mushaf Fathimah itu. Abu Bashir berkata: ‘Apa mushaf Fathimah itu?’ Ia (Abu Abdillah) berkata: ‘Mushaf 3 kali lipat dari apa yang terdapat di dalam mushaf kalian. Demi Allah, tidak ada padanya satu huruf pun dari Al Qur’an kalian…’.”
(Dinukil dari kitab Asy-Syi’ah Wal Qur’an, hal. 31-32, karya Ihsan Ilahi Dzahir).

Bahkan salah seorang “ahli hadits” mereka yang bernama Husain bin Muhammad At-Taqi An-Nuri Ath-Thabrisi telah mengumpulkan sekian banyak riwayat dari para imam mereka yang ma’shum (menurut mereka), di dalam kitabnya Fashlul Khithab Fii Itsbati Tahrifi Kitabi Rabbil Arbab, yang menjelaskan bahwa Al Qur’an yang ada ini telah mengalami perubahan dan penyimpangan.

b. Tentang shahabat Rasulullah
Diriwayatkan oleh Imam Al-Jarh Wat Ta’dil mereka (Al-Kisysyi) di dalam kitabnya Rijalul Kisysyi (hal. 12-13) dari Abu Ja’far (Muhammad Al-Baqir) bahwa ia berkata: “Manusia (para shahabat) sepeninggal Nabi, dalam keadaan murtad kecuali tiga orang,” maka aku (rawi) berkata: “Siapa tiga orang itu?” Ia (Abu Ja’far) berkata: “Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-Ghifari, dan Salman Al-Farisi…” kemudian menyebutkan surat Ali Imran ayat 144. (Dinukil dari Asy-Syi’ah Al-Imamiyyah Al-Itsna ‘Asyariyyah Fi Mizanil Islam, hal. 89)
Ahli hadits mereka, Muhammad bin Ya’qub Al-Kulaini berkata: “Manusia (para shahabat) sepeninggal Nabi dalam keadaan murtad kecuali tiga orang: Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-Ghifari, dan Salman Al-Farisi.” (Al-Kafi, 8/248, dinukil dari Asy-Syi’ah Wa Ahlil Bait, hal. 45, karya Ihsan Ilahi Dzahir)


Demikian pula yang dinyatakan oleh Muhammad Baqir Al-Husaini Al-Majlisi di dalam kitabnya Hayatul Qulub, 3/640. (Lihat kitab Asy-Syi’ah Wa Ahlil Bait, hal. 46)
Adapun shahabat Abu Bakr dan ‘Umar, dua manusia terbaik setelah Rasulullah , mereka cela dan laknat. Bahkan berlepas diri dari keduanya merupakan bagian dari prinsip agama mereka. Oleh karena itu, didapati dalam kitab bimbingan do’a mereka (Miftahul Jinan, hal. 114), wirid laknat untuk keduanya:

Ya Allah, semoga shalawat selalu tercurahkan kepada Muhammad dan keluarganya, laknatlah kedua berhala Quraisy (Abu Bakr dan Umar), setan dan thaghut keduanya, serta kedua putri mereka…(yang dimaksud dengan kedua putri mereka adalah Ummul Mukminin ‘Aisyah dan Hafshah)
(Dinukil dari kitab Al-Khuthuth Al-‘Aridhah, hal. 18, karya As-Sayyid Muhibbuddin Al-Khatib)

Mereka juga berkeyakinan bahwa Abu Lu’lu’ Al-Majusi, si pembunuh Amirul Mukminin ‘Umar bin Al-Khaththab, adalah seorang pahlawan yang bergelar “Baba Syuja’uddin” (seorang pemberani dalam membela agama). Dan hari kematian ‘Umar dijadikan sebagai hari “Iedul Akbar”, hari kebanggaan, hari kemuliaan dan kesucian, hari barakah, serta hari suka ria. (Al-Khuthuth Al-‘Aridhah, hal. 18)

Adapun ‘Aisyah dan para istri Rasulullah  lainnya, mereka yakini sebagai pelacur -na’udzu billah min dzalik-. Sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka Ikhtiyar Ma’rifatir Rijal (hal. 57-60) karya Ath-Thusi, dengan menukilkan (secara dusta) perkataan shahabat Abdullah bin ‘Abbas terhadap ‘Aisyah: “Kamu tidak lain hanyalah seorang pelacur dari sembilan pelacur yang ditinggalkan oleh Rasulullah…” (Dinukil dari kitab Daf’ul Kadzibil Mubin Al-Muftara Minarrafidhati ‘ala Ummahatil Mukminin, hal. 11, karya Dr. Abdul Qadir Muhammad ‘Atha)

Demikianlah, betapa keji dan kotornya mulut mereka. Oleh karena itu, Al-Imam Malik bin Anas berkata: “Mereka itu adalah suatu kaum yang berambisi untuk menghabisi Nabi  namun tidak mampu. Maka akhirnya mereka cela para shahabatnya agar kemudian dikatakan bahwa ia (Nabi Muhammad  ) adalah seorang yang jahat, karena kalau memang ia orang shalih, niscaya para shahabatnya adalah orang-orang shalih.” (Ash-Sharimul Maslul ‘ala Syatimirrasul, hal. 580)

c. Tentang Imamah (Kepemimpinan Umat)
Imamah menurut mereka merupakan rukun Islam yang paling utama3. Diriwayatkan dari Al-Kulaini dalam Al-Kaafi (2/18) dari Zurarah dari Abu Ja’far, ia berkata: “Islam dibangun di atas lima perkara:… shalat, zakat, haji, shaum dan wilayah (imamah)…” Zurarah berkata: “Aku katakan, mana yang paling utama?” Ia berkata: “Yang paling utama adalah wilayah.” (Dinukil dari Badzlul Majhud, 1/174)


Imamah ini (menurut mereka -red) adalah hak ‘Ali bin Abu Thalib  dan keturunannya sesuai dengan nash wasiat Rasulullah . Adapun selain mereka (Ahlul Bait) yang telah memimpin kaum muslimin dari Abu Bakr, ‘Umar dan yang sesudah mereka hingga hari ini, walaupun telah berjuang untuk Islam, menyebarkan dakwah dan meninggikan kalimatullah di muka bumi, serta memperluas dunia Islam, maka sesungguhnya mereka hingga hari kiamat adalah para perampas (kekuasaan). (Lihat Al-Khuthuth Al-‘Aridhah, hal. 16-17)

Mereka pun berkeyakinan bahwa para imam ini ma’shum (terjaga dari segala dosa) dan mengetahui hal-hal yang ghaib. Al-Khumaini (Khomeini) berkata: “Kami bangga bahwa para imam kami adalah para imam yang ma’shum, mulai ‘Ali bin Abu Thalib hingga Penyelamat Umat manusia Al-Imam Al-Mahdi, sang penguasa zaman -baginya dan bagi nenek moyangnya beribu-ribu penghormatan dan salam- yang dengan kehendak Allah Yang Maha Kuasa, ia hidup (pada saat ini) seraya mengawasi perkara-perkara yang ada.” (Al-Washiyyah Al-Ilahiyyah, hal. 5, dinukil dari Firaq Mu’ashirah, 1/192)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Minhajus Sunnah, benar-benar secara rinci membantah satu persatu kesesatan-kesesatan mereka, terkhusus masalah imamah yang selalu mereka tonjolkan ini.

d. Tentang Taqiyyah
Taqiyyah adalah berkata atau berbuat sesuatu yang berbeda dengan keyakinan, dalam rangka nifaq, dusta, dan menipu umat manusia. (Lihat Firaq Mu’ashirah, 1/195 dan Asy-Syi’ah Al-Itsna ‘Asyariyyah, hal. 80)


Mereka berkeyakinan bahwa taqiyyah ini bagian dari agama. Bahkan sembilan per sepuluh agama. Al-Kulaini meriwayatkan dalam Al-Kaafi (2/175) dari Abu Abdillah, ia berkata kepada Abu Umar Al-A’jami: “Wahai Abu ‘Umar, sesungguhnya sembilan per sepuluh dari agama ini adalah taqiyyah, dan tidak ada agama bagi siapa saja yang tidak ber-taqiyyah.” (Dinukil dari Firaq Mu’ashirah, 1/196). Oleh karena itu Al-Imam Malik ketika ditanya tentang mereka beliau berkata: “Jangan kamu berbincang dengan mereka dan jangan pula meriwayatkan dari mereka, karena sungguh mereka itu selalu berdusta.” Demikian pula Al-Imam Asy-Syafi’i berkata: “Aku belum pernah tahu ada yang melebihi Rafidhah dalam persaksian palsu.” (Mizanul I’tidal, 2/27-28, karya Al-Imam Adz-Dzahabi)

e. Tentang Raj’ah
Raj’ah adalah keyakinan hidupnya kembali orang yang telah meninggal. ‘Ahli tafsir’ mereka, Al-Qummi ketika menafsirkan surat An-Nahl ayat 85, berkata: “Yang dimaksud dengan ayat tersebut adalah raj’ah, kemudian menukil dari Husain bin ‘Ali bahwa ia berkata tentang ayat ini: ‘Nabi kalian dan Amirul Mukminin (‘Ali bin Abu Thalib) serta para imam ‘alaihimus salam akan kembali kepada kalian’.” (Dinukil dari kitab Atsarut Tasyayyu’ ‘Alar Riwayatit Tarikhiyyah, hal. 32, karya Dr. Abdul ‘Aziz Nurwali)

f. Tentang Al-Bada’
Al-Bada’ adalah mengetahui sesuatu yang sebelumnya tidak diketahui. Mereka berkeyakinan bahwa Al-Bada’ ini terjadi pada Allah . Bahkan mereka berlebihan dalam hal ini. Al-Kulaini dalam Al-Kaafi (1/111), meriwayatkan dari Abu Abdullah (ia berkata): “Tidak ada pengagungan kepada Allah yang melebihi Al-Bada’.” (Dinukil dari Firaq Mu’ashirah, 1/252). Suatu keyakinan kafir yang sebelumnya diyakini oleh Yahudi4.

Demikianlah beberapa dari sekian banyak prinsip Syi’ah Rafidhah, yang darinya saja sudah sangat jelas kesesatan dan penyimpangannya. Namun sayang, tanpa rasa malu Al-Khumaini (Khomeini) berkata: “Sesungguhnya dengan penuh keberanian aku katakan bahwa jutaan masyarakat Iran di masa sekarang lebih utama dari masyarakat Hijaz (Makkah dan Madinah, pen) di masa Rasulullah , dan lebih utama dari masyarakat Kufah dan Iraq di masa Amirul Mukminin (‘Ali bin Abu Thalib) dan Husein bin ‘Ali.” (Al-Washiyyah Al-Ilahiyyah, hal. 16, dinukil dari Firaq Mu’ashirah, hal. 192)

Perkataan Ulama tentang Syi’ah Rafidhah
Asy-Syaikh Dr. Ibrahim Ar-Ruhaili di dalam kitabnya Al-Intishar Lish Shahbi Wal Aal (hal. 100-153) menukilkan sekian banyak perkataan para ulama tentang mereka. Namun dikarenakan sangat sempitnya ruang rubrik ini, maka hanya bisa ternukil sebagiannya saja.
1. Al-Imam ‘Amir Asy-Sya’bi berkata: “Aku tidak pernah melihat kaum yang lebih dungu dari Syi’ah.” (As-Sunnah, 2/549, karya Abdullah bin Al-Imam Ahmad)

2. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri ketika ditanya tentang seorang yang mencela Abu Bakr dan ‘Umar, beliau berkata: “Ia telah kafir kepada Allah.” Kemudian ditanya: “Apakah kita menshalatinya (bila meninggal dunia)?” Beliau berkata: “Tidak, tiada kehormatan (baginya)….” (Siyar A’lamin Nubala, 7/253)

3. Al-Imam Malik dan Al-Imam Asy-Syafi’i, telah disebut di atas.

4. Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku tidak melihat dia (orang yang mencela Abu Bakr, ‘Umar, dan ‘Aisyah) itu orang Islam.” (As-Sunnah, 1/493, karya Al-Khallal)

5. Al-Imam Al-Bukhari berkata: “Bagiku sama saja apakah aku shalat di belakang Jahmi, dan Rafidhi atau di belakang Yahudi dan Nashara (yakni sama-sama tidak boleh -red). Mereka tidak boleh diberi salam, tidak dikunjungi ketika sakit, tidak dinikahkan, tidak dijadikan saksi, dan tidak dimakan sembelihan mereka.” (Khalqu Af’alil ‘Ibad, hal. 125)

6. Al-Imam Abu Zur’ah Ar-Razi berkata: “Jika engkau melihat orang yang mencela salah satu dari shahabat Rasulullah , maka ketahuilah bahwa ia seorang zindiq. Yang demikian itu karena Rasul bagi kita haq, dan Al Qur’an haq, dan sesungguhnya yang menyampaikan Al Qur’an dan As Sunnah adalah para shahabat Rasulullah . Sungguh mereka mencela para saksi kita (para shahabat) dengan tujuan untuk meniadakan Al Qur’an dan As Sunnah. Mereka (Rafidhah) lebih pantas untuk dicela dan mereka adalah zanadiqah.” (Al-Kifayah, hal. 49, karya Al-Khathib Al-Baghdadi)

Demikianlah selayang pandang tentang Syi’ah Rafidhah, mudah-mudahan bisa menjadi pelita dalam kegelapan dan embun penyejuk bagi pencari kebenaran…Amin