Jumaat, Mei 29, 2009

Mendirikan Solat dalam Gereja

Adakalanya timbul soalan bagi seseorang yang melancong atau dalam sesuatu urusan di luar negara apabila mereka tidak menemui masjid atau tempat yang sesuai untuk mendirikan solat-solat fardhu, maka bolehkah solat tersebut dilaksanakan di Gereja-gereja kaum Kristian? Jawapannya ialah - Dibolehkan bagi umat Islam melaksanakan solat-solat mereka di gereja-gereja kaum Kristian dengan syarat gereja tersebut di dalamnya tidak mengandungi kubur-kubur dan/atau patung-patung dan/atau gambar-gambar makhluk hidup, tidak kira samada gambar tersebut sempurna atau separa sempurna. Hukum ketetapan yang sama adalah juga bagi mana-mana rumah peribadatan kaum lain seperti Biara, Kuil dan sebagainya.

Dalil yang membolehkan rumah peribadatan kaum bukan Islam dijadikan tempat umat Islam bersolat ialah hadith berikut: Muhammad ibnu Abdullah ibnu Iyadh berkata, Bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah menyuruh Usman ibnu Abil Ash radiallahu-anhu membangunkan masjid di Taif di mana di sana pernah ada berhala-berhala mereka (kaum musyrik).

Dilarang bagi umat Islam bersolat di rumah-rumah peribadatan yang mengandungi kubur-kubur di dalamnya berdasarkan perintah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadith berikut: Jundab bin Abdullah radiallahu-anhu berkata, aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bersabda kira-kira 5 hari sebelum kewafatannya: Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu biasa menjadikan kubur Nabi-nabi mereka serta kubur orang-orang salih di kalangan mereka sebagai tempat solat. Ingatlah ! Jangan sekali-kali kamu menjadikan kubur-kubur sebagai tempat solat, sesungguhnya aku melarang kamu dari berbuat demikian.

Dilarang bagi umat Islam bersolat di rumah-rumah peribadatan yang mengandungi patung-patung di dalamnya samada patung tersebut adalah sempurna atau separa sempurna berdasarkan kepada perintah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam di ketika Pembukaan Kota Mekah (Fath-ul-Makkah) di mana beliau menyuruh agar semua patung-patung yang berada di dalam Kaabah dan di sekitar Masjidil Haram dikeluarkan dan dihancurkan terlebih dahulu sebelum umat Islam seluruhnya dibolehkan untuk solat dan tawaf di dalamnya. Pernah sekali apabila Umar al-Khattab melawat negeri Syam lalu beliau disambut oleh seorang tokoh Kristian ketika itu seraya berkata: Saya harap Tuan memuliakan saya dengan memperkenankan undangan saya (ke gereja ini). Umar menjawab: Kami tidak boleh masuk ke dalam gereja Tuan kerana di dalamnya ada berhala-berhala (patung-patung).

Dilarang bagi umat Islam bersolat di rumah-rumah peribadatan yang mengandungi gambar-gambar makhluk ber-roh di dalamnya, samada gambar makhluk tersebut lengkap atau separa lengkap kerana mengingatkan kepada perintah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang menyuruh agar gambar-gambar yang berada di dalam Kaabah bersama patung-patung lainnya di keluarkan terlebih dahulu sebelum beliau solat sunat dua rakaat di dalamnya, di kala peristiwa Fath-ul-Makkah. Sahabat terkenal, Abdullah ibnu Abbas radiallahu-anhu berpendapat adalah makruh bersolat di dalam gereja yang di dalamnya terdapat gambar-gambar. Amirul Mukminin Umar al-Khattab radiallahu-anhu pernah berkata: Sesungguhnya kami dahulu tidak memasuki gereja yang ada gambar-gambar di dalamnya.

Dari keterangan-keterangan di atas, para fuqaha membolehkan seseorang itu melaksanakan solat-solat fardhu mereka di dalam rumah-rumah peribadatan kaum lain asalkan ianya bersih dari 3 perkara iaitu tiada kubur-kubur di dalamnya, tiada patung-patung di dalamnya, tiada gambar-gambar makhluk bernyawa di dalamnya. Ketiga-tiga perkara di atas perlu dijauhi kerana ia mempunyai unsur-unsur syirik yang mencemar nilai-nilai tauhid agama Islam. Selain itu perkara-perkara di atas juga perlu dijauhi kerana kesyumulan agama Islam ini tidaklah sepatutnya dicampuri dengan bayangan-bayangan agama lain.

Sebenarnya seseorang itu tidak perlu memaksa dirinya untuk memasuki gereja-gereja atau apajua rumah peribadatan lain untuk mendirikan solat-solatnya. Seseorang itu boleh sahaja bersolat di mana-mana asalkan bersih dan tidak menggangu atau diganggu orang. Jikalau masih tiada ruang sebaiknya untuk bersolat maka laksanalah ia secara duduk samada dalam bas atau di mana-mana tempat duduk yang ada. Kemudahan hukum-hukum Islam yang sedia ada amat patut diambil-guna jikalau seseorang itu terperangkap dalam suasana-suasana yang sedemikian. Rujuklah kembali kepada bab-bab sebelum ini dalam permasalahan solat.

Kesimpulan

1. Dibolehkan solat di dalam rumah-rumah peribadatan kaum lain apabila ia bersih dari unsur-unsur syirik dan sifat-sifat keagamaan mereka, iaitu bersih dari kubur-kubur, patung-patung dan gambar-gambar.

Solat Berjemaah di Belakang Imam Berlainan Mazhab

Mendirikan solat-solat fardhu secara berjemaah tetap menjadi tuntutan utama dalam Islam sekalipun dalam suasana musafir. Adalah menjadi suatu disiplin dan prinsip tegas baginda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam untuk melaksanakan solat-solat fardhu secara berjemaah dan disiplin ini diteladani oleh Para Khalifahnya yang empat beserta lain-lain para sahabat, radiallahu-anhum. Keutamaan solat fardhu secara berjemaah diterangkan oleh sebuah hadith masyhur yang bermaksud: Solat berjemaah adalah 27 kali lebih tinggi kedudukannya daripada solat yang didirikan bersendirian. Solat berjemaah harus diusahakan seboleh mungkin sekalipun bilangan orang adalah kecil, kerana solat bersendirian hanya akan membuka pintu-pintu gangguan syaitan Iblis, samada ketika solat mahupun di luarnya. Amaran Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Tidaklah 3 orang di suatu desa atau perkampungan yang tidak mendirikan solat sesama mereka melainkan syaitan akan menguasai mereka. Maka kalian harus berjemaah kerana serigala hanya akan memangsakan kambing yang liar berseorangan. Sesungguhnya serigala bagi manusia adalah syaitan, apabila hanya berdua lantas akan dimakannya (iaitu syaitan akan memangsakan manusia sebagaimana serigala memangsakan kambing-P).

Mengingatkan kepada pesanan-pesanan serta sunnah teladan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam tentang keutamaan solat-solat fardhu berjemaah, kita amatlah dituntut agar melaksanakan solat-solat fardhu secara berjemaah samada di perkampungan asal, dalam perjalanan atau apabila telah tiba ke destinasi. Dalam setiap suasana solat fardhu berjemaah tetap menjadi penekanan agama dan sesiapa yang mendokonginya akan memperoleh ganjaran manakala bagi yang meremehkannya hanya akan merugikan diri sendiri beserta umat umumnya.

Walaubagaimanapun apabila seseorang itu bermusafir dari satu benua ke benua yang lain, mendirikan solat secara berjemaah akan menimbulkan dua persoalan, iaitu:

Pertama - Apakah hukum solat di belakang imam yang berlainan mazhab, di mana perbezaan mazhab tersebut melibatkan hal-hal yang berkaitan sah atau tidak solat, dan Kedua - Bagaimanakah seharusnya seseorang itu mengikut imam yang berlainan mazhab, di mana perbezaan mazhab tersebut melibatkan hal-hal yang berkaitan etika dan adab solat? Kedua-dua persoalan ini akan dihuraikan berikut ini.

Pertama - Apakah hukum solat di belakang imam yang berlainan mazhab, di mana perbezaan mazhab tersebut melibatkan hal-hal yang berkaitan sah atau tidak solat?

Yang dimaksudkan dengan persoalan ini ialah umpama seorang makmum dari Mazhab Shafie yang bersolat jemaah di belakang seorang imam dari Mazhab Hanafi, di mana imam tersebut sebelum memulakan solat telah menyentuh seorang wanita dan dia (imam) tidak mengulangi wudhu'nya kembali. Dalam hal ini bagi Mazhab Hanafi menyentuh wanita tidaklah membatalkan wudhu' manakala bagi Mazhab Shafie, menyentuh wanita adalah membatalkan wudhu'. Maka bolehkah dan sahkan solat makmum tersebut di belakang imam itu? Contoh kedua ialah seorang makmum dari Mazhab Hanafi yang bersolat jemaah di belakang seorang imam dari Mazhab Shafie, di mana imam tersebut ketika berwudhu' hanya membasuh sebahagian kecil dari kepalanya. Dalam hal ini kaedah membasuh kepala bagi Mazhab Shafie adalah memadai dengan sebahagian kepala manakala bagi Mazhab Hanafi, syarat sah wudhu' adalah dengan membasuh keseluruhan bahagian kepala. Maka dalam contoh kedua ini, bolehkah dan sahkan solat makmum tersebut di belakang imam itu?

Dalam kedua-dua contoh di atas atau dalam apa-apa situasi seumpama, para fuqaha berbeza pendapat mengenai status solat makmum tersebut, iaitu:

1. Ada di antara mereka yang berpendapat solat makmum adalah tidak sah kerana solat imam itu sendiri adalah tidak sah, kerana imam telah melakukan sesuatu yang membatalkan solat mengikut syarat-syarat mazhab makmum.

2. Sebahagian pendapat lain pula menyatakan bahawa makmum harus menerima syarat-syarat solat mazhab imam yang dikuti dalam jemaah tersebut dan selagi apa yang dilakukan oleh imam adalah sah berdasarkan mazhabnya maka sahlah juga bagi makmumnya, sekalipun antara imam dan makmum berbeza mazhab.

Ketahuilah sebenarnya bahawa perbezaan-perbezaan yang wujud antara ajaran-ajaran Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang 4 ini hanyalah perbezaan kecil yang melibatkan hal-hal cabang, iaitu furuqiyyah. Ia bukanlah perbezaan yang melibatkan urusan aqidah, tauhid mahupun prinsip-prinsip dasar agama. Perbezaan antara mazhab muncul atas beberapa sebab yang sememangnya sukar untuk dielakkan, seperti beza tafsiran terhadap sesuatu dalil, atau beza anggapan terhadap kekuatan sesuatu hadith dan sebagainya. Ini semua adalah sesuatu yang lumrah lagi terbuka dalam agama dan ia adalah sesuatu yang sudah diterima umat sejak dari hari-hari pertama sejarah agama Islam ini lagi.

Oleh itu jikalau kita menyemak kitab-kitab sejarah para sahabat dan generasi-generasi selepas mereka, kita akan dapati mereka saling bersolat jemaah sesama mereka sekalipun terdapat perbezaan pendapat dalam beberapa hal furu' sesama mereka sendiri. Teladan ini didokongi oleh para Imam Mazhab sendiri. Contohnya Imam Ahmad bin Hanbali, yang dari anak-anak muridnya lahir Mazhab Hanbali, berpendapat bahawa seseorang yang sedang solat lalu berlaku pendarahan pada hidung, maka batallah solatnya itu kerana pendarahan hidung adalah salah satu dari hal yang menyebabkan batalnya wudhu'. Lain pula dengan pendapat Imam Malik bin Anas, yang dari anak-anak muridnya lahir Mazhab Maliki, beliau berpendapat pendarahan hidung itu tidaklah membatalkan wudhu'. Akan tetapi apabila di suatu ketika salah seorang dari anak murid Imam Ahmad bertanya kepadanya - apakah hukum solat di belakang imam yang tidak memperbaharui wudhu' apabila berlaku pendarahan hidung, Imam Ahmad menjawab: Adakah patut aku enggan bersolat di belakang Imam Malik dan Sa'id ibnu Musayyib? Jawapan Imam Ahmad di atas jelas menunjukkan bahawa perbezaan pendapat antara dirinya dan Imam Malik tidak menjadi penghalang bagi dia untuk tetap bersolat jemaah di belakang Imam Malik atau para pengikut mazhab Maliki.

Demikianlah sepatutnya teladan yang kita contohi, iaitu tetap berjemaah sekalipun timbul perbezaan mazhab antara makmum dengan imam ikutan solat jemaah. Perbezaan yang timbul antara ajaran mazhab tidak sepatutnya menjadi batu penghalang bagi kita umat Islam dari bersatu berjemaah mendirikan solat menghadap Allah Subhanahu waTa'ala. Lebih dari itu solat berjemaah antara sesama mazhab yang berbeza dapat menjauhkan sikap taasub dan fanatik mazhab yang hanya akan memecah-belahkan umat kepada kumpulan-kumpulan mazhab masing-masing. Bukankah solat berjemaah itu sendiri merupakan salah satu dari lambang kesatuan umat Islam, dan mengasingkan diri kepada jemaah mazhab tersendiri sahaja merupakan satu lambang perpecahan umat?

Hujah penerangan di atas adalah berasaskan kepada kesimpulan yang dibuat oleh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, seorang tokoh fiqh Islam mutakhir, di mana setelah beliau mengupas dan menghurai pendapat setiap mazhab dalam persoalan ini, beliau menulis: Dengan itu bersembahyang di belakang orang yang berlainan dalam persoalan furu' atau cabang mazhab adalah sah dan tidak makruh. Ini kerana pengambilan kiraan dilihat kepada mazhab imam, kerana para sahabat dan tabi'in serta angkatan selepas mereka sering berjemaah sesama mereka sedangkan terdapat perselisihan sesama mereka dalam perkara-perkara furu'. Perbuatan mereka ini dikira sebagai ijma'. Dengan memegang pendapat ini juga akan luputlah kesan-kesan kefanatikan mazhab.

Oleh itu dibolehkan seseorang makmum itu bersolat di belakang seorang imam yang berbeza mazhab dengannya, sekalipun imam tersebut telah melakukan sesuatu perkara yang menyalahi syarat mazhab ikutan si-makmum. Asal sahaja imam ikutan itu melakukan sesuatu yang sah dalam lingkungan mazhab pegangannya, maka sahlah solatnya dan sahlah juga solat para makmum yang mengikutinya.

Kedua - Bagaimanakah seharusnya seseorang itu mengikut imam yang berlainan mazhab, di mana perbezaan mazhab tersebut melibatkan hal-hal yang berkaitan etika dan adab solat?

Antara perbezaan yang dimaksudkan dalam persoalan kedua ini ialah solat di belakang imam yang menyebut Basmalah secara perlahan ketika membaca surah al-Fatiha dalam solat fardhu Subuh, Maghrib, Isyak, dan solat di belakang imam yang tidak membaca doa qunut ketika solat fardhu Subuh. Maka dalam persoalan ini adakah seorang makmum itu mengikut sahaja perbuatan imam atau adakah dia melakukan apa yang dituntut mengikut mazhabnya sendiri?

Penjelasan bagi soalan ini mirip kepada penjelasan bagi persoalan pertama di atas, iaitu seseorang makmum itu harus sahaja mengikut perbuatan-perbuatan solat imam ikutannya itu sekalipun terdapat perbezaan mazhab antara imam tersebut dan diri makmum. Sekali lagi dinyatakan, perbezaan ajaran mazhab tidak boleh dijadikan faktor penghalang bagi umat Islam solat berjemaah bersama-sama. Oleh itu jikalau seseorang itu solat di belakang imam yang tidak membaca doa qunut, maka dia juga tidak membaca doa qunut, dan jikalau seseorang itu solat di belakang imam yang membca doa qunut, maka dia juga perlu ikut membaca doa qunut. Walauapapun perbezaan ajaran mazhab antara makmum dan imam, imam tetap berfungsi sebagai pemimpin solat yang diikuti. Mengikut dengan tepat pimpinan imam solat jemaah dan bertoleransi dalam perbezaan hal-hal furuqiyyah adalah suatu kesepakatan kesemua mazhab Ahli Sunnah yang empat.

Hal ini dibuktikan oleh sejarah, apabila Imam Shafie, Imam Ahmad, Imam Abu Hanifah serta anak-anak murid mereka generasi ke generasi, semuanya turun ke Kota Mekah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah haji mereka, padahal imam-imam di kedua-dua masjid kota suci tersebut, Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi adalah terdiri dari anak-anak murid Imam Malik bin Anas, iaitu bermazhab Maliki. Akan tetapi perbezaan mazhab sebegini tidak menghalang mereka dari bersolat jemaah bersama-sama, sekalipun terdapat perbezaan dalam etika solat seperti bacaan Basmalah dan bacaan doa qunut Subuh antara keempat-empat mazhab tersebut.

Dilarang serta ditegah dari melakukan sesuatu pergerakkan solat yang berbeza dengan imam semata-mata kerana perbezaan mazhab antara imam dan jemaah. Antara perbezaan yang dimaksudkan ialah pembacaan doa qunut ketika menunaikan solat fardhu Subuh. Apabila kita berjemaah di belakang imam yang membaca doa qunut maka hendaklah juga kita ikut membacanya dan apabila kita berjemaah di belakang Imam yang tidak membaca doa qunut, seperti Imam dari Mazhab Hanafi atau Hanbali, maka hendaklah kita turut tidak membacanya.

Ini adalah berdasarkan perintah yang jelas dari baginda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang melarang para jemaah melakukan sesuatu pergerakkan solat yang berbeza dengan imam yang mereka ikuti. Perintah beliau: Seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya. Apabila dia rukuk, maka rukuklah. Apabila dia membaca 'SamiAllahuliman Hamidah' maka katalah 'Rabbana lakal Hamduh' . Apabila dia sujud, maka sujudlah. Dan apabila dia solat duduk maka bersolat duduklah kamu semua (dalam jemaah). Dan luruskanlah barisan saf dalam solat (jemaah) kerana sesungguhnya saf yang lurus adalah tanda kesempurnaan solat (jemaah).

Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bukan sahaja melarang perbuatan solat yang berbeza dengan imam, tetapi juga melarang seseorang itu daripada melakukan sesuatu perbuatan solat yang tidak seragam dan semasa dengan imam yang sedang diikuti. Dua hadith berikut memberikan amaran serta ancaman berat kepada seseorang makmum yang tidak mengikut dengan tepat dan seragam akan imam solatnya:

[01] Abu Hurairah radiallahu-anhu berkata bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak takutkah salah seorang dari kalian apabila dia mengangkat kepalanya dari rukuk dan sujud sebelum imam, (lalu) Allah akan menjadikan kepalanya (seperti) kepala keldai atau Allah akan menjadikan bentuknya (seperti) bentuk keldai?

[02] Abu Hurairah radiallahu-anhu berkata bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Orang yang menurun dan mengangkat sebelum Imam, sesungguhnya ubun-ubun kepalanya berada di tangan syaitan (dipimpin oleh syaitan).

Nah! Perhatikanlah kedua amaran di atas. Jikalau pergerakkan solat yang tidak seragam dengan imam sudah diancam dengan sebegitu berat, maka bagaimana pulakah dengan sesuatu pergerakkan solat yang sengaja dilakukan bertentangan dengan imam? Sudah tentu juga tidak boleh. Oleh itu janganlah seseorang makmum itu melakukan apa-apa perbuatan solat yang berbeza dengan imam ikutannya. Ini termasuklah etika pembacaan doa qunut dalam solat fardhu Subuh, di mana telahpun diterangkan sebelum ini bahawa terdapat perbezaan pendapat sesama mazhab akan hukum pembacaannya. Akan tetapi perbezaan ini tidaklah seharusnya mendorong seseorang jemaah itu daripada berlaku beza dengan imam ikutannya dalam solat berjemaah. Tiga hadith terakhir di atas jelas lagi nyata bagi menerangkan adab-adab solat berjemaah - iaitu tetap selari dan seragam dengan imam ikutan.

Diketahui penulis bahawa ada segelintir pendapat yang menyuruh seseorang itu untuk tetap membaca doa qunut Subuh apabila bersolat jemaah di belakang imam yang tidak membacanya. Pendapat ini juga sering diajar kepada para jemaah kita yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, di mana mereka disuruh untuk tetap 'menyelitkan’ bacaan doa qunut apabila imam sedang iktidal, sebelum turun ke posisi rukuk (Para imam di Arab Saudi tidak membaca doa qunut Subuh). Pendapat ini mengikut analisa penulis adalah sangat tidak tepat lagi menyalahi sunnah-sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam etika dan adab solat berjemaah.

Justeru apabila seorang makmum mengikut imam yang berlainan mazhab dalam solat jemaah, hendaklah dia mengikut setiap tatacara dan etika solat imam tersebut, sekalipun perbuatan imam itu tidak menepati ajaran mazhab makmum. Sikap sebegini adalah merupakan dasar manhaj para imam mazhab yang empat dan ia paling menepati tujuan serta objektif pensyari'atan solat berjemaah itu sendiri.

Kesimpulan

1. Dibolehkan solat di belakang imam yang berlainan mazhab sekalipun imam tersebut telah melakukan sesuatu perkara yang menyalahi syarat mazhab ikutan si-makmum.

2. Hendaklah tetap mengikuti tatacara solat imam ikutan sekalipun ia tidak menepati tuntutan mazhab pegangan makmum.

Hadis Palsu

Kebanyakkan umat Islam di Malaysia pasti akan pernah mendengar kalimat kata-kata seperti “Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China”, “Perselisihan dalam umatku dalah rahmat”, “Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, sedangkan Ramadan adalah bulan umatku” atau "Sesiapa yang mengenal dirinya maka dia telah mengenal tuhannya". Ini adalah kerana ianya telah disebarkan di kalangan masyarakat Islam oleh sesetengah penceramah dan penulis buku agama dan mereka sandarkannya sebagai sabda Nabi Muhammad s.a.w.. Namun begitu tahukah anda bahawa kalimat-kalimat tersebut merupakan hadis palsu (mawdhu’)? Hadis palsu adalah sesuatu yang diciptakan dan dibuat-buat lalu dinisbatkan kepada Rasulullah s.a.w. secara dusta baik mengenai ucapannya, perbuatannya mahupun perakuannya. Para ulamak juga telah sepakat diharamkan untuk meriwayatkan hadis palsu bagi mereka yang mengetahuinya dalam bentuk apa pun kecuali disertai dengan penjelasan akan kepalsuan hadis tersebut. Dalil yang mengharamkan periwayatan hadis palsu adalah sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya berdusta di atas (nama)ku tidaklah sama dengan dengan berdusta kepada orang lain. Maka barangsiapa yang berdusta di atas (nama)ku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka. – Hadis riwayat Imam Bukhari (no: 1291) dan Muslim (no: 4) di dalam kitab Shahih mereka.

Namun begitu amat mendukacitakan apabila amaran keras daripada baginda s.a.w. ini tidak di ambil peduli oleh sesetengah pihak termasuk di kalangan para ustaz dan ustazah. Bagi orang awam yang memiliki ilmu yang minimal dalam bidang hadis pasti akan menerima bulat-bulat hadis-hadis palsu tersebut dan menganggap ianya benar-benar datangnya daripada Rasulullah s.a.w. lalu mengamalkannya. Maka bertebaranlah amalan-amalan bidaah serta fahaman-fahaman yang sesat di tengah-tengah masyarakat.

Melihatkan wujudnya ancaman yang keras daripada baginda, maka perlu bagi umat Islam untuk mengetahui ciri-ciri yang terdapat di dalam hadis palsu agar mudah kita mengesannya. Hadis palsu ini dapat dikenal pasti melalui kecacatan yang terdapat pada sanad (rangkaian para perawi yang menyampaikan hadis tersebut) mahupun matannya (isi kandungan hadis tersebut). Di antara ciri-ciri untuk mengenali hadis palsu adalah:

a) Pengakuan dari mereka yang memalsukan hadis tersebut. Sebagai contohnya Tatkala Ibnu Abi Al-Auja’ ditangkap dan hendak dipenggal lehernya dia telah berkata: “Aku telah membuat di antara kamu empat ribu Hadis yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.”

b) Terdapat petunjuk bahawa perawi tersebut termasuk kalangan pedusta dan hadis tersebut tidak diriwayatkan oleh perawi lain. Sebagai contohnya perawi dari kalangan pengikut Syi’ah al-Rafidhah seperti Abu Mikhnaf.

c) Perawi hadis tersebut mengaku secara dusta bahawa dia telah mengambil riwayat daripada seseorang yang tidak pernah ditemuinya. Hal ini boleh diketahui melalui tarikh lahir dan wafat seseorang perawi mahupun tempatnya bermukim. Ma’mun bin Ahmad Al-Harawi mendakwa ada mendengar Hadis daripada Hisyam bin ‘Amman abang kepada Ibnu Hibban, maka Ibnu Hibban bertanya: “Bilakah engkau ke kota Syam?” Ma’mun menjawab: “Pada tahun 250H.” Mendengar itu Ibnu Hibban berkata: “Hisyam meninggal dunia pada tahun 245H.” Dari sini dapat diketahui bahawa Ma’mun sebenarnya tidak pernah bertemu dengan Hisyam.

d) Apabila seorang perawi itu mengaku bahawa Nabi s.a.w. telah melakukan sesuatu perkara di hadapan para sahabat yang lain, tetapi mereka bersepakat untuk menyembunyikan perkara tersebut dan tidak menyebarkannya. Sebagai contohnya hadis palsu ini: “Sesugguhnya Rasulullah s.a.w. meraih tangan ‘Ali bin Abi Thalib r.a di hadapan seluruh sahabat. Mereka baru sahaja tiba dari melaksanakan haji wada’. Lantas Nabi (membuat ‘Ali) berdiri ditengah-tengah mereka sehingga dapat dilihat oleh semua hadirin. Kemudian baginda bersabda: “Ini adalah waashiku (orang yang menerima wasiat) dan saudaraku serta khalifah (orang yang menggantikan) setelah aku. Maka dengarkanlah oleh kamu semua (perkataannya) dan taatilah (perintahnya).”

e) Hadis tersebut bercanggah dengan ajaran al-Qur’an ataupun hadis yang sabit daripada Rasulullah s.a.w.. Sebagai contohnya hadis palsu: “Anak Zina tidak akan masuk ke syurga sampai tujuh keturunan” yang bercanggah dengan firman Allah S.W.T.: Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). – al-An’aam (6) : 164

f) Hadis tersebut bertentangan dengan logik akal serta nilai-nilai keilmuan seperti hadis palsu dengan lafaz ini: “Bahawasanya bumi ini di atas batu hampar dan batu hampar di atas tanduk lembu, maka apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya bergeraklah batu hampar itu.” Termasuk dalam kategori ini adalah hadis-hadis tentang khasiat sesuatu bahan makanan terhadap kesihatan manusia namun ianya ternyata bercanggah dengan ilmu perubatan seperti hadis palsu ini: “Buah terung itu adalah penawar bagi segala penyakit.”

g) Susunan kata-kata dalam hadis tersebut tidak mencerminkan ianya keluar dari mulut seorang Nabi yang mana Allah s.w.t. telah berfirman:

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. – al-Najm (53) : 3-4

Misalnya hadis palsu ini: “Melihat wajah yang tampan itu boleh mempertajamkan pandangan mata.”

h) Matan hadis tersebut mencemari sifat-sifat Allah yang maha sempurna dari sebarang bentuk kecacatan dan tidak menyerupai makhluknya seperti hadis palsu ini: “Bahawasanya Allah s.w.t. menciptakan kuda lalu dipacunya kuda itu hingga berpeluh, maka Dia menciptakan dirinya dari kuda itu.” Termasuk dalam hal ini adalah menceritakan tentang perbuatan Allah s.w.t. secara tidak benar seperti hadis: “Sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi pada hari ‘Asyuraa.”

i) Hadis yang menerangkan pahala yang sangat besar terhadap sesuatu kebajikan yang sangat kecil. Sebagai contohnya hadis palsu yang berbunyi: “Sesuap makanan yang diberikan kepada orang lapar lebih utama dari membina seribu jamek (masjid).”

j) Hadis yang menunjukkan amal ibadah yang melampau serta menyusahkan seperti solat tanpa henti semalaman dan memilki jumlah rakaat ratusan bahkan mencecah ribuan seperti solat al-Raghaaib pada hari Jumaat yang pertama dalam bulan Rejab, zikir-zikir yang mencecah ribuan kali dan dilakukan pula tidak sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w. seperti berteriak serta menari-nari. Sebagai contohnya adalah hadis palsu: “Jangan kalian melalaikan Jumaat pertama pada bulan Rejab kerana sesungguhnya Jumaat pertama pada bulan Rejab adalah malam yang dinamakan malaikat dengan malam raghaaib.”

k) Hadis yang menunjukkan sifat perkauman serta mencela kaum yang lain seperi hadis palsu: “Rasulullah melihat makanan, lantas baginda bersabda: “Milik siapa ini?” Al-Abbas berkata: “Milik orang-orang Habsyah, (makanan) milik mereka.” Rasulullah bersabda: “Jangan kamu lakukan (berikan), Sesungguhnya mereka jika lapar akan mencuri dan jika kenyang akan berzina.”

l) Hadis yang menerangkan dosa dan siksa yang sangat besar atas kesalahan yang kecil. Umpamanya: “Barangsiapa memakan bawang putih pada malam Jumaat, maka hendaklah dia masuk Neraka selama tujuh puluh tahun.”

Penulis yakin pada saat ini para pembaca sudah mula sedar betapa jeleknya hadis-hadis palsu ini dan telah maklum amaran keras daripada Rasulullah s.a.w. bagi mereka yang menyebarkannya. Tentu akan bermain-main di fikiran para pembaca tentang siapakah yang tergamak untuk memalsukan hadis-hadis Nabi ini. Maka berikut penulis akan senaraikan golongan yang bertanggung jawab memalsukan hadis-hadis Nabi.

a) Mereka yang memalsukan hadis dalam rangka mengajak manusia ke arah kebaikan dan menghindari kemungkaran. Dalam satu kajian teliti yang dibuat oleh Mu’ammal bin Ismail, beliau telah menemui orang yang membuatnya. Kata beliau: “Aku telah diriwayatkan Hadis ini oleh seorang Syeikh, lalu aku bertanya: “Siapakah yang meriwayatkan Hadis ini kepada anda?” Syeikh itu menjawab: “Seorang laki-laki di Madain, dia masih hidup.” Aku pergi menemui laki-laki itu lalu bertanya: “Siapakah yang meriwayatkan Hadis ini kepada anda?” Orang itu menjawab: “Saya telah diberitahu oleh seorang Syeikh di Wasith.” Aku pergi menemuinya dan berkata: “Siapakah yang meriwayatkan Hadis ini kepada anda?” Dia menjawab: Seorang Syeikh di Abadan. Saya pergi menemui Syeikh itu bersama-sama dengan Syeikh dari Bashrah tadi. Dia memegang tanganku lalu membawaku masuk ke dalam sebuah rumah, tiba-tiba aku dapati kaum sufi yang berada dalam rumah itu dan bersama-sama mereka ada seorang Syeikh mereka. Saya bertanya: “Siapakah yang meriwayatkan hadis ini kepada anda?” Syeikh itu menjawab: “Tiada sesiapapun yang meriwayatkan hadis itu kepadaku, tetapi kami telah melihat manusia telah jauh dari Al-Quran lantas kami buatlah hadis ini untuk mereka bagi memalingkan hati mereka kepada Al-Quran”.”

Mereka berpandangan tidak menjadi kesalahan untuk menyebarkan riwayat-riwayat palsu asalkan sahaja kandungan hadis tersebut membawa ke arah kebaikan. Pada tanggapan mereka kedustaan yang mereka lakukan hanyalah semata-mata untuk membantu agama Allah. Adakah mereka ini merasakan ayat-ayat al-Qur’an serta hadis-hadis Nabi tidak cukup sempurna untuk dijadikan landasan bagi tarhib dan targhib? Ternyata pemikiran rosak ini berpangkal dari kejahilan mereka terhadap syari’at Islam. Berpunca daripada tangan-tangan kotor mereka inilah maka banyak amalan-amalan bidaah tersebar dalam masyarakat. Amalan bidaah ini pernah dicela oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya:

Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-Sunnah), serta seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (bidaah) dan setiap yang diada-adakan (bidaah) adalah sesat. - Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 867

b) Para tukang cerita atau lebih dikenali sebagai al-Qashshaash yang mencipta hadis-hadis palsu agar orang ramai merasa tertarik dengan ceramah yang disampaikan. Apabila dia berjaya menarik perhatian orang ramai maka tentu dia akan mendapat banyak jemputan untuk berceramah dan semakin banyak pula upah yang akan diterima. Di antara contoh golongan ini adalah Maisarah bin Abdu Rabbih. Ketika ditanya: “Dari mana anda dapatkan hadis-hadis ini?” Dia menjawab: “Aku memalsukannya untuk menggembirakan orang.”

c) Para peniaga yang ingin melariskan jualannya maka diciptakan hadis-hadis palsu yang menunjukkan khasiat barangan jualannya tersebut. Sebagai contoh kita melihat mereka yang menjual ubat-ubatan berasal dari daging Dhab, maka dia membawa riwayat-riwayat yang menunjukkan ianya adalah perubatan Nabawi. Sedangkan Rasulullah s.a.w. tidak makan daging dhab.

Telah berkata Khalid bin Walid: “Ya Rasulullah adakah haram memakan dhab?”
Rasulullah bersabda: “Tidak, tetapi ia bukan makanan bagi kaumku, maka aku tidak memakannya.”
Makan dihidangkan dhab kepada Khalid lalu dia memakannya sedangkan Rasulullah s.a.w. melihat (Khalid memakannya). - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, no: 4242

Hal yang sama kita dapat bagi mereka yang menjual tasbih yang diperbuat dari kayu koka, kismis jampi, capal Nabi dan air jampi yang kini telah dikilangkan dan dijualkan secara komersial. Tanpa segan-silu mereka telah meriwayatkan perkara yang palsu tentang fadilat barang jualan mereka dan ianya secara tidak langsung telah menyebabkan orang ramai sanggup berhabisan wang ringgit demi untuk mencapai fadilat palsu tersebut.

d) Golongan zindik dan munafik yang berpura-pura menjadi orang Islam bertujuan untuk merosakkan Islam dari dalam dengan membuat banyak hadis-hadis palsu. Golongan ini dikatakan telah membuat empat belas ribu hadis palsu. Abdul-Karim bin al-Auja’ sahaja telah mengaku membuat empat ribu hadis mengenai halal dan haram. Mereka ini telah membuat hadis-hadis yang menyebarkan keyakinan yang syirik, amalan-amalan bidaah, manganjurkan perkara mungkar, perkara yang melemahkan umat Islam dan lain-lain. Lihat bagaimana akidah sesat yang dibangunkan di atas dalil-dalil palsu namun ianya masih di amalkan dalam masyarakat kita seperti fahaman Nur Muhammad, Wahdatul Wujud dan Tawasul di kuburan. Ini semua adalah hasil dari serangan yang dilakukan oleh golongan zindik dan munafik melalui riwayat-riwayat palsu.

e) Kelompok fanatik mazhab juga akan mencipta hadis-hadis palsu demi untuk meninggikan kedudukan imam mazhab mereka serta menguatkan pendapat-pendapatnya. Sebagai contoh di kalangan pengikut fanatik mazhab Hanafi mereka mencipta hadis palsu untuk memburuk-burukan Imam al-Syafi’i r.h. Hadis palsu tersebut memiliki lafaz begini, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan muncul di kalangan umat aku seseorang yang bernama Muhammad bin Idris (Imam al-Syafi’i) yang akan mendatangkan kerosakan kepada umat ku lebih buruk daripada iblis dan akan muncul pula di kalangan umat ku seorang lelaki bernama Abu Hanifah yang akan menjadi cahaya penyuluh umat aku.”

Penipuan serta pemalsuan sebegini juga merupakan budaya hidup kelompok Syi’ah. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka inilah golongan yang paling banyak memalsukan hadis untuk menyokong pegangan mazhabnya yang sesat. Imam Malik r.h ketika di tanya tentang mereka beliau menyatakan: “Jangan mengajak berbicara dengan mereka dan jangan meriwayatkan daripada mereka kerena mereka adalah para pendusta.” Sebagai contohnya untuk menghina para sahabat mereka telah membuat riwayat palsu seperti ini: “Daripada Abu Ja’far yang berkata: “Semua manusia itu telah murtad setelah wafatnya Nabi kecuali 3 orang.” Aku bertanya: “Siapakah yang 3 orang itu?” Maka jawabnya : “Al-Miqdad ibn al-Aswad, Abu Dzarr al-Ghifari dan Salman al-Farisi.”

f) Terdapat juga mereka yang sengaja membuat hadis palsu demi untuk mendekatkan diri kepada penguasa bagi mendapat ganjaran duniawi. Ini adalah seperti kisah Ghiath bin Ibrahim An-Nakha’ie Al-Kufi pada satu hari datang berkunjung ke istana Al-Mahdi. Di kala itu Al-Mahdi sedang bermain burung dara (merpati) kerana beliau sangat suka dengan burung-burung merpati itu. Maka berkatalah Ghiath:
“Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada pertaruhan melainkan pada anak panah, unta atau kuda, ataupun burung.”

Hadis yang dibawa oleh Ghiath adalah benar, tetapi tambahan perkataan “ataupun burung” itu adalah perkataan Ghiath sendiri untuk tujuan membodek al-Mahdi. Al-Mahdi memahami maksud Ghiath itu lalu disuruh supaya Ghiath diberi hadiah. Dan setelah Ghiath pergi, maka Al-Mahdi berkata: “Aku naik saksi atas engkau, bahawa engkau adalah seorang pendusta terhadap Rasul.” Dan kemudian dia berkata pula: “Akulah yang mendorongnya berbuat demikian. Al-Mahdi kemudian menyuruh supaya burung merpati itu disembelih.”

g) Ada juga golongan yang mencipta hadis palsu bermotifkan politik. Sebagai contohnya ketika terjadi perselisihan di antara Muawiyah bin Abi Sufiyan dan ‘Ali bin Abi Talib maka banyak riwayat-riwayat palsu dicipta demi untuk menguatkan pihak yang disokong mereka. Bagi penyokong ‘Ali mereka membuat hadis palsu: “Apabila kamu melihat Mu ‘awiah di atas mimbarku, maka bunuhlah akan dia.” Bagi mereka yang menentang ‘Ali maka mereka mencipta hadis palsu: “Tidak ada satu pohon pun dalam Syurga kecuali tertulis atas tiap-tiap daunnya “Tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t. dan Muhammad itu pesuruh Allah s.w.t.”, Abu Bakar al-Shiddiq, ‘Umar al-Faruq dan ‘Uthman Zun-Nuraini.”

Begitu juga bagi pengikut kerajaan Bani ‘Abbasiyah mereka mengeluarkan hadis palsu ini : “’Abbas itu ialah orang yang memelihara wasiatku dan ahli warisku.” Bagi pengikut bani Umayyah pula mereka meriwayatkan hadis palsu ini: “Orang-orang yang kepercayaan itu ada tiga orang; Aku (Muhammad), Jibril dan Mu’awiah.”

Demikianlah beberapa contoh golongan yang secara sengaja menempah tempat duduk mereka di neraka dengan mencipta hadis-hadis palsu. Penulis yakin setelah melihat ciri-ciri hadis palsu serta golongan yang bertanggungjawab menciptanya maka sedikit-sebanyak kesan-kesan buruk yang disebabkan oleh hadis palsu ini terhadap masyarakat akan jelas terbayang di minda para pembaca. Menyedari hakikat ini para ulamak hadis semanjak zaman berzaman telah merumus serta menerapkan kaedah-kaedah ilmu hadis demi untuk memudahkan umat Islam mengenali hadis-hadis palsu tersebut. Di antara karya-karya cemerlang warisan ulamak hadis adalah seperti al-Dhu’afa karya Imam al-Bukhari, al-Dhu’afa wa al-Matrukun karya Imam al-Nasaa’i, Mizan al-I’tidal karya Imam al-Dzahabi, Tahzib al-Kamal oleh al-Mizzi, al-Maqaashid al-Hasanah Fii Bayaan Katsiir Min al-Ahaadiits al-Musytahirah ‘Ala al-Alsinah karya al-Hafidz as-Sakhawy, Taqrib al-Tahzib oleh al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, al-Laali’ah al-Mashnu’ah karya Imam as-Suyuthi, al-Maudhu’at oleh Ibnul Jauzi, Tanzihu al-Syari’ah al-Marfu’ah’An al-Ahadis al-Syari’ah al-Mawdhu’ah oleh Ibnu Iraq al-Kittani dan karya Syaikh al-Albani bertajuk Silsilah al-Hadis al-Dha’ifah wal al-Mawdhu’ah serta banyak lagi. Sewajarnya pihak yang bertanggungjawab di Malaysia ini menyambung warisan yang ditinggalkan oleh para ulamak hadis ini dengan menubuhkan sebuah Institusi Hadis peringkat kebangsaan yang akan memantau serta membasmi penyebaran hadis-hadis palsu mahupun lemah (dha’if) dalam segala bentuk sama ada secara penulisan mahupun lisan. Jumlah mereka yang pakar dalam bidang hadis di Malaysia sebenarnya adalah begitu sedikit dan ini juga membuka ruang untuk hadis-hadis yang palsu dan lemah dipergunakan secara semberono. Semoga dengan penubuhan institusi yang sedemikian rupa, ianya akan dapat melahirkan lebih ramai alim-ulamak dalam bidang hadis di negara kita Malaysia.

Khamis, Mei 28, 2009

Islam Inklusif

Islam Inklusif secara logiknya akan mengakui kebenaran agama lain selain daripada Islam. Terma yang digunakan oleh golongan Islam Liberal ini menggunakan pendekatan untuk menyamakan agama lain dengan agama Islam, kerana agama lain turut dikatakan menganjurkan amalan yang baik dan benar.

Terma Inklusif sebenarnya menyamai konsep pragmatisme akhlak yang telah dipopularkan oleh John Dewey di Amerika Syarikat. Dalam konsep pragmatisme, kebenaran mutlak tidak ada menyebabkan setiap sesuatu tidak bersifat eksklusif. Dalam konteks mudah ia seakan mengarahkan umat Islam mengakui kebenaran agama lain sehingga boleh menyebabkan umat Islam berada pada tahap murtad.

Di Malaysia, usaha golongan kelompok ini dapat dilihat dari segi idea, penulisan karya, percakapan dan kelakuan seseorang atau organisasi. Mereka seboleh mungkin cuba menampakkan diri mereka terpisah tetapi mereka mempunyai jaringan dalam kelompok sendiri yang hanya diketahui oleh kelompok mereka sahaja. Dengan menjadikan pendekatan sederhana kelompok ini seringkali mengelirukan masyarakat islam di Malaysia.

Fahaman ini juga dikatakan melihat pandangan hidup Islam yang berpandukan beberapa dasar seperti konsep tuhan, kenabian, ilmu dan agama yang diletakkan sebagai objek yang membingungkan dan perlu diperdebatkan.

Sebenarnya ini semua adalah permainan barat yang sengaja mencipta pelbagai terma untuk meletakkan Dunia Islam dalam aneka perangkap mereka dengan penciptaan pelbagai istilah seperti Islam tradisional vs moden, Islam sederhana vs fundamentalis, Islam legalistik/formalistik vs substantif normatif, Islam budaya vs struktural serta Islam inklusif vs eksklusif.

Untuk mengelirukan kelompok islam juga, Barat dengan sengaja melontarkan pelbagai istilah dan pemikiran dengan aliran politik dan ideologi serta melakukan permainan istilah yang berbahaya dan asing seperti Islam Liberal, Islam Moderate dan Pluralisme Islam dengan maksud mendatangkan keraguan umat Islam terhadap ajaran asal agama yang dianuti. Ini dilakukan semata-mata kerana barat bimbang sekiranya umat islam bangkit menerusi ideologi Islam sebenar seperti yang telah dilakukan oleh tamadun islam sebelum ini seperti kewujudan kerajaan Abbasiyah, kerajaan Cordova dan juga kerajaan Bani Uthmaniyah, akan menyebabkan barat kembali berada di dalam kegelapan atau kemunduran.

Profesor Sosiologi agama di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat, Charles Kurzman telah memperkenalkan istilah atau gerakan baru di Dunia Islam ini menerusi bukunya ‘Islamic Liberalism’ dan sebelum itu Leonard Binder cuba menyebarkan fahaman berkenaan dalam bukunya Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies.

Secara ringkas, aliran islam seupama ‘mazhab’ ini berakar umbi kepada fahaman kebebasan tanpa batasan bagi membolehkan akal manusia digunakan secara sebebas-bebasnya untuk memberi jawapan dan persoalan kepada semua perkara tanpa merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Pada kelompok ini tafsiran terhadap Al-Quran perlu dilakukan semula kerana mereka mengangap tafsiran lama sudah tidak relevan dalam keadaan persekitaran umat islam hari ini.

Pengarah Eksekutif Institut Kajian Pemikiran dan Tamadun Islam Indonesia (INSISTS), Adnin Armas, ketika membentangkan kertas kerja ‘Sumber Liberalisasi Pemikiran Islam: di Ipoh pada tahun 2006, Kes al-Quran’ dalam muzakarah itu, berkata pengikut fahaman berkenaan kini semakin berani mencabar akidah umat Islam dengan menyarankan agar al-Quran disunting semula dan disusun menjadi sebuah kitab baru dikenali al-Quran edisi kritis (a critical edition of the Quran) kerana mendakwa terdapat banyak kelemahan dalam isi kandungannya.

Katanya, golongan berkenaan yang sebahagiannya memiliki latar belakang pendidikan agama mula mengemukakan gagasan supaya al-Quran diolah semula pada 2002 di Indonesia sehingga sanggup mengeluarkan ungkapan antara lain: “Hakikat dan sejarah penulisan al-Quran sendiri sesungguhnya penuh dengan berbagai-bagai nuansa yang delicate (rumit), dan tidak sunyi daripada perdebatan, pertentangan, intrik dan rekayasa (direka-reka).”

Adnin berkata, fenomena itu adalah kes baru kerana ketika penjajahan Belanda, Inggeris dan Jepun di Indonesia sekalipun perkara seperti itu tidak pernah berlaku. Malah, beliau berpendapat pemikiran yang mengkritik al-Quran itu datangnya dari pengaruh pandangan hidup Yahudi-Kristian.

Katanya, dengan menggunakan tafsiran baru kepada sumber dalaman tradisi Islam, golongan orientalis membangunkan teori baru yang bukan saja berbeza tetapi bertentangan dengan pendapat golongan ulama besar silam hingga sekarang.

Malangnya, kata beliau, ramai pemikir Islam terpengaruh dengan pemikiran itu sehingga pelbagai kritikan telah dilontarkan terhadap kitab suci itu terutama dalam mempertikaikan mushaf Uthmani yang digunakan sekarang dianggap sebagai tidak asli.

“Untuk menangani persoalan berkenaan, sudah tiba masanya bagi golongan ulama meneliti karya orientalis ini secara serius. Menerusi tindakan membongkar akar pemikiran sekular-liberal, diharapkan ranting pemikir Islam yang sudah terpengaruh dengan kerangka pemikiran Barat akan dengan sendirinya roboh,” katanya.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang bersidang dalam Musyawarah Nasional (Munas) Kali Ketujuh pula telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Ahmadiyyah, liberalisme dan pluralisme sebagai ajaran sesat. Sejak itu, pengikut fahaman liberalisme dan pluralisme telah melakukan pelbagai cacian dan tentangan terhadap MUI dan golongan ulama.

Dalam sejarah tamadun Islam, ramai tokoh di kalangan umat Islam telah mengeluarkan hujah atas nama ‘mengeluarkan umat Islam dari kemunduran’ dengan bercakap atau melakukan perbuatan yang melanggar syariat seperti Ziya Gokalp (1875-1924) di Turki yang menyarankan agar orang Turki bersolat menggunakan bahasa Turki agar mereka berasakan jiwa lebih dekat dengan Tuhan serta menganggap hukum Islam hanya bersumberkan nas al-Quran dan adat kebiasaan (urf) masyarakat di sesuatu tempat.

Begitu juga dengan pemerintah Islam Moghul di India, Akbar Khan atau ‘Akbar Agung’ yang telah mencipta agama Din Ilahi dengan menyatukan semua agama atas alasan untuk mengelakkan perpecahan masyarakat yang pelbagai kaum dan agama. Pendekatan yang seumpama membawa maksud agama lain juga benar ini telah menyebabkan Islam setaraf dengan agama lain. Malah Akbar juga telah bertindak mengahwini puteri raja Hindu dan membenarkan cucunya dibaptis oleh paderi kristian untuk menunjukkan dasar keterbukaan dirinya terhadap agama lain. Beliau juga telah mendirikan rumah pelacuran berhampiran istananya dengan tujuan untuk melayan kehendak nafsunya, selain pelacur perempuan rumah pelacuran itu juga turut mempunyai pelacur lelaki. Walaupun beliau mengakui dirinya adalah seorang Islam.

Begitu juga dengan Abdul Rahman Al-Kawakibi tokoh pembaharuan agama di Mesir, merupakan pelopor kepada gerakan nasionalis dan patriotisme Arab sewaktu Sultan Abdul Hamid sedang memerintah kerajaan Uthmaniyah Turki. Beliau terpengaruh dengan sistem pemerintahan demokrasi di eropah dan berpendapat bahawa masalah membentuk kerajaan merupakan masalah asasi kepada manusia dan beliau menyeru agar Negara-negara di Timur agar menuruti jalan Demokrasi yang telah dilakukan oleh barat. Abdul Rahman juga tidak mengiktiraf kewujudan dua kekuasaan kepada ketua kerajaan ialam iaitu kuasa agama dan kuasa politik (sivil) kerana pada beliau agama dan politik seharusnya berasingan. Bagi tokoh kontroversi ini juga agama adalah apa yang dianuti oleh seseorang peribadi dan bukannya apa yang dianuti oleh semua orang.

Secara kebetulan, kebanyakkan besar tokoh atau mereka yang cuba memajukan ummah dari kemunduran akibat fahaman sempit mereka terhadap Islam selalunya akan mendapat sokongan atau menerima bantuan daripada pertubuhan atau negara Barat. Keadaan ini berlaku sejak dari zaman penjajahan Barat di negara Islam sehingga sekarang.

Di Malaysia tokoh yang selalu mempromosi agenda perubahan ini ialah Anwar Ibrahim dan secara kebetulan dia juga amat rapat dengan pihak barat, adakah Anwar juga merupakan salah seorang kelompok Islam Liberal? kerana kita mengetahui rakan baiknya di Indonesia iaitu Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur juga merupakan tokoh yang menggerakan Islam Liberal dan Pluralisme, keterbukaan beliau dan Inklusif dirinya dibuktikan dengan dirinya sanggup dibaptiskan oleh paderi kristian di Indonesia dan digelar bapak Pluralisme di Indonesia.

Seharusnya umat Islam berhati-hati dengan serangan pemikiran ini kerana golongan yang menyokong gerakan pemikiran ini tidak pernah henti untuk menyebarkan idea mereka semenjak daripada zaman silam sehingga sekarang dan sentiasa kekal dalam pemikiran tersebut.

Walaupun gerakan pemikiran ini menggunakan terma-terma yang pelbagai untuk mengelirukan pergerakan dan pemikiran mereka, namun secara kasarnya kita akan dapat melihat corak yang biasa mereka gunakan untuk mempopularkan idea mereka. Contohnya memperjuangkan hak kebebasan, kesamarataan dan memperjuangkan hak perempuan. Selain itu mereka juga akan mempromosi slogan demokrasi dengan harapan mereka diberi ruang untuk menyebarkan pemikiran mereka. Sebab itu sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid, golongan ini menganggap Sultan tersebut adalah kuku besi kerana cuba menghalang gerakan pembaratan pada zaman Uthmaniyah.

Kini slogan itu sudah meresap ke Malaysia dengan menjadikan demokrasi, kebebasan akhbar dan kebebasan beragama sebagai agenda, adakah Malaysia akan menjadi senasib empayar Uthamaniyah Turki selepas ini atau menjadi seperti Indonesia yang sudah seperti tidak dapat dikawal perkembangan aliran pemikiran ini disana selepas era orde baru.

Jumaat, Mei 15, 2009

Hikmah Zakat

Hikmah dari zakat antara lain:

1. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.

2. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.

3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk

4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.

5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan

6. Untuk pengembangan upaya umat

7. Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam

8. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.

Kisah Rasulluah S.A.W Sebagai Pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Mazhab Dalam Islam

Penjelasan Tentang Mazhab

Mengingat seringnya dipertanyakan masalah mazhab dan dengan adanya sekelompok umat Islam yang beranggapan bahawa memahami hukum Islam langsung bersumber kepada Al-Quran dan Al Hadis bagi orang Islam sekarang itu sesat dan menyesatkan, ditambah lagi adanya anggapan bahawa umat Islam jika mengikut/taklid kepada salah satu mazhab empat atau mazhab tertentu maka perlu kiranya ada penjelasan mengenai hal-hal tersebut di atas.

Mazhab berasal dari akar kata zahaba ertinya jalan atau tempat pergi, sinonem (persamaan katanya) Maslikon atau Torikun atau Sabilon. Menurut istilah mazhab adalah faham atau aliran yang merupakan hasil pemikiran seorang ulama mengenai hukum-hukum Islam melalui ijtihad (nasihat). Orang yang bermazhab adalah orang yang dalam menjalankan ibadah kepada pemikiran/pendapatnya itu sesuai dengan Al Quran dan Al Hadis atau menyalahi/bertentangan dengan Al Quran dan Al Hadis.

Taklid ialah menerima ucapan orang yang berkata (masalah agama) dengan tidak ada hujah (dalil dari Al Quran dan Al Hadis). Ulama yang ditokohkan sebagai imam mazhab atau pendiri mazhab ialah:

1) Imam Abu Hanifah yang lahir di Kota Kufah pada tahun 80H dan wafat pada tahun 150H. Nama penuh beliau ialah Al Imam ArghDhomu Abu Hanifah Al Nu'man Bin Tsabit Bin Zhauthabnimah.

2) Imam Malik lahir di Madinah pada tahun 95H dan wafat pada tahun 179H. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Malikubnu Ansobni Malikin Al Asjayi.

3) Imam Syafie lahir di Ghozah Palestine pada tahun 150H dibesarkan di Mekah dan wafat di Qorafah pada tahun 204H. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhamad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman Bin Syafie Bin Sya'ibi Khurosyiyul Mutalibbiyu.

4) Imam Ahmad bin Hambal lahir di Baghdad pada tahun 164H dan wafat pada tahun 241H. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Ahmad Bin Muhammad Bin Hambal Bin Hilal Bin Asyadin Syaibani.

Selain dari empat orang tersebut di atas masih ada lagi disebut-sebut sebagai Imam mazhab seperti Imam Hasan Basri, Sufyan Atshaauri, Ibnu Uyainah, Ibnu Abi Laila, Alhuza'i dan Allaestsi.

Apakah betul ulama sebagaimana tersebut di atas itu sebagai pendiri-pendiri mazhab? Mereka semua bukan pendiri mazhab, jadi salah! Orang yang mengatakan bahawa mereka sebagai pendiri atau imam mazhab kerana mereka semua sepakat melarang orang taklid kepada mereka atau orang lain. Mereka tidak pernah mengajak umat Islam supaya mengikuti pendapat mereka, lagi pula timbulnya mazhab itu sesudah beliau wafat iaitu setelah abad ke tiga Hijriyah.

Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hambal adalah tokoh-tokoh ulama ahli Hadis/ahli Sunnah yang sangat terkenal, mustahil mereka mengajak umat Islam taqlid dan mengambil fatwa dari mereka selama belum mengerti dalil-dalil yang dijadikan dasar fatwa mereka.

" Dan sungguh-sungguh telah tetap dari Imam Abi Hanifah dan Malik dan Syafie dan Ahmad dan selain mereka, Mudah-mudahan Allah yang Maha luhur memberi rahmat kepada mereka, bahawa mereka berkata; Tidak halal bagi seseorang memberi fatwa dengan perkataan-perkataan kami atau mengambil ucapan kami selama belum mengerti dari mana kami mengambil dan telah menjelaskan tiap-tiap satu dari mereka, sesungguhnya apabila telah shoheh suatu hadis maka dia itu mazhabku dan mereka juga: Apabila aku mengatakan suatu perkataan maka ujilah dia dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulnya, maka jika perkataan itu cocok/bertepatan kedua-duanya maka terimalah dia dan ucapan yang menyalahi keduanya maka tolaklah dia dan buanglah ucapanku di luar pagar (Halil Muslim...halaman 8-9).

Timbulnya Mazhab

Setelah Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hambal wafat, muncullah generasi sesudah mereka, menyusun/mengarang kitab-kitab dan dinisbatkan sebagai kitab-kitab mazhab ini atau itu walaupun isinya banyak yang tidak sesuai dengan pendapat Imam Mazhab.

Kemudian kitab-kitab tersebut diberikan syarah-syarah (keterangan-keterangan) sehingga kitab-kitab itu menjadi semakin tebal lantas kitab-kitab syarah itu diberi hasyiyah-hasyiyah (keterangan pinggir) sehingga menjadi lebih tebal lagi dan hasyiyah-hasyiyah itu diberi lagi taqrirot-taqrirot, pendapat-pendapat yang ada dalam kitab masing-masing, kadang-kadang saling bertentangan sehingga suatu benda/barang mempunyai dua hukum dalam saat yang bersamaan, barangnya sama tetapi menurut mazhab syafie itu haram dan menurut mazhab Maliki halal: Contoh; seperti binatang buas yang bertaring haram menurut mazhab syafie dan halal menurut mazhab Maliki.

Mereka berpegang teguh dengan pendapat yang ada dalam kitab mereka masing-masing sehingga mereka tenggelam dalam perbantahan, berfirqoh-firqoh dalam mazhab dan mereka fanatik dalam mazhab masing-masing, mereka membuat syarat-syarat qoyyid-qoyyid (ikatan-ikatan) dan rumusan-rumusan untuk mengamalkan kitab-kitab yang mereka susun sehingga orang-orang yang menekuni kitab-kitab mereka dibagi-bagi menjadi beberapa bahagian, ada yang menjadi Mujtahid Mutlaq, Mujtahid mazhab, Mufti Mazhab, Murojjihu Mazhab dan Muqollid.

Setelah itu umat Islam diwajibkan taqkid kepada salah satu mazhab emapt dan orang yang sudah masak dalam salah satu mazhab haram mengambil dan mengamalkan ucapan-ucapan orang yang bukan mazhabnya dan mereka dilarang pindah-pindah mazhab.

Andaikata ada pendapat mazhabnya menyalahi sunnah Rasul kemudian ditunjukkan kepada mereka hadis yang shoheh yang bertentangan dengan pendapat mazhab, mereka menolak hadis dari Nabi itu dan mereka merasa puas dengan pendapat-pendapat mazhabnya, jika ada ayat Al Quran atau Hadis dari Rasulullah SAW, harus diuji dulu, kalau cocok/sesuai dengan pendapat mazhab akan diterima dan kalau tidak cocok/sesuai dengan pendapat mazhabnya akan ditolak.

Imam Baghowi salah seorang penghidup Sunnah Rasul berkata:
"Aku membacakan kepada mereka (orang yang bertaklid) beberapa ayat Al Quran dalam beberapa masalah sedangkan mazhab mereka bertentangan dengan ayat tersebut, maka mereka tidak mahu menerima Al Quran dan tidak mahu menoleh kepadanya seperti orang yang kehairanan. Bagaimana mungkin boleh/dapat mengamalkan zahirnya ayat ini padahal riwayat dari orang-orang dulu bertentangan dengan ayat ini.

Sebetulnya keadaaan orang yang taqlid sebagaimana tersebut di atas bertentangan dengan peraturan Allah, Rasul dan Imam Mereka sendiri.

"Berkata Imam Syafie, mudah-mudahan Allah memberikan rahmat kepadanya: Telah ijmak umat Islam bahawa orang yang telah jelas baginya Sunnah Rasulullah SAW, tidak halal baginya meninggalkan Sunnah Rasul kerana ucapan seseorang" (Halil Muslim halaman 18)

Hukum Bermazhab Dengan Mazhab Tertentu

1) Umat Islam pada abad pertama dan abad kedua Hijriyah itu tidak mengenal taklid kepada mazhab dan tidak ada Mazhab yang empat pada wakttu itu, mereka hanya mengikuti Sunnah Rasulullah SAW dan mengikut Sunnah KhulafaurRosyidin, mereka melaksanakan ibadah kepada Allah langsung berdasarkan Al Quran dan Hadis, jika mereka tidak mengerti tentang sesuatu hukum mereka akan bertanya kepada Ulama, bagaimana hukum ini dan itu menurut Al Quran dan Al Hadis. Mereka tidak menanyakan bagaimana hukumnya ini dan itu menurut pendapat anda.

Bermazhab atau mengenepikan mazhab tertentu itu tidak wajib dan tidak sunnah kerana yang dikatakan wajib dan sunnah itu apa-apa yang diwajibkan atau disunnahkan oleh Allah dan Rasulnya. Allah dan Rasul tidak mewajibkan seseorang untuk bermazhab dengan mazhab seseorang lantas dia bertaklid kepadanya dalam urusan agamanya, kalau bermazhab tertentu itu wajib bagaimana umat Islam yang hidup pada abad pertama dan abad kedua Hijrah, waktu itu belum ada mazhab yang empat. Apakah mereka tidak sah Islamnya kerana tidak mengikuti mazhab 4? Padahal mereka adalah para sahabat Nabi, Tabi'in, Wa man Tabi'ahum, Apakah justeru mereka yang dalam beribadah kepada Allah langsung berdasarkan Al Quran dan Al Hadis itu yang sesat dan orang yang mengikuti mazhab tertentu walaupun yang menyalahi sunnah Rasul itu benar dan dapat hidayah? Fikirkanlah!

2) Orang yang bertaklid kepada mazhab tidak bertanya bagaimana hukum Allah dan Rasulnya tetapi mereka menanyakan bagaimana pendapat Imam mazhab mengenai ini dan itu. Jika pendapat Imamnya bertentangan dengan kitab Allah dan RasulNya mereka tidak mahu kembali kepada Al Quran dan Sunnah Rasul melainkan mereka tetap memegangi pendapat Imam mereka dan meninggalkan Al Quran dan Sunnah.

Perbuatan mereka yang demikian itu sangat tidak benar kerana seolah-olah pendapat Ulama kedudukannya melebihi Al Quran dan Sunnah. Ini dapat dibayangkan betapa besar dosa dan kesalahan orang yang menganggap lebin mulia pendapat manusia daripada Allah dan Rasul.

"Sunnah ialah apa-apa yang Allah dan RasulNya mensunnahkan, jangan kamu jadikan kesalahan ro'yi jadi sunnah bagi ummat." (Halil Muslim halaman 20)

Imam Syafie berkata: Umat Islam tidak ijmak, bahawa orang yang telah jelas baginya sunnah Rasul, maka tidak halal baginya meninggalakan sunnah Rasul kerana memegangi ucapan seseorang. (Halil Muslim halaman 20)

Orang yang meninggalkan ucapan Rasul kerana ucapan seseorang, bererti menganggap ucapan seseorang itu yang menjadi pokok agamanya, adapun sunnah Rasul kalau cocok/sesuai dengan ucapan seseorang dari Ulama Mazhabnya diterima, kalau tidak cocok/sesuai tidak diterima. Ini bereti pula bahawa orang itu beranggapan seorang Ulama nilainya lebih tinggi daripada Nabi Muhammad SAW.

Kita membayangkan betapa besar dosanya orang yang berpendapat begitu. Perbuatan yang demikian itu sama halnya dengan perbuatan Yahudi Nasrani yang telah menjadikan Ulama mereka, pendeta mereka menjadi Tuhan selain Allah bukan kerana mereka menganggap Ulama sebagai Tuhan tetapi kerana mereka
bertaklid kepada Ulama mereka, menerima dan mengikuti ucapan Ulama tentang hukum agama walaupun bertentangan dengan Kitab Suci mereka. Diceritakan dalam Hadis Ahmad:

Pada suatu Hari Ady Ibnu Hatim seorang pemimpin kaum Tho'yi datang di Madinah menghadap Rasulullah SAW dan dileher Ady terdapat salib yang diperbuat dari perak, waktu itu Nabi sedang membaca surah At Taubah ayat 30 "Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang Nasrani berkata: "Al Masih itu putera Allah". Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah-lah mereka; bagaimana mereka sampai berpaling? Berkata Ady Innahom lam yak buduhom yang ertinya: Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani itu tidak menyembah kepada mereka (Ulama) atau pendeta, maka Rasulullah menjawab:

"Bahkan mereka menyembah Ahbar dan Ruhban, sesungguhnya mereka mengharamkan atas mereka barang yang halal dan menghalalkan untuk mereka barang yang haram, maka orang Yahudi dan Nasrani mengikuti mereka, maka yang demikian itu ibadah mereka kedapa Ahbar dan Ruhban." (Hadis Riwayat Ahmad)

Jadi Taklid kepada Ulama/Mazhab tertentu itu hukumnya sama dengan menjadikan Ulama-ulama menjadi Tuhan selain Allah. Sebagaimana penjelasan tersebut di atas, bahkan Imam Syafie sendiri juga berkata yang ertinya:

"Berkata Imam Syafie Rohimahulloh Ta'ala, barang siapa taklid kepada orang tertentu di dalam mengharamakan sesuatu atau menghalalkannya sedangkan telah tetap hadis shoheh menyalahinya dan perbuatan taklid itu mencegah dia dari mengamalkan sunnah, maka sesungguhnya dia telah menjadikan orang yang ditaklidki itu menjadi Tuhan selain Allah Ta'ala, dia telah mengharamkan atasnya apa-apa yang telah dihalalkan oleh Allah. (Halil Muslim halaman 25)

Dasar Hukum Haramnya Taklid Kepada Mazhab-Mazhab Tertentu/ Orang-Orang Tertentu

Firman Allah dalam Al -Isro' Ayat 36 yang bermaksud:
"Dan jangan kamu kerjakan apa yang tidak ada ilmu bagimu dengannya, sesungguhnya pendengaran dan pengelihatan dan hati semuanya itu akan ditanya (dari apa yang telah dikerjakan)". Al-Isro' ayat 36.

"Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan jangan kamu ikuti jalan-jalan yang lain maka kamu akan terpisah dari jalan Allah, demikianlah wasiat Allah kepada kamu dengannya supaya kamu sekelian bertakwa." (Al-An'an ayat 153)

Dan lagi
"Dari Ady Bin Hatim berkata: Aku datang kepada Nabi Muhammad SAW dan di dalam leherku ada salib yang diperbuat dari emas, maka Nabi bersabda: "Hai Ady buanglah dirimu berhala ini dan aku mendengar beliau membaca surah Al Baro'ah. Mereka telah menjadikan Ulama-ulama dan pendeta-pendeta mereka menghalalkan untuk mereka sesuatu lantas mereka menghalalkannya dan ketika Ulama-ulama dan pendeta-pendeta mengharamkan atas mereka sesuatu maka mereka mengharamkannya (Hadis Tirmidzi Juz 5 Halaman 278)

"Jauhilah perkara baru dalam agama kerana tiap-tipa perkara baru dalam agama itu bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat." (H.R. Abu Daud)

Perkataan Para Sahabat dan Para Imam Tentang Taklid

1) " Berkata Ibnu Mas'ud, jangan sekali-kali taklid salah satu kamu sekelian tentang agamanya kepada seseorang, jika iman, imanlah dan jika kafir, kafirlah, maka sesungguhnya tidak ada contoh dalam keburukan/kejelekan (I'lamul-Muwaqi'in juz 2 halaman 194)

2) "Berkata Ibnu Abbas, tidak ada seorangpun kecuali dapat/boleh diambil ilmunya dan dapat/boleh ditinggal kecuali Rasulullah SAW' (Rowahu- Thobroni)

3) " Telah tetap dari Imam Abi Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad serta lain-lain Rohimahumulloh, sesungguhnya mereka berkata: Tidak halal bagi seseorang berfatwa dengan ucapan kami atau mengambil ucapan kami selagi belum mengerti dari (dalil) mana kami mengambilnya." (Halil Muslim halaman 8-9)

4) " Dikatakan kepada Abi Hanifah, mudah-mudahan Allah Ta'ala memberi rahmat kepadanya, jika engkau berkata suatu perkataan dan kitabullah itu menyalahinya. Dia berkata: tinggalkanlah perkataanku kerana kitabullah, maka dikatakan: Jika khabar dari Rasulullah itu menyalahinya. Dia berkata: Tinggalkanlah perkataanku kerana khabar dari Rasulullah, maka dikatakan kepadanya, jika ada perkataan sahabat Radiallahuanhum itu menyalahinya dia berkata: Tinggalkanlah perkataanku kerana perkataan sahabat Radiallahuanhum." (Halil Muslim halaman 21)

5) "Berkata Imam Malik Rohimahullohu Ta'ala, setiap manusia itu diambil (perkataan) daripadanya dan diambil atasnya (ditolak) kecuali penghuni kubur ini. Dan Imam Malik memberi isyarat kepada kubur Rasulullah SAW." (Halil Muslim halaman 8)

6) " Telah berkata Imam Syafie Rohimahullohu Ta'ala, ketika aku mengatakan suatu perkataan dan ada dari Rasulullah SAW itu menyalahi perkataanku, maka apa-apa yang shoheh dari hadisnya Rasulullah SAW itu lebih utama, maka janganlah kamu bertaklid kepadaku." (Halil Muslim halaman 21)

7) "Dan berkata Imam Syafie, tiap-tiap masalah yang telah sah di dalamnya khabar dari Rasulullah SAW di sisi ahli hadis dengan menyalahi apa-apa yang telah kukatakan maka aku akan kembali darinya di dalam hidupku dan sesudah matiku." (Iqadzul Humam halaman 99) dan (Halil Muslim halaman 63).

8) "Dan berkata Imam Ahmad Rohimahullohu Ta'ala, jangan kamu bertaklid kepadaku dan jangan kamu taklid kepada Imam Malik dan jangan kaum taklid kepada Imam Abu Hanifah dan jangan kamu bertaklid kepada Imam Syafie dan jangan kamu bertaklid keapda Imam Auza'i dan jangan kamu bertaklid kepda Imam Tsauri Rohimahullohu Ta'ala dan ambillah (hukum agama) dari mana mereka mengambil." (Halil Muslim halaman 32)

Kesimpulan

Melihat penjelasan di atas kita dapat menyimpulkan bahawa bermazhab atau taklid kepada Mazhab 4 atau Mazhab tertentu dalam segala masalah agama itu hukumnya TIDAK WAJIB dan TIDAH SUNNAH, tetapi BID'AH.

Beribadat kepada Allah dengan cara taklid itu larangan Allah dan larangan Rasulullah SAW, larangan Para Sahabat dan larangan Tokoh-tokoh Ulama yang mereka jaidkan Imam Mazhab.

Kemudian beribadah kepada Allah dengan berpegang teguh langsung kepada Al Quran dan Al Hadis itu BENAR dan dijamin TIDAK AKAN SESAT SELAMA-LAMANYA sesuai dengan hadis Nabi Muhamad SAW:

"Telah kutinggalkan di antara kamu sekelian dua perkara, tidak akan sesat kamu sekelian sesudah dua perkara itu, iaitu Kitabullah dan Sunnahku (Rowahu Hakim).

Jadi kalau ada orang mengatakan bahawa beribadah kepada Allah langsung berpedoman dengan Al Quran dan Al Hadis sesat dan menyesatkan itu bererti pendapatnya bertentangan dengan hadis tersebut. Maka dari itu berbahagialah orang yang berpegang teguh dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW.

Doa-doa yang Makbul

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

Asma ul Husna

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-‘Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi’ - Maha Tinggi
25. Al-Mu’iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami’ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-‘Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-‘Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba’ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu’id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-‘Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami’ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi’ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi’ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

Fahaman Syi'ah

Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)

SIAPAKAH SYI‘AH?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat.

Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH

Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

"Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan)."

Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:

1. Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
2. Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.
3. Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.

AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

1) Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)

2) Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)

3) Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

4) Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)

5) Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al- Istibsar j. 3 hal. 141)

6) Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

7) Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2 hal.345)

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH

Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

1) Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar

2) Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

3) Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.

4) Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

5) Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

6) Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

7) Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

8) Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.

9) Memarahi orang yang puasa Asyura.

10) Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).


KALIMAH SYAHADAH SYIAH

"Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammmad Pesuruh Alah, Ali Khalifah Yang Dilantik Oleh Allah, Khomeini Hujah Allah .."

AZAN SYIAH
-penambahan kalimah dalam azan yang dilaungkan

1) (Aku bersaksi bahawa Ali adalah khalifah yang dilantik oleh Allah)

2) (Marilah ke arah sebaik-baik amalan)

*Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

*Syi`ah ini dianuti secara meluas di Iran. Puak Hizbullah di bawah pimpinan Hasan Nasrallah yang kini diangkat sebagai pejuang Islam sebenarnya menganut fahaman Syi`ah

Khamis, Mei 14, 2009

Tidak Menjaga Pandangan Punca Hati Sakit dan Mati

Hati yang sakit, atau bahkan mati, disebabkan oleh titik-titik dosa yang bertambah dari waktu ke waktu kerana amal perbuatan yang kurang terpelihara, sehingga menjadikan hati tersebut hitam legam dan berkarat. Akan tetapi walau bagaimana bagaimana keadaan hati kita saat ini, tidak tertutup terus peluang untuk sembuh, sehingga dapat kembali menjadi hati yang sehat sekiranya kita berjuang sekuat-kuatnya untuk mengubatinya.

Salah satunya perkara yang membuat hati ini semakin gelap, kotor dan keras membatu adalah tidak pandai menahan pandangan. Barang siapa yang ketika di dunia ini tidak mahir menahan pandangan, gemar melihat hal-hal yang diharamkan Allah, maka jangan terlalu berharap dapat memiliki hati yang bersih.

Umar bin Khattab pernah berkata, "Lebih baik aku berjalan di belakang singa daripada berjalan di belakang wanita." Orang-orang yang sengaja mengarah pandangannya terhadap hal-hal yang tidak hak bagi dirinya, maka tidak hairanlah kalau hatinya lambat laun akan semakin keras membatu dan nikmat iman pun akan semakin hilang manisnya.

Sebenarnya hal ini bukan sahaja termasuk pandangan terhadap lawan jenisnya, bahkan juga pandangan mata hatinya terhadap kehidupan dunia ini. Contohnya melihat sesuatu yang tidak ia miliki, rumah orang lain yang lebih mewah, kenderaan orang lain yang lebih bagus, atau harta orang lain yang lebih banyak. Apa yang ada jarang disyukuri dan apa yang tiada dimilki sering ia risaukan. Hatinya lebih bergelojak memikirkan hal-hal yang tidak dimilikinya daripada menikmati apa-apa yang dimilikinya..

Kunci bagi orang yang memiliki hati yang bersih adalah menundukkan pandangan! Jika melihat lawan jenis yang bukan muhrim, cepat-cepatlah tundukkan pandangan. Kalau melihat dunia pula jangan sekali-kali melihat ke atas. Sekiranya tidak, akan penat dan letih kita akhirnya, kerana rezeki yang telah menjadi hak kita tidak kita syukuri dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya kerana asyik melihat orang yang lebih daripada kita.

Adalah lebih baik melihat ke bawah. Lihatlah orang yang lebih fakir dan lebih menderita daripada kita. Lihatlah orang yang jauh lebih sederhana hidupnya. Semakin sering kita melihat ke bawah,semakin hati ini akan semakin dipenuhi oleh rasa syukur dibandingkan dengan orang yang suka mengadah pandangan ke atas. Walaupun kita melihat ke atas, tetapkan pandangan kita kepada Yang Maha Atas, iaitu kepada Zat Penguasa alam semesta. Lihatlah kekuasaan-Nya, Allah Maha Kaya dan tidak pernah berkurang kekayaan-Nya sedikitpun walau kita selalu meminta kepadaNya sampai akhir hayat.

Orang yang hanya melihat ke atas dalam urusan dunia, hatinya akan cepat kotor dan hancur. Sebaliknya, kalau tunduk dalam melihat dunia dan mengadah pandangan dalam melihat keagungan serta kebesaran Allah, maka kita akan menjadi orang yang memiliki hati bersih yang selamat.

Prof. Hamka pernah berkata, "Mengapa manusia bersikap bodoh? Tidakkah engkau menatap langit yang biru dengan awan yang berarak seputih kapas? Atau engkau turuni ke lembah sehingga akan kau dapatkan air yang bening. Atau engkau bangun di malam hari, kau saksikan bintang-bintang bertaburan di langit biru dan rembulan yang tidak pernah bosan orang menatapnya. Atau engkau dengarkan suara cengkerik dan katak saling bersahutan. Sekiranya seseorang amat gemar memandang keindahan, amat senang mendengar keindahan, niscaya hatinya akan terbebas dari perbuatan keji. Kerana sesungguhnya keji itu buruk, sedangkan yang buruk itu tidak akan pernah bersatu dengan keindahan."

Berbahagialah orang yang senang melihat kebaikan orang lain. Tatkala dia mendapat seseorang tidak baik kelakuannya, ia segera sedar bahwa manusia itu bukanlah malaikat. Di sebalik segala kekurangan yang dimilikinya pasti ada kebaikannya. Perhatikanlah kebaikannya itu sehingga akan tumbuh rasa kasih sayang di hatinya. Apabila mendengar seseorang selalu berbicara buruk dan menyakitkan, dia segera sedar. Siapa tahu sekarang dia berbicara buruk, namun esok lusa dia mungkin berbicara yang baik.

Jalaluddin Rumi pernah berkata, "Orang yang begitu senang dan nikmat melihat dan menyebut-nyebut kebaikan orang lain bagaikan hidup di sebuah taman yang indah. Ke sini anggerik, ke sana melati. Ke mana saja mata memandang yang kelihatan adalah bung-bunga yang indah dan harum mewangi. Di mana-mana sahaja yang kelihatan hanyalah keindahan. Sebaliknya, orang yang gemar melihat aib dan kekurangan orang lain, fikirannya hanya diselimuti dengan aneka keburukan sementara hatinya hanya dikepung dengan prasangka-prasangka buruk. Ke mana pun matanya melihat, yang kelihatan adalah ular, kala jengking, duri, dan sebagainya. Di mana saja ia berada senantiasa tidak akan pernah dapat menikmati indahnya hidup ini."

Sungguh berbahagialah orang yang pandai memelihara pandangannya kerana dia akan sentiasa merasakan nikmatnya kebeningan hati. Allah Azza wa Jalla adalah Zat Maha Pembolak-balik hati hamba-Nya. Sama sekali tidak sulit dan masalah baginya untuk menolong siapapun yang merindukan hati yang bersih dan bening sekiranya ia berikhtiar sungguh-sungguh.

Jumaat, Mei 08, 2009

Things People Said in Restaurants

I am English and drink hot tea as opposed to coffee. My husband and I visited a fast food restaurant in America, and I asked a waitress if they had any hot tea.

* Me: "Do you have hot tea?"
* Her: "Well, it is not very warm...but.. .."
* Me: "No I mean do you have hot water and a tea bag?"
* Her: "Yes."
* Me: "So you can make me hot tea."
* Her: "Well I can put a cup of iced tea in the microwave for you."
* Me: "No, just give me a cup of hot water and a tea bag, and I will make my own."
* Her: "Do you want ice in the cup?"


Once when I went to McDonald's, I saw on the menu that you could have an order of 6, 9 or 12 Chicken McNuggets. I asked for a half dozen nuggets.
"We don't have half dozen nuggets," said the teenager at the counter.
"You don't?" I replied.
"We only have six, nine, or twelve," was the reply.
"So I can't order a half dozen nuggets, but I can order six?"
"That's right."
So I shook my head and ordered six McNuggets.


I used to work at an Arby's. In the two years I worked there, the dumbest customer by far has been one that apparently never succeeded at first grade math.

* Me: "That will be $12.69, please."
* Him: "Ok. Here you go."

He handed me a $10 bill. Thinking that this was just a mistake, that maybe he meant to give me a $20, I said:

* Me: "This is a $10 bill."
* Him: "Yeah, I know."
* Me: "The total is $12.69."
* Him: "I gave you a 10. That's enough."
* Me: "I need $2.69 more. The total is $12.69."
* Him: (annoyed) "It's all there! I gave you a 10!"
* Me: "No. I need $2.69 more."
* Him: "I gave you a 10!"
* Me: "I know. The total is $12.69! I need another $2.69!"

This situation kept on going for a good four or five minutes, when something really wrong happened. I just had him on the verge of giving me a $50 bill, when a manager changed the price to make it less than $10. After I told the customer that, he said:

* Him: "Darn kids don't know how to do math these days."

I suppose the moral of the story is act dumb, even if you aren't, and rewards will follow.




* Me: "I'd like a small coffee shake and nothing else."
* Clerk: "Anything else?"
* Me: "Uh...a cup?"



I had a craving for french fries one day, so I pulled up to the drive-thru of McDonald's.

* Me: "I'd like a large french fries please."
* Clerk: "Would you like fries with that?"

I got sort of confused at this one and told him no. He told me to pull ahead, so I did, and then he asked me why I was sitting there.

* Clerk: "I thought you didn't want fries."
* Me: "No, I ordered a large french fries."
* Clerk: "Ok. Do you want fries with that?"

Since saying no the last time had gotten me nothing, I figured I'd better say yes this time. He gave me two large fries.

Nasihat Usman Ibn Affan r.a.

7 perkara yang menghairankan

1) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4)Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5) Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6) Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7) Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Perbezaan Filem Melayu, Cina dan India

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi
Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).
9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

Drama/Filem India/Hindustan.

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.
2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.
8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai at [Font Size] as bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla.. ..bla.... bla...'.
10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem

Jokes

MBA Vs Bcom Student

This particular joke won an award for the best joke in a competition organized in Britain and this joke was sent by an Indian.

A MBA and a Bcom go on a camping trip, set up their tent,and fell asleep.

Some hours later, the Bcom wakes his MBA friend. " look up at the sky and tell me what you see."

The MBA replies, "I see millions of stars."

"What does that tell you?"

The MBA ponders for a minute.

"Astronomically speaking, it tells me that there are millions of galaxies and potentially billions of planets.

Astrologically, it tells me that Saturn is in Leo.

Time wise, it appears to be approximately a quarter past three.

Theologically, it's evident the Lord is all-powerful and we are small and insignificant.

Meteorologically, it seems we will have a beautiful day tomorrow.

What does it tell you?"

The Bcom is silent for a moment, then speaks.

"Practically...Someone has stolen our tent".

Talkin

Bismillah hir rah man nir rahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.