Usia agama Islam sejak diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW menjangkau lebih 1400 tahun. Kemandirian Islam beradaptasi dengan perubahan zaman, masa dan pemikiran manusia tidak mencalarkan sifatnya malahan ia menjadi agama yang unggul dan paling cocok dengan fitrah kemanusiaan manusia.
Namun, di kalangan umat Islam mereka menjelaskan intipati akidah melalui kehidupan yang berbeza. Ini adalah kerana Islam telah meresapi semua kebudayaan bangsa sehingga proses asimilasi telah meruntuhkan ketegaran budaya aslinya. Misalnya, masyarakat Islam di negara China tidak mempraktiskan Islam seperti masyarakat Islam di Negara Arab. Begitu juga, masyarakat Islam di Eropah mengamalkan Islam dalam kontek yang berbeza daripada masyarakat Islam di asia khususnya Malaysia dan Indonesia. Momennya, berlaku hubungkait di antara masyarakat ini ialah pendasaran pada sunnahtullah iaitu al-Quran dan sunnah walau apapun kontek dan suasana masyarakatnya.
Kertas kerja ini mencirikan sifat-sifat umum masyarakat Islam yang mengakari kemusliman mereka. Bahkan kehilangan sifat-sifat ini akan mencacatkan radiasi keabsahan Islam pada seseorang individu dan seluruh masyarakatnya.