MENURUT ulama termasuk ulama besar ilmu tafsir, ada banyak faedah dan fadilat yang diperoleh daripada amalan ayat seribu dinar iaitu baris terakhir ayat kedua dan bersambung dengan ayat ketiga daripada surah al-Talaq.
Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir, melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan dan kesusahan maut.
Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja'i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin.
Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu."
Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.
Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya." (Hadis riwayat Ibnu Jarir)
Menyingkap khasiat dan kegunaan pelbagai surah dalam al-Quran, buku Amalan Mustajab dan Murah Rezeki hasil tulisan Nurhafiz Abdullah memberi tumpuan kepada hikayat yang dikaitkan dengan ayat seribu dinar.
Ini termasuk riwayat hartawan yang bermimpi didatangi lelaki meminta beliau bersedekah 1,000 dinar kepada fakir miskin dan kisah Malik bin Dinar yang dapat dibaca pada bahagian awal buku berkaitan ayat seribu dinar.
Pada masa sama, buku setebal 162 halaman ini turut mendedahkan fadilat dan khasiat ayat surah al-Fatihah, al-Kursi, al-Qadr, al-Ikhlas dan beberapa surah lain supaya dapat diamalkan pembaca bagi menyelesaikan masalah dihadapi dalam kehidupan.
Begitu juga doa untuk kejayaan, keberkatan hidup serta murah rezeki yang dilampirkan dalam usaha mengajak manusia tabah menghadapi ujian yang didatangkan dan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan bermohon kepada Allah.
Ada 30 doa memohon pertolongan Allah disediakan dalam buku Amalan Mustajab dan Murah Rezeki yang boleh dijadikan panduan serta amalan harian termasuk doa memohon dibuka pintu rezeki, diberi kecerdasan akal dan hati serta memohon sentiasa dicintai Allah.
Kandungan buku ini menekankan hal berkaitan fadilat dan khasiat beramal dengan ayat wahyu Allah dalam al-Quran serta hadis Rasulullah SAW sebagai jalan keluar bagi mereka yang berhadapan kesusahan selain ingin mencapai hajat untuk diri, keluarga serta orang lain.
Buku Amalan Mustajab dan Murah Rezeki adalah rujukan sumber ilmu yang bukan saja menjadi penawar malah, malah mendorong pembaca memperbanyakkan ibadat sunat dengan membaca ayat al-Quran seterusnya menjadikannya sebahagian amalan harian.
Ilmu yang berkat adalah ilmu yang dimanfaatkan, semoga usaha penulis menyampaikan maklumat kepada pembaca yang akan memanfaatkannya membawa kedua-duanya beroleh keredaan Allah serta rahmat dalam kehidupan di dunia dan akhirat. a
Khamis, Jun 05, 2008
Azab Bagi Pemakan Riba
AL-MAGHAGHI berkata: Kalam Allah sebelum ini berkenaan dengan ayat sedekah begitu juga orang yang bersedekah tanpa mengharapkan balasan tetapi hanya mencari keredaan Allah seterusnya di sini membincangkan berkenaan dengan riba.
Firman Allah: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.
Sayyid Qutub berkata: "Tidak ada ancaman mental yang sampai ke hati sehebat ancaman yang disampaikan dalam bentuk gambaran fizikal yang hidup dan bergerak ini iaitu gambaran orang yang rebah kerana dirasuk syaitan.
"Ini satu gambaran yang biasa dilihat orang ramai. Al-Quran membawa gambaran ini untuk memberi saranan yang menakutkan hati dan menyedarkan perasaan para pemakan riba serta menggerakkan mereka dengan kuat agar mereka meninggalkan adat kebiasaan mereka (yang buruk) di dalam sistem ekonomi mereka. Dan meninggalkan tamak haloba mereka untuk mendapat faedah riba itu".
Gambaran ini merupakan satu cara memberi kesan didikan yang berjaya di tempat-tempatnya yang sesuai. Pada waktu yang sama ia juga menggambarkan hakikat yang berlaku di dalam kenyataan. Di masa yang silam kebanyakan tafsir menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan gambaran berdiri yang menakutkan itu ialah gambaran berdiri pada hari manusia dibangkitkan dari kubur kelak, tetapi sebenarnya gambaran
berdiri seperti ini juga - menurut pendapat kami - telah berlaku dalam kehidupan manusia di dunia ini.
Ini adalah sesuai dengan keterangan ayat selepas ini yang menyatakan perisytiharan perang dari Allah dan rasul-Nya. Kita dapat melihat bahawa peperangan ini sedang berlaku sekarang dan sedang dilancarkan ke atas manusia sesat yang terhuyung-hayang jatuh seperti orang yang dirasuk hantu yang tersepit dalam tindasan sistem riba.
Sebelum memberi huraian yang terperinci untuk membuktikan kebenaran hakikat ini dalam realiti manusia pada hari ini, eloklah dimulakan dengan membentangkan gambaran muamalah riba yang dihadapi oleh al-Quran di semenanjung Tanah Arab dan fikiran-fikiran ahli jahiliah mengenai muamalah itu.
Riba sangat terkenal pada zaman jahiliah. Diturunkan ayat-ayat ini dan yang lain adalah bertujuan untuk menghapuskan riba. Ia mempunyai dua bentuk iaitu riba tangguh bayaran (riba nasi'ah) dan riba lebih tukaran (riba al-fadhl).
Adapun riba tangguh bayaran, Qatadah menjelaskan: "Riba ahli jahiliah ialah seorang penjual menjual sesuatu jualan dengan bayaran yang ditangguhkan kepada suatu masa yang tertentu. Dan apabila tempoh itu sampai sedangkan pembelinya tidak dapat menjelaskannya, maka ia akan menambahkan lagi bayaran itu ke atas pembeli dan memberi tempoh yang baru kepadanya".
Kata Mujahid pula: "Mereka di zaman jahiliah dahulu apabila seorang berhutang kepada seseorang yang lain ia akan berkata kepadanya: Saya akan membayar kepada awak sekian-sekian dan awak tempohkan saya sekian masa, lalu ia diberikan tempoh".
Ujar Abu Bakar al-Jassas: "Adalah dimaklumi umum bahawa riba jahiliah itu ialah berupa hutang yang ditangguhkan bayarannya dengan dikenakan bayaran lebih yang disyaratkan. Bayaran lebih itu ialah sebagai ganti tangguhan bayaran. Oleh sebab itu Allah hapuskan riba ini."
Ujar al-Imam al-Razi dalam tafsirnya: "Riba tangguh bayaran (riba nasi'ah) itulah yang masyhur di zaman jahiliah, kerana seorang dari mereka memberi hutang kepada seseorang yang lain dengan bayaran yang bertangguh dengan syarat ia mengambil faedah sebanyak yang tertentu daripada orang itu pada setiap bulan sedangkan pokok hutang kekal tidak terjejas apa-apa.
"Apabila sampai tempoh ia akan menuntut si yang berhutang itu menjelaskan pokok hutangnya dan apabila ia tidak dapat menjelaskannya, maka si pemberi hutang akan menambahkan bayaran dan melanjutkan tempohnya."
Firman Allah: Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat) sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), Maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah.
Al-Sya'rawi berkata: Bahasa yang digunakan al-Quran daripada kalimah syaitan, penyakit gila dan lain-lain menggambarkan ketidakseragaman dan stabil begitulah dengan bandingan orang yang makan riba kerana menyamakan yang halal dan yang haram.
Firman Allah: Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
Sayyid Qutub berkata: "Ancaman dengan hakikat azab di akhirat itu menguatkan lagi sifat-sifat metodologi pendidikan al-Quran yang telah kami sebutkan sebelum ini dan mendalamkan tunjangnya di dalam hati.
"Namun mungkin ramai yang tertipu dengan kelambatan masa kedatangan kiamat dan dengan waktu kedatangannya yang tidak diketahui itu. oleh sebab itulah mereka ketepikan akhirat daripada perhitungan mereka.
"Kini al-Quran mengancam mereka pula dengan kemusnahan di dunia dan di akhirat dan menjelaskan bahawa hanya sedekah-sedekah, bukannya riba, yang subur badan bertambah kebaikan dan kebajikannya. Kemudian al-Quran mengecap orang yang tidak menyambut pengharaman riba itu sebagai orang yang kafir dan berdosa serta menyarankan kepada mereka bahawa Allah amat benci kepada orang-orang yang kafir yang berdosa".
Firman Allah: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa".
Sayyid Qutub berkata: "Apa yang diancam dan dijanjikan Allah adalah tepat dan benar. Kini kita dapat melihat tidak ada masyarakat yang bermuamalat dengan riba yang dapat hidup dengan keberkatan, kemewahan, kebahagiaan atau keamanan atau ketenteraman, kerana Allah menghapuskan kebaikan riba.
"Oleh itu, mana-mana masyarakat yang mengamalkan sistem kotor ini, maka Allah tidak akan melimpahkan ke atasnya melainkan keadaan yang kemarau dan celaka. Mungkin yang dilihat mata pada lahirnya masyarakat itu mewah, penuh dengan pengeluaran dan cukup dengan sumber-sumber ekonomi. Tetapi keberkatan itu bukannya terletak pada sejauh mana ia dapat dinikmati dengan baik dan aman tenteram.
"Sebelum ini telah disentuh tentang penderitaan batin yang malang yang mengongkong hati manusia di negeri-negeri yang kaya-raya dengan sumber-sumber ekonomi, juga tentang kegelisahan jiwa mereka yang tidak dapat ditolak dengan kekayaan malah menambahkannya lagi. Dan dari negeri-negeri yang kaya inilah, melimpahnya kegelisahan, ketakutan dan kekacauan ke atas seluruh dunia pada hari ini, di mana
umat manusia sentiasa hidup dalam ancaman perang yang membawa kemusnahan.
"Orang yang tidak melihat hakikat ini dalam realiti umat manusia sekarang itulah orang yang sengaja tidak mahu melihat kerana nafsu mereka tidak ingin melihat atau itulah orang yang mempunyai mata yang telah diselaputi oleh kesesatan dan kekeliruan yang ditaburkan dengan sengaja oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam menegakkan sistem riba yang terkutuk itu. Dan kerana inilah mereka lemah untuk melihat hakikat ini."
Firman Allah: Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.
Al-Baghawi berkata: "Allah tidak suka kepada setiap yang kufur dengan itu diharamkan riba dan juga yang berdosa dengan sebab memakan riba.
Sayyid Qutub berkata: Kenyataan ini cukup jelas dan tegas menanggapkan orang yang terus berdegil bermuamalat dengan riba selepas diharamkan oleh Allah SWT sebagai orang yang tergolong di dalam golongan kafir yang berdosa yang tidak disukai Allah".
Tidak syak lagi mereka yang menghalalkan perkara yang diharamkan Allah itu termasuk di dalam golongan orang kafir dan berdosa walaupun dia telah mengucap dua kalimah syahadah 1,000 kali dengan lidah mereka, kerana Islam itu bukannya kata-kata yang diucapkan dengan lidah. Malah ia adalah satu sistem hidup dan satu cara beramal.
Menolak sebahagian sistem Islam bererti menolak seluruh sistem itu, maka itu adalah perbuatan yang kafir dan berdosa. Wal'iyazubillah!"
Oleh DR. ZULKIRLI MOHAMAD ALBAKRI

Langgan:
Catatan (Atom)