Al-Quran
merupakan kitab suci bagi Umat Islam yang telah terpelihara sejak
beribu tahun lamanya. Sebagai sumber rujukan dan panduan hidup,
sememangnya ia menjadi aset terpenting bagi umat Islam seluruhnya. namun
kadang-kala mushaf al-Quran akan mengalami kerosakan berpunca daripada
beberapa faktor seperti:
1. Faktor masa, mushaf menjadi rosak kerana sudah berusia lama dan kertasnya mula rosak.
2. Mushaf al-Quran rosak akibat terkena air, api, dan sebagainya.
3. Mushaf al-Quran tidak disimpan ditempat yang baik dan rapi
4. Mushaf al-Quran terkena serangan serangga seperti anai-anai dan sebagainya..
serta faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ia rosak. Timbul beberapa persoalan dalam kalangan masyarakat antaranya ialah:
a) Bagaimana cara dan kaedahnya untuk melupuskan?
b) Bolehkah melupuskan mushaf al-Quran kerana ia dianggap suci dan kalam Allah..
Berikut
adalah sedikit huraian dan penjelasan ringkas yang boleh dijadikan
panduan anda semua. Mungkin suatu masa nanti anda akan menghadapi
situasi ini.
1-
Al-Qur’an ialah bacaan yang diturunkan, dan ia bukanlah apa yang
dituliskan di atas mushaf, atau kertas, atau suhuf, atau helaian.
2-
Apabila manusia ingin merekodkan Al-Qur’an, maka mereka menuliskannya
sebagai rujukan, dan kemudian dengan perkembangan teknologi, Al-Qur’an
ini dicetak secara besar-besaran.