Khamis, Jun 13, 2013

Melupuskan Al-Quran dan Kaedahnya

Al-Quran merupakan kitab suci bagi Umat Islam yang telah terpelihara sejak beribu tahun lamanya. Sebagai sumber rujukan dan panduan hidup, sememangnya ia menjadi aset terpenting bagi umat Islam seluruhnya. namun kadang-kala mushaf al-Quran akan mengalami kerosakan berpunca daripada beberapa faktor seperti:

1. Faktor masa, mushaf menjadi rosak kerana sudah berusia lama dan kertasnya mula rosak.

2. Mushaf al-Quran rosak akibat terkena air, api, dan sebagainya.

3. Mushaf al-Quran tidak disimpan ditempat yang baik dan rapi

4. Mushaf al-Quran terkena serangan serangga seperti anai-anai dan sebagainya..

serta faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ia rosak. Timbul beberapa persoalan dalam kalangan masyarakat antaranya ialah: 

a) Bagaimana cara dan kaedahnya untuk melupuskan?

b) Bolehkah melupuskan mushaf al-Quran kerana ia dianggap suci dan kalam Allah..

Berikut adalah sedikit huraian dan penjelasan ringkas yang boleh dijadikan panduan anda semua. Mungkin suatu masa nanti anda akan menghadapi situasi ini. 

1- Al-Qur’an ialah bacaan yang diturunkan, dan ia bukanlah apa yang dituliskan di atas mushaf, atau kertas, atau suhuf, atau helaian.

2- Apabila manusia ingin merekodkan Al-Qur’an, maka mereka menuliskannya sebagai rujukan, dan kemudian dengan perkembangan teknologi, Al-Qur’an ini dicetak secara besar-besaran.


3- Justeru, timbul persoalan bagaimana untuk melupuskan tulisan atau cetakan Al-Qur’an, apabila ia tidak lagi diperlukan, lusuh atau usang, atau rosak.

4- Sebenarnya, apa yang dilupuskan itu adalah mushaf, atau kertas, atau suhuf, atau helaian di mana tulisan-tulisan dituliskan, dan ia tidak sama sekali akan melupuskan Al-Qur’an yang dijamin oleh Allah.

5- Allah s.w.t berfirman:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُون

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Az-Zikr, dan sesungguhnya Kamilah – baginya – yang benar-benar akan menjaganya (Al-Hijr: 9)



6- Sebahagian manusia tersilap apabila mereka memuliakan tulisan di atas mushaf, atau kertas, atau suhuf, atau helaian, sedangkan mereka lupa merenung kepada firman Allah:


إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ تَنْزِيلًا


Sesungguhnya Kami telah menurunkan ke atas kamu Al-Qur’an yang diturunkan (Al-Insan: 23)


7- Tidakkah mereka berfikir bahawa Allah tidak menurunkan tulisan, atau mushaf, atau kertas, atau suhuf, atau helaian, sebaliknya yang diturunkan adalah bacaan! Allah s.w.t berfirman :



فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ


Maka apabila Kami telah membacanya, maka ikutlah bacaannya (Al-Qiyamah: 18)

8- Justeru, apabila seseorang ingin melupuskan mushaf, atau kertas, atau suhuf, atau helaian, maka dia hendaklah mengikut kesesuaian bahan yang hendak dilupuskan.

10- Jika ia adalah kertas, maka ia bolehlah dibakar atau ditanam, yang mana mudah.

11- Jika ia adalah kulit binatang, maka ia bolehlah dibakar atau ditanam, yang mana mudah.

12- Jika ia adalah kayu, maka ia bolehlah dibakar atau ditanam, yang mana mudah.


13- Jika ia adalah plastik, maka ia bolehlah ditanam atau dibakar, yang mana mudah.


14- Jika ia adalah sidi, maka ia bolehlah ditanam atau dibakar, yang mana mudah.


15- Jika ia adalah digital, maka ia bolehlah dipadam atau didelete, yang mana mudah.


16- Jika dibakar, maka bakarlah sehingga bahan itu musnah iaitu menjadi abu, dan selesailah proses melupuskannya.


17- Jika ia ditanam, maka tanamlah di dalam tanah, sama seperti menanam biji benih, atau bangkai, atau harta karun, dan selesailah proses melupuskannya.


18- Apa yang anda lupuskan hanyalah bahan itu sahaja, atau tulisannya, dan ia tidak sama sekali melupuskan Al-Qur’an yang dijamin dijaga oleh Allah.
Sumber: http://addienblog.blogspot.com

Tiada ulasan: