Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Yang Mengandungi (Menayangkan/Memaparkan) Gambar
Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata,
“Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya
ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54) no. 448)
“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang
mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan
kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak
masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa
makhluk bernyawa) atau anjing.” ( Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)
Daripada ‘Aisyah r.ah menyatakan bahawa Jibril berjanji
dengan Rasulullah s.a.w untuk menemuinya pada masa yang telah
ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang.
Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak
pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”.
Kemudian nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan
berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah)
menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi mengarahkan
dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun
datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya
dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril
pun menyatakan, “Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang
(saya untuk masuk), untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di
dalamnya ada anjing atau gambar”.” ( Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan
menemui di dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim dan Mariam.
Kemudiannya beliau berkata, “Apakah apa ini? Bukankah mereka mengetahui
bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar;
termasuklah gambar (nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang
mempraktikkan meramal dengan anak panah?”.” (Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat
Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan
badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak
masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia
maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)
Daripada Aisyah, Nabi menyatakan: “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)
Ancaman Kepada Pelukis Gambar:
Orang yang paling mendapat siksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis/pengukir). ( Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)
Daripada ‘Aun bin Abu Juhaifa, Ayahnya menyatakan, “Nabi
melarang mengambil duit jual beli anjing dan darah, melarang
kerja-kerja membuat tatoo dan mentatoo diri, melarang menerima atau
memberi riba, dan juga mencela pembuat gambar”. ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 299)
Daripada ‘Aisyah dia menjelaskan, “Aku
membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah melihat ia, dia
berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air
mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku
berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya,
(tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa
dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar
dapat duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah berkata,“Pembuat gambar
ini akan di-azab pada hari kiamat.” Rasulullah menambah, “Malaikat
(pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya
terdapat gambar”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)
Daripada Said bin Abu al-Hasan,
“Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata,
“Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja
tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu
‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu apa yang saya dengar dari
Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat gambar
dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan
sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”.
Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan
mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih
tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu
membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang
bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Aku
mendengar Muhammad berkata, “Barang siapa membuat gambar di dunia ini,
dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa
yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu
melakukannya”.” ( Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)
Gambar Yang Dilarang Adalah Gambar Makhluk Bernyawa:
... Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika
kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan
agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang
gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu
Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah
bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah
berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada
anjing atau gambar.”Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai
makhluk bernyawa.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)
Daripada Abu Talha, “Aku
mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan
memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari
makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)
Dalam hadis yang lain, patung/boneka juga menjadi faktor bahawa malaikat tidak memasuki rumah,
Dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, “Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) berkata: “Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung”.” ( Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan, no. 5250)
Pendapat Para Ulama Berkenaan Gambar
Berkata Imam an-Nawawi:
“Sahabat kami dan para Ulama selain mereka mengatakan
bahawa haramnya membuat gambar haiwan adalah sekeras-keras pengharamaan.
Ini termasuk dosa besar kerana ancamannya juga amat besar, sama saja
apakah ia dibuat untuk dihinakan atau tidak. Bahkan membuatnya jelas
sekali haram kerana meniru ciptaan ALLAH. Sama saja apakah itu dilukis
pada pakaian, permadani, mata wang, bejana, dinding atau lainnya. Adapun
menggambar pepohonan dan sesuatu yang tidak bernyawa, tidak mengapa.
Inilah hakikat hukum membuat gambar. Sedangkan gambar makhluk bernyawa,
jika digantung/ditampal di dinding, di serban dan tindakan yang tidak
termasuk menghinakannya, maka jelas hal itu terlarang. Sebaliknya bila
dibentangkan dan dipijak sebagai alas kaki atau sebagai sandaran
(setelah dipotong kepalanya, ed.) maka tidaklah haram dan tidak ada
bezanya adakah gambar yang tersebut berjasad (mempunyai bayangan atau 3
dimensi) atau tidak. Ini adalah kesimpulan mazhab kami dalam masalah ini
yang semakna dengan perkataan jumhur Ulama dari kalangan para Sahabat,
Tabi’in, dan orang yang sesudah mereka (Tabi’ut Tabi’in). Ini juga
pendapat Imam ats-Tsauri, Malik Bin Anas dan Abu Hanifah serta ulama
lainnya.(Syarah Sahih Muslim)
Berkata Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani
“Kata al-Khathabi: dan gambar
yang menghalangi masuknya malaikat ke dalam rumah adalah gambar yang
padanya terpenuhi hal-hal yang haram, yakni gambar-gambar berupa makhluk
yang bernyawa, yang tidak terpotong kepalanya atau tidak dihinakan. Dan
bahawasanya dosa tukang gambar itu besar kerana gambar-gambar itu ada
yang di-ibadahi selain ALLAH, selain itu gambar tersebut mudah
menimbulkan fitnah (bahaya) bagi yang memandangnya (gambar wanita,
tokoh, ulama, dan sebagainya).” ( Fatwa Ulama tentang Hukum Gambar, oleh Syaikh Abdullah Bin Abdul Aziz bin Baz, mufti Saudi Arabia)
Persoalan Dan Penjelasannya
Persoalan berkaitan hukum bermain anak patung bagi kanak-kanak sebagaimana hadith dari Aisyah r.anh ia berkata:
“Saya biasa bermain boneka
(anak patung) di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wasalam dan saya
mempunyai beberapa orang teman yang bermain bersama saya. Maka jika
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam masuk, mereka menutupinya dari
beliau lalu berjalan sembunyi-sembunyi dan bermain bersama saya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab al-Adab Bab al-Inbisaath ilaa an-Naas,
Fath 10/526 dan Muslim kitab Fadhail ash-Shahabah Bab fii Fadhail
Aisyah, an-Nawawi, 15/203 dan 204)
Berkata Ibnu Hajar al-Asqalaini tentang hadith ini:
“Hadis ini dijadikan dalil
bolehnya boneka dan mainan untuk bermain (mendidik) anak perempuan, dan
sebagai pengkhususan dari keumuman larangan mengambil gambar. Iyadl juga
menetapkan yang demikian dan ia menukil dari jumhur, bahawasanya mereka
membolehkan boneka atau mainan ini untuk melatih dan mendidik anak-anak
perempuan agar mengenal bagaimana mengatur rumah-tangga dan merawat
anak-anak nantinya. Dan sebahagian ulama menyatakan hadis ini telah
mansukh (telah dibatalkan). Ibnu Bathal cenderung pada pendapat ini dan
ia menceritakan dari Abi Zaid dari Malik. Tetapi dari sini pula ad-Daudy
merajihkan bahawa hadis Aisyah (di atas) mansukh. Sedang Ibnu Hibban
dan Nasa’i membolehkan namun tidak membatasi untuk anak-anak kecil
walaupun padanya ada perbincangan. (Fath al-Bari)
Berkata Al-Baihaqi setelah mentakhrij hadis-hadis tersebut:
Telah tsabit (tetap) larangan
tentang mengambil gambar. Maka kemungkinan rukhsah bagi Aisyah terjadi
sebelum datangnya pengharaman. Ibnul Jauzi menetapkan yang demikian
juga, sehingga beliau berkata: “Dan Abu Dawud dan an-Nasa’i dari sisi
lain dari Aisyah (ia berkata): Rasulullah s.a.w datang dari perang Tabuk
(Khaibar) {lalu menyebut hadis beliau mengoyakkan tirai yang tergantung
di pintunya} Kemudian Aisyah melanjutkan, lalu beliau menyingkap sisi
tirai di atas mainan Aisyah dan Beliau bersabda: “Apa ini hai Aisyah?”.
Saya menjawab:”Boneka perempuan saya”. Beliau melihat kuda-kudaan
bersayap yang dalam keadaan terikat, lalu bersabda: “Apakah ini?” Saya
katakan: “Kuda bersayap dua. Tidakkah Anda mendengar bahawa Sulaiman a.s
mempunyai kuda yang bersayap? Beliau pun tertawa.”.
Al-Khathabi berkata: Dalam
hadis ini menunjukkan mainan untuk anak-anak perempuan tidaklah seperti
semua gambar yang datang ancaman, hanya saja beliau memberikan
keringanan bagi Aisyah kerana pada waktu itu Aisyah belum dewasa.”
Al-Hafiz berkata: Penetapan
dengan dalil ini ada perbincangan, akan tetapi kemungkinannya adalah
kerana Aisyah waktu peristiwa perang Khaibar berusia 14 tahun dan waktu
peristiwa perang Tabuk sudah baligh. Dengan demikian, ini menguatkan
riwayat yang mengatakan hal itu terjadi pada peristiwa Khaibar dan
mengumpulkannya dengan pendapat al-Khathabi.
Berkata Sheikh Abdul Aziz bin Bazz:
“Oleh kerana itu, jika hal
ini telah difahami, maka meninggalkan gambar-gambar (boneka) itu adalah
lebih selamat kerana padanya ada perkara yang meragukan. Mungkin
penetapan Rasulullah s.a.w bagi Aisyah itu sebelum munculnya perintah
beliau untuk menghapus gambar-gambar. Dengan begitu hadis Aisyah ini
menjadi mansukh dengan datangnya larangan dan perintah penghapusan
gambar itu, kecuali yang terpotong kepalanya atau dihinakan, sebagaimana
mazhab al-Baihaqi, Ibnul Jauzi dan Ibnu Bathal. Dan mungkin juga ini
dikhususkan dari pelarangan itu (sebagaimana pendapat jumhur) untuk
kemaslahatan pendidikan. Ini kerana permainan itu merupakan bentuk
penghinaan atas gambar (boneka). Jadi, dengan kemungkinan ini maka lebih
baik untuk meninggalkannya, sebagaimana pengamalan sabda Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasalam dari al-Hasan bin Ali bin Abu Thalib
Radiyallahu ‘anhu (r.a):
”Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada yang tidak meragukanmu.” ( Riwayat
Ahmad, 1/200. Disahihkan oleh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap
Musnad, 3/169. ath-Thayalisi, m.s. 163, no. 1178 dan al-Albani
menilainya sahih dalam al-Jamius Shaghir, no. 3372 dan 3373)
Demikian juga dalam hadith berikut ini dari Nu’man bin Basyir r.a secara marfu’,
“Yang halal itu jelas dan
yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya ada perkara-perkara syubhat
yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka siapa yang menjaga
diri dari syubhat, maka dia telah membersihkan Dien (agama) dan
kehormatannya. Dan barang siapa yang jatuh kepada yang haram, seperti
penggembala sedang menggembalakan ternaknya di sekitar tempat yang di
pagar (terlarang), hampir-hampir ia terjatuh padanya.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber: http://addienblog.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan