Berikut dikemukakan 15 persoalan yang
biasa ditanya oleh orang-orang bukan Islam secara spontan kepada orang
Muslim. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat
membantu menjawab persoalan tersebut.
.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad ﷺ disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad ﷺ
hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa
as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi
Muhammad ﷺ, sebab itu nama Nabi Muhammad ﷺ jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad ﷺ tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
.
2) Nama Nabi Isa lebih banyak disebut daripada nama Nabi Muhammad ﷺ dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak
daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi
Isa? Dalam Al-Quran walaupun nama Nabi Muhammad ﷺ cuma 25 kali disebut secara nyata tetapi sebenarnya terdapat 201 nama panggilan lain disebutkan; lihat artikel terdahulu ‘Nama-nama Rasulullah SAW’ antaranya ialah Mustofha, Yasin dan Toha. Allah سبحانه وتعالى tidak sesekali mengenepikan kehebatan RasulNya. Allah lebih Maha Mengetahui.
.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad ﷺ wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum
Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan
kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada
menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata, “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)