Berikut dikemukakan 15 persoalan yang
biasa ditanya oleh orang-orang bukan Islam secara spontan kepada orang
Muslim. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat
membantu menjawab persoalan tersebut.
.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad ﷺ disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad ﷺ
hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa
as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi
Muhammad ﷺ, sebab itu nama Nabi Muhammad ﷺ jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad ﷺ tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
.
2) Nama Nabi Isa lebih banyak disebut daripada nama Nabi Muhammad ﷺ dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak
daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi
Isa? Dalam Al-Quran walaupun nama Nabi Muhammad ﷺ cuma 25 kali disebut secara nyata tetapi sebenarnya terdapat 201 nama panggilan lain disebutkan; lihat artikel terdahulu ‘Nama-nama Rasulullah SAW’ antaranya ialah Mustofha, Yasin dan Toha. Allah سبحانه وتعالى tidak sesekali mengenepikan kehebatan RasulNya. Allah lebih Maha Mengetahui.
.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad ﷺ wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum
Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan
kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada
menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata, “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad ﷺ adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad ﷺ adalah nabi terakhir menerima dan pelengkap Kitab Wahyu dari langit. Nabi Muhammad ﷺ
juga yang terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak
bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung
tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung. Nabi Isa as diturunkan
semula sebelum Qiamat nanti hanyalah untuk membetulkan umatnya yang
telah jauh terpesong.
Jubair bin Mut’im berkata; Nabi Muhammad ﷺ pernah bersabda: “Daku adalah Muhammad, daku adalah Ahmad dan al-Mahi (penghapus) yang dengannya Allah SWT menghapuskankekufuran. Daku adalah al-Hasyir (pengumpul) yang dengan jejakku Allah SWTmengumpulkan umat manusia. Daku adalah al-A’qib (penyudah) kerana tidak ada nabi lagi selepasku.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi
mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam
saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan
manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi,
kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah سبحانه وتعالى:إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ اللَّـهِ كَمَثَلِ آدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِن تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُن فَيَكُونُ ﴿٥٩
“Sesungguhnya
perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti
(kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu
berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.” (Surah Al-Imran, ayat-59)
.
6) Jika membaca tafsir, Allah
berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah
maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah سبحانه وتعالى, KerajaanNya dan KeagunganNya’. KerajaanNya ini termasuklah para Malaikat yang sentiasa mentaati suruhanNya.
Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau turut menggunakan kata ‘We’ bukannya ‘I’?
.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga
anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku? Sekarang ini
bukankah ramai orang Sikh yang potong rambut pendek? Dan mengapakah
mereka itu tidak menyimpan anugerah tuhan?
.
8) Sami Buddha vegetarian bertanya,
kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim
kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan
pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada
banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita
membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
.
9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
.
10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
.
11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita
banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara
sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun,
Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang
dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan?
Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh
jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan
daging, tapi janganlah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.
.
12) Bukankah babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah سبحانه وتعالى adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah سبحانه وتعالى.
Nak jadi kanibal? Sebenarnya kinzir adalah binatang yang paling banyak
menyimpan virus dan bakteria di dunia ini. Lihat saja virus nipah dari
binatang ini yang telah mengorbankan banyak nyawa.
.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah
itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa
sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah سبحانه وتعالى,
binaan Kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yang sembah
berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk
melaungkan azan dan menggantikan kelambu Kaabah. Orang Hindu tak akan
pijak berhala mahupun gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak
gambar Kaabah di sejadah.
Sekiranya terjadi 4 buah helikopter
mengangkat bangunan Kaabah di Makkah ke Dataran Merdeka sekalipun, orang
Islam tetap akan solat menghadap ke tapak asal Kaabah di Makkah kerana
di situ tetap Kiblat Umat Islam menyembah Allah سبحانه وتعالى. Bukan sembah binaan Kaabah!
.
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad ﷺ? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad ﷺ diutus untuk
kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad ﷺ diutus untuk
semua kaum dan sepanjang zaman. Ajarannya sentiasa dan tetap releven
sejak dari lebih 1400 tahun dahulu sehingga hari Qiamat nanti.
.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
Tidak semestinya yang tidak nampak itu
tiada. Sekiranya kita berdiri di tempat tinggi atau lapang, Bukit Broga
contohnya, tiada apa di sekeliling hanya saujana mata memandang. Tentu
kita berasa nyaman dan berangin. Adakah kita nampak angin tersebut?
Tentu tidak!
Kemudian kita ambil pula contoh gula atau
garam dan dilarutkan ke dalam segelas air jernih. Adakah kita nampak
manis dan masin air tersebut? Cuba terangkan bagaimanakah rupanya!
Manis dan masin itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita boleh melihatnya? Begitu juga dengan kewujudan Allah سبحانه وتعالى.. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah سبحانه وتعالى.
.
Sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan