Isnin, Jun 25, 2012

Haikal Sulaiman

HAIKAL adalah sebuah tempat ibadat yang dibina oleh Nabi Sulaiman AS untuk bermunajat kepada Allah SWT di samping istananya yang hebat pada ketika itu. Buku sejarah Lubnan menyebut mengenai pembinaan itu dengan bantuan masyarakat kaum Kan’an (penduduk Baitulmaqdis ketika itu).
Ada yang mengatakan bahawa ia hanya sebuah mihrab (tempat munajat) yang mempunyai kedalaman sepuluh hasta dan lebar di kiri dan kanan hanya lima hasta. Sejarah tidak dapat memastikan tempat dan bentuk yang tepat bagi haikal itu.
Seorang paderi Kristian (Bost Gorge) di dalam kitabnya menyebut bahawa ia terletak di pintu masuk Bandar Khalil (Baitulmaqdis) yang disebut dengan nama ‘Mihrab Daud’. Apa yang jelas ialah tempat yang menjadi tapak haikal itu, bukan di bawah binaan Masjid Al-Aqsa sekarang seperti dakwaan orang Yahudi.
Dakwaan orang Yahudi adalah palsu berdasarkan fakta di bawah:
  • Sebenarnya tiada satu kesan walaupun sebuah binaan kecil yang menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman pernah membina haikal di tapak Masjid Al-Aqsa. Semuanya musnah selepas serangan Raja Babylon (Bokhtansar) pada tahun 589 sebelum kelahiran Nabi Isa AS iaitu 300 tahun selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS.
  • Peristiwa Israk dan Mikraj adalah janji Allah SWT yang menunjukkan bahawa Islam sudah sampai ke sana dan al-Quran sendiri menyebut masjid bukannya haikal. (Masjidul Aqsa).
  • Nabi Ibrahim juga beragama Islam seperti yang jelaskan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Imran ayat 67 bermaksud: “Tidaklah Ibrahim itu Yahudi atau Nasrani, tetapi adalah seorang Islam”.
  • Al-Quran mula dikumpulkan pada tahun 12 Hijrah ketika pemerintahan Saidina Abu Bakar RA dan Kitab Taurat orang Yahudi hanya ditulis selepas 800 tahun kewafatan Nabi Musa AS. Ini menunjukkan bahawa Taurat amat terdedah kepada penyelewengan dan penipuan.
Kesimpulannya, orang Yahudi tidak boleh mendakwa bahawa bumi Palestin dan Baitulmaqdis sebagai milik mereka kerana Nabi Ibrahim AS sudah datang ke sana sejak 1805 sebelum kelahiran Nabi Isa AS.
Tujuan dakwaan berkenaan hanya untuk menghalalkan pencerobohan mereka terhadap tempat suci umat Islam itu.

Mengapa Perlu Menyebut Insya-Allah?

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (Q.S Al-Kahfi 18: 24)
Beberapa penduduk Makkah datang ke Nabi Muhammad saw. bertanya tentang ruh, kisah ashabul kahfi dan kisah Dzulqarnain. Nabi menjawab, "Datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan." Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi, sehingga Nabi gagal menjawab hal-hal yang ditanyakan. Tentu saja "kegagalan" ini menjadi cemoohan kaum kafir.
Saat itulah turun ayat menegur Nabi, "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (Q.S Al-Kahfi 18:24)
Kata "Insya Allah" bererti "jika Allah menghendaki". Ini menunjukkan bahawa kita tidak tahu sedetik ke depan apa yang terjadi dengan kita. Kedua, hal ini juga menunjukkan bahwa manusia punya rencana, Allah punya kuasa. Dengan demikian, kata "insya Allah" menunjukkan kerendahan hati seorang hamba sekaligus kesadaran akan kekuasaan ilahi.
Dari kisah di atas kita tahu bahkan Nabi s.a.w pun mendapat teguran ketika alpa mengucapkan Insya Allah.
Sayang, sebahagian daripada kita sering melupakan peranan dan kekuasaan Allah ketika hendak berencana atau mengerjakan sesuatu. Sebahagian di antara kita malah secara keliru mengamalkan kata "insya Allah" sebagai cara untuk tidak mengerjakan sesuatu. Ketika kita diundang, kita menjawab dengan kata "Insya Allah" bukan dengan keyakinan bahawa Allah yang punya kuasa tetapi sebagai cara berbasa-basi untuk tidak memenuhi undangan tersebut. Kita rupanya berkelit dan berlindung dengan kata "Insya Allah". Begitu pula halnya ketika kita berjanji, sering kali kata "insya Allah" keluar begitu saja sebagai alat basa-basi pergaulan.
Yang benar adalah, ketika kita diundang atau berjanji pada orang lain, kita ucapkan "insya Allah", lalu kita berusaha memenuhi undangan ataupun janji itu. Bila tiba-tiba datang halangan seperti sakit, hujan, dan lainnya, kita tidak mampu memenuhi undangan ataupun janji itu, maka disinilah letak kekuasaan Allah. Disinilah baru berlaku makna "insya Allah".

Kurma


Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia.
Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya:
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan. (Maryam : 25)
Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan proses bersalin.
Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa'ad r.a. yang bermaksud:
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang." (Sahih Muslim: no 3813)
Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma ini mempunyai khasiat yang tersendiri.

Kandungan Nutrien

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Malaikat Pencacat Amalan Manusia

Setelah Allah SWT menerangkan bahawa antara tanda-tanda kurnia-Nya kepada manusia adalah penciptaannya dalam bentuk yang terbaik. Perkara itu menunjukkan bahawa manusia akan menempuh kehidupan lain selain kehidupan sekarang.
Di sana nanti mereka akan diberi balasan atas segala yang pernah dikerjakan sama ada baik atau buruk. Selanjutnya Allah SWT menjelaskan seseorang tidak akan menolak kebenaran melainkan kerana adanya sikap menentang dan mendustakannya. Perasaan hati membisikkan kebenaran itu dan dalil agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW menguatkannya.
Allah SWT tidak akan membiarkan satu amalan pun daripada amalan hamba-Nya, melainkan Dia akan menghitung dan memelihara untuk diberi balasan. Tugas mencatat segala amalan manusia ini telah diserahkan oleh Allah kepada para malaikat yang dilantik khusus.
Firman Allah SWT: Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. Syed Qutb berkata: “Kamu tidak percaya kepada hisab dan balasan. Inilah punca kekeliruan dan kecuaian kamu terhadap Allah. Apabila hati mendustakan hisab dan balasan, maka ia tidak akan berdiri tegak di atas hidayah, kebaikan dan ketaatan. Kadang-kadang hati itu meningkat ke darjat yang tinggi dan luhur lalu ia taatkan Tuhannya dan beribadat kepada-Nya semata-mata kerana cintakan-Nya bukan kerana gentar kepada balasan seksa-Nya dan bukan tamakkan pahala dari-Nya tetapi tetap percaya kepada Hari Balasan dan menaruh perasaan takut kepadanya. Ia menunggu kedatangan hari itu untuk menemui Tuhan yang amat dicintainya. Tetapi apabila manusia tidak mempercayai hari Balasan, ia tidak taat kepada Tuhan-Nya dan hatinya tidak akan tenang selagi tidak mendapat hidayah.”
Firman Allah SWT: Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu). Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

Anak Abu Jahal yang Syahid

"Dahulu aku berperang untuk al-Latta dan al-Uzza. Sekarang, aku serahkan jiwaku dengan ikhlas kepada Allah"
Itulah kata-kata Ikramah iaitu anak lelaki Abu Jahal juga sepupu Rasulullah yang pada zaman kebatilannya begitu memusuhi Islam dan Rasulullah S.A.W.
Sifatnya yang sangat bencikan Rasulullah sama seperti bapanya, Abu Jahal sehingga para pengikutnya selalu memberi perumpamaan ‘ke mana kuah kalau bukan ke nasi’ untuk menggambarkan sifatnya saling tidak tumpah seperti Abu Jahal sebelum keislamannya. Ikrimah pernah membantu ayahnya melempar najis kepada Rasulullah S.A.W yang sedang solat di depan Kaabah.
Dia juga pernah membantu bapanya mencekik leher Rasulullah S.A.W. Malah dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pembesar Quraisy, Ikramah mencadangkan supaya Rasulullah S.A.W dibunuh.
Setelah menjadi salah seorang pahlawan Quraisy, Ikramah menentang pahlawan Islam dalam peperangan Uhud dan Badar namun gagal membunuh Rasulullah S.A.W dalam kedua-dua peperangan tersebut. Dia akhirnya lari ke Yaman sebelum ke Habsyah. Di Yaman kehadirannya tidak diterima oleh Raja Yaman.
Semasa dalam pelayaran ke Habsyah, kapal yang tumpanginya dilanda ribut dan hampir karam. Semua penumpang dalam kapal itu berdoa termasuk Ikramah. Pada mulanya, dia berdoa kepada al-Latta dan al-Uzza namun doanya tidak berhasil meredakan ribut.
Akhirnya dia cuba berdoa kepada Allah, andainya selamat daripada bencana itu dia akan kembali ke Mekah untuk menemui Nabi Muhamad. Dengan izin Allah, ribut yang menggila akhirnya reda.
Apabila kembali ke Mekah, isterinya yang bernama Atikah tidak berjaya ditemui. Anak Ikramah, Omar mengatakan ibunya telah pergi mencari Ikramah bersama seorang hamba abdi bernama Laila. Ikramah yang mendengar kata-kata anaknya itu berasa risau akan keselamatan isterinya. Dia keluar semula dari Mekah untuk mencari Atikah.

15 Pintu Syaitan

15 pintu syaitan yang ada di dalam diri kita:

  1. pintu marah
  2. cinta dunia
  3. kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
  4. panjang angan-angan
  5. rakus
  6. bakhil
  7. suka pada pujian
  8. riak
  9. ujub (merasa kagum)
  10. takut dan gelisah
  11. buruk sangka
  12. memandang rendah pada orang lain
  13. merasa suka pada dosa
  14. merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
  15. putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan:

  1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
  2. Banyakkan berzikir
  3. Banyakkan Beristigfar
  4. Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
  5. Jangan tidur berseorangan
  6. Baca doa pagi dan petang
  7. Bersugi
  8. Melaksanakan solat jemaah
  9. Berwudhuk sebelum tidur
  10. menutup aurat
  11. Membaca doa masuk tandas
  12. Banyak berselawat pada hati
  13. Bertaubat, beristighfar
  14. Banyakan baca Al-Quran
  15. Membaca surah Yassin setiap pagi