Berkaitan dengan jumlah ayat-ayat al-Qur’an, jumhur ulama telah sepakat mengatakan jumlah ayat al-Qur’an ialah 6,200 ayat lebih. Untuk itu, ulama berselisih pendapat tentang jumlah tepat atau berapa jumlah sebenarnya yang dikatakan lebih 6,200 itu. Pendapat ulama sebagaimana berikut: -
1. Menurut pendapat ulama Madinah, jumlah ayat al-Qur’an ialah 6,217 ayat. Pendapat ini disokong olah Nafi’
2. Menurut pendapat ulama Madinah lain yang disokong pendapat Syaibah, jumlah ayat al-Qur’an ialah 6,214 ayat.
3. Menurut pendapat ulama Madinah lain lagi yang disokong pendapat Abu Ja’afar, jumlah ayat al-Qur’an ialah 6,210 ayat.
4. Menurut pendapat ulama Mekah yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir, jumlah ayat al-Qur’an ialah 6,220 ayat.
5. Menurut pendapat ulama Basrah sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Asim, jumlah ayat al-Qur’an ialah 6,205 ayat.
6. Menurut ulama Kufah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hamzah, jumlah ayat al-Qur’an ialah 6,236 ayat.
7. Menurut pendapat ulama Syria sebagaimana yang diriwayatkan oleh Yahya Ibn al-Harith, jumlah ayat al-Qur’an ialah 6,226 ayat.
Sebagai kesimpulan yang dapat dirumuskan di sini, faktor lahirnya perselisihan di dalam menentukan jumlah ayat tersebut ialah terdapat sesuatu ayat yang selalu Nabi membaca dengan wakaf pada akhir tiap-tiap ayatnya sebagai pertunjuk dan memberitahu kepada para sahabat yang mana lafaz yang Baginda baca dengan wakaf itu adalah fashilah. Dalam keadaan lain pula, Baginda membaca wasal ayat yang sama untuk menyempurnakan maknanya setelah Baginda tahu yang para sahabat telah pun arif ayat yang Baginda baca itu memang satu ayat atau fashilah, walaupun Baginda baca dengan wasal pula selepasnya.
Namun pun begitu, perbuatan Nabi yang kadang-kala wakaf dan kadang-kala wasal terhadap ayat yang sama, telah timbul kekeliruan dan dugaan tertentu bagi mereka yang belum arif dengan tujuan Nabi berbuat begitu dalam menentukan jumlah ayat. Justeru itulah, mereka yang belum arif matlamat Nabi berbuat begitu telah mengira ayat yang Nabi baca dengan wasal itu adalah satu ayat dan ayat yang Nabi wakaf itu adalah dua ayat, manakala orang lain pula beranggapan dan mengira sebaliknya. Dari situlah sebenarnya punca timbul perselisihan dalam mengira jumlah ayat.
Dipetik dari: Rosmawati Ali (1997). Pengantar Ulum Al-Qur’an. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 112-113
Isnin, April 28, 2008
Amalan riba propaganda musuh Islam - Yahudi
APABILA Allah memberikan mukjizat Israk Mikraj kepada hamba dan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW, pada saat itu Allah memperlihatkan pelbagai kejadian kepada Baginda yang kelak akan memimpin alam fana ini.
Ketika itu Rasulullah SAW melihat adanya beberapa orang yang diseksa di neraka. Perut mereka besar bagaikan rumah yang sebelumnya tidak pernah disaksikan oleh Rasulullah SAW. Kemudian Allah menempatkan orang itu di sebuah jalan yang dilalui kaum Firaun. Mereka adalah golongan paling berat menerima seksa dan azab Allah di hari kiamat.
Pengikut Firaun ini melintasi orang yang sedang diseksa tadi. Mereka melintas bagaikan kumpulan unta yang sangat kehausan, menginjak orang itu yang tidak mampu bergerak dan berpindah dari tempatnya disebabkan perutnya yang sangat besar seperti rumah.
Akhirnya Rasulullah SAW bertanya kepada malaikat Jibril yang menyertainya: “Wahai Jibril, siapakah orang yang diinjak-injak tadi? Jibril menjawab: Mereka itulah orang yang makan harta riba.”
Dalam syariat Islam, riba diertikan dengan bertambahnya harta pokok tanpa adanya transaksi jual beli sehingga menjadikan hartanya itu bertambah dan berkembang dengan sistem riba. Perbuatan itu jelas diharamkan oleh Allah, Rasul-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud: “Allah menghilangkan berkat riba, menyuburkan sedekah dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 270)Barang haram yang tiada terhitung banyaknya itu sampai menyusahkan dan memberatkan mereka ketika harus cepat-cepat berjalan pada hari pembalasan. Setiap kali akan bangkit berdiri, mereka jatuh kembali, padahal mereka ingin berjalan bergegas bersama kumpulan manusia lainnya namun tiada sanggup melakukannya akibat maksiat dan perbuatan dosa yang mereka pikul.
Firman Allah yang bermaksud: “Orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri kecuali seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran tekanan penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata berpendapat):
Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah sudah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah, ayat 275)
Tafsiran Ibnu Abbas mengenai ayat itu katanya: “Orang yang memakan riba akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan gila lagi tercekik.” (Tafsir Ibnu
Katsir)
Imam Qatadah juga berkata yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang memakan harta riba akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan gila sebagai tanda bagi mereka supaya diketahui para penghuni padang Mahsyar lainnya jika orang itu adalah orang yang makan harta riba.” (Al-Kaba’ir, Imam Adz-Dzahabi)
Dalam Sahih Al-Bukhari dikisahkan bahawa Rasulullah SAW bermimpi didatangi dua orang lelaki yang membawanya pergi sampai menjumpai sebuah sungai penuh darah yang di dalamnya ada seorang lelaki dan di pinggir sungai itu ada seseorang di tangannya banyak batu sambil menghadap kepada orang dalam sungai tadi.
Apabila orang dalam sungai hendak keluar maka mulutnya diisi batu oleh orang berkenaan sehingga membawanya kembali ke tempatnya semula di dalam sungai. Akhirnya
Rasulullah SAW bertanya kepada dua orang yang membawanya, maka dikatakan kepada Baginda: “Orang yang engkau saksikan di dalam sungai tadi adalah orang yang memakan harta riba.” (Fathul Bari)
Jabir pula mengatakan bahawa: Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan riba, yang memberi makan riba, penulisnya dan kedua orang yang memberikan persaksian, dan Baginda bersabda yang bermaksud: “Mereka itu sama.” (Hadis riwayat Muslim)
Sesungguhnya amalan riba menjadi semarak kerana adanya propaganda daripada musuh Islam yang menjadikan umat Islam lebih senang menyimpan wangnya di bank yang mengamalkan sistem riba.
Bahkan sistem simpan pinjam dengan bunga pun kini sudah dianggap biasa dan menjadi satu hal yang mustahil jika dilepaskan daripada perbankan. Umat tidak lagi memerhatikan mana yang halal dan haram. Riba dianggap sama dengan jual beli yang dibolehkan menurut syariat Islam.
Kini kita saksikan akibat faedah bank, berapa banyak yang dulunya hidup bahagia akhirnya menderita tercekik dengan bunga yang ada. Musibah dan bencana meresahkan
masyarakat kerana Allah yang menurunkan hukum-Nya atas manusia.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak perbuatan zina dan riba itu nampak pada suatu kaum, kecuali sudah mereka halalkan sendiri seksa Allah atas diri mereka.”
(Hadis riwayat Imam Abu Ya’la)
Sebenarnya amalan riba pada awalnya adalah perilaku dan tabiat orang Yahudi dalam mencari nafkah dan mata pencarian Mereka berusaha untuk menyebarkan penyakit
itu kepada umat Islam melalui industri perbankan.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan disebabkan mereka (orang Yahudi) memakan riba, padahal sesungguhnya mereka sudah dilarang daripadanya dan kerana mereka memakan harta orang lain dengan jalan yang batil. Kami menyediakan untuk orang kafir di antara mereka seksa yang pedih.” (Surah an-Nisa’, ayat 161)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Hai orang yang beriman. Jika kamu mengikuti sebahagian daripada orang yang diberi al-Kitab (Yahudi dan Nasrani), nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi kafir sesudah kamu beriman.” (Surah Ali Imran, ayat 100)
Menyedari hakikat itu, tidak wajar bagi umat Islam mengikuti pola hidup suatu kaum yang pernah dikutuk Allah sebaliknya, memastikan kehidupan mereka bebas daripada amalan riba.

Setiap larangan terselindung hikmah
ISLAM satu-satunya agama diredai Allah yang menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan akhirat. Malah, Islam juga adalah agama yang memelihara kehidupan umatnya daripada perkara mudarat dan merosakkan.
Oleh itu, Islam mensyariatkan hukum halal dan haramnya dalam setiap aspek kehidupan umatnya. Setiap Muslim wajib memelihara perkara yang halal dan haram dalam pemakanannya supaya tidak termasuk bahan haram yang akhirnya menjadi isi daging.
Bagi daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka api neraka bahan pembakarnya. Ini jelas daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap daging badannya yang tumbuh daripada benda haram (yang menghilangkan berkat), maka nerakalah yang lebih utama bagi orang itu.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Oleh itu, setiap Muslim wajib berhati-hati terhadap pemakanannya supaya bersih daripada sumber yang haram. Akan tetapi, seseorang Muslim juga harus peka dan
sensitif terhadap perkara haram yang lain selain pemakanan.
Setiap apa yang diharamkan Allah adalah luas dan banyak. Ia bukan hanya meliputi makanan tertentu, bahkan ia juga gaya kehidupan, perbuatan, persepsi dan pandangan asing yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.
Perlu diinsafi, Allah mengharamkan beberapa jenis makanan adalah untuk kebaikan dan kesihatan kehidupan Muslim. Begitu juga Allah mengharamkan beberapa cara dan gaya kehidupan asing seperti budaya hidup bebas, berkhalwat, bertukar pasangan, berpeleseran di jalanan tanpa arah tujuan untuk memelihara kesejahteraan Muslim serta masyarakat untuk hidup dengan harmoni.
Dalam pada itu, Allah mengharamkan syirik iaitu menyembah sesuatu yang lain daripada Allah. Perlu ditegaskan mensyirikkan Allah bukan setakat menyembah selain daripada Allah, sifat takbur dan riak termasuk dalam perbuatan mensyirikkan Allah.
Takbur bermaksud membesarkan dan mengagungkan dirinya sendiri. Hanya Allah saja layak bersifat demikian, manakala manusia sebagai hamba-Nya tidak layak mempunyai sifat itu. Riak pula adalah menunjuk perbuatan baik supaya dilihat dan dipuji orang lain
sedangkan apabila bersendirian, dia tidak melakukan perbuatan baik itu.
Islam sudah mempunyai cara hidupnya tersendiri yang serba lengkap dan menyeluruh merangkumi setiap aspek kehidupan umatnya. Islam juga menyusun adab kehidupan yang luhur menampilkan ajaran mulia supaya kehidupan umatnya berlangsung dengan penuh gemilang dan terhormat.
Dalam Islam, kehidupan umatnya tidak dapat dipisahkan daripada kerangka akidah, ibadat dan akhlak yang menjadi tonggak utama kesejahteraan hidup umat Islam. Di samping itu, ada peraturan dan batas larangannya yang wajib dipatuhi supaya hidup dapat berlangsung dengan teratur.
Allah juga mengharamkan beberapa persepsi dan pandangan yang haram seperti mempunyai prasangka buruk terhadap orang lain, menuduh orang lain dengan tuduhan palsu, mengumpat serta memfitnah bagi memelihara kerukunan hidup umatnya.
Malah di antara sifat Muslim sejati ialah memelihara dirinya daripada perkara yang sia-sia sama ada melalui perbuatan mahupun perkataan. Tiada perkataan dan amalan yang lebih baik pada sisi Allah melainkan perkataan dan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Adakah ucapan yang baik itu melainkan mereka yang menyeru kepada Allah dan berbuat kebaikan, seterusnya berkata, sesungguhnya aku dari kalangan orang beriman.” (Surah Fussilat, ayat 33)
Jika setiap Muslim dapat menjaga makanan dan minumannya daripada terkena bahan yang haram dan najis, pada masa sama, adakah seseorang Muslim menjaga dirinya daripada perbuatan yang haram?
Adakah dia menjaga kelakuannya daripada perkara yang haram? Adakah dia menjaga matanya daripada melihat benda yang haram? Adakah dia juga menjaga lidahnya daripada mengatakan perkara yang haram?
Jelas di sini kewajipan setiap Muslim bukan hanya setakat memelihara makan minumnya daripada sumber yang haram, malah Muslim juga wajib memelihara segala perbuatannya, persepsinya, kelakuannya dan pandangannya daripada perkara yang haram.
Tidak ada ertinya jika seorang Muslim itu hanya menjaga pemakanannya daripada benda haram tetapi pada masa sama dia melanggar batas larangan Allah yang lain.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Begitulah sebenarnya kewajipan setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah. Antara tuntutan beriman kepada Allah ialah tunduk dan patuh dengan penuh ikhlas terhadap segala perintah dan larangan Allah.
Dalam hal ini, setiap Muslim tidak sewajarnya hanya memelihara sebahagian saja daripada perintah dan larangan Allah, tetapi meninggalkan pula perintah dan larangan Allah yang lain. Ini bukanlah sifat Muslim yang sebenarnya di sisi Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) hukum-hakamnya dengan keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Surah al-Baqarah, ayat 208)
Akhirnya, perlu diinsafi setiap sesuatu yang Allah perintah atau larang kepada umatnya ada rahmatnya dan hikmah yang tersurat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk sekalian hamba-Nya dan Allah tidak sekali-kali bersifat zalim terhadap hamba-Nya walau sedikitpun.

Langgan:
Catatan (Atom)