Hadis untuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya, seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah S.A.W dalam Hadith dan Sunnah :
1. Memelihara Solat 5 Waktu
Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya "Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu itu akan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.
2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian
Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda :"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke Syurga." (bagi mereka yg beriman).** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh Abu Nu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.