Jumaat, April 18, 2008

The dangers of online dating


Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan
cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: " Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

Al-Quran Terpelihara Sehingga Kiamat

SOALAN: Apakah al-Quran hari ini tidak pernah dipinda, diubah atau ditokok tambah seperti pada kitab-kitab Taurah dan Injil. Harap Dato' dapat jelaskan. -

SULAIMAN ABU BAKAR, Kota Damansara, Selangor.


JAWAPAN:Kitab-kitab Allah disebut sebagai 'wahyu Ilahi' diturunkan kepada manusia berdasarkan keperluan dan kehendak semasa pada zaman yang berlainan dalam masyarakat yang berlainan.

Cara turun ayat-ayat Allah itu pun berbeza. Kepada Nabi Musa a.s. Allah turunkan at-Taurah sekali gus, tertulis di papan-papan atau di batu-batu yang dinamakan 'al-waah' di Thursina.

Sedangkan al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit melalui perantaraan Jibril a.s. dalam jangka masa kira-kira 23 tahun.

Dalam kitab-kitab terdahulu, tidak terdapat suatu ayat yang jelas, Allah menjamin bahawa wahyu-wahyu itu tidak diubah atau dipinda oleh manusia.

Tidak seperti al-Quran, yang jelas nyata Allah menyebut (mafhumnya): “Sesungguhnya hanya Kami yang menurunkan al-Quran dan Kami-lah yang akan memeliharannya." (Surah al-Hijr, ayat 9)

Dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk 10 halaman empat, ketika membuat tafsiran ayat ini, beliau menyebut, bahawa ungkapan "Kami-lah yang kan memeliharannya", bermaksud Allah memeliharan al-Quran daripada sebarang penambahan dan mengawalnya daripada sebarang pengurangan.

Berkata Qatadah dan Tsabit al-Banaani, Allah SWT menjaga al-Quran daripada diubah ditambah atau dipinda oleh manusia mahupun syaitan.

da kisah percubaan manusia yang dirasuk atau dipengaruh oleh syaitan serta nafsu jahat mereka untuk mengubah perkataan al-Quranul Karim atau mengubah hukumnya memang pernah berlaku.

Salah satu peristiwa itu, berlaku pada zaman Khalifah al-Makmun (Abdullah bin Harun ar-Rashid, 170H - 218H, Khalifah Abbasiyah).

Menurut cerita yang disampaikan oleh Al-Husain bin Fahmi katanya, dia mendengar Yahya bin Akthum menceritakan, Khalifah al-Makmun menganjurkan majlis-majlis ilmu yang berbentuk munazarah (perdebatan) yang dihadiri ramai ulama tersohor dan orang ramai.

Antara yang hadir adalah seorang Yahudi yang zahirnya sopan, berpakaian kemas mengambil bahagian dengan memberi pandangan tidak menerima Islam, tetapi bertutur dengan bahasa indah dan teratur sehingga menarik perhatian Khalifah.

Selesai majlis pada malam itu al-Makmun memanggil Yahudi tersebut dan mendakwahkannya agar dia menerima Islam.

Bagaimanapun Yahudi tersebut menolak dengan sopan seraya berkata, "Agamaku adalah agama datuk nenekku, agama Yahudi yang tidak ada gantian dengan yang lain."

Selepas setahun kemudian, dia muncul sekali lagi, tetapi kali ini pakaiannya berubah rupa, tutur katanya berbeza dan dia menyokong Islam dengan penuh semangat dan berisi.

Selesai majlis, al-Makmun sekali lagi menjemput lelaki Yahudi tersebut dan bertanya khabar hal beliau. Kata lelaki itu, dia telah memeluk Islam.

Al-Makmun begitu ingin mengetahui bagaimana lelaki tersebut boleh berubah daripada Yahudi yang taksub dengan agamanya kepada menerima Islam.

Jawab Yahudi tersebut berkata, "Dahulu saya menolak Islam kerana saya belum mengenalinya, setelah mengkaji, mendengar dan berbahas, akhirnya saya menemui dengan kebenaran."

Sambung Yahudi itu, "Saya seorang penulis khat yang mahir dan cantik, kerja saya menulis Kitab Injil dengan merubah dan memindah isi kandungannya sesuka hati saya dan menjualnya kepada pendita-pendita agama dan orang awam.

"Saya lakukan sedemikian kepada Kitab Taurah. Kitab-kitab yang dipinda tersebut dibeli oleh rahib-rahib dan orang awam tanpa sebarang keraguan atau masalah.

"Apabila saya memulakan kerja untuk menukar serta menambah daripada al-Quran, saya berjaya menulis tiga naskhah dan saya jual kepada Warraqeen, kedai kitab biasa, tuan punya kedai tersebut bersetuju untuk membeli pada mulanya.

"Tetapi apabila dibuka beberapa lembar, dia bukan sahaja tidak mahu membelinya, malah mencampakkannya keluar dari kedainya. Kerana katanya, ini bukan al-Quran, ini telah berlaku penambahan dan pengurangan.

"Saya berbuat demikian kepada tiga kedai kitab yang berbeza. Ketika ketiga pemilik kedai memberikan respons yang sama.

"Dengan peristiwa itu, terbukalah hati saya dan saya mengetahui bahawa az-Zabur, at-Taurah dan al-Injil yang ada bukan lagi Kitab Allah. Tidak seperti al-Quran, ia tulen dan dipelihara Tuannya (Allah).

"Saya bertemu dengan ayat di dalamnya, Surah al-Hijr ayat 9. Kerana itulah saya yakin dengan al-Quran dan saya memeluknya," jelas Yahudi tersebut.

Bukan sahaja peristiwa itu, malah berlaku percubaan ada manusia cuba meminda al-Quran, namun al-Quran yang diubah dikumpul dan dimusnahkan seperti al-Quran yang pernah dicetak di Soviet Union (Rusia) suatu ketika dahulu.

Pernah berlaku di Malaysia tahun 1960-an, pegawai Masjid Negara mendapati ada al-Quran yang dipalsukan. Lalu dikumpul dan dimusnahkan.

Tidak seperti kitab-kitab lain, diubah dan dipinda oleh penulis-penulisnya yang menggunakan cara masing-masing, menulis kitab itu berdasarkan akal manusia, maka berlakulah kelainan.

Al-Qurannul Karim, datang daripada Allah SWT, dipelihara-Nya sampai ke Hari Kiamat. Wallahu a'lam.

Oleh : Dr Haron Din

Aurat Muslimah - Suatu Penindasan atau Pembebasan

"Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)." ( An Nur : 1)

Begitulah permulaan ayat pertama bagi surah An Nur, yang mana terkandung dalamnya beberapa hukum dan perintah Allah s.w.t. ke atas manusia yang wajib dilaksanakan, sebagaimana yang di nyatakan didalam terjemahan ayat tersebut diatas.

Di dalam surah ini juga terdapat dua ayat yang menyentuh mengenai perintah memelihara pandangan dan aurat bagi lelaki dan wanita yang beriman. Bermula dengan ayat ke 30 iaitu ayat pertama dalam dua ayat yang menyentuh mengenai aurat ini, Allah s.w.t. menekankan terlebih dahulu batasan pandangan dan aurat bagi lelaki yang beriman supaya dipelihara, sekaligus menunjukkan hukum pemeliharaan pandangan dan aurat dititikberatkan terlebih dahulu keatas lelaki.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An Nur : 30)

Setiap apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. adalah dipenuhi dengan hikmah dan kebaikan bagi mereka yang memerhatikan dengan akal dan iman. Setiap lelaki yang menundukkan pandangan, dengan izin Allah akan memelihara diriya dari bisikan syaitan, nafsu serta dorongan ke arah perkara yang memudaratkan iman dan kemanusiaannya. Boleh dikatakan bahawa majoriti wanita yang berhias adalah untuk mendapatkan perhatian dari golongan adam dan ini kerana perasaan sedemikian itu merupakan satu fitrah dalam diri mereka yang telah Allah tetapkan dalam diri mereka.

Fitrah bagi lelaki pula suka memandang sesuatu yang menyedapkan pandangan serta cantik tetapi seringkali mereka terlupa bahawa secantik-cantik perhiasan dunia ialah isteri yang solehah. Dengan menundukkan pandangan, maka berkuranglah wanita yang memilih untuk tidak menutup aurat. Ini boleh diibaratkan dengan contoh seorang pemilik panggung wayang yang tiada pelanggan yang datang untuk menonton filem yang dinobatkan 'hebat' dipanggungnya, sehebat mana pun filem yang dimainkan , jika tiada yang datang menonton, lambat laun akan tutup juga premis panggung tersebut.

Begitulah dengan apa yang berlaku ke atas fitrah manusia, psikologi yang disebutkan Allah s.w.t. di dalam ayat 30 ini menunjukkan bahawa setiap permulaan kepada kebaikan dan pematuhan kepada perintah Allah s.w.t. itu sepatutnya bermula dengan lelaki.

Mengapa mesti lelaki? Persoalan mudah ini boleh dijawab dengan bermulanya tanggungjawab seorang lelaki sebagai ketua keluarga, wali bagi saudara-saudara perempuannya serta saudara kepada muslimin dan muslimat seluruhnya. Jika tanggungjawab ini dijalankan dengan betul dan amanah, maka tidaklah menjadi sesuatu yang pelik sekiranya generasi yang dilahirkan dari dan selepas itu merupakan satu generasi yang beriman, berakhlak serta maju dalam dalam setiap bidang yang diceburi. Dari generasi inilah bakal lahir golongan pemuda-pemuda Islam yang menghormati serta memandang samarata ke atas kaum wanita dan tidak menganggap golongan wanita hanya sebagai objek yang boleh diperdagangkan, dipermainkan, alat pemuas nafsu dan dilayan sebagai kelas dua. Pemudi-pemudi Islam dari generasi ini akan sama-sama menjadi tonggak serta tulang belakang kepada kekuatan ummah. Allah s.w.t. meletakkan persamaan hak diantara lelaki dan wanita tetapi hak dan tanggungjawab setiap dari yang tersebut tadi adalah tidak sama ke atas keduanya.

Di dalam artikel ini, penulis ingin menekankan kepada pemahaman ayat sambungan dari ayat 30 surah An Nur seperti yang tersebut tadi.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An Nur : 31)

Ayat 31 surah An Nur di atas menjelaskan perintah supaya menjaga pandangan bagi mereka-mereka yang beriman dan batasan aurat bagi muslimah yang beriman. Perintah Allah inilah yang selama ini menjadi bahan gurauan dan sendaan masyarakat barat dalam liberasi feminisme mereka terhadap Islam. Lebih malang lagi, kini budaya sendaan ini menular dan berakar umbi pula dalam generasi muslimah liberal yang mengadaptasikan cernaan dangkal akal fikiran liberasi feminisme barat dan semakin terbawa-bawa dakyah ini dalam kehidupan seharian mereka.

Persoalannya, benarkah batasan aurat bagi muslimah Islam yang beriman itu satu bentuk penindasan ke atas kaum wanita dalam Islam? Perkara ini hanya kelihatan benar dalam pemikiran cetek yang tidak pernah cuba kenal atau memahami perintah Allah s.w.t. secara keseluruhannya. Retorik dan tembelang mereka dalam menyatakan bahawa mereka beriman dan setiap hari membaca terjemahan Al Quran sebagai panduan nyata terbongkar apabila membicarakan mengenai perintah Allah dalam pemeliharaan aurat ini. Masing-masing melenting membela pendapat akal mereka yang diracuni gerakan membuta tuli liberasi feminisme barat.

Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf dan diredhai Allah sebagaimana yang tersebut didalam surah Al Maidah ayat 23 :

…….Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.…. (Al Ma'idah : 3)

Islam juga merupakan sebuah agama bagi orang-orang yang bijak dan berakal sempurna. Seorang doktor atau saintis yang pandai dalam bidangnya tidak boleh dikatakan cerdik atau bijak jika menganggap sesuatu yang diukir oleh tangan manusia sendiri, bulan, bintang, binatang, pokok dan sebagainya sebagai tuhan mereka yang memberikan mereka rezeki dan dapat memudaratkan mereka. Maka perkara seupama ini yang menghina daya akal, kekuatan dan kebijaksanaan akal fikiran manusia tidak terdapat dalam Islam.

Bagi mereka yang boleh berfikir dengan waras, tentulah mereka menyedari bahawa semua objek tersebut tidak dapat memberikan mereka manfaat atau pun kemudaratan biar pun sebesar zarah.. Maka Islam menunjukkan jalan yang benar dalam mengenali Siapa Pencipta seluruh alam yang sepatutnya disembah.

Sebagai agama yang diredhai Allah s.w.t., setiap apa yang datang bersama agama tersebut akan dapat membantu menyelesaikan semua persoalan dan permasalahan yang telah, sedang atau bakal dihadapi oleh manusia sebagai khalifah di muka bumi ini sehingga kiamat.

Maka dalam setiap perintah dan hukum yang terdapat di dalam Al Qur'an, ada penjelasan baik dari segi pemahaman tersurat atau tersirat bagi setiap faedah pelaksanaannya.

Bagi yang hanya dapat melihat atau memahami perintah pematuhan kepada hukum memelihara aurat ini dari segi pemahaman literasi, ayat 31 surah An- nur ini telah dengan jelas menyatakan bahawa salah satu dari faedah dari pelaksanaannya ialah mereka-mereka iaitu muslimin dan muslimat yang beriman kepada perintah Allah ini akan memperolehi kejayaan. Satu lagi sebab yang dinyatakan dalam Al-Qur’an mengenai kelebihan menutup aurat ini ialah ianya dapat membezakan antara wanita-wanita yang beriman dan menjaga kehormatan serta memelihara muslimah tersebut dari ganguan sepertimana yang dinyatakan dalam surah Al-Ahzab ayat 59.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al Ahzab :59)

Jika tidak difahami dengan betul surah An Nur ayat 31, maka pernyataan kejayaan yang bakal dicapai oleh golongan ini akan segera menjadi klise dan dikaitkan dengan balasan pahala dan mendapat tempat di dalam syurga di akhirat dan terselamat dari seksaan dalam neraka kelak selepas mati. Sebenarnya tidak hanya demikian! Kejayaan yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. tersebut bermula dari sisi kehidupan dunia lagi dan ayat ini merupakan satu dalil bagi gerakan pembebasan muslimah dari kongkongan karut marut yang meletakkan mereka sebagai warga kelas dua yang tidak layak untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan lelaki dalam semua bidang yang mampu diceburi.

Bermula dengan perintah Allah s.w.t. membataskan aurat muslimah hanya kepada sesama muslimah, telah pun membuka satu lembaran dalam pembebasan dari kongkongan mendapatkan pendidikan supaya fardu kifayah dapat dipenuhi.

Bayangkan jika para muslimah dikekang dan dihalang dari mendapat pendidikan dan hak untuk memajukan diri dalam karier, maka dengan secara automatiknya kaum muslimah dan kaum muslimin rigid atau jumud itu sendiri akan mengalami masalah bila berhadapan dengan masalah kesihatan dan terpaksa mendapatkan khidmat dari doktor dari jantina berlawanan. Maka ini dengan sendiri akan menimbulkan rasa kurang selesa bagi mukminat yang cuba menjaga batasan aurat seperti yang diperintahkan Allah s.w.t..

Satu contoh lagi, bagaimana pula dengan khidmat kaunselor professional? Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap sesi kaunseling bagi individu yang mempunyai masalah akan dibuat secara sendirian dengan kauselor professional terlibat. Bukankah perkara seumpama ini akan menimbulkan masalah bagi mukminat yang memahami hukum-hukum batasan aurat dan pergaulan dalam hidup sehari-hari. Disinilah timbulnya kepada keperluan bagi umat Islam mempunyai Doktor, Kaunselor Professional, Pensyarah, Guru, Jurutera dan professional-professional muslimah yang lain bagi memenuhi dan membantu muslimah lain dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t.

Tentunya semua ini bermula dengan mendapat pendidikan awal sehingga tinggi yang tidak dikekang oleh golongan jumud yang terperangkap dalam dunia mereka sendiri. Islam datang membawa keluar golongan wanita dari segala kongkongan lelaki seterusnya meletakkan wanita di atas jalan serta hak-hak mereka sendiri tanpa merendahkan martabat mereka.

Maka 1400 tahun dahulu, wanita-wanita Islam telah lama dapat menikmati semua hak-hak kesamaan biarpun wanita-wanita lain diseluruh dunia masih ditindas pemerintah dan dibelengu hukum-hukum agama yang dianuti masing-masing. Hanya sekitar abad ke 20 barulah wanita-wanita di barat tersedar akan sekatan-sekatan hak yang mereka alami, iaitu setelah muslimah-muslimah diberikan kemuliaan dan hak-hak 1300 tahun lamanya oleh Allah s.w.t., maka gerakan pembebasan feminisme mula bergerak di barat bertunjangkan perjuangan dengan meletakkan kaum adam sebagai penanda aras kejayaan. Semua ini adalah kerana mereka-mereka ini mengenepikan Tuhan dalam asas perjuangan mereka. Tanpa mereka sedari, kedudukan mulia serta semua keistimewaan yang Allah s.w.t. letakkan serta berikan kepada mereka, diketepikan mereka dan mereka-mereka ini sendiri merendahkan martabat mereka dengan meletakkan golongan Adam sebagai penanda aras kejayaan mendapatkan hak-hak asasi mereka.

Kejayaan dalam liberasi feminisme barat yang diperjuangkan sekadar hanya berjaya melacurkan kembali maruah wanita sebagai objek seks semata-mata serta meletakkan kembali wanita di bawah penindasan kaum adam. Perhatikan saja dalam klip-klip video artis-artis barat, di mana untuk mendapatkan kontrak rakaman serta untuk menjual album, maka perkara pertama yang harus dilakukan ialah menanggalkan pakaian mereka untuk diperagakan tubuh mereka dalam klip-klip video tersebut. Diskriminasi seperti ini tidak pula berlaku ke atas artis lelaki. Maka bagaikan kupu-kupu malam yang mencari pelanggan, mereka ini, menjatuhkan maruah mereka sendiri dalam perjuangan tanpa arah ini. Begitu juga jika diperhatikan mana-mana saja iklan dalam mana-mana media sekalipun, biarpun apa sahaja objek yang hendak dijual, tidak kira mesin cetak, motosikal, kereta atau apa sahaja, maka akan kelihatan seorang wanita dengan pakaian menjolok mata yang menghina maruah wanita itu sendiri disertakan. Apakah ini yang diperjuangkan sebagai hak wanita? Bukankah ini tidak lebih dari eksploitasi yang bertopengkan hak-hak asasi dan seni?

Tetapi ini tidak berlaku kepada kaum muslimah kerana kejayaan didunia dan akhirat bagi mereka, diukur melalui usaha mereka dan ketaatan mereka kepada perintah-perintah Allah s.w.t.. Tiada lelaki diletakkan langsung sebagi penanda aras kejayaan bagi muslimah. Mengapa mesti menghinakan diri sendiri setelah banyak kemuliaan Allah berikan kepada kaum hawa?

Perhatikanlah, setiap anak adam pasti membawa satu parut kekal pada tubuh mereka yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka kedunia ini adalah melalui rahim seorang wanita yang bergelar ibu. Setiap lelaki dan wanita mempunyai pusat sebagai peringatan tentang betapa bergantungnya hidup setiap insan terhadap ibu, iaitu wanita yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan seterusnya memelihara dan menjaga kita sehingga kita dapat berdikari sendiri.

Betapa Allah itu Tuhan Yang Maha Adil, diperingatkanNya tentang jasa seorang ibu dengan parut kekal ini supaya setiap individu itu tidak terlupa bahawa wanita merupakan tonggak kekuatan ummah.

Wanita di serata dunia telah dinafikan hak lama sebelum kedatangan Islam. Tamadun Babylon misalnya, wanita dinafikan segala hak dan direndahkan martabatnya di bawah undang-undang Babylon. Jika terdapat seorang lelaki membunuh seorang wanita, lelaki yang membunuh perempuan tersebut tidak dihukum sebaliknya isterinya pula yang akan dijatuhkan hukuman bunuh.

Satu contoh lagi Tamadun greek, tamadun yang dinobatkan sebagai sebuah tamadun yang paling gemilang di antara tamadun-tamadun silam. Di bawah ketamadunan yang ‘gemilang’ ini, wanita-wanita mereka dinafikan segala hak dan dipandang rendah. Dalam mitologi Greek, seorang ‘perempuan jelmaan’ bernama ‘Pandora’ dikatakan sebagai punca bagi semua kecelakaan dan musibah yang dihadapi manusia. Golongan Arab jahiliah lebih kejam dalam memberi layanan kepada golongan wanita. Mereka ini dianggap sebagai pencemar maruah keluarga serta satu beban dan kebanyakan dari kanak-kanak perempuan di kalangan Arab jahiliah ini ditanam hidup-hidup oleh ibu bapa mereka.

Kedatangan Islam, menghapuskan segala amalan karut marut dan penindasan ke atas wanita di seluruh dunia. Kitab Bible sendiri menyatakan bahawa adalah sesuatu yang tidak sopan bagi wanita-wanita untuk bersuara dalam majlis ilmu di gereja-gereja, jika terdapat apa-apa persoalan mengenai apa yang dipelajari, mereka tidak dibenarkan langsung dari bertanyakan hal tersebut secara langsung dan dinasihatkan pula untuk mendapatkan penjelasan dari suami-suami mereka di rumah. Maka, hal sebegini tentulah menjadi satu masalah bagi wanita-wanita yang ingin menuntut ilmu dan tidak mempunyai suami. Arahan tersebut terdapat dalam kitab perjanjian baru 1 Corinthians Bab 14 ayat 34 dan 35.

1 Corinthians : 14

14:34 Let your women keep silence in the churches: for it is not permitted unto them to speak; but they are commanded to be under obedience as also saith the law.
14:35 And if they will learn any thing, let them ask their husbands at home: for it is a shame for women to speak in the church

Terjemahannya,

14:34 Perempuan-perempuan harus berdiam diri dalam gereja-gereja. Sebab mereka tidak diperbolehkan untuk berbicara. Mereka harus menundukkan diri, seperti yang dikatakan juga oleh hukum.
14:35 Jika mereka ingin mengetahui sesuatu, baiklah mereka menanyakannya kepada suaminya di rumah. Sebab tidak sopan bagi perempuan untuk berbicara dalam pertemuan Jemaat.

Begitu juga dengan ayat dalam Kitab Perjanjian Baru, 1 Timothy bab 2 ayat 11 dan 12 yang membawa pengertian kepada arahan tunduknya wanita di bawah kuasa lelaki dan halangan bagi mereka untuk bersuara.

1 Timothy : 2

{2:11} Let the woman learn in silence with all subjection. {2:12} But I suffer not a woman to teach, nor to usurp authority over the man, but to be in

silence.

Terjemahannya,

2:11 Seharusnyalah perempuan berdiam diri dan menerima ajaran dengan patuh.
2:12 Aku tidak mengizinkan perempuan mengajar dan juga tidak mengizinkannya memerintah laki-laki; hendaklah ia berdiam diri.

Pada ketika wanita di gereja-gereja dan synagogue-synagogue dikekang hak-hak mereka untuk bersuara dalam majlis-majlis ilmu, ummul mukminin Saiditina Aisha r.a. menjadi tempat rujukan hukum-hukum agama dan menjadi antara periwayat hadis terbanyak dalam sejarah Islam. Rasulullah s.a.w. sendiri memperuntukkan satu hari khas dalam seminggu bagi memberi peluang kepada muslimah-muslimah merebut peluang mendalami ilmu daripadanya. Ini dilakukan setelah muslimah-muslimah ini mengadu kepada baginda bahawa agak sukar bagi mereka untuk belajar disebabkan hari-hari pengajaran yang lain telah dipenuhi oleh para sahabat lelaki Rasulullah s.a.w. yang lain. Ini diriwayatkan dalam Sahih Bukhari :

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a. katanya, “Beberapa orang wanita memajukan permohonan kepada Nabi : “Kami tidak memperolehi waktu untuk belajar dari Anda kerana semua waktu telah diisi oleh lelaki. Oleh kerana itu sediakanlah barang sehari untuk kami agar kami pula dapat belajar.”

Maka Nabi menjanjikan kepada mereka suatu hari khusus untuk pengajian wanita, di mana Nabi mengajar dan menyampaikan perintah-perintah Allah......”

Pelajaran bagi wanita dalam Islam tidak hanya terhad kepada golongan muslimah yang merdeka malahan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya tuan-tuan kepada hamba-hamba wanita yang dimiliki supaya mengajarkan kepada hamba-hamba wanitanya itu ilmu pengetahuan kemudian memerdekakan mereka dan memuliakan mereka dengan perkahwinan. Perkara ini dinyatakan ada diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Sahih Bukharinya :

Dari Abu Burdah r.a.. dari bapanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ada tiga jenis orang yang mendapat dua pahala sekaligus. Iaitu :

1. Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) yang percaya kepada Nabinya dan percaya pula kepada Muhammad s.a.w..
2. Hamba sahaya, apabila dibayarkan kewajipannya kepada Allah dan kewajipan kepada majikannya, dan
3. lelaki yang mempunyai hamba sahaya perempuan, diajarkannya berkesopanan dan disempurnakan pengajaran kesopanan itu; diajarkannya ilmu pengetahuan dan disempurnakan pelajaran itu dan dikahwininya.

Maka ketiga jenis orang itu mendapat dua pahala.”

Tetapi ini tidak berlaku kepada kaum muslimah kerana kejayaan didunia dan akhirat bagi mereka, diukur melalui usaha mereka dan ketaatan mereka kepada perintah-perintah Allah s.w.t.. Tiada lelaki diletakkan langsung sebagi penanda aras kejayaan bagi muslimah. Mengapa mesti menghinakan diri sendiri setelah banyak kemuliaan Allah berikan kepada kaum hawa?

Perhatikanlah, setiap anak adam pasti membawa satu parut kekal pada tubuh mereka yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka kedunia ini adalah melalui rahim seorang wanita yang bergelar ibu. Setiap lelaki dan wanita mempunyai pusat sebagai peringatan tentang betapa bergantungnya hidup setiap insan terhadap ibu, iaitu wanita yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan seterusnya memelihara dan menjaga kita sehingga kita dapat berdikari sendiri.

Betapa Allah itu Tuhan Yang Maha Adil, diperingatkanNya tentang jasa seorang ibu dengan parut kekal ini supaya setiap individu itu tidak terlupa bahawa sebahagian dari setiap insan yang wujud di muka bumi ini lahir dari pengorbanan sesorang wanita yang bergelar ibu. Wanita merupakan tonggak kekuatan ummah dan janganlah menghinakan serta mencemar maruah wanita kembali dengan segala perjuangan liberasi kosong berkiblatkan barat yang akhirnya mencampakkan wanita lebih 1400 tahun kebelakang.

Rencana ini dipetik dan diolah dari eNovel Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist.

Proof that Bill Gates is the Devil

The real name of "the" Bill Gates is William Henry Gates III. Nowadays he is known as Bill Gates (III), where "III" means the order of third (3rd.)

By converting the letters of his current name to the ASCII-values and adding his (III), you get the following:

B 66
I 73
L 76
L 76
G 71
A 65
T 84
E 69
S 83
+ 3
--------------
666 !!

Some might ask, "How did Bill Gates get so powerful?" Coincidence? Or just the beginning of mankind's ultimate and total enslavement???

Before you decide, consider the following:

M S - D O S 6 . 2 1
77+83+45+68+79+83+32+54+46+50+49 = 666

W I N D O W S 9 5
87+73+78+68+79+87+83+57+53+1 = 666

Coincidence? You decide...

How To Build A web Page In 25 Steps

1. Download a piece of Web authoring software - 20 minutes.

2. Think about what you want to write on your Web page - 6 weeks.

3. Download the same piece of Web authoring software, because they have released 3 new versions since the first time you downloaded it - 20 minutes.

4. Decide to just steal some images and awards to put on your site - 1 minute.

5. Visit sites to find images and awards, find 5 of them that you like - 4 days.

6. Run setup of your Web authoring software. After it fails, download it again - 25 minutes.

7. Run setup again, boot the software, click all toolbar buttons to see what they do - 15 minutes.

8. View the source of others' pages, steal some, change a few words here and there - 4 hours.

9. Preview your Web page using the Web Authoring software - 1 minute.

10. Try to horizontally line up two related images - 6 hours.

11. Remove one of the images - 10 seconds.

12. Set the text's font color to the same color as your background, wonder why all your text is gone - 4 hours.

13. Download a counter from your ISP - 4 minutes.

14. Try to figure out why your counter reads "You are visitor number -16.3 E10" - 3 hours.

15. Put 4 blank lines between two lines of text - 8 hours.

16. Fine-tune the text, then prepare to load your Web page on your ISP - 40 minutes.

17. Accidentally delete your complete web page - 1 second.

18. Recreate your web page - 2 days.

19. Try to figure out how to load your Web page onto your ISP's server - 3 weeks.

20. Call a patient friend to find out about FTP - 30 minutes.

21. Download FTP software - 10 minutes.

22. Call your friend again - 15 minutes.

23. Upload your web page to your ISP's server - 10 minutes.

24. Connect to your site on the web - 1 minute.

25. Repeat any and all of the previous steps - eternity.

Solat dan Tingkatnya

1. Sembahyang orang jahil

Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak belajar. Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.

Hakikatnya: Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling depan ataupun baca surah yang panjang.

2. Sembahyang orang lalai

Fardhu ain dah clear, tapi bila mula saja angkat takbir 'xpdc' otakpun bermula. Sekejap teringat, sekejap melayang-layang, sampaikan barang yang hilang pun boleh terjumpa balik dalam sembahyang.

Punyalah banyak yang difikirkan dalam kepala,tiba-tiba saja dah toleh kanan,toleh kiri........selesai.

Hakikatnya: Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak. Allah hadiahkan neraka Wail untuk orang yang lalai dalam sembahyangnya.

3. Sembahyang bukan kerana Allah

Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang, tapi ada pulak orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambil hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan member2 dan sebab2 lain.

Hakikatnya: Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNya,kecuali bila dah bertaubat dan menyesal sungguh-sungguh.

4. Sembahyang orang mujahadah

Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa ingat Allah. Jadi dia paksa2kan hati untuk hadir dalam sembahyang. Bila mula nak melayang ke lain, cepat2 disentap balik. Jadinya sekejap khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dan nafsu.

Hakikatnya: terpulang pada Allah nak ampun atau nak azab. Orang kategori ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi badahnya.

5. Sembahyang orang soleh

Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya, fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut oleh lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang tidak terasa olehnya.

Hakikatnya: Inilah sembahyang minimum yang perlu diusahakan supaya selamat di sisi Allah dan ia juga dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

6. Sembahyang para wali

Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu ruku' dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri di hadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar2 lemah dan mengharap. Sembahyang dapat dihayati dan dinikmati rasanya.

Hakikatnya: Bukan saja dijamin selamat, nikmat sembahyang yang tidak terucap juga dapat dirasai.

7. Sembahyang para nabi dan rasul

Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam keagungan Allah......tak dapat digambarkan indah dan nikmatnya.......

So, tingkat mana solat kita?

4 Asas Akhlak Imam Al Ghazali

UMAT Islam melakukan penyucian jasmani setiap hari tetapi gagal menyucikan rohani dan jiwa mereka dalam tempoh yang lama. Sebagai mukmin, pembersihan jiwa sangat penting kerana sebagai hamba Allah yang lemah, kita kerap melakukan kesilapan dan maksiat sama ada secara sedar atau tidak.


Melalui pembersihan jiwa, kita dapat menginsafi segala kesilapan yang dilakukan, berazam untuk menjadi mukmin yang lebih baik dan mengamalkan 'amal makruf dan nahi mungkar'.

Imam Ghazali menyenaraikan empat bahagian yang menjadi asas akhlak mulia. Bahagian itu ialah:

i. Bijaksana. Bagi seorang hamba Allah, ia adalah puncak dalam membezakan perkara baik dan buruk.

ii. Berani. Ia adalah saat apabila seseorang dapat menahan diri daripada terus melakukan sesuatu yang buruk.

iii. Adil. Ia adalah kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan apa jua kemahuan syahwat yang ada di dalam diri kemudian membimbing syahwat kepada kebijaksanaan.

iv. Tazkiyah nafs. Ia menahan kemahuan syahwat dengan mendidiknya supaya tunduk dengan petunjuk akal dan petunjuk wahyu.

Justeru, dengan menegakkan empat asas ini, akhlak mahmudah yang lain dapat dimiliki individu Muslim.

Memandangkan betapa besarnya kepentingan tazkiyatun nafs dalam kehidupan, maka timbul persoalan, bagaimana cara membersihkan jiwa? Secara umum ia dapat dilakukan dengan:

i. Jihad dengan tadribat (latihan). Dalam setiap latihan, sertakan dengan jihad dan kesungguhan. Antara cara yang boleh dilakukan sebagai permulaan adalah dengan memaksa diri untuk berubah.

Namun harus diingatkan bahawa proses perubahan ini perlu diniatkan hanya kerana Allah dan bukan bertujuan membanggakan diri. Riya', ujub dan takbur perlu dijauhi sepenuhnya kerana amalan yang dibayangi dengan unsur ini akan terbatal.

ii. Menempuh jalan yang berlainan dengan kehendak nafsu dan jiwa. Ini antara jihad terbesar bagi seseorang mukmin iaitu jihad melawan nafsu. Manusia dikurniakan akal dan nafsu menjalani kehidupan. Seringkali akal tunduk kepada tuntutan nafsu kerana kurangnya iman dan amal.

Menurut Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya' Ulumuddin, hati nurani disebut sebagai nafsu. Ia adalah jiwa manusia yang dipenuhi dengan pelbagai sifat berbeza, sesuai dengan perubahan keadaan. Tiga kategori nafsu manusia adalah:

a. Nafsu Mutmainnah. Tiada rasa untuk membuat perkara mungkar dan terpelihara daripada penyakit hati.

b. Nafsu Lawwamah. Ia mempunyai pertentangan antara membuat perkara yang baik dan keji.

c. Nafsu Amarah. Nafsu yang berkehendak melakukan perbuatan keji.

Oleh itu, mengikut jalan yang berlainan dengan tuntutan nafsu ini bermaksud melawan tuntutan nafsu amarah yang sering mengajak manusia ke arah kejahatan.

iii. Jihad dan pengorbanan. Jihad seringkali dikaitkan dengan pengorbanan. Ia umpama dua elemen yang tidak dapat dipisahkan. Pengorbanan di sini lebih dititikberatkan kepada mengorbankan kesenangan dan keseronokan 'duniawi' dalam meraih kesejahteraan abadi di akhirat.

iv. Yakin dengan pertolongan Allah. Setiap mukmin perlu meyakini janji Allah adalah benar. Justeru, kita perlu yakin dengan pertolongan Allah. Munajat dan panjatkan doa kepada-Nya dengan penuh azam dan harapan yang diiringi usaha dan tawakal. Banyakkan membaca al-Quran kerana hanya dengan mengingati Allah jiwa menjadi tenang.

v. Dampingi orang soleh. Dengan mendampingi insan ini, kita lebih mudah menerima teguran yang mampu membina sahsiah yang tinggi. Kita dapat menimba ilmu agama daripada pelbagai aspek selain melakukan ibadah dengan lebih sempurna dengan berkat tunjuk ajar mereka.

vi. Menghadiri majlis ilmu. Ia dapat membersihkan jiwa kerana di majlis ilmu terdapat tazkirah dan ilmu pengetahuan yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan Muslim.

Selain itu, dijanjikan kepada mereka yang menghadiri majlis ilmu, mereka akan mendapat balasan baik daripada Allah.

Menyedari hakikat ini, dapatlah kita mengambil iktibar apabila kita mandi setiap hari, kita gosok gigi tiga kali sehari, kita cuci muka dengan pelbagai pencuci muka.

Mengapa tidak kita sucikan hati yang menjadi anggota penting dalam menentukan 'tingkat' amalan kita. Marilah berdoa semoga hati kita sentiasa dibuka menerima hidayah-Nya.

Ibadat haji punyai sejarah dan simbolik perjalanan hidup manusia

"AKU menyahutMu wahai Tuhanku! Aku menyahutMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahutMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!"

Laungan syahdu 'talbiah' bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam kelima, menunaikan ibadat haji.

Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya.

Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat.

Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Roslan Mohamed, berkata pelaksanaan ibadat haji melalui sejarah panjang dalam tamadun manusia.

Sejak zaman Nabi Adam AS lagi sudah ada ibadat haji, begitu juga pada zaman Nabi Ibrahim AS tetapi tidak banyak ulama mengkaji kaedah pelaksanaan pada zaman itu.

"Pelaksanaan ibadat haji secara lengkap dan sempurna seperti hari ini bermula pada tahun kesembilan Hijrah apabila turunnya wahyu daripada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab menunaikan haji pertama di Makkah.

"Seterusnya pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW sendiri mengetuai rombongan haji dan ia adalah haji tunggal dan terakhir Baginda sebelum wafat," katanya.

Roslan berkata, pelaksanaan rukun dan wajib haji serta pelbagai amalan lain dalam ibadat itu memiliki sejarah dan simbolik tertentu kepada perjalanan hidup manusia
dari dunia ini sehingga ke alam akhirat.

Mengelilingi Kaabah atau tawaf adalah simbolik perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan kehidupan di dunia, namun matlamat akhirnya tetap untuk mendapatkan keredaan Allah.

Tawaf dilakukan tujuh kali kerana ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali. Selain itu, tawaf juga adalah amalan malaikat di Baitul Makmur di langit yang terletak betul-betul di atas Baitullah (Kaabah).

Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia - tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan - akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.

Padang Arafah juga adalah tapak bersejarah dalam kehidupan manusia kerana di Jabal Rahmah yang terletak di kawasan itu, Nabi Adam dan isterinya, Hawa bertemu kembali selepas diturunkan dari syurga. Di situ jugalah Nabi Muhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam.

Saie yang menjadi satu daripada rukun haji pula bersempena peristiwa isteri Nabi Ibrahim, Hajar berulang alik sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah untuk mencari air bagi anaknya, Nabi Ismail iaitu ketika Makkah belum terkenal.

Hajar mendaki satu tempat tinggi dikenali Safa dengan harapan dapat melihat air, tetapi tiada. Kemudian dia turun dan menuju ke tempat lain, iaitu Marwah, tidak
ditemui air.

Sampailah tujuh kali dia berulang-alik antara tempat itu, akhirnya dia menghampiri Marwah dan mendengar satu suara. Dia lalu menoleh dan mendapati malaikat menguis tanah dengan sayapnya sehingga keluar air zam-zam.

Sesetengah pendapat mengatakan, Nabi Ismail yang menguis tanah dengan dua kakinya atau kedua-dua tangannya ketika menangis kehausan, hingga keluar air zam-zam.

Saie secara simbolik memberi gambaran supaya manusia sentiasa berusaha mencari rezeki di dunia selain berusaha mendapatkan pahala di sebalik amal kebaikan untuk menjadi bekalan memperoleh syurga di akhirat kelak.

Melontar Jamrah pula berkait dengan kisah ketika Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya menyembelih Nabi Ismail. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail ke sebuah lereng gunung di Mina dan di situ, muncul iblis yang menyamar sebagai manusia untuk menggoda Ibrahim supaya membatalkan niatnya. Nabi Ibrahim kemudian mengusir iblis itu.

Menerusi peristiwa itulah umat Islam kemudian diwajibkan melontar Jamrah menggunakan batu kecil, sebagai simbol mengusir syaitan dari dalam diri manusia selain simbolik lain adalah 'melontar' jauh sifat kufur dan maksiat dari dalam diri.

Wahyu supaya Nabi Ibrahim menyembelih puteranya itu juga menjadi titik tolak ibadat korban yang dilakukan sempena haji atau Aidiladha. Seperti juga semangat dan keimanan Nabi Ibrahim AS, ibadat korban memberi maksud simbolik betapa manusia itu perlu mensyukuri nikmat Allah dan sanggup berkorban apa saja demi menunaikan perintah-Nya.

FAKTA
Rukun Haji

Ihram dan berniat mengerjakan ibadat haji dimulai sesampai miqat (batas-batas yang ditetapkan).

Wukuf di Arafah, iaitu berhenti di padang Arafah sejak tergelincir matahari 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah.

Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.

Saie iaitu berlari kecil atau jalan cepat antara bukit Safa dan Marwah.

Mencukur atau menggunting rambut, sedikitnya memotong tiga helai rambut.

Tertib iaitu menjalankan rukun haji secara berurutan.

Tanda-tanda Taubat Diterima Allah

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Kisah Dari Mesir

Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM".-

Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yg terpengaruh dgn cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini utk menuju kedestinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yg terkenal dgn tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yg patut disembunyikan bagi seorang perempuan dr pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dlm lingkungan 20thn. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya......

"Wahai pemudi ..... alangkah baiknya jika kamu berpakaian yg baik, yg sesuai dgn ketimuran & adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik drp kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki..." nasihat org tua itu.

Namun nasihat yg sangat bertetapan dng tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dgn jawapan sinikal/mengejek.

"Siapalah kamu hai orang tua? Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yg menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka???"

Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan org tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kpa org tua tadi sambil melafazkan kata-kata yg lebih dahsyat.

"Ambil h/phone ku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik dineraka jahannam utkku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dgn begitu biadab.

Org tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dr si gadis manis. Sayang wajahnya yg ayu tidak sama dgn perilakunya yg buruk. Penumpang-penumpang yg lain turut terdiam ada yg menggelengkan kepala kebingungan. Semua yg didalam bas tidak menghiraukan gadis yg masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu. dan mereka tidak mahu menasihatinya kerna khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yg lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba org tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui
Tuhannya dlm keadaan yg tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dgn berita yg menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu , tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan. Org ramai segera berkejar utk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yg aneh menimpa jenazah yg terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga org yg cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas & hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yg menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka dimakbulkan Allah?

Nauzubillahi min zalik... Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dgn kisah benar ini sebagai muslim sejati.Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah & mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dgn mempersendakan atau ejekkan.

Kata kata seperti ajaran islam tidak sesuai lagi dgn arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yg sangat biadab & menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingat2 lah teman, kita boleh melupakan kematian.....tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita......hanya masanya saja yg akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Jangan lah menjadi orang yg bodoh........siapakah orang yg bodoh itu ? Mereka2 itulah orang2 yg ingin melawan Allah Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Allah bererti anda ingin melawan arahan Allah.

Ebook : Javascript for Dummies

Size = 31345KB
Download

Ebook : Joomla


Size = 15260KB
Download


Size = 7719KB

Ebook : Firefox Secrets A Need To Know


Size=1736KB
Download

Ebook : Head First HTML with CSS and XHTML


Size=1283KB
Download