Selasa, Jun 30, 2009

Penentangan dan penyembunyian bukti oleh Yahudi dan Nasrani

ATAU patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishaq, dan Ya'qub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telah pun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberkan Allah kepadanya?" Dan( ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan. (al-Baqarah: 140)

Huraian

Golongan Yahudi dan Nasrani mendakwa bahawa Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'qub dan anak cucu mereka adalah beragama Yahudi atau Nasrani, sedangkan Allah SWT lebih mengetahui bahawa nama Yahudi, Kristian, Nasrani atau Maseh itu belumlah dikenal pada zaman nabi-nabi ini masih hidup tetapi setelah mereka mati dan diberi nama oleh anak-anak murid mereka.

Golongan ini sesungguhnya lebih mengetahui bahawa ajaran agama mereka yang sejati yang dibawa oleh Nabi Musa ataupun Nabi Isa as ialah menyembah Allah yang Maha Esa.
Namun demikian mereka tetap menyembunyikan dan melakukan pemalsuan dan penambahan terhadap kitab-kitab mereka sehingga mengubah daripada pokok ajaran yang asal daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah tetap mengetahui perbuatan mereka ini dan tidaklah lepas daripada penglihatan Allah dan manusia juga lama kelamaan pasti akan nampak penyelewengan dan pencerobohan yang dilakukan oleh kaum ini sehingga agama mereka akan ditentang dan perpecahan di kalangan mereka sendiri akan tambah berleluasa.

Kesimpulan

Setiap agama samawi yang diturunkan adalah berasal daripada ajaran Allah tetapi golongan Yahudi dan Nasrani ini telah menyelewengkannya daripada ajaran yang asal sehingga mereka sanggup menyembunyikan bukti-bukti yang menyatakan mereka terlibat dalam hal penyelewengan tersebut dan menyangka bahawa mereka selamat sedangkan Allah SWT Maha mengetahui dan kebenaran pasti akan diketahui juga akhirnya.

Khamis, Jun 25, 2009

Laungan Azan Tangani Histeria

HISTERIA atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kerasukan sesuatu yang benar-benar wujud. Sebagai contoh, Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 275 bermaksud: "Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama saja seperti riba". Padahal Allah sudah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang sudah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang sudah diambilnya dulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkara itu terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi (perbuatan mengambil riba), maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."

Dirasuk ditafsirkan oleh ulama, contohnya Ibn Kathir dalam tafsir al-Quran al-Azim bahawa pemakan riba tidak dapat berdiri dengan betul pada hari kiamat. Mereka akan berjalan terhuyung-hayang seperti orang kerasukan.

Sebagai keterangan lanjut yang berkaitan, dalam hadis sahih riwayat al-Hakim daripada Kharijah As-Shalt daripada Alaqah Sahar, dia berkata: "Pada zaman Nabi dulu, penduduk sebuah kampung pernah meminta tolong kepadaku mengubati seorang yang selalu ditimpa penyakit gila dan kerasukan di kalangan mereka. Orang lelaki ini diikat bagi mengelakkan dia menyusahkan orang lain.
"Alaqah akhirnya membacakan al-Fatihah untuk orang yang ditimpa musibah itu setiap hari, pagi dan petang selama tiga hari berturut-turut sehingga dia sembuh dan dilepaskan daripada gangguan syaitan itu."

Merujuk bukti al-Quran dan hadis yang sangat banyak, ulama ahli Sunnah bersepakat mengatakan kerasukan syaitan benar-benar wujud. Ia satu bentuk penguasaan syaitan ke atas manusia di samping cara mempengaruhi yang lain.

Allah SWT menjelaskan dalam surah al-Mujadalah ayat 19 bermaksud: "Syaitan sudah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah."

Matlamat terakhir gangguan syaitan seperti digambarkan dalam surah al-A'raf ayat ke-17 bermaksud: "Kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."
Bagi mengatasi masalah gangguan itu, cara paling berkesan terutama apabila berlaku kepada ramai, seseorang melaungkan azan. Nabi SAW menyatakan dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim: "Apabila azan dilaungkan, syaitan bertempiaran lari sambil membunyikan kentutnya kerana tidak mahu mendengar suara azan".

Dalam hadis lain, rawatan yang sangat berkesan ialah membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi, dua ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Cara dicadangkan menurut hadis riwayat Abu Daud ialah membuat tiupan kepada pesakit dan mengulangi bacaan itu tiga kali atau lebih.

Bagi mengelak ditimpa gangguan syaitan yang pelbagai, kita perlu sentiasa zikir dan wirid sekurang-kurangnya selepas solat, sentiasa membaca al-Quran dan mengamalkan doa pilihan.

Sebagai contoh pembaca boleh merujuk kitab zikir nabi karangan al-Imam an-Nawawi yang sangat padat dengan amalan dan petua yang dianjurkan Baginda SAW. Nabi juga pernah mengalami gangguan syaitan akibat disihir oleh Yahudi Labid al-A'sam, tetapi Baginda diselamatkan Allah dengan amalan membaca al-Falaq dan an-Nas.

Sebagai wasiat yang penting daripada Nabi SAW seperti yang diriwayatkan al-Imam al-Bukhari dan Muslim, Baginda bersabda:

"Apabila kegelapan malam tiba, iaitu waktu petang, tahan anakmu, sesungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu. Apabila malam mula berlalu, maka lepas mereka, tetapi tutup pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup, tutup makanan dan minuman serta sebut nama Allah SWT, sekalipun dengan meletakkan sesuatu di atasnya."

Antara Logik dan Benar

Tidak semua perkara yang benar itu logik

Kisah 1:

Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:
OK: "Kenapa kamu wudhuk?
OM: "Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut"
OK: " Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM: "Ini arahan Tuhanku, aku taat saja"
OK: "Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali"
OM: "Kebenaran itu tidak semestinya logik"
OK: " Apa buktinya?
OM: Yuk ikut aku
OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.
OK: Aduh tangan aku sakit...tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah...inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.
OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan....


Kisah2:
Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)
OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil
OM: Kenapa?
OK: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
OM: Kenapa begitu?
OK: Yalah...manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah....tdk terasa apa-apa....
OM: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa...
OK: Ah...tidak mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak

OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK.

Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK

Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM

Hakim: mengapa kamu lempar OK begitu?
OM : Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR

Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.

Renungan kepada para pengagum Albert Einstein, Bill Gates, para saintis, filosof dan yang sejenis dengannya. Kalau begitu, siapakah sebenarnya manusia yang paling cerdik? Einstein, dll yang kafir atau orang mukmin (walaupun dia hanya tukang kebun)?

Pakai Inai Tiada Unsur Syirik

Dari segi bahasa, inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku, jari dan anggota badan. Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna.
Pemakaian inai seolah-olah menghiaskan diri dengan bahan yang dipakai, sama seperti memakai perhiasan di tubuh seorang wanita. Sifat inai tidak berkekalan selamanya ditubuh kita.

Sebelum menentukan hukum memakai inai perlu dilihat dari beberapa aspek, antaranya ialah;

* Bahan inai itu daripada apa ia diperbuat? Adakah daripada bahan yang halal atau daripada bahan yang haram. Sekiranya inai itu semata-mata daripada daun inai, sama ada yang dikeringkan atau diproses secara tradisi maka bahannya halal.
* Ukiran inai, sekiranya inai itu diukir ditangan manusia dengan bentuk lambang salib atau lambang berhala atau objek yang menyerupai makhluk maka hukumnya haram. Sekiranya inai diukir membentuk corak-corak flora, seperti bunga, daun-daun atau apa-apa sahaja bentuk yang tidak menyerupai makhluk adalah harus hukumnya.
* Inai bagi tujuan berubat. Dalam tradisi perubatan inai dipercayai boleh memulihkan kuku yang bermasalah. Ada juga masyarakat Arab dan afrika menggunakan inai untuk tujuan menggelakkan merkahan pada tapak kaki. Sekiranya inai digunakan untuk tujuan perubatan hukumnya harus.
* Hukum memakai inai bagi orang lelaki. Memakai inai bagi kaum lelaki dari kalangan orang Islam perlu dilihat dari sudut budaya dan uruf (budaya sesebuah kaum). Ada di kalangan ulama yang mengharamkannya atas alasan menyerupai orang perempuan dan ada pula yang mengharamkannya kerana memakai inai bukan budaya orang Islam malahan budaya orang bukan Islam. Perlu diperjelaskan di sini tidak semua budaya itu haram. Islam hanya mengharamkan budaya yang bertentangan dengan syariah dan akidah Islamiah. Budaya memakai inai tiada kaitannya dengan ketuhanan selain Allah SWT dan tiada unsur syirik.
* Ulama mengharuskan wanita memakai inai untuk perhiasan suami dan ahli keluarganya sahaja dan bukan untuk ditayangkan kepada yang lain. Maka harus bersederhana dalam berinai untuk mengelakkan fitnah.

Di Malaysia bagi masyarakat yang beragama Islam kebanyakannya akan memakai inai pada hari perkahwinan di dua atau tiga jari sahaja, tidak seperti perempuan memakai pada semua jari. Dan inai ini dipakai oleh orang lelaki hanya untuk majlis perkahwinan mereka sahaja bukan untuk selain daripada itu melainkan untuk mengubat kuku atau tapak kaki yang merkah.

Adapun inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita zaman salaf berinai dan Nabi SAW tidak menegahnya, malah menyuruhnya dengan dalil:
Daripada Aisyah ra, "Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda, "Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai)." (Abu Daud, no: 4166 dan al-Nasa'iy,no:5092)

Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan ulama berpendapat bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan (medication) tidaklah mengapa (tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit sekam (kuku rosak).

Menangani Gangguan Syaitan

Allah SWT berfirman dalam al-Quran menceritakan mengenai hakikat gangguan syaitan, contohnya surah al-Hijr ayat 33-42 , maksudnya: Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya." Allah SWT berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau daripada sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir. "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus menerus sehingga ke hari kiamat.". Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)."

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dengan permohonan itu, maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari masa yang termaklum." Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! kerana Engkau sudah menjadikanku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat Adam itu hamba-Mu yang dibersihkan daripada sebarang syirik." Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu daripada orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Bagi kalangan pentafsir al-Quran, contohnya Ibn Kathir dalam Sahih tafsir Ibn Kathir, menjelaskan apa yang kita dapat pelajari daripada ayat ini bahawa iblis sudah berazam untuk mengganggu dan menyesatkan manusia hingga menyebabkan mereka mencintai melakukan maksiat serta menyebabkan mereka merasai gelisah. (Lihat Terjemahan Sahih Tafsir Ibn Kathir, cetakan Pustaka Ibn Kathir, Jakarta, jilid 5, hlm 107-108 )

Dalam sebuah hadis sahih riwayat Muslim, kerja iblis ialah untuk menghancurkan manusia, bahkan syaitan yang berupaya menyebabkan perceraian antara suami isteri adalah syaitan yang paling disayangi oleh ketuanya, iblis. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya iblis membina singgahsana di atas air lalu mengutuskan bala tenteranya, maka yang paling tinggi kedudukannya di sisinya ialah yang paling teruk fitnahnya. Maka akan datanglah seseorang mereka lalu melaporkan kepada iblis aktivitinya, bahawa aku telah melakukan sekian sekian, lantas jawapan iblis, tidak kau tidak buat apa-apa! Kemudian datang yang berikutnya mengatakan aku tidak tinggalkan urusanku sampai aku menyebabkan mereka bercerai-berai suami dan isterinya! Jawab Iblis: Ya, mari sini duduk dekat denganku! Engkaulah yang aku hendak!

Ada banyak ayat lain dan hadis daripada pelbagai sumber yang menunjukkan gangguan syaitan kepada manusia, termasuklah usahanya mencucuk perut bayi yang masih kecil untuk menyakitinya supaya ayah dan ibu bayi itu terganggu sehingga mereka tidak dapat tidur dan terlepas solat Subuh. Dalam perkembangan yang lain pula, mereka akan pergi mendapatkan anjuran dan rawatan golongan ahli sihir.

Lantaran itu Nabi SAW membacakan doa pelindung "U'izukuma bikalimatilLahit tammati min kulli syaitanin wa hammah, wamin kulli ainin lammah" yang bermaksud: "Aku mohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna buat kamu berdua (Hasan dan Husin) daripada gangguan syaitan dan binatang bahaya dan daripada pandangan mata yang jahat. Munajat ini dipanjatkan oleh Nabi buat kedua cucu Baginda Hasan dan Husin daripada gangguan syaitan.

Ini sebagai satu saranan buat ibu bapa agar sentiasa mendapatkan perlindungan Allah SWT dalam menghadapi kerenah gangguan makhluk halus. Cuma menghadapi gangguan makhluk halus yang terdiri daripada jin dan syaitan ini, manusia terbahagi kepada dua iaitu yang bersabar lalu berusaha mendapatkan rawatan yang dibenarkan dalam perspektif syarak dan yang kedua, yang mencari penyelesaian menerusi bomoh, pawang , dukun dan sebagainya.

Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang bermaksudnya: "Sesiapa yang berjumpa dengan bomoh lalu membenarkan kata-katanya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Nabi SAW (Riwayat Ahmad no 9784 , Abu Daud no 3904 )

Sebenarnya bagi menghadapi gangguan syaitan dan jin ini, Nabi saw sudah meninggalkan bekal yang amat mujarab yang akan memberikan kesan paling maksimum kepada gangguan itu sendiri iaitu (sila rujuk Perisai Muslim, terjemahan Dr Ab Basit hlm 120, cetakan Telagabiru Sdn Bhd):

1. Mengucapkan ta'awwuz iaitu A'uzubilLahi minassyaitanirrajim.

2. Melaungkan azan jika gangguan itu berlaku di hadapan kita contohnya histeria.

3. Membacakan ayatul Kursi dan zikir yang nabi ajarkan.

Cuma masalah timbul adalah keberkesanan bacaan ini apabila dilakukan mereka yang kurang amalan. Cantiknya bandingan yang dikemukakan Ibnul Jawzi dalam Talbis Iblis ialah orang yang tidak beramal ini bandingan-nya seperti seorang yang tidak biasa bermain senjata. Kelak apabila dia terpaksa menggunakan senjata maka dia akan menghadapi masalah kerana tidak berlatih menggunakannya. Demikian apabila Muslim tidak biasa beramal dengan amalan ma`thur ini dibimbangi baca-annya ketika ditimpa musibah itu tidak akan berkesan.

Apabila keadaan ini berlaku, seseorang itu hendaklah menemui orang salih yang berkeahlian untuk menangani gangguan itu. Jangan sesekali mendampingi orang yang disangka ahli padahal dia memakan harta manusia teraniaya secara zalim. Carilah penyelesaian menurut jalan yang dibenarkan oleh syarak, sekalipun ia memerlukan jalan yang agak panjang, kerana matlamat kita adalah mencari keredaan Allah SWT, bukan semata-mata untuk bebas dari ujian yang ditakdirkan berlaku untuk keampunan dosa, tapi menyebabkan kita derhaka. Bagi yang ditimpa gangguan, anggaplah ia adalah ujian untuk penghapusan dosa dan usahakan mencari rawatan yang dibenarkan syarak dengan merujuk kepada ustaz, imam dan ahli agama sebelum kita berjumpa dengan pawang atau bomoh.

Israk Mikraj Pengajaran Paling Bermakna bagi Umat Muhammad S.A.W

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya zaman berputar seperti keadaannya tatkala Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun ada 12 bulan. Antaranya ada empat bulan haram. Tiga bulan berurutan iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jamadilakhir dan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam al-Quran Allah SWT berfirman bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu." (Surah At-Taubah ayat 36).

Menghubungkan Rejab dengan sejarah Islam, bulan ini tidak banyak mencatat peristiwa besar, tetapi satu daripada peristiwa yang berlaku itu boleh dijadikan bahan renungan seluruh pengikut Nabi Muhammad SAW.

Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam mencatat dua peristiwa sedih memilukan hati dalam sejarah perjalanan hidup rasul kesayangan kita, iaitu Nabi Muhammad.

Dua peristiwa sedih dimaksudkan itu ialah kematian Siti Khadijah, isteri yang sangat disayangi Baginda dan banyak berkorban harta benda dan wang ringgit untuk membantu Baginda berdakwah mengembangkan Islam. Siti Khadijah dengan penuh ikhlas dan rela hati menyumbang semua harta miliknya untuk kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah dalam usaha menegakkan risalah Islamiah.

Kemuraman terus melanda hidup Rasulullah. Selepas kematian Siti Khadijah disusuli pula dengan kematian bapa saudara Nabi, Abu Talib yang begitu rapat dengan hidup Nabi. Justeru, Abu Talib bersungguh-sungguh dan bermati-matian membela dan melindungi Rasulullah daripada ancaman orang kafir Quraisy.

Abu Talib adalah orang yang sangat dihormati dan disegani di kalangan bangsa Arab ketika itu menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani mengganggu Rasulullah. Pemergian dua sangat rapat dan disayangi Baginda ini, Siti Khadijah dan Abu Talib, amat dirasakan oleh Baginda selepas itu.

Justeru, selepas kematian dua orang disayangi oleh Rasulullah ini, pergerakan dakwah baginda di kota Makkah semakin sempit dan sering mendapat gangguan daripada orang kafir Quraisy. Baginda mendapat ejekan serta mengancam keselamatan Baginda. Rasulullah akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Taif.

Malangnya di Taif juga Rasulullah menerima cacian, ejekan serta penghinaan penduduk Taif. Rasulullah kembali semula ke Makkah. Penderitaan ditanggung Rasulullah cukup berat ketika itu. Melihat keadaan Rasulullah SAW itu maka Allah memerintahkan Jibril membawa Rasulullah melalui peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 menjadi rasul.

Allah berfirman dalam al-Quran bermaksud: "Dan Kami mengangkatnya ke martabat yang tinggi - "(Surah Maryam ayat 57).

Inilah peristiwa penting dan besar bagi orang Islam kerana peristiwa itu memberi hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad dan sekali gus ia juga menjadi cermin bagi umat Muhammad pada hari ini, sebelum ini dan yang akan datang.

Sesuatu yang dikira penting bila bercakap mengenai Israk Mikraj ini ialah sejarah pensyariatan solat kini difardukan bagi umat Islam lima waktu sehari. Pada mulanya Allah menetapkan sebanyak 50 waktu sehari ketika Nabi Muhammad kali pertama menghadap Allah di Sidratul Muntaha. Selepas turun naik berulang kali menghadap Allah selepas diminta oleh Nabi Musa, maka akhirnya Allah menetapkan lima waktu saja sehari semalam.

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj yang dialami Nabi Muhammad ribuan tahun lalu itu sentiasa segar dalam ingatan seluruh umat Islam kerana peristiwa itu diingati setiap tahun. Peristiwa itu memberi pengajaran yang cukup bermakna kepada orang mukmin untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah hingga kiamat. Jelas diperlihatkan kebesaran dan keagungan Allah melalui peristiwa Israk Mikraj.

Allah berfirman bermaksud: "Maha Suci Allah, yang menjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkali sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra' ayat 1)

Mempelajari kejadian yang berlaku sepanjang peristiwa Israk Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad pada masa tiga suku malam itu boleh memberi kesedaran dan keinsafan mendalam bagi umat Muhammad.

Sebagai contoh ialah satu kejadian yang disaksikan Rasulullah ketika perjalanan (Israk), sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu mereka memecahkan semula. Mereka melakukannya berulang-ulang kali. Jibril memberitahu Rasulullah itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud kepada Allah (solat).

Kejadian di atas itu boleh menginsafkan mereka yang selama ini mengabaikan atau tidak solat. Allah tetap akan memberi balasan kepada mereka yang tidak sujud kepada-Nya dan Allah tidak memungkiri janji-Nya.

Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

Selasa, Jun 23, 2009

Arak Haram Di Dunia Halal di Syurga

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, memuliakan manusia dengan semulia-mulianya, melebihkannya daripada sekalian ciptaan yang lain, mempermudahkan kepada mereka segala benda di bumi dan di langit (taskhir) dan menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi.

Al-`Izz bin Abd al-Salam berkata: “Ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mensyariatkan satu hukumpun melainkan untuk maslahah dunia atau maslahah akhirat, untuk maslahah dunia dan maslahah akhirat sekaligus sebagai limpahan kurniaan-Nya kepada manusia. Bukanlah termasuk dalam tanda-tanda limpahan, rahmat, hikmat dan kemudahan daripada Allah, jika dibebankan manusia dengan kesukaran yang tidak mempunyai faedah dunia dan akhirat” (Syajarah al-Ma’arif Wa al-Ahwal, hal. 401)

Syariat dibina di atas prinsip menjaga lima kepentingan daruri iaitu agama, nyawa, keturunan/maruah, akal dan harta. Imam al-Ghazzali berkata: Ada lima maksud Syariat terhadap para makhluk iaitu menjaga agama mereka, nyawa mereka, akal mereka, keturunan mereka dan harta mereka. Oleh itu setiap perkara yang mengandungi penjagaan terhadap lima asas ini dikatakan maslahah dan setiap yang menghilangkan lima asas ini disebut sebagai mafsadah dan menghindarinya adalah maslahah. (Al-Mustasfa, jil 1 hal. 289)

Antara persoalan yang sering timbul di kalangan sesetengah pihak ialah mengapa di syurga dihalalkan kepada penghuninya arak dan bidadari yang mana ketika di dunia manusia diharamkan mabuk dan zina. Apakah yang menjadi sebab kepada perbezaan ini? apakah hukum itu mempunyai penilaian yang berbeza?

Merujuk kepada arak dan pergaulan bebas, tidak dinafikan bahawa sememangnya manusia mahu hidup dalam kenikmatan dan keseronokan. Bagi seorang mukmin, alam dunia dan alam syurga amat jauh perbezaannya. Sifat hidup di dunia adalah terbatas, terikat dengan hukum syarak, penuh dengan ujian. Kenikmatan yang dikecapi tidak diperolehi dengan senang tetapi memerlukan pengorbanan dan perjuangan.

Arak diharamkan kerana illah atau sifat yang ada padanya iaitu memabukkan. Sifat memabukkan ini relevan dengan penjagaan akal. Mengambil arak bererti menutup kewarasan akal untuk berfikir sehingga diri sendiri dan masyarakat terdedah kepada bahaya dan mudarat. Objektif pengharaman arak dilihat kepada kesan daripada arak yang membawa kepada kemudaratan. Pengambilan arak akan menjejaskan kesihatan terutamanya kerosakan hati. Selain itu, arak menyebabkan ketagihan sehingga peminumnya sanggup membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk mendapatkannya. Di sini berlaku pemborosan dan pembaziran sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.

Arak yang ada di akhirat lain pula sifatnya yakni tiada sifat memabukkan. Oleh kerana sifatnya yang berbeza di dua alam itu, maka dibenarkan arak di syurga sebagai suatu nikmat bukan minuman yang menyakitkan.

Sementara zina pula, persetubuhan yang tidak berdasarkan kepada aqad perkahwinan yang sah tetapi semata-mata memenuhi hawa nafsu. Ia merosakkan akhlak, meruntuhkan maruah (keperibadian) dan sistem kekeluargaan. Ia menjejaskan kesihatan manusia dan mendedahkannya dengan pelbagai penyakit. Keturunan menjadi celaru sehingga tiada diketahui siapa ayahnya yang sebenar sehingga anak mengalami gangguan emosi dan psikologi.

Oleh sebab itu, Islam mensyraiatkan perkahwinan supaya seseorang itu ada jalan untuk memenuhi tuntutan seksualnya dengan cara yang halal, selamat, suci, beradab dan terhormat. Mencari keseronokan di luar perkahwinan akan menafikan nilai-nilai ketamadunan dan peradaban. Perkahwinan lebih bersifat membina sistem kekeluargaan seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera.

Bidadari di syurga umpama isteri yang menjadi milik mutlak penghuni, tidak berkongsi dengan sesiapa, tiada yang pernah menjeling kepadanya. Hanya menanti kedatangan orang mukmin. Dia tidak melahirkan anak, tidak mengalami haidh dan segala macam yang dialami oleh manusia. Kenikmatan bersamanya tidak mengakibatkan sebarang risiko. Hal ini berbeza sama sekali dengan pergaulan bebas.

Ringkas kata, pengambilan arak dan pergaulan bebas hanya membawa kepada porak peranda, kekacauan dalam kehidupan manusia baik pada tingkat indivdu mahupun masyarakat.

Sewajarnya, manusia itu mengetahui bahawasanya dia diikat dengan hukum supaya mengetahui bahawa ada kehidupan satu lagi yang lebih utama, lebih kekal (Surah al-Dhuha, Surah al-A’la). Jikalau dunia ini berjalan tanpa ada peraturan dan undang-undang bahkan yang ada undang-undang rimba, kelangsungan hanya untuk orang yang kuat maka hancur dan musnah kebahagiaan manusia.

Di syurga tiada lagi keterikatan dengan hukum kerana, perjalanan hidup di sana atas sifat sejahtera tidak memudaratkan, aman dan penuh kenikmatan.

Allah s.w.t. berfirman:

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, - (Iaitu) syurga " Adn " yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hamba-Nya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; Sesungguhnya Tuhan itu, janjinya tetap berlaku. Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa). Itulah taman syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba kami. (Surah Maryam: 60-63)

Sebagai seorang muslim, terutamanya yang sering interaksi dengan masyarakat sewajarnya mengetahui matlamat pensyaritan hukum atau falsafah dan hikmat syariah supaya dakwahnya itu lebih berkesan dan menyakinkan.

Jumaat, Jun 19, 2009

Hiburan dalam Islam

1. Hiburan tidak boleh mengandungi apa yang diharamkan oleh Allah taala atau menjurus kepada yang haram seperti:

• memuja wanita.
• mendedahkan aurat.
• menggalakkan pergaulan bebas.
• mengandungi kata-kata yang membawa kekufuran seperti memuja syaitan dan mempropagandakan kepercayaan agama lain.
• memuja dadah dan arak.
• mengandungi khayalan-khayalan yang tidak bermanfaat seperti khayalan cinta.
• menghina amalan-amalan Islam.
• memfitnah orang.

2. Hiburan dipersembahkan dengan menepati adab-adab yang telah ditetap oleh Islam.

3. Hiburan hendaklah tidak menyebabkan pengabaian sesuatu yang lebih penting berdasarkan prinsip penentuan prioriti dalam Islam seperti berhibur hingga terlupa bersolat dan terlalu tenggelam mendengar muzik sehingga tidak membaca Al-Quran.

4. Hiburan bukanlah alternatif pada amalan ibadat khusus tetapi pendorong padanya.

5. Hiburan hendaklah menjauhi dari unsur menyerupai penganut agama lain atau golongan yang berakhlaq rendah kerana Islam sentiasa menuntut umatnya agar menyalahi amalan penganut agama lain dan menjauhi dari dikaitan dengan akhlaq-akhlaq yang keji. Ini dapat dilihat dari larangan bersolat selepas solat Subuh dan selepas Asar kerana menjauhi amalan penyembah matahari dan amalan berpuasa sembilan dan sepuluh Muharram kerana menyalahi amalan orang Yahudi yang berpuasa pada sepuluh Muharram sahaja.

Sebagai contoh ialah berambut panjang. Walau pun tiada dalil khusus yang melarang orang lelaki berambut panjang tetapi oleh kerana ia telah menjadi simbol para penyanyi Rok yang dikeji oleh Islam maka ia perlu ditinggalkan.

6. Semua alat muzik adalah harus kecuali ia digunakan untuk sesuatu yang haram atau menjurus pada yang haram atau sebab-sebab sampingan yang lain yang diharamkan. Ini berdasarkan pada pandangan Ibn Hazm yang berpendapat bahawa dalil-dalil mengenai pengharaman alat-alat bertali dan tiupan adalah lemah.

7. Tertakluk pada dasar-dasar hiburan, nyanyian oleh wanita adalah harus. Ini berdasarkan pada pendapat bahawa suara wanita bukan aurat.

8. Penyanyi wanita hendaklah menjaga batas-batas hijab atau tidak berjoget atau berlenggang lenggok secara mengghairahkan.

9. Hukum nyanyian dan lagu juga berkaitan dengan konteks ia disampaikan. Lagu bertemakan cinta, jika dinyanyikan untuk memuja wanita dan berkhayal ia membawa pada haram tetapi jika ia dinyanyikan untuk isteri atau suami bagi mengeratkan lagi kasih sayang maka ia dibenarkan. Ini termasuk di bawah kaedah Al-Umur Bi Maqasidiha.

10. Begitu juga lagu-lagu yang bersifat abstrak atau kiasan, keharusannya bergantung pada bagaimana ia ditafsirkan. Sekiranya pentafsirannya menjurus pada haram maka ia menjadi haram dan sebaliknya.

Rabu, Jun 17, 2009

Mandi Bunga

Mandi bunga bukanlah suatu yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan salafussoleh terdahulu. Ia berasal daripada kepercayaan lama yang dipegang oleh orang Melayu, kononnya untuk membuang sial dan menaikkan seri wajah.

Melakukan mandi bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan. Yang salah ialah berjumpa bomoh atau pawang dan meminta dimandikan dengan membaca mentera tertentu untuk menaikkan seri wajah. Semua mentera yang dibaca oleh para bomoh itu kebanyakannya ada unsur syirik dan khurafat. Rasulullah s.a.w melarang umatnya berjumpa bomoh dan mempercayai kata-katanya. Oleh itu hindarilah dosa yang membawa kepada syirik kerana ia merupakan salah satu dosa yang tidak diampunkan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik atau bomoh, lalu percaya kepada apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhamad s.a.w." – Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ashab al-Sunan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang mendatangi bomoh, kemudian bertanya kepadanya sesuatu, solatnya tidak akan diterima selama 40 hari." – Riwayat Muslim.

Tidak ada ayat tertentu yang boleh dibaca untuk mempercepatkan jodoh. Al-Quran mempunyai misi yang lebih besar daripada itu, iaitu sebagai petunjuk kepada sekalian alam dan menyelamatkan umat manusia daripada Neraka. Ia tidak akan membincangkan hal remeh-temeh seperti mencari jodoh atau menyerikan wajah.

Sakitnya Mati

"Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya, sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih Amalan harian: Sentiasa membaca Al-Quran Memelihara solat terutama solat fardu Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan Membaca tasbih Membanyakkan sedekah Sentiasa berzikir menyebut Allah.

Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.

" Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.
Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"

Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.

" Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh:
"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut.""

Ciri-ciri Wanita/Isteri Ahli Syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:
"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Isnin, Jun 15, 2009

Al-Quran dan Islam Menurut Kacamata Barat

Al-Qur’an diturunkan sebagai mukjizat kepada Rasulullah saw untuk dijadikan panduan semua umat manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai sistem kehidupan yang bersesuaian dengan fitrah manusia. Al-Quran bukan semata-mata untuk bangsa Arab walaupun ditulis dalam bahasa Arab. Al-Qur’an adalah kitab yang agung untuk umat Islam. Membacanya adalah ibadah manakala mengamalkannya satu kewajipan. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Surah Al-Isra’ 17:9)

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Riwayat Abu Daud)

Namun, Al-Qur’an adalah kitab yang digeruni oleh orang Eropah (bukan Islam). Mereka berasakan kitab ini amat berbahaya.

Orientalis menakut-nakutkan dunia Barat akan bahaya Al-Qur’an, iaitu kumpulan yang ditundukkan oleh kemahuan individu dan tujuan politik yang telah dipertanggungjawabkan untuk mendedahkan bahaya Al-Quran melalui kajian yang dianggap ilmiah. Usaha mereka itu betul tetapi disesatkan dengan berbagai cara. Ketika golongan ini mengkaji al-Quran secara mendalam dan diamati dasarnya yang asas, keistimewaan yang unggul ternyata di dalamnya terdapat seruan untuk bersatu, berpegang kuat dengan tali Allah, bekerjasama untuk kebaikan, meningkatkan ketakwaan, peringatan dari kezaliman, melarang mengejek orang lain atau mengintai-intai, peringatan supaya tidak mengumpat, mengadu domba, gesaan kepada sifat benar, amanah, adil, menuruti janji, gesaan mencari ilmu dan melepaskan diri daripada kejahilan serta peraturan bagaimana menangani kehidupan di dunia ini.

Apabila perkara ini diketahui, orientalis cuba untuk menutup hakikat ini dan menjauhkan orang Islam daripadanya. Mereka segera berjumpa penjajahan lama dan baru serta memberitahu bahawa al-Quran ini adalah kitab yang berbahaya bagi mereka. Kononnya ia mengandungi dasar yang akan membangun dan menundukkan dunia sekiranya dapat difahami ajarannya dan dipraktikkan, justeru pengikutnya akan menguasai muka bumi ini. Ini bermakna umat Islam, jika mengetahui kitab mereka dengan sebenar-benar makrifah dan dilaksanakan dengan sempurna, maka penjajah akan menerima kecelakaan. Oleh itu, mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh supaya al-Quran tidak diketahui dan dasarnya akan terpisah daripada orang Islam dan serta boleh dipraktikkan.

Barat akan berasa takut dan gementar apabila adanya semangat Islam di setiap tempat di dunia atau sekarang dikenali sebagai kebangkitan Islam. Sekiranya dirancang dengan teratur dan rapi, ia akan kembali kepada al-Quran, justeru ia akan menanamkan semangat dan ketinggian di hati umat Islam untuk menentang musuh Islam. Inilah perkara yang mengancam kepentingan Barat di dunia Islam.

Sebagaimana firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Kamu [umat Islam] adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran: 110)

Media Timur dan Barat berusaha menggambarkan gerakan Islam di dunia Islam sebagai pelampau, ekstrim, fanatik, mundur, taksub, pengganas dan semua istilah yang ada di dalam kamus bahasa bagi perkataan seumpama ini. Dunia Barat dan Timur semua bersepakat supaya Islam jangan bangkit lagi tetapi orang Islam tidak sedar hakikat ini sebenarnya. Usaha mestilah dijalankan supaya pandangan orang Islam berubah, dengan beranggapan bahawa untuk menyelamatkan umat Islam mestilah mengikut cara sekular Barat, dengan itu dakwah daripada orientalis akan melangkah untuk memperbaiki Islam.

Islam pada anggapan mereka adalah agama yang beku dan tidak selaras dengan zaman moden manakala seruan yang ditujukan kepada umat Islam adalah sesuatu yang asing tetapi mereka mesti melakukannya untuk agama. Dakwaan itu adalah percubaan untuk mengubah pandangan orang Islam terhadap Islam dan menjadikan Islam lebih hampir kepada orang Kristian setakat yang boleh.

Sebahagian masyarakat Islam telah terpengaruh dengan fahaman orientalis ini, sebagai contoh buku yang dikeluarkan di Jerman pada 1981 bertajuk Azmat al-Islam al-Hadith (Krisis Islam Sekarang). Buku dihasilkan pengarang Islam Arab yang bertugas sebagai profesor di Universiti Jerman itu menyeru dengan bersemangat sekali supaya mengambil contoh Barat dalam usaha untuk menjadikan agama sebagai ajaran akhlak, bukan ajaran yang berbentuk tanggungjawab yang mesti dipatuhi. Pada pendapatnya, itulah satu cara untuk menyelesaikan krisis Islam, justeru dapat memisahkan agama dengan urusan kehidupan mengikut bentuk sekular Barat. Jika dilihat pada masa sekarang, fahaman ini telah semakin menular di kalangan masyarakat Islam khasnya.

Di setengah negara Islam sekular, sudah ada yang melayani pemikiran Islam seperti melalui pemikiran Mark kerana anggapan mereka Islam adalah berbahaya dan wajib diperangi serta dihukum pendakwahnya. Penjajah telah membuat perancangan rapi untuk melemahkan Islam dan menjauhkan mereka daripada dasar Islam. Ia akan menghalang apa saja percubaan untuk menyatupadukan semua umat Islam sekali lagi. Penjajah mendapati umat Islam sendiri yang merelakan diri mereka untuk dijadikan alat bagi tujuan penjajah itu. Kita tidak akan menemui kenyataan itu daripada mulut mereka tetapi inilah yang tercatat di dalam watikah rahsia penjajah sendiri.

Politik orientalis yang menyokong Arab di dalam peperangan yang besar (yang pertama) hanya semata-mata satu strategi untuk menghancurkan kekuatan Turki. Malah, ia juga sebagai strategi untuk memisahkan penguasaannya terhadap dua bandar suci, Makkah dan Madinah, daripada khalifah Uthmaniyah yang memerintah pada waktu itu. Perkara yang paling menggembirakan orientalis ialah Kamal Ataturk tidak hanya meletakkan pembaharuan yang jauh kesannya dan akhirnya menolak lambang Turki sebagai negara Islam.

Benarlah sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud:

“Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk sebenar. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah Al-Baqarah: 120)

Ayat ini dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah saw bermaksud: “Kamu akan mengikut tatacara orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, kamu turut sama ke dalamnya.”

Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah (yang dimaksudkan) mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi.” (Riwayat Muslim)

Biduk berlalu kiambang bertaut, walaupun terdapat celaan dan cacian, propaganda serta diserang dengan bermacam tuduhan, terutama daripada mereka yang memusuhi Islam, masih ada ahli fikir Barat atau orientalis yang tidak sempit hatinya mahu menyelami Islam dan jiwa junjungan kita, Muhammad saw. Mereka mengkaji sejarah umat yang dihidupkan oleh tuntutan wahyu Ilahi itu, seperti Thomas Carlyle, mengaku bahawa Nabi Muhammad itu bukan orang biasa dan Al-Qur’an itu bukan suatu hasil kesusasteraan belaka.

Edward Gibbon (1737-1794), seorang ahli sejarah Inggeris, berkata mengenai al-Quran seperti berikut:

“Al-Qur’an itu adalah sebuah kitab agama, kitab kemajuan, kenegaraan, persaudaraan dan perundangan. Al-Qur’an mengandungi isi yang lengkap, daripada urusan ibadat, akidah, akhlak hingga pekerjaan sehari-hari dan daripada urusan rohani hingga jasmani seterusnya. Ia juga menerangkan segala pembalasan atas amalan manusia. Sebab itu amat besar perbezaan al-Qur’an dengan Bible. Dalam Bible, tidak ada peraturan yang berhubung keduniaan melainkan cerita untuk penyucian diri. Bible tidak boleh menandingi al-Quran kerana al-Quran bukan saja menerangkan kaitan amalan kegamaan, bahkan mengupas asas politik kenegaraan. Al-Quran menjadi sumber undang-undang dasar memutuskan semua perkara yang berhubung dengan material kejiwaan.”

Ini adalah antara pandangan cendikiawan Barat yang mengkaji Al-Qur’an berdasarkan fahaman yang benar.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah Al-Hijr: 9)

Ayat ini adalah jaminan daripada Allah s.w.t. bahawa Al-Qur’an tetap akan terpelihara daripada sebarang perubahan dan akan terus kekal hingga ke hari kiamat. Oleh itu, umat Islam perlu sedar hakikat ini supaya mereka mengkaji Al-Qur’an dan menghayati kandungannya, lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini supaya kita tidak tertipu dengan dakyah yang dibawa musuh Islam.

Jumaat, Jun 05, 2009

Qailulah (Tidur Siang)

Tidur seketika pada tengah hari disebut qailulah dalam bahasa Arab, afternoon nap dalam bahasa Inggeris atau siesta dalam bahasa Latin yang diamalkan di Sepanyol dan Mexico.

Tidur siang sebegini adalah kebiasaan bagi orang yang mementingkan kesihatan, kesegaran dan produktiviti. Ia adalah budaya baik, apatah lagi Rasulullah pernah mengamalkannya.

Dalam kitab Mishkatul Masabih disebutkan: ?Tidur sekejap pada waktu tengah hari (qailulah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah pernah melakukannya.? Amalan ini semakin dilupakan dan tidak diambil perhatian, kalaupun dibuat, tidak mengikut spesifikasi sunnah.
Dalam masyarakat Inggeris, amalan ini menjadi kebiasaan. Saya melihat ia diamalkan di Britain, terutama di kalangan kanak-kanak prasekolah dan peringkat rendah. Saya teringat anak saya ketika di prasekolah di London mempunyai jadual tidur pada waktu tengah hari. Mungkin ini adalah mekanisme atau langkah membiasakan mereka supaya menghargai ?makna? tidur tengah hari apabila dewasa kelak.

Mereka mempunyai falsafah sendiri. Di kalangan masyarakat Sepanyol dan Mexico, mereka mesti melakukan siesta (tidur siang) kerana keadaan cuaca pada siang yang terlalu panas dan tidak membolehkan mereka keluar melakukan kegiatan luar

Tidur seketika pada siang hari atau qailulah adalah kebiasaan masyarakat Arab, beberapa orang soleh dan ulama terdahulu. Mereka melakukannya tidak hanya pada Ramadan, tetapi pada hari biasa, khususnya pada musim panas.

Ulama soleh terdahulu menjadikan tujuan qailulah ini agar pada malam harinya mereka boleh bangun untuk mendirikan solat tahajud. Jadi tidur siang atau qailulah ini hanya kebiasaan atau budaya orang Islam terdahulu.

Saya agak terkejut mendengar keterangan bahawa tidur sebentar waktu siang adalah suatu hal yang dianjurkan hanya kerana syaitan tidak pernah tidur siang. Ini terutama apabila saya melihat orang berpuasa menggunakan tidur siang sebagai alasan untuk melayan rasa malas dan letih mereka. Sebenarnya banyak keterangan lain yang menganjurkan tidur seketika terutama bagi orang berpuasa.

Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada waktu siang hari, iaitu qailulah. Waktu qailulah adalah selepas solat Zuhur hingga Asar selama beberapa minit saja iaitu antara 20 hingga 30 minit. Jika memang untuk membolehkan bangun malam untuk solat tahajud, tentu ini adalah sunnah Rasulullah. Kalau tidur siang ini hanya untuk bermalas-malasan, dan malam harinya tidak solat tahajud, Tarawih dan solat sunat lain, apakah nilai sunnah daripada tidur siang ini?

Khalifah Umar bin Khattab pernah suatu hari melakukan lawatan rasmi ke Iskandariah, ketika Muawiyah bin Khudaij menjadi gabenor di kota itu. Umar sampai ke kota itu pada waktu siang ketika kebanyakan orang melakukan qailulah. Umar menemui Muawiyah yang tidak tidur sekejap pada siang, lalu berkata: ?Saya fikir kamu tidur pada siang ini, kalau kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat, kalau kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah, jadi bagaimana kamu mengatur tidur antara dua hak ini wahai Muawiyah.? Umar seolah-olah mengingatkan bahawa manfaat waktu itu lebih penting daripada sekadar tidur siang. Intinya, harus mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang (yang hanya seketika bukan sepanjang hari) meskipun pada Ramadan.

Hadis ada menyebut bahawa: "Tidurnya orang puasa adalah ibadah." Seperti penjelasan Iraqi dalam Takhrij Hadis-Hadis Ihya, bahawa hadis ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr dan Abdullah bin Abi Aufa, namun semua sanadnya antara dha'if (lemah) dan maudhu' (palsu).

Jadi di mana kita harus melihat ?kekuatan? maksud hadis ini? Kita perlu melihat secara positif, pengertian hadis itu harus dimaknai bahawa tidurnya orang puasa adalah terjaganya (terpelihara) diri orang yang puasa daripada setiap perbuatan maksiat dan mungkar, dari situlah wujud makna ibadah itu. Kalau tidur hanya untuk bermalas-malasan dan meninggalkan kewajiban serta melalaikan tugas, tentulah ini sangat bertentangan dengan makna ibadah puasa itu.

Sahabat Rasulullah menjalani puasa Ramadan dengan tugas yang cukup berat seperti Perang Badar dan penaklukan Makkah. Ini semua petunjuk bahawa puasa bukan untuk menjadikan kita bermalas-malasan, tetapi pencetus semangat agar memberikan yang terbaik meskipun dengan keterbatasan kecerdasan fizikal sebagai orang berpuasa. Malah, tidur seketika pada siang umpama mengecas semula bateri kehidupan untuk beramal pada malam hari.

Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Antara tokoh yang menggalakkan tidur seketika pada tengah hari ialah Dr William A Anthony, (PhD) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art Of Napping At Work.

David F Dinges and Roger J Broughton dalam bukunya, Sleeps and Alertness: Chronological, Behavioral and Medical Aspects of Napping juga bersetuju dengan pendapat ini. Kajian itu menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang lain.

Pergaulan dengan Bukan Islam

Hubungan muslim dengan non-muslim adalah hubungan ta'aruf (saling megenal), ta'awun (saling menolong), dalam birr (kebaikan) dan `adl (keadilan).

Firman Allah swt dalam ta'aruf yang boleh membawa kepada ta'awun;

“ Hai manusia, sesunguhnya Kami telah mencipakanmu terdiri dari jenis lelaki dan wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku (berpuak-puak) untuk saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Berpengalaman.”

(QS. Al-Hujarat:13).

Dalam perintahnya tentang berbuat baik (birr) dan adil, Allah swt berfirman:

“ Allah tidak mencegahmu berbuat baik kepada mereka yang tidak memerangimu karena mereka tidak mengusirmu dari tempat tingal (daerahmu) dan kamu berbuat adil terhadap mereka. Sesunguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat adil.”

(QS. Al-Mumtahanah:8).

Di sini diperlukan saling beroleh manfaat dan kemaslahatan sehingga dapat mempererat hubungan kemanusiaan. Namun di sini bukan bererti memperbolehkan kaum muslimin mengangkat orang kafir sebagai pemimpin. Pelarangan mengangkat orang kafir sebagai pemimpin dimaksudkan untuk menghindari kebijaksanaan dalam pembuatan fakta (perjanjian) yang justru menguntungkan orang-orang kafir dalam melawan kaum muslimin, menyetujui kekafiran mereka yang mana hal ini amat berbahaya bagi Islam dan akan melemahkan kekuatan jamaah Islam. Rela (ridha) terhadap kekafiran adalah juga bentuk kekafiran yang dicegah dan dijaga ketat oleh Islam.

Adapun jika hubungan ini bermotif musalamah (mengajak damai), Mu'asyarah al jamilah (bergaul dengan baik), Mu'amalah bil husna (bermasyarakat secara baik), tabadulul maslahat (saling menguntungkan) dan ta'awun atas dasar kebaikan dan takwa justru inilah yang diserukan Islam.

Jaminan Kebebasan Beragama

Islam menetapkan musawarah (persamaan) antara orang zimmi dengan orang muslim. Mereka (zimmi) berkewajiban seperti kewajiban kaum muslimin dan mempunyai hak seperti kaum muslimin juga. Dan Islam menjamin kebebasan mereka dalam beragama dengan beberapa keterangan:

Pertama, tidak memaksa seseorang meninggalkan agama atau memaksa menganut ideologi tertentu,” Tidak ada pemaksaan (bagi seseorang) menganut agama. Sungguh telah jelas kebenaran daripada kesesatan.”

Kedua, Menjadi hak ahlul kitab melaksanakan syiar agama mereka. Gereja-gereja tidak boleh diruntuhkan, palang salib tidak boleh dipatahkan. Rasulullah saw bersabda,” Biarkan mereka menjalankan agama mereka.”

Ketiga, Islam membolehkan mereka apa yang dibolehkan agama mereka berupa makanan dan lain-lain. Makan babi tidak boleh dibunuh, khamar tidak boleh ditumpahkan, selama dibolehkan agama mereka. Dengan demikian Islam memberikan kelonggaran kepada mereka lebih dari kelongaran yang diterima kaum muslimin itu sendiri, karena khamar dan babi diharamkan bagi kaum muslimin.

Keempat, mereka berkebebasan dalam masalah perkawinan, talak, nafkah, dan bahkan mereka boleh berbuat sekhendak hati tanpa ada ikatan atau batas.

Kelima, Islam menjaga diri dan hak mereka. Mereka bebas berdiskusi dan berdebat dalam batas-batas logik dengan berpegang kepada etik kesopanan dan menghindari keras kepala dan kekerasan. Allah swt berfirman: “ Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab kecuali dengan cara yang paling baik. Kecuali terhadap orang-orang zalim di antara mereka. Dan katakanlah: Kami telah beriman kepada ( kitab-kiab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kalian. Tuhan kami dan Tuhan kalian satu dan hanya kepada-Nya kami berserah diri.”

(Al-ankabut:46).

Keenam, dalam masalah `uquubaat Islam menyamakan mereka dengan kaum muslimin—menurut sebagian mazhab—Dalam waris Islam menyamakan orang zimmi dengan kaum muslimin dalam masalah penggugatan hak waris. Orang kafir zimmi tidak mewarisi kerabatnya yang muslim seperti orang muslim tidak mewarisi kerabatnya yang zimmi.

Ketujuh, Islam membolehkan mengunjungi mereka, menjenguk mereka yang sakit, membingkiskan hadiah, berjual beli dan bentuk-bentuk mu'amalah yang lainnya.

Khamis, Jun 04, 2009

Proses Pembinaan Kaabah



Mengikut ahli sejarah Islam, Kaabah dibina buat pertama kalinya oleh malaikat. Allah memerintahkan malaikat membina Kaabah di tempat `buih' di mana bumi ini mula dijadikan.

Selepas itu Kaabah dibina atau dibaiki dari semasa ke semasa,membabitkan pelbagai peringkat. Antaranya:

· Binaan kedua: Nabi Adam;
· Binaan ketiga: Nabi Syith;
· Binaan keempat: Nabi Ibrahim;
· Binaan kelima: Kaum Amaliqah;
· Binaan keenam: Kaum Jurhum;
· Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi);
· Binaan kelapan: Abdul Mutalib;
· Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun);
· Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah);
· Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi);
· Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi).

Binaan keempat iaitu oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail adalah peringkat paling penting dalam sejarah pembinaan Kaabah.

Selepas Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar bersama Nabi Ismail di Makkah, baginda pulang ke Syam.

Nabi Ibrahim selepas itu menjenguk anak dan isterinya sebanyak tiga kali.

Pada kali ketiga Nabi Ibrahim ke Makkah dengan membawa perintah Allah supaya mendirikan Kaabah dengan bantuan anaknya Ismail.

Allah memerintahkan Nabi Ibrahim membina Kaabah di tempat asalnya iaitu di atas anak bukit kecil berhampiran perigi Zamzam. Di kawasan itu ada timbunan batu-batu yang berkemerahan tanahnya.

Selepas Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama anaknya mula membina Kaabah, dengan berpandukan kepada tempat yang ditunjukkan Allah supaya Baitullah itu dibina.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mula mendirikan Kaabah dengan bantuan Jibrail. Nabi Ibrahim menggali tanah untuk dibuat asas binaan hingga sampai ke tapak asal binaan Nabi Adam.

Menurut riwayat, batu yang digunakan untuk binaan itu didatangkan dari enam bukit iaitu Bukit Abi Qubais, Bukit Tursina, Bukit al-Qudus, Bukit Warifan (terletak antara Makkah dan Madinah), Bukit Ridwan (antara Madinah dan Yanbu') dan Bukit Uhud.

Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya supaya ia tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.

Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu runtuh ketika taufan besar seperti runtuhnya binaan besar yang lain. Selepas peristiwa taufan besar, tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula, kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Dalam proses kedua-dua beranak itu membina Baitullah, Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu besar.

Hal ini seperti firman oleh Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil kedua-duanya berdoa dengan berkata, wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah hingga siap pembinaannya.

Dengan kehendak Allah, sebaik Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar berkenaan maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim, seperti dapat dilihat hingga hari ini dekat Baitullah.

Tapak kaki Nabi Ibrahim, yang kini dikenali sebagai Maqam Ibrahim, adalah suatu tanda kebesaran Allah.

Bahagian Kaabah yang dibina Nabi Ibrahim mempunyai dua penjuru iaitu penjuru Yamani dan penjuru Hajar al-Aswad. Kawasan Hijir Ismail melengkung tanpa penjuru seperti sekarang. Keadaan itu kerana Hijir Ismail menurut binaan Nabi Ibrahim termasuk dalam binaan Kaabah.

Menurut sejarah, binaan seperti sekarang ini adalah binaan yang dibuat oleh Quraisy.

Berikutan masalah kekurangan perbelanjaan, mereka mengeluarkan Hijir Ismail daripada Kaabah, iaitu Kaabah dikecilkan 6 1/4 hasta.

Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim tiada beratap, mempunyai dua pintu iaitu satu di sebelah matahari naik (seperti yang ada sekarang) dan satu lagi sebelah matahari jatuh.

Kedua-dua pintu itu rapat ke tanah, dan tiada berdaun pintu. Sebuah perigi juga disediakan di sebelah kanan pintu yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang hadiah kepada Kaabah.

Mencuri Dalam Sembahyang

"..Apakah kalian menyaksikan orang ini? Barang siapa meninggal dalam keadaan [solatnya] seperti ini, maka ia mati di luar agama Muhammad” “Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad). Suatu hari, selesai solat berjamaah, Rasulullah duduk bersama para sahabatnya di salah satu sudut masjid. Tiba-tiba datang seorang laki-laki ke sebuah sudut lain dan langsung mengerjakan solat sendirian. Dalam solatnya orang itu ruku dan sujud dengan cara seperti mematuk-matuk (sekejap-sekejap) karena terburu-buru. Melihat hal itu, kemudian Rasulullah berkata kepada para sahabatnya: “Apakah kalian menyaksikan orang ini? Barang siapa meninggal dalam keadaan [solatnya] seperti ini, maka ia meninggal di luar agama Muhammad” Nabi Saw kemudian memperumpamakan orang itu seperti burung gagak yang sedang mematuk darah dan seperti orang lapar yang hanya makan sebutir atau dua butir kurma. ”Bagaimana ia boleh kenyang?” , tanya baginda. Sikap terburu-buru dalam solat, hingga merusak gerakan dan makna solat, termasuk perbuatan dosa. Hal itu sama saja dengan memusnahkan thoma'ninah yang merupakan salah satu rukun solat. Padahal, tidak ada solat tanpa melengkapi rukun-rukunnya. Jadi, dengan tidak dipenuhinya thoma'ninah, solat bukan sekadar tidak sah, tetapi solat itu dianggap tidak ada. Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti itu dengan kutukan bahawa mereka akan celaka. Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat (QS Al-Ma'un: 4). Mengapa Allah dan Nabi saw mencela dan mengancam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri? Sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandung makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, Allah yang Maha Agung. Membuang thoma'ninah merupakan bukti bahwa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah, bahkan hal itu juga termasuk penghinaan. Dalam hubungan antara sesama manusia saja terdapat budaya sopan santun, terutama terhadap yang lebih tinggi kemuliaannya. Justeru, apatah lagi terhadap Allah yang telah memberikan kepada manusia segala kenikmatan dalam kehidupannya.

Lalai Dalam Sembahyang

Allah S.W.T ada berfirman di dalam Al-Quran yang lebih kurang maksudnya, “Neraka Wail bagi orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai dalam sembahyangnya.”

Terdapat banyak tafsir dan kupasan tentang maksud “lalai” dalam ayat ini.
Maksud pertamanya ialah cuai bersembahyang hingga habis waktunya. Sembahyang itu sama ada diqadhakkan sahaja ataupun ditinggalkan terus.



Maksud “lalai” yang kedua ialah tidak khusyuk dalam sembahyang. Iaitu tidak hadir hati dalam sembahyang. Dalam sembahyang teringat perkara-perkara di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena dengan sembahyang. Malahan, bukan sahaja tidak hadir hati dalam sembahyang, maksud perbuatan dan lafaz dalam sembahyang pun tidak diketahui atau difahami. Jauh sekalilah untuk dihayati atau dijiwai.

Ketiga, ialah tidak melaksanakan segala ikrar dan janji yang dibuat di dalam sembahyang. Dalam sembahyang, berbagai-bagai ikrar dan janji dibuat.

Diantaranya kita berikrar bahawa segala sembahyang, ibadah, hidup dan mati hanyalah kerana Allah. Tetapi selesai sahaja sembahyang, segala janji itu dilupakan. Buat kerja seolah-olah Tuhan itu tidak wujud atau tidak relevan. Walau bagaimanapun, kalau kita kaji betul-betul ketiga-tiga tafsiran di atas, kita akan dapati bahawa puncanya berbalik juga kepada ketiadaan khusyuk.

Sekiranya seseorang itu khusyuk, khusyuk itu sudah pasti berterusan dan akan dibawa ke dalam sembahyang. Ertinya, orang yang khusyuk dalam hidupnya akan merasa khusyuk dalam sembahyang. Hanya apabila di dalam sembahyang, rasa khusyuknya itu lebih subur dan lebih tajam kerana sembahyang itu ada rukun dan disiplinnya. Bagi orang yang khusyuk, tidak timbul masalah cuai bersembahyang hingga habis waktu kerana orang yang khusyuk itu selalu menanti-nanti dan menunggu-nunggu waktu untuk bersembahyang.

Menunggu sembahyang itu baginya seperti menunggu untuk bertemu kekasih. Tidak menunaikan ikrar dan janji yang dibuat di dalam sembahyang pun adalah berpunca dari ketiadaan khusyuk. Apabila tidak khusyuk, segala janji yang dibuat hanyalah di lidah semata-mata. Paling tinggi, akal mungkin turut serta dalam membuat ikrar dan janji tersebut.

Oleh itu, ikrar dan janji berkenaan dibuat tanpa komitmen dan kesungguhan kerana hati tidak dilibatkan dan tidak dibawa bersama. Ertinya, ikrar dan janji itu tidak dibuat dari hati. Janji yang bukan dari hati bukanlah janji namanya. Tidak hairanlah kenapa janji hanya tinggal janji. Khusyuk yang dituntut dari manusia bukan hanya ketika dalam sembahyang. Tuhan bukan wujud hanya dalam sembahyang. Tuhan wujud setiap masa dan ketika. Oleh itu, kita perlu khusyuk sepanjang masa.

Orang yang khusyuk itu ialah orang mukmin yang berjiwa Tauhid. Orang yang rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan sentiasa mencengkam jiwa dan hati nuraninya. Rasa-rasa ini dibawanya ke mana sahaja dia pergi. Lebih-lebih lagilah ke dalam sembahyangnya.

Lalai dalam sembahyang pula ada beberapa peringkat seperti berikut:
1) Lalai habis.
Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ini berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.

2) Dalam sembahyang, ada masa lalai dan ada masa ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang.
Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

3) Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkannya.
Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai. Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.

4) Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkannya di dalam sembahyang.
Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk ialah rasa, bukan setakat tahu atau faham.

5) Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang.
Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang sembahyang.

6) Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam.
Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.

Sesuailah pembahagian peringkat-peringkat lalai ini dengan erti sebenar khusyuk di dalam sembahyang. Khusyuk bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi ialah dapat menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan. Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah-ubah dalam sembahyang seperti rasa gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan dan lain-lain, maka itu tanda tidak khusyuk.

Lalai itu berpunca dari pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati, amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa ke dalam sembahyang. Kalau pun ada rasa, di dalam sembahyang, hanyalah ada rasa-rasa keduniaan seperti rasa seronok baru berjumpa kawan atau rasa takut polis saman kereta kita salah “parking” atau bimbang takut tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya. Rasa-rasa ini ialah rasa-rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk.

Kalau kita berjalan-jalan di dalam hutan dan keindahan hutan itu sangat mempengaruhi hati kita hingga apabila terserempak dengan harimau pun kita tidak sedar, dan tidak merasa takut, maka kita sebenarnya tidak kenal harimau. Kalau kenal, sudah tentu secara spontan kita gerun dan takut.

Begitu juga, kalau kita seronok dengan nikmat dunia ini hingga terbawa-bawa ke dalam sembahyang sampai kehadiran Tuhan sewaktu kita bersembahyang pun kita tidak sedar, itu tanda kita tidak kenal Tuhan dan tidak terkesan atau terpengaruh dengan kehadiran Tuhan. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja, kita tidak akan dapat rasa khusyuk. Paling tinggi keyakinan dan ketauhidan kita hanya diperingkat akal atau fikiran. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.

Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapatkan khusyuk. Setelah Tuhan kita kenal, barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita. Barulah kita akan dapat rasa berTuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.

Ada hadis yang bermaksud: “Awal-awal agama mengenal Allah.” Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk. Selagi kita tidak boleh khusyuk, kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid, kita tidak akan mampu mengamal dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin. Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk. Tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam atau agama itu mesti ada lahir dan batinnya.

Rabu, Jun 03, 2009

Mama Taught Me

My mother taught me TO APPRECIATE A JOB WELL DONE -
"If you're going to kill each other, do it outside - I just finished cleaning!"

My mother taught me RELIGION -
"You better pray that will come out of the carpet."

My mother taught me about TIME TRAVEL -
"If you don't straighten up, I'm going to knock you into the middle of next week!"

My mother taught me LOGIC -
"Because I said so, that's why."

My mother taught me FORESIGHT -
"Make sure you wear clean underwear, in case you're in an accident."

My mother taught me IRONY -
"Keep laughing and I'll *give* you something to cry about."

My mother taught me about the science of OSMOSIS -
"Shut your mouth and eat your supper!"

My mother taught me about CONTORTIONISM -
"Will you *look* at the dirt on the back of your neck!"

My mother taught me about STAMINA -
"You'll sit there 'til all that spinach is finished."

My mother taught me about WEATHER -
"It looks as if a tornado swept through your room."

My mother taught me how to solve PHYSICS PROBLEMS -
"If I yelled because I saw a meteor coming toward you; would you listen then?"

My mother taught me about HYPOCRISY -
"If I've told you once, I've told you a million times - Don't exaggerate!!!"

My mother taught me THE CIRCLE OF LIFE -
"I brought you into this world, and I can take you out."

My mother taught me about BEHAVIOR MODIFICATION -
"Stop acting like your father!"

My mother taught me about ENVY -
"There are millions of less fortunate children in this world who don't have wonderful parents like you do!"

Why Ask Why Part 2

** Why is it considered necessary to nail down the lid of a coffin?

** Why does the sun lighten our hair, but darken our skin?

** Why can't women put on mascara with their mouth closed?

** Why don't you ever see the headline "Psychic Wins Lottery"?

** Why is a boxing ring square?

** Why is it called lipstick if you can still move your lips?

** Why is it that rain drops but snow falls?

** Why is lemon juice made with artificial flavor, and dishwashing liquid made with real lemons?

** Why is the man who invests all your money called a broker?

** Why is the third hand on the watch called second hand?

** Why is the time of day with the slowest traffic called rush hour?

** Why is the word dictionary in the dictionary?

** Why isn't there a special name for the tops of your feet?

** Why isn't there mouse-flavored cat food?

Why Ask Why

WHY ASK WHY?


Why is the third hand on the watch called the second hand?

If a word is misspelled in the dictionary, how would we ever know?

If Webster wrote the first dictionary, where did he find the words?

Why do we say something is out of whack? What is a whack?

Why does "slow down" and "slow up" mean the same thing?

Why does "fat chance" and "slim chance" mean the same thing?

Why do "tug" boats push their barges?

Why do we sing "Take me out to the ball game" when we are already there?

Why are they called "stands" when they are made for sitting?

Why is it call "after dark" when it really is "after light"?

Doesn't "expecting the unexpected" make the unexpected expected?

Why are a "wise man" and a "wise guy" opposites?

Why do "overlook" and "oversee" mean opposite things?

If work is so terrific, why do they have to pay you to do it?

If all the world is a stage, where is the audience sitting?

If love is blind, why is lingerie so popular?

Why do we put suits in garment bags and garments in a suitcase?

Why do we wash bath towels? Aren't we clean when we use them?

Why doesn't glue stick to the inside of the bottle?

High Heels

Selasa, Jun 02, 2009

Adobe Photoshop CS3: Simplified Tips and Tricks

SAMS Teach Yourself Adobe Premiere Pro in 24 Hours

Petua Tidur Rasulullah S.A.W

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan”. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.