Isnin, September 14, 2015

Qatadah berkata, "Saya bertanya kepada Anas, 'Berapa kali Nabi mengerjakan umrah?' Ia menjawab, ' empat kali, (semuanya pada bulan Dzulqai'dah, kecuali yang bersama hajinya), iaitu umrah dari Hudaibiyah pada bulan Dzulqai'dah ketika beliau dihalang-halangi kaum musyrik. Umrah pada tahun berikutnya dalam bulan Dzulqai'dah, sesuai dengan perjanjian damai dengan mereka, dan umrah Jira'nah, yaitu ketika membagi rampasan Hunain, (dan umrah bersama hajinya).' Saya (Qatadah) bertanya, 'Berapa kali beliau mengerjakan haji?' Ia menjawab, 'Satu kali.'" Assalamualaikum pengunjung budiman. Junjungan Rasulullah saw hanya mengerjakan sekali haji sahaja sepanjang hayat baginda. Haji yang dikerjakan Rasulullah dinamakan "Hajjatul Wada'" iaitu haji selamat tinggal kerana tidak berapa lama selepas haji tersebut Rasulullah saw wafat. Baginda telah berangkat dari kota Madinah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah, tahun ke sepuluh Hijrah bersama sekelian isteri-isteri baginda, sahabat-sahabatnya dan orang-orang mukmin seramai 90,000 orang (sesetengah riwayat mengatakan lebih daripada itu). Apabila rombongan Haji Rasulullah berangkat, Kota Madinah diserahkan di bawah jagaan Abu Dujanah Al Ansari. Angkatan baginda sampai di Zulhulaifah (Bir Ali) lalu berhenti semalam. Pada keesokan harinya baginda dan kaum Muslimin memakai ihram dan berniat Haji serta mengucapkan; Bayangkan kegembiraan, kesyukuran dan kehebatan rombongan haji yang bergitu padu dan cemerlang yang dipimpin oleh semulia-mulia dan seagung-agung makhluk di muka bumi iaitu Rasulullah saw. Bergemuruhlah bunyi talbiah, sepanjang-panjang jalan dari Madinah hingga ke Mekah. Baginda dan rombongan masuk ke Mekah melalui Thaniah Kada iaitu sebatang jalan dekat dengan perkuburan Ma'ala pada pagi Ahad 4 Zulhijjah ( 9 hari perjalanan) Tatkala terpandang Ka'abah yang mulia baginda berdoa; للهم زِدْ بَيْتَكَ هَذاَ تَشْرِيْفاًَ وَتَكْرِيْماً وَتَعْظِيْماً وَمَهاَبَةً وَرِفْعَةً وَبِراًّ " Ya Allah Ya Tuhan kami, tambahkanlah Baitullah dengan kemuliaan dan kebesaran, kehebatan dan kebajikan." Kemudian rombongan baginda masuk ke dalam Masjidil Haram lalu tawaf tujuh kali. Sembahyang dua rakaat di belakang Makam Ibrahim dan minum air zam-zam. Kemudian bersaei di antara Bukit Safa dan bukit Marwah sebanyak tujuh kali. Apabila baginda naik ke Bukit Safa lalu baginda mengucap; "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan allah itu Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah Yang maha Esa yang melaksanakan janjinya dan menewaskan segala pasukan musuh Islam dengan keesaanNya." Pada 8 haribulan Zulhijjah bagindapun berangkat pula ke Mina lalu bermalam semalam. Pada keesokan harinya, Rasulullah bersama kaum muslimin ke Arafah dan disana baginda berkhutbah dengan khutbah tersohor dalam sejarah dakwah baginda kerana khutbah tersebut telah membayangkan baginda akan meninggalkan kita buat selama-lamanya untuk bertemu Kekasihnya yang dirindui. Antara ucapan baginda yang bermaksud; " Wahai sekelian manusia, dengarlah percakapanku ini, kerana aku tidak tahu boleh jadi aku tidak lagi berjumpa kamu selepas tahun ini di tempat wuquf ini buat selama-lamanya ." Dikatakan bahawa Rasulullah saw juga telah bersabda ketika baginda wuquf di Arafah yang menerangkan bahawa Arafah itu semuanya tempat wuquf. Tatkala berhenti di Quzah Sabihah di Mudzalifah, baginda bersabda; " Ini adalah tempat mabit (bermalam) dan mana-mana sahaja di bumi Mudzalifah adalah tempat mabit". Kemudian baginda menyembelih korban di Mina dan baginda bersabda; " Ini adalah tempat sembelih korban, dan di mana-mana tempat di Mina adalah tempat korban." Rasulullah kemudian menyempurnakan semua ibadat hajinya dan baginda menerangkan apa yang halal dan apa yang haram sewaktu mengerjakan haji dan akhirnya kembali ke Madinah. Haji ini juga dikenali sebagai Hajjatul Wada', Hajjatul Balagh, Hajjatul Islam, Hajjatuttammam wal kamal ( Haji sempurna dan lengkap) kerana pada hari itu turunnya firman Allah swt ; " Dan hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu." Al Maidah : 3. Selepas menunaikan haji tersebut Rasulullah pergi buat selama-lamanya meninggalkan ummat yang sangat dicintai baginda.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Perbezaan Ibadah Haji dan Umrah

Terdapat beberapa pendapat tentang bila bermulanya pensyariatan kedua-dua ibadat ini. Berdasarkan pendapat yang lebih rajih ibadat-ibadat ini disyariatkan pada tahun kesembilan hijrah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh As-Syaikhan:

Nabi s.a.w bersabda kepada delegasi kabilah Abdu al-Qis yang datang menemui Baginda s.a.w pada awal tahun kesembilan hijrah. Mereka bertanyakan tentang perintah-perintah yang wajib mereka patuhi. Baginda menjawab: “Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menyerahkan seperlima daripada rampasan perang”. Sekiranya haji difardhukan sebelum itu nescaya Baginda akan turut menyebutnya bersama perintah yang ditujukan kepada mereka ( Kitab Fiqh al-Manhaji Imam As-Syafie ).

Terdapat beberapa perbezaan yang besar antara ibadah haji dan umrah dari sudut masa perlaksanaan dan hukum iaitu :

1. Haji hanya boleh dilakukan pada bulan tertentu iaitu Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari pertama dalam Bulan Zulhijjah ). Umrah pula boleh dilaksanakan sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya.
2. Haji mengandungi wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah. Dalam umrah tidak ada semua semua perkara tersebut, hanya tawaf, sa’i dan bercukur atau bergunting (tahallul).
3. Rukun haji ada lima iaitu ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa’i dan tahallul. Manakala rukun umrah hanya empat iaitu ihram, tawaf, sa’i dan tahallul
4. Kewajipan mengerjakan haji telah disepakati oleh ijmak ulamak, tetapi kewajipan umrah ulamak berselisih pendapat ( tiada sepakat ulamak).

Mengapa Dinamakan Masjidil Haram?

Kita tahu bahwa masjidil haram merupakan tempat suci bagi semua umat muslim di seluruh dunia yang berada di Mekkah.Tapi mengapa dinamakan haram ,sedangkan haram itu adalah sesuatu yang dilarang oleh Alloh swt.Untuk lebih jelasnya mari kita simak urain dibawah ini.

Masjidil Haram (bahasa Arab: المسجد الحرام) adalah sebuah masjid di kota Mekkah, yang dipandang sebagai tempat tersuci bagi umat Islam. Masjid ini juga merupakan tujuan utama dalam ibadah haji. Masjid ini dibangun mengelilingi Ka'bah, yang menjadi arah kiblat bagi umat Islam dalam mengerjakan ibadah Salat. Masjid ini juga merupakan Masjid terbesar di dunia.Imam Besar masjid ini adalah Syaikh Abdurrahman As-Sudais, seorang imam yang dikenal dalam membaca Al Qur'an dengan artikulasi yang jelas dan suara yang merdu dan Saykh Shuraim.Muadzin besar dan paling senior di Masjid Al-Haram adalah Ali Mulla yang suara adzanya sangat terkenal di dunia islam termasuk pada media international.Menurut keyakinan umat Islam, Ka'bah atau nama lainnya Bakkah pertama sekali dibangun oleh Nabi Adam. Dan kemudian dilanjutkan pada masa Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya, Nabi Ismail yang meninggikan dasar - dasar Ka'bah, dan sekaligus membangun masjid di sekitar Ka'bah tersebut. Ka'bah kurang lebih terletak di tengah masjidil Haram: tingginya mencapai lima belas hasta; bentuknya kubus batu besar.Selanjutnya perluasan Masjidil Haram dimulai pada tahun 638 sewaktu khalifah Umar bin Khattab, dengan membeli rumah-rumah di sekeliling Ka'bah dan diruntuhkan untuk tujuan perluasan, dan kemudian dilanjutkan lagi pada masa khalifah Usman bin Affan sekitar tahun 647 M.Menurut hadits shahih, satu kali salat di Masjidil Haram sama dengan 100.000 kali salat di masjid-masjid lain, kecuali Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsha. Satu kali salat di Masjid Nabawi sama dengan 1.000 kali salat di masjid-masjid lain, kecuali Masjidil Haram dan Masjidil Aqsha. Adapun satu kali salat di Masjidil Aqsha sama dengan 250 kali salat di masjid-masjid lain, kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.Seluruh umat islam diperintah untuk memalingkan wajahnya/hatinya kearah masjidil haram dimanapun berada, hal ini di perkuat dengan surah al-baqarah ayat 149 dan 150. perintah ini hampir sama derajatnya dengan perintah Allah yang lain seperti hal melakukan sholat, zakat, puasa, haji sebagai wujud hati yang terikat dan ingat kepada Allah dalam segala hal duniawi ini.