Terdapat beberapa pendapat tentang bila bermulanya pensyariatan 
kedua-dua ibadat ini. Berdasarkan pendapat yang lebih rajih 
ibadat-ibadat ini disyariatkan pada tahun kesembilan hijrah berdasarkan 
hadis yang diriwayatkan oleh As-Syaikhan:
Nabi s.a.w bersabda kepada delegasi kabilah Abdu al-Qis yang datang 
menemui Baginda s.a.w pada awal tahun kesembilan hijrah. Mereka 
bertanyakan tentang perintah-perintah yang wajib mereka patuhi. Baginda 
menjawab: “Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan 
sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menyerahkan 
seperlima daripada rampasan perang”. Sekiranya haji difardhukan sebelum 
itu nescaya Baginda akan turut menyebutnya bersama perintah yang 
ditujukan kepada mereka ( Kitab Fiqh al-Manhaji Imam As-Syafie ).
Terdapat beberapa perbezaan yang besar antara ibadah haji dan umrah dari sudut masa perlaksanaan dan hukum iaitu :
1. Haji hanya boleh dilakukan pada bulan tertentu iaitu Syawal, 
Zulkaedah dan sepuluh hari pertama dalam Bulan Zulhijjah ). Umrah pula 
boleh dilaksanakan sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji 
bagi orang yang berniat melakukannya.
2. Haji mengandungi wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan
 melontar Jamrah. Dalam umrah tidak ada semua semua perkara tersebut, 
hanya tawaf, sa’i dan bercukur atau bergunting (tahallul).
3. Rukun haji ada lima iaitu ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa’i dan 
tahallul. Manakala rukun umrah hanya empat iaitu ihram, tawaf, sa’i dan 
tahallul
4. Kewajipan mengerjakan haji telah disepakati oleh ijmak ulamak, tetapi
 kewajipan umrah ulamak berselisih pendapat ( tiada sepakat ulamak).
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan