Qatadah berkata, "Saya 
bertanya kepada Anas, 'Berapa kali Nabi mengerjakan umrah?' Ia menjawab,
 ' empat kali, (semuanya pada bulan Dzulqai'dah, kecuali yang bersama 
hajinya), iaitu umrah dari Hudaibiyah pada bulan Dzulqai'dah ketika 
beliau dihalang-halangi kaum musyrik. Umrah pada tahun berikutnya dalam 
bulan Dzulqai'dah, sesuai dengan perjanjian damai dengan mereka, dan 
umrah Jira'nah, yaitu ketika membagi rampasan Hunain, (dan umrah bersama
 hajinya).' Saya (Qatadah) bertanya, 'Berapa kali beliau mengerjakan 
haji?' Ia menjawab, 'Satu kali.'"
 
Assalamualaikum pengunjung budiman. Junjungan Rasulullah saw hanya 
mengerjakan sekali haji sahaja  sepanjang hayat baginda.  Haji yang 
dikerjakan Rasulullah dinamakan "Hajjatul Wada'" iaitu haji selamat 
tinggal kerana tidak berapa lama selepas haji tersebut Rasulullah saw 
wafat. Baginda telah berangkat dari kota Madinah pada hari Sabtu, 25 
Zulkaedah, tahun ke sepuluh Hijrah bersama sekelian isteri-isteri 
baginda, sahabat-sahabatnya dan orang-orang mukmin seramai 90,000 orang 
(sesetengah riwayat mengatakan lebih daripada itu).
Apabila rombongan Haji Rasulullah berangkat, Kota Madinah  diserahkan di
 bawah jagaan Abu Dujanah Al Ansari. Angkatan baginda  sampai di 
Zulhulaifah (Bir Ali) lalu berhenti semalam. Pada keesokan harinya 
baginda dan kaum Muslimin memakai ihram dan berniat Haji serta 
mengucapkan;
Bayangkan kegembiraan, kesyukuran dan kehebatan rombongan haji yang 
bergitu padu dan cemerlang yang dipimpin oleh semulia-mulia dan 
seagung-agung makhluk di muka bumi iaitu Rasulullah saw. Bergemuruhlah 
bunyi talbiah, sepanjang-panjang jalan dari Madinah hingga ke Mekah.
Baginda dan rombongan masuk ke Mekah melalui Thaniah Kada iaitu sebatang
 jalan dekat dengan perkuburan Ma'ala pada pagi Ahad 4 Zulhijjah ( 9 
hari perjalanan) Tatkala terpandang Ka'abah yang mulia baginda berdoa;
للهم زِدْ بَيْتَكَ هَذاَ تَشْرِيْفاًَ وَتَكْرِيْماً وَتَعْظِيْماً 
وَمَهاَبَةً وَرِفْعَةً وَبِراًّ
" Ya Allah Ya Tuhan kami, tambahkanlah Baitullah dengan kemuliaan dan 
kebesaran, kehebatan dan kebajikan."
Kemudian rombongan baginda masuk ke dalam Masjidil Haram lalu tawaf 
tujuh kali. Sembahyang dua rakaat di belakang Makam Ibrahim dan minum 
air zam-zam. Kemudian bersaei di antara Bukit Safa dan bukit Marwah 
sebanyak  tujuh kali. Apabila baginda naik ke Bukit Safa lalu baginda 
mengucap;
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah  dan allah itu  Maha Besar. 
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang maha Esa yang melaksanakan janjinya dan
 menewaskan segala pasukan musuh Islam dengan keesaanNya."
Pada 8 haribulan Zulhijjah bagindapun berangkat pula ke Mina lalu 
bermalam semalam. Pada keesokan harinya, Rasulullah bersama kaum 
muslimin ke Arafah dan disana baginda berkhutbah dengan khutbah tersohor
 dalam sejarah dakwah baginda kerana khutbah tersebut telah membayangkan
 baginda akan meninggalkan kita buat selama-lamanya untuk bertemu 
Kekasihnya yang dirindui. Antara ucapan baginda yang bermaksud;
" Wahai sekelian manusia, dengarlah percakapanku ini, kerana aku tidak 
tahu boleh jadi aku tidak lagi berjumpa kamu selepas tahun ini di tempat
 wuquf ini buat selama-lamanya ."
Dikatakan bahawa Rasulullah saw juga telah bersabda ketika baginda wuquf
 di Arafah yang menerangkan bahawa Arafah itu semuanya tempat wuquf. 
Tatkala berhenti di Quzah Sabihah di Mudzalifah, baginda bersabda;
" Ini adalah tempat mabit (bermalam) dan mana-mana sahaja di bumi 
Mudzalifah adalah tempat mabit".
Kemudian baginda menyembelih korban di Mina dan baginda bersabda;
" Ini adalah tempat sembelih korban, dan di mana-mana tempat di Mina 
adalah tempat korban."
Rasulullah kemudian menyempurnakan semua ibadat hajinya dan baginda 
menerangkan apa yang halal dan apa yang haram sewaktu mengerjakan haji 
dan akhirnya kembali ke Madinah. Haji ini juga dikenali sebagai Hajjatul
 Wada', Hajjatul Balagh, Hajjatul Islam, Hajjatuttammam wal kamal ( Haji
 sempurna dan lengkap) kerana pada hari itu turunnya firman Allah swt ;
" Dan hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah
 cukupkan nikmatKu kepada kamu dan aku telah  redha Islam itu menjadi 
agama untuk kamu." Al Maidah : 3.
Selepas menunaikan haji tersebut Rasulullah pergi buat selama-lamanya 
meninggalkan ummat yang sangat dicintai baginda.
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Tiada ulasan:
Catat Ulasan