Jumaat, Mac 28, 2008

Sekularisme

PENDAHULUAN

Pertembungan diantara sekularisme dan ajaran islam kian teserlah khususnya selepas jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1924.Hal ini kerana selepas kejatuhan itu Turki menjadi negara Islam pertama yang mengamalkan dasar sekular yang di pimpin oleh Mustafa Kamal At-Tartuk.Walaupun begitu, ajaran islam yang bersifat Rabbani terus utuh tanpa memerlukan campur tangan daripada manusia atau makhluk lain.

Walaupun jelas terserlah kepincangan fahaman sekular ini, tetapi ianya tetap mendapat tempat di hati segelintir umat islam.Sekularisme ini juga merupakan salah satu serangan pemikiran (ghazwatul fikr) yang di rancang oleh golongan Yahudi dan Nasrani yang telah lama memusuhi Islam.

PENGERTIAN

BAHASA

Dari segi bahasa sekular berasal daripada perkataan Latin iaitu SEACULUM yang membawa maksud SATU GENERASI atau ZAMAN.

ISTILAH

Dari segi istilah pula terdapat pelbagai takrifan mengenai sekular, antaranya:

KRISTIAN

Dunia yang bertentangan dengan gereja @ fahaman yang di bawa untuk menolak agama di dalam kehidupan.

KAMUS DEWAN

Fahaman atau doktrin yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersngkutan dengan agama (seperti pentadbiran awam dan lain-lain)

KAMUS ALAM AL-JADID

“Ia adalah satu semangat keduniaan atau kecenderungan duniawi”

KAMUS BBC

“Sekularisme ialah kepercayaan bahawa agama tidak sepatutnya mempunyai sebarang pengaruh atau hubungan dengan pentadbiran sesebuah negeri, sebagai contohnya di dalam bidang pendidikan ataupun aturan politik.Oleh itu, untuk mensekularkan sesuatau sistem seperti masyarakat atau pendidikan ialah bermakna merubahnya sehingga ia tidak lagi berada di bawah kawalan atau pengaruh agama.

Secara ringkasnya sekularisme ialah :

1.Pemisahan agama dari urusan kenegaraan. Iaitu mendirikan kehidupan kosong dari panduan agama.

2.Sekularisme mengakui kekuasaan yang mutlak, hak yang mutlak bagi umat

manusia,apa yang dihalalkan oleh manusia ia adalah halal sekalipun semua agama

langit bersepakat tentang pengharamannya.

3.Dasar rasmi dalam perundangan ialah penggubalan perundangan,u’ruf,asas

perundangan semula jadi, asas perundangan Islam, kaedah-kaedah keadilan,

mengutamakan u’ruf,penggubalan undang-undang dalam menentukan suatu hukum

dan membelakangkan asas-asas syariat Islam.

4.Undang-undang keseksaan ( Hudud dan Qisas) ditinggalkan sama sekali.

5.Hakim-hakim di mahkamah tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan sekadar melaksanakan undang-undang yang digubal dan tertulis disisi mereka dan sekiranya mereka menjalankan hukuman dengan yang lain dengan secara automatik ianya terbatal.

SEJARAH SEKULARISME

DI BARAT

Pada zaman pertengahan awal iaitu sekitar (476-1000 M), masyarakat eropah masih berada di dalam zaman kegelapan.Pada ketikan ini muncul institusi agama yang berjaya mengubah keadaan masyarakat menyebabkan lahirnya 2 kuasa utama iaitu Kerajaan yang bertindak sebagai pentadbir dan pihak gereja yang berperanan dalam pembentukkan nilai moral dan agama.

Setelah zaman kian berkembang, telah muncul ahli falsafah yang mula mengkritik ajaran agama yang di bawa oleh pihak gereja.Hal ini kerana pihak gereja dengan sewenang-wenangnya menyalah gunakan kuasa mereka.Kemuncaknya adalah melalui hukum kanun yang di gubal oleh pihak gereja, dimana dalam undang-undang baru ini Paus akhirnya menjadi kuasa politik tertinggi di dalam masyarakat kristian.Melalui konsep tersebut pemisahan kuasa di dalam agama kristian menjadi kabur di mana raja terpaksa meminta izin terlebih dahulu daripada Paus di dalam urusan pentadbiran.Selain itu paderi kristian juga telah terjebak kedalam penyelewengan harta,seks dan keruntuhan moral yang dahsyat..Antara tokoh yang lantang menyuarakan pendapat mereka ialah. Marsilio dan Machiavelli.Mereka berpendapat pembaharuan politik mestilah di lakukan dan penfsiran hubungan di antara gereja dan negara mestilah di tafsir semula.Selepas penafsiran semula ini keadaan bertambah buruk di mana gereja terus di asingkan daripada pentadbiran dan di nafikan fungsinya.

DALAM MASYARAKAT ISLAM

Perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah di lakukan dengan

teliti oleh pihak Yahudi.Mereka telah merancang gerakan ketenteraan di bawah pimpinan

Mustafa Kamal At-Tartuk dan selepas itu mereka berjaya menggulingkan Sultan Abdul

Hamid pada bulan Mac tahun 1924.

Dengan jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyah ini bermulalah era sekularisme

di dalam masyarakat dan negara islam.Mustafa Kamal At-Tartuk yang di gelar

“Bapa Turki Moden” merupakan yahudi Dunnama yang di latih untuk menerapkan

Pemikiran sekular kedalam negara-negara islam.Bermula dari sinilah Turki menjadi

Kiblat kepada negara-negara islam lain untuk di contohi dari sudut pembangunan negara.Kemudian idealogi ini terus tersemat kukuh di jiwa pemimpin islam dan rakyat yang berjiwa penjajah.

CIRI-CIRI SEKULARISME

Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang membolehkan kita mengenali fahaman sekular ini.Antaranya:

1. Penafian hal-hal kerohanian
2. Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam bidang agama.
3. Menafikan adanya nilai hidup yang tetap
4. Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
5. Menjauhkan agama daripada mengarah dan memandu hidup manusia di dalam berbagai bidang seperti kesenian,pendidikan dan moral.
6. Memerintah negara dengan membezakan di antara politik dan agama.

PENGARUH SEKULAR TERHADAP UMAT ISLAM

Agama

Agama hanya menjadi unsur ritual atau ibadat semata-mata dan ia tiada kaitan sama sekali dengan kehi dupan.

Kehidupan

Fahaman ini membezakan kedudukan manusia mengikut warna kulit, pangkat dan keturunan yang sememangnya bercanggah denagn ajaran islam.

KENAPA ISLAM MENOLAK SEKULARISME?

Secara keseluruhnnya islam menolak ajaran sekular.Ini kerana isi kandungannya bercanggah dengan akidah islam.Antaranya:

1.Sekularisme menghalalkan perkara yang diharamkan Allah swt.dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah swt.

2.Sekularisme adalah “Kufrun bawwahun ” kerana menolak kesempurnaan Islam dan memisahkan agama dari urusan keduniaan dan kenegaraan. Menolak syariat Islamiah dan perundangan Allah swt.

3.Sekularisme menyebabkan syariat Islamiah dan perundangan Islam lenyap dan hilang dari kebanyakan negara-negara Islam kerana mereka tidak melaksanakan Syariat Islamiah dan perundangan Islam.

4.Sekularisme adalah jalan ke arah kemunduran ketamadunan kemanusiaan dan ortodoks.

5.Sekularisme melahirkan undang-undang hasil pemikiran orang-orang bodoh dan golongan pekerja.

6.Syariat Allah swt. Adalah tinggi dan lebih baik daripada segala bentuk perundangan atau aliran fahaman hasil ciptaan manusia.

KEPINCANGAN SEKULAR YANG DI TOLAK.

1.Ia menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah swt.

Di dalam Syariat Islam terdapat perkara-perkara yang mahkum dan sabit yang tidak boleh menerima sebarang pindaan dan perubahan seperti hukum-hukum ibadah, hudud, hubungan jenis sesama manusia dan lain-lain lagi.

2.Menerima sekularisme adalah kekufuran yang nyata

Sekularisme sebagaimana yang diketahui adalah kehidupan yang nyata kosong dari konsep keagamaan atau memisahkan agama dari urusan kenegaraan.Secara jelasnya ia menuntut kepada berhukum dengan selain daripada apa yang diturunkan oleh Allah swt. Menjalankan perundangan atau menerima perundangan yang lain dari perundangan Allah merupakan satu kekufuran yang nyata ( kufrun bawwahun).

Firman Allah swt:

ومن لم يحكمبها انزل الله فالئك هم الكافرون

Surah al-maidah

3.Sekularisme melahirkan undang-undang dan peraturan orang-orang jahil

Apa yang dilakukan oleh sekularisma terhadap keinginan dan cita-cita bangsa kita, umat Islam? Sesungguhnya kedatangan sekularisme telah melenyapkan syariat dan perundangan Allah swt. Daripada kehidupan Umat Islam dilemparkan di belakang dinding sejak beberapa kurun yang lalu, menjadikan sekularisme tempat sandaran dan rujukan.Hal ini menyebabkan undang-undang berasaskan kehendak manusia di gubal dan di laksanakan.

4.Kerana syariat Islam adalah syariat yang tinggi

Kita menolak sekularisme kerana agama Islam yang kita anuti adalah satu agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Ini kerana fahaman-fahaman yang lain merupakan cetusan pemikiran manusia yang dangkal manakala Islam merupakan satu manhaj kehidupan yang diciptakan oleh Allah yang menciptakan manusia

Sabda Nabi SAW

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه

5.Sistem sekular dibina di atas dasar pemisahan agama dan negara

Sekularisma ditolak kerana sistem sekular yang dibina di atas dasar pemisahan agama dan negara dan berhukum dengan kehendak rakyat sebagai ganti Al-Quran dan As-Sunnah telah melenyapkan dan menghapuskan negara Islam dan syariatnya

6. Menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak

Sekularisma juga ditolak kerana ia menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak, moral dan akhlak mereka runtuh, dan ia juga punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesama manusia kerana kejahilan dan kebodohan pemimpin-pemimpin sekular yang tidak tahu hakikat kehidupan yang sebenarnya

CONTOH PENGARUH SEKULAR DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA-NEGARA YANG MENGAMAL FAHAMAN SEKULAR

Di dalam negara-negara yang mengamalkan undang-undang sekular terdapat beberapa ciri-ciri khusus yang terdapat di dalam perlembagaannya, antaranya:

Bahagian 1, perkara 4

“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa yang di luluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu”

Hal ini berlawanan dengan konsep al-Quran sebagai perlembagaan tertinggi dalam syariat islam.Sekiranya kita sebagai umat islam bersekongkol dalam menjayakan matlamat ini maka berhati-hatilah kita supaya tidak tergelincir aqidah kita.Sesungguhnya tidak akan merasa nikmat syurgalah kepada golongan yang mensyirikkan Allah.Dalam konteks ini sekiranya kita mengakui bahawa ada undang-undang lain yang lebih baik selain undang-undang Allah maka secara tidak langsung boleh merosakkan aqidah kita.

Selain itu juga kita sering terdengar ungkapan dari orang ramai seperti “Undang-undang Islam tidak sesuai dan ketinggalan zaman”, “Undang-undang islam kolot dan tak sesuai dengan zaman moden”, “Kalau laksanakan undang-undang islam akan timbul huru-hara kerana keadaan sekarang sudah aman” dan sebagainya.Lebih menyedihkan lagi apabila ungkapan ini turut lahir dari mulut golongan yang berpendidikan tinggi khususnya dalam bidang agama.

KESAN BURUK SEKULAR

1.Umat islam hilang kuasa politik yang ada pada mereka secara beransur-ansur.Jesteru itu keadaan umat islam akan menjadi lemah dan tidak ada kuasa walaupun menjadi golongan majoriti.

2.Sumber ekonomi halal akan menjadi terhad.Ini kerana kebanyakkannya telah mengamalkan sistem ekonomi yang batil.

3.Terhapusnya dasar islam.Iaitu undang-undang islam tidak dapat di praktikkan.

4.Menyebabakan hilangnya nilai dalam hidup umat islam itu sendiri.Mereka lebih mencintai dunia dan harta lebih daripada mencintai Allah.Hal ini membuatkan mereka menjadi angkuh dan pentingkan diri sendiri.

KESIMPULAN

Marilah kita sama-sama kembali kepada Islam dan menolak segala bentuk fahaman dan pemikiran yang bertentangan dengan Islam untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki di dunia maupun di akhirat.Ajaran sekularisma yang bersifat kuffrun nubuwwah ini mestilah segara di tentang bagi mengelakkan ia terus meresapi kedalam pemikiran generasi akan datang.

Akhirnya saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat sekalian supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk “Tafaqquh Fi Ad- Deen” di samping mencari ilmu dunia bagi membolehkan kita meruntuhkan fahaman ini yang menjadi fitnah besar kepada umat islam di seluruh dunia.

Tiada ulasan: