Islam agama yang menyekat kebebasan? Betul,Islam agama yang menyekat kebebasan penganutnya daripada memilih neraka! Allah tidak ingin walaupun seorang daripada hamba Nya dicampakkan ke dalam neraka. Buktinya,apa sahaja yang kita buat di atas muka bumi ini,jika perkara itu mendatangkan manfaat kepada kita dan orang lain,kita dapat pahala.Senyum, dapat pahala.Makan nasi, dapat pahala. Buang sampah, dapat pahala. Urut badan kawan, dapat pahala.Bahkan,niat baik pun dapat pahala.Senang cerita, semua yang baik,pasti pahala adalah ganjarannya.
Berbeza pula dengan dosa.Dikatakan apabila seseorang melakukan dosa, malaikat Rakib melarang malaikat Atib daripada menulisnya.Disuruhnya tunggu sehingga pelaku melakukan 10 kesalahan.Apabila 10 kesalahan dibuat, Rakib menyuruh Atib melihat adakah si pelaku ada melakukan kebaikan semasa dia melakukan 10 kesalahan.Jika ada,kesalahan- kesalahan tadi diampunkan dan jika tiada,10 kesalahan tadi ditulis sebagai 1 kesalahan.Istimewanya lagi,si pelaku masih boleh menghilangkan dosa itu dengan bertaubat.Inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Umar dalam satu kisah beliau dengan sahabat-sahabat.
Suatu hari,Ibnu Umar masuk ke dalam masjid dan mendapati ada sekumpulan sahabat yang sedang mengira dengan anak-anak batu.Maka Ibnu Umar bertanya, “apakah kalian sedang lakukan?”Salah seorang sahabat menjawab, “kami sedang mengira dosa-dosa yang telah kami lakukan.” Mendengarkan jawapan daripada sahabat,Ibnu Umar membalas, “berhenti lah kalian daripada mengira dosa-dosa kalian kerana dosa-dosa kalian pasti hilang.Sebaliknya berzikirlah kerana pahalanya kekal abadi.”
Dilambangkan oleh ulama’ betapa Allah tidak mahu hamba Nya masuk ke dalam neraka dalam satu kisah.Kisah ini bukanlah kisah yang sahih tetapi kisah ini merupakan satu metafora untuk menunjukkan betapa Ehsan, Pemurahnya Allah.Di akhirat esok,seorang ditakdirkan untuk masuk ke dalam neraka.Apabila dia mendengar bahawa dirinya Ahli neraka,dengan pantas dia berlari ke neraka.Maka Allah bertanya walaupun Allah sudah tahu jawapannya, “Wahai hamba Ku,kenapa kamu berlari ke neraka?”Orang itu menjawab, “Ya Tuhan ku,semasa aku hidup,aku tidak pernah menunaikan perintah Mu walaupun satu.Maka pada hari ini aku nekad untuk tunaikan perintah Mu dengan bersungguh-sungguh.”Maka dengan nekadnya itu, Allah memasukkannya ke dalam syurga.Pengajaran daripada perlambangan ini ialah betapa Allah tidak ingin hamba Nya masuk ke dalam neraka sehingga di akhirat esok pun, Allah akan beri keampunan Nya.
Sumber: http://azzariyat.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan