Hidup di kalangan masyarakat majmuk, kebanyakan kita munkin berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.
Bagi masyarakat Cina dan India yang bukan Islam, mereka kerap mempunyai tempat penyembahan masing-masing samada di luar atau di dalam rumah.
Apabila masyarakat Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar rumah, menyebabkan anak-anak kita yang masih kecil munkin akan terlihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita soalan sebegini....
"Orang sebelah rumah buat apa tu?"
Dan secara amnya, kita akan menjawab...
"Dia sedang sembahyang / sembah Tuhan dia"
Nauzubillah, respon tersebut tanpa kita sedari boleh menjatuhkan kepada syirik sebenarnya kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah:-
"Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Bilamana kita memberikan respon seperti di atas "Dia sembah Tuhan dia", kita menggambarkan kepada anak kita bahawa ada tuhan yang lain daripada ALLAH, dan kita memberikan gambaran kepada anak kita bahawa masyarakat Cina mempunyai satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan, dan cara mereka menyembah tuhan-tuhan mereka adalah berlainan daripada cara Islam.
Ini sama sekali bercanggah dengan aqidah dan kalimah "Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" yang selalu kita ucapkan.
Sekiranya respon terhadap soalan sebegini tidak diperbetulkan, maka anak-anak Muslim akan terus keliru dan berlawanan dengan aqidah Islam bahawa "Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Sebaik-baik respon dan penjelasan yang harus diberikan kepada anak yang menyoal ialah...
"Anak ku, perlu difahami bahawa tuhan yang kita sembah dan tuhan yang mereka sembah sebenarnya adalah sama kerana yang wujud hanyalah satu Tuhan sahaja yang berhak disembah iaitu ALLAH, tetapi cara yang disembah oleh mereka itu jelas sesat dan salah dan mereka tidak didatangkan hidayah akan Tuhan pencipta alam yang sebenarnya"
Oleh itu, jangan ambil mudah respon yang diberikan kepada anak kita, kerana respon yang salah boleh merosakkan aqidah dan setidak-tidaknya akan mengelirukan anak kita terhadap konsep ketuhanan yang sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan