Solat
Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipan
menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama
muslim.
Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah.
Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal,
merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya.
Adapun
yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan
yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.
Sabda Nabi SAW;
الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض
Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit”
Sabda Nabi SAW lagi;
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً
Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit”
Walaupun
begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat
bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan
solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan.
Keadaan
ini disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi
yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW.
HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT
Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?
Menurut
Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min
Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama
membahaskan perkara ini seperti berikut;
1. Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
2. Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak
menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat
jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum
lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat
adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah
haram.
3. Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri
solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya
adalah makruh.
4. Syafiiyyah : makruh perempuan
menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya
dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan
menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia
berwangi-wangian atau berhias.
Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah.
Dari
perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang
keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja.
Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada
berbentuk sunat atau wajib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan